Friday, October 24, 2008

Siapa punya teori bahawa makan itu adalah terapi terbaik. Idea kamu ini menyusahkan gua ok.

Hari ini gua kerja sekejap saje. Start jam 10, jam 11 gua sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Bedebah punya customer gua, tak bagitau ada audit.

Bos gua suruh balik rumah. Sebab dia pun hendak balik rumah, buat persiapan hari raya-nya Selasa ini.

Gua bab-bab balik rumah, tidur bersepai, memang A. Nak-nak gua tengah melalui zaman air batu ini. Memang gua malas nak kerja rajin-rajin. Habis segala band-band influence gua, gua selak balik. Keepsake la, Hopesfall la, I Killed The Prom Queen la, semua la.

Gua sampai rumah, sudah tiba waktu makan tengah hari. Gua nekad singgah On The Go Cafe. Beli Nasi Ayam. Walaupun gua punya duit belum masuk. Gua sudah lebih 3 minggu tidak makan nasi waktu makan tengah hari ok. Sebelum keluar tadi, gua pekena roti sapu peanut butter yang kasar punya. Baru kruk-kruk time gua kunyah itu roti. Baru ada rasa.

Sekarang, gua online di Old Town Kopitiam yang menyediakan wi-fi percuma. Gua tengah pekena Javanese Mee. Cilakak. Kerja gua hari ini ialah makan. Bos gua bayar gua hari ini untuk makan.

On the other hand, gua kena tag dengan Miss Daimen. Makwe member gua, En Endy. Cube tengok betul-betul. Itu suasana Old Town Kopitiam kan? Mana ada office guna kerusi kayu kaler cekelat?

Ha, sapa suruh buat gua marah? Kan wajah gua dah segarang Marilyn Manson dalam baju gua.


Ini gambar daripada telefon bimbit mahal hujung minggu gua. Memang takde tarikh dengan masa.

Gua malas hendak tag sapa-sapa kecuali, Apek. Kalau lu ada telur, lu letak gambo lu Pek!!!

*gua semakin ok kan?

10 comments:

laki cikgu kimia said...

gamba lu kali ini menyebabkan gua rasa tidak boleh tido malam.. harus juga basah tilam gua esok pagi ni..

Jorji said...

gua suspek lu tahan napas ni??
:)

poyotito said...

garang menda gitu.

apek terror said...

haah nampak kecik....edit nie...haha...macingkut gua lak kene lu selalu nampak gua nak gambar lagi wat pe rambo?

ilazz said...

Muka marilyn manson tu ngerikk giler wooo ..
Muka awak okehh lagikk.:P

Rajuna said...

siak rembu. jangan cakap pasal keepsake. aku teringat x-gepren aku. siak aku rindu bibir basah dia!

Rembo said...

crtclthnkr - woi! agak2 mat.

jorji - i smell jealousy ni. gua rasa lu pun muat baju marilyn manson ni.

poyo - xgarang ke? cis cinabeng!

ilazz - tu baru sikit.

rajuna - satu ayat gua bagi. kalu lu true cari tajuk dia. 'Your razor, my wrist, your kiss, my tears'

Anonymous said...

muke masih dlm tekanan .. buat laa pose biasa. chill bro

Rembo said...

tu serius, bukan tertekan...err...kot. hahaha pose biasa kena depan kamera kau.

Rembo said...

apek - mana ada edit weh.