Friday, August 29, 2008

Pengakhiran itu adalah permulaan bagi sesuatu.

Hari terakhir bekerja untuk gua pada bulan 8. Bulan Ogos.
Hari terakhir bekerja gua dalam bulan tidak puasa. Bulan Syaaban.

Hari terakhir gua menulis blog.

Thursday, August 28, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan.

Satu petang itu. Gua rajin. Balik sekolah, gua direct tuju pasar Ramadhan. Dalam kepala gua, buka dengan air tebu memang A panas-panas gini.

Gua redah panas, naik basikal BMX ber'kepala' GT gua. Rilek.

Sampai pasar Ramadhan, gua tuju gerai Abg Bob. Air tebu dia memang A lah. Pekat dan asli. Tiada campuran air paip atau hujan. Memang melemahkan badan lepas berbuka. Main meriam tanah pun pasti malas-malas.

Selesai pembelian, gua pecut balik rumah. Waktu berbuka masih lambat. Gua ambil keputusan untuk tolong emak gua di dapur. Susun-susun kuih, lap-lap pinggan. Bila masa turn tuang air tebu yang gua beli tadi dalam jag, itu memang favorite.

Perlahan-lahan gua potong getah pengikat. Pegang bucu belah atas dan bawah cermat-cermat. Dengan berhati-hati gua tuang dalam jag.

Sedar-sedar meja gua basah. Air tebu yang gua tuang tadi tidak masuk jag. Tapi ke meja. Emak gua perasan. Tapi terlambat. Tinggal suku dalam plastik. Yang lain sudah ke atas meja dan lantai.

Dek kepenatan menyediakan juadah berbuka puasa, lantas gua kena herdik dan membebel! Gua sedih. Lari terus ke sungai kecil depan rumah. Duduk atas jambatan sambil kaki cecah air. Main air. Tenung permukaan sungai sampai dasar sungai.

"apa besar sangat ke dosa tumpahkan air tebu sampai kena marah macam ini skali?" soal hati kecil gua yang sudah pandai beremosi sewaktu berumur 9 tahun.

...dan sekarang, gua rasa ada satu keping jigsaw puzzle kehidupan gua hilang dan tidak dapat di kesan.

haih..

Fall a sleep on a Cybershot Camera and Swiss Military Watch brochure. Owh yes, one more. Credit card statement. Make me feel like sleep on bunch of RM

Balik kampung.
Puasa.
Hari Raya.
Tahun Baru.

Itu semua memerlukan wang.

Gua cuba ligatkan kepala gua untuk harungi semua itu tanpa masalah.

Oh ya! tidak lupa juga untuk En. Masa Hadapan.


Gua rasa gua sudah semakin tamak. Itu tidak cukup, ini tidak cukup. Apakah ini namanya balasan untuk gua yang sering lupa sekarang ini??

Tuesday, August 26, 2008

Gua perlukan satu pasang dancing shoe supaya gua berdansa untuk kemenangan gua kelak.

Gua rasa agak muak dengan SISTEM yang semakin terumbang-ambing. Gua rasa mahkamah sudah boleh di bubar ganti dengan sistem sumpah. Huru-hara.

Gua cuba biarkan keseimbangan kosmos menjalankan tugasnya. Tetapi makin hari, makin terasa sesak nafas gua.

Betul pun macam tak betul, salah pun macam betul. Macam mana pula dengan salah macam salah, betul pun macam salah.

Hah! mana satu?

Setiap orang pasti ada alasan dan kepercayaan aku sendiri.

Gua semakin runsing dan risau bila kepercayaan dan alasan gua semakin goyah.

Sedikit serius. Owh patutlah! Gua lapar. Padanlah fikiran gua berkecamuk.

Monday, August 25, 2008

Kegirangan sementara tapi penat dan sakit yang agak lama buat diri gua.

Kepulangan gua ke kampung halaman di sambut dengan senyuman manis emak gua. Ayah gua relax-relax sahaja duduk makan depan pintu dapur.

Nasib baik tiada karpet merah atau kalungan bunga. Kalau ada harus gua sujud sujud syukur on the spot.

Itu baru cerita orang tua gua, belum kapten pasukan gua yang sememangnya menunggu kepulangan gua. Biasalah. Tapi, gua malas hendak cerita.

Gua pulang untuk satu open tournament. Combat 10 Rugby Tournament. Gila kan. Ngeri je nama. Gua pun tak tahu apa yang combat sangat. Main combat-combat guna senapang kayu gua tahu lah!

Malas hendak cerita. Combat dengan Rambo. Memang tak boleh dipisahkan. Betul? Bila masa Rambo dalam dalam combat field, dia pasti akan.......



......haaa....pandai pun.

Terima kasih.

Friday, August 22, 2008

Dengan hanya bertemankan Arctic Monkeys dan juga Nescafe tin, perjalanan gua daripada Arctic Equine Monkeys ke Batu Pahat hanya memakan masa 2 jam.

Apa cerita nih?

Kereta Kelisa gua mengamuk tadi gua kerjakan!

Jangan biarkan gua memandu seorang diri. Atau menggunakan kereta berkuasa besar. Silap-silap balik kampung jadi acara mingguan gua je kang.

Kerja gila!

Gua ingat minggu depan sudah boleh ajak Alex Yong test run satu lap kot.

Thursday, August 21, 2008

Jauh dalam erti kata jarak tidak semesti jauh dalam erti kata 'jarak'.

Sebelum gua turun pergi lunch tadi, hati gua berdebar semacam. Macam ada sesuatu yang kurang elok bakal berlaku. Macam gua akan jumpa sesuatu atau seseorang yang aku sangat benci. Mata kiri gua siap berkedip sendiri berkali-kali.

Dek perut gua kelaparan, gua redah je. Buat tidak tahu itu perasaan. Tapi basic instinct gua tetap bagitahu suruh gua berjaga-jaga.

Gua bulatkan nekad. Pergi makan di warung-tak-berapa-sedap. Sebab member gua hendak makan situ.

Masa ambil nasi dan lauk. Tiada apa. Semua ok. Masa makan. Tiada apa juga. Gua sudah mula rasa curiga dengan basic instinct gua. Relax-relax gua layan Dunhill Lights gua sebatang. Tak puas. Nyala lagi sebatang.

Sambil melayan kepulan asap, gua usaha kiri kanan depan belakang gua. Semua teratur. Tiada wajah atau sesuatu yang buruk. Dua kali gua hembus, gua rasa lain macam. Gua toleh belakang, lantas gua terbatuk. Tersedak asap.

Wajah budak perempuan dalam lingkungan awal dua puluhan yang pernah menyusahkan hidup gua selama beberapa bulan dalam 2 tahun lepas muncul semula. Rambut, parut kecil di pipi kanan dan juga perfume itu gua sangat kenal. Gua pasti itu adalah dia.

Lantas gua campak Dunhill Lights gua, tenyeh guna kaki, jeling sekali. Gua beredar dengan gaya bebas. Dalam hati gua memandang langit. "Kenapa ini yang Kau beri?"

Siapa kata naluri hati itu akan menipu?

Ini salah satu sebab kenapa gua tawar hati hendak terus menulis.

Cuba lu orang fokuskan pada tulisan paling bawah. Nampak? Dah sampai kedai pajak emas pun ada dot blogspot apa cerita? Dah jadi macam virus Setan Merah ini gua rasa..errr...maksud gua ikut-ikutan. Sedikit rasa kurang selesa dengan ini.

Gua cuba tenangkan hati. Utuhkan semangat. Menulis demi kehendak sendiri dan juga langgar sedikit pendirian, beri sedikit linear.

Dalam hati kata untuk diri sendiri, jangan lah 'hardline' sangat Rambo!!

Wednesday, August 20, 2008

Sepetang di pejabat.

Bila gua dalam pejabat je, gua cepat rasa bosan. Sikit-sikit kerja gua, turun bawah, hisap rokok. Escapism. Kill the time.

Sedang gua asyik tengok asap rokok gua berkepul-kepul keluar, gua dengar pintu pejabat sebelah di buka. Aci cleaner pejabat sebelah keluar. Gaya mahu pulang.

Gua buat relax. Cool.

"deeey...bila mau balik? pukul berapa balik?" sapaan dalam pertanyaan.

"enam aci." gua jawap dengan sopan. Sudah sifat gua macam itu.

"aci sudah mahu balik?" gua cuba panjangkan perbualan.

"iya."

"balik terus masak la aci? sudah petang." gua tanya memandangkan jam tangan gua tunjuk 1640.

"saya balik Kota Damanasara."

Gua terus terdiam. Kelu lidah gua. Otak jamm. Dalam kepala gua, macam mana masak boleh di jawap dengan Kota Damansara?

Kenapa ini yang terjadi pada gua yang ramah mesra lagi bersopan ini?

Gua pandang langit. Ada guruh. Ibarat amaran untuk gua.

Lantas gua naik atas pejabat dengan muka puzzled!

Gua sudah mula mahu kumpul dan bukukan cerita Tanggang versi moden.

Gua sudah dua hari tidak duduk di pejabat. Gua kena kerja di kawasan Naga Keramat. Bila gua berada di kilang customer gua, gua sangat kurang berakses internet. Ini membawa maksud, gua susah hendak membaca email.

Beberapa minggu lepas, dua minggu lepas la kot. Gua balik rumah 3 jam sahaja. Anak-anak saudara gua sudah tahan gua. Paksa gua tidur rumah kampung. Gua cakap pelan-pelan. Ibarat suara Dave Grohl nyanyi lagu "walking after you".

Gua cakap, gua kena balik. Esok gua kena kerja. Nanti gua dah kaya, lu orang hendak apa je mintak. Gua janji dua kali hari Jumaat, gua balik. Diaorang cuma tahu hari Jumaat.

Jumaat kedua itu adalah Jumaat ini. 22 haribulan Ogos. Gua siap sudah apply cuti. Semata untuk balik kampung.

Atas 2 urusan. Satu. Tanggungjawap sebagai anak, adik, abang dan pakcik. Dua. Tanggungjawap sebagai kawan dan juga team player.

Akan tetapi, malam tadi. Setelah gua sampai rumah dari kawasan Naga Keramat, rutin harian gua. Check email kala bulan mengambang.

Sedar-sedar, gua ada nampak satu email daripada customer gua kepada boss gua. Minta hantar technical support pada 21 atau 22 atau 23 Ogos. Atas urusan bersedia untuk sebarang kerosakkan yang bakal berlaku.

Gua ingat ok lagi. Setakat esok, gua cancel cuti pun takpe. Habis kerja boleh balik. Apa ada masalah. Janji tetap janji.

Tetapi bila gua tengok kali kedua email itu, baru gua sedar. Customer itu berada di Batam? Apa cerita?

Habis lah gua kalau bos gua hantar gua pergi Batam. Macam mana dengan tanggungjawap gua? Setakat sebagai kawan, adik, abang dan team player itu gua ok lagi. Abaikan pun takpe. Tanggungjawap sebagai anak dan pakcik tu yang gua pening kepala sekarang ni.

Bila gua mengadu hal ini kepada housemate gua, dua perkataan je gua dapat.

"Huh! Tanggang."

Monday, August 18, 2008

"Gua bertaruh lu kelihatan cantik di atas lantai dansa itu" - Arctic Monkeys

Hari ini gua ada satu tugasan di kilang customer gua. Berkedudukan di kawasan Naga Keramat. Pagi gua pergi pejabat dulu. Isnin pagi. Rutin mingguan. Mesyuarat servis.

Selepas rehat tengah hari gua bergerak ke Naga Keramat. Masa gua start enjin kereta gua, minda gua memetakan jalan yang perlu dituju, jalan paling banyak tol tetapi cepat sampai. Boleh gua dapat duit raya sikit bulan depan.

Lantas minda gua beritahu anggota yang lain. Dari Sunway, masuk Jalan Lagoon Selatan, bayar tol rm 1.60 di tol Sunway, masuk lebuhraya KESAS, keluar MRR2. Terus sampai kawasan Naga Keramat. Apa yang keramat pun gua tidak pasti.

Almaklumlah, selepas makan, mata pasti mengantuk. Gua punya pelatih warganegara Nippon pun mengantuk selepas makan. Apatah lagi gua yang warganegara Malaysia Boleh ini?

Gua pun pulun sikit agar hilang mengantuk. Minda gua cuba mengingatkan berapa had laju lebuhraya ini. Gagal. Ngantuk menguasai minda. Frekuensi otak menjadi perlahan. Gua agak-agak dalam 110 km/j.

Relax-relax lepas gua bayar tol kedua, gua pecut 110 km/j. Yakin. Tiba-tiba, gua nampak Kenari dari arah bertentangan flash lampu.

Biasalah, polis la apalagi. Gua tenang masuk barisan. Yakin had laju 110 km/j. Gua bawak tadi ngam-ngam. Tak lebih, tak kurang.

Tiba-tiba gua sudah berada di tepi lebuhraya.

"kena gua ni!" fikir gua dalam hati.

"Laju bang. Macam ada hal penting je? Sini 90 bang, bukan 11o km/j." encik baju putih itu terangkan gua.

Minda gua tiba-tiba jadi aktif. Memikirkan ayat paling manis dan masuk akal. Owh! gua teringat. Nombor pendaftaran gua, nombor Johor.

"Aiseyman encik. Saya baru sampai dari Johor ini. First time lalu lebuhraya....apa ni?" soal gua.

"KESAS!" jawap encik baju putih itu.

"ha..lalu KESAS ini. Inipun saya kena attend meeting dengan customer kat Keramat." jelas gua jujur.

"owh iye ke? takpelah bang, jalan je lah. lain kali ingat, masuk KESAS 90 bukan 110km/j. Bukan macam PLUS." bebelnya.

"baik. terima kasih encik. Assalamualaikum" gua jawap penuh sopan.

Masuk kereta, gua pakai semula Ray-ban gua dengan gaya Horatio, kuat kan semula volume Arctic Monkeys gua, berlalu meninggal encik baju putih itu.

Sambil gua sengih-sengih sambil melirik cermin pandang belakang, dalam hati gua melonjak gembira. Ada suara kecil dalam hati gua berkata, "hmm...boleh tahan!"

Kawan-kawan, ingat. KESAS 90 km/j bukan 120km/j ok??

Sunday, August 17, 2008

Gua tahu hari ini hari Ahad. AKAB pun pernah update blog hari Ahad apa!

Gua memandu sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong dengan kelajuan rata sambil radio kaset Kelisa gua mendendangkan kugiran daripada United Kingdom bernama Arctic Monkeys berulang kali pada petang Ahad!

Kesimpulannya, gua sudah sedikit rasa muak. Dan sifat manusia kufur nikmat yang tidak pernah rasa puas.

Andai ada satu pintu ke dimensi lain, pasti gua orang yang pertama bertungkus lumus untuk dapatkan pintu itu.

Friday, August 15, 2008

"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN" Apa jadahnya ni??

Gua penat-penat kerja, lu orang-orang suka-suka tag, tag dan tag gua eh? Lu ingat gua ini apa? Baju, seluar? Suka-suka hendak tag gua!

Gua tak berkenan betul la gelaja tag-tag ni! Haeh! Tapi takpe, kawan-kawan, gua layankan.

Owh ya! Gua hendak bagi peringatan sedikit. Dulu gua hardcore-hardcore gak, jadi masih ada sisa ideologi komunisme dan juga anarki dalam diri gua. Jangan harap gua hendak ikut semua peraturan. Amacam?

Disebabkan jiwa raga gua ini agak keras, dan sepanjuang kehidupan sebenar gua, gua tidak pernah bagi ucapan. Lagipun gua mana minat ucapan-ucapan ini. Langsung tiada dalam list gua hendak jadi menteri!

Dari dulu lagi gua berangan untuk berada atas pentas dan berucap atas kejayaan gua bersama band gua mendapat anugerah.

Inilah gua punya ucapan.

"Thank you to my Creator for giving His permission to let me be here until now.
Thanks to all the readers, my family, my love.
Thanks again for supporting me till now.
You all are the reason I am alive.

Love. Peace. Respect. "

*gaya penamat gua bagi flying kiss guna jari tengah dengan jari telunjuk disusuli dengan gaya peace!



Gua sibuk ini hari. Later guys! Kalau berani letak komen membina!!Kalau BERANI la..

Thursday, August 14, 2008

Brader, lu memang kena belanja gua air Nescafe!

Hari ini gua penat. Gua pergi customer site. Kerja gua tidak lah banyak, tapi melecehkan. Buat pemerhatian tentang cahaya UV untuk kurang melekat chip-chip kepada pita lekatan itu.

Sedar-sedar gua keluar sudah dekat-dekat maghrib. Letih. Sebelum pulang, gua singgah Ampang. minum dengan seorang sahabat. Sampai rumah sudah agak lewat malam.

Tanpa membuang masa, gua terus on komputer kompak gua. Setting telefon 3G gua lebih kurang. Lantas gua mencari bahan bacaan.

Dalam hidup gua sekarang, gua ketagihan dua benda. Rokok dan juga internet. Tanpa dua benda ini. Gua resah. Seperti Mona resah tidak dapat menyapu air kopi pada rokoknya dalam iklan kesedaran dadah beberapa belas tahun lampau.

Gua ketawa guling-guling sampai berair mata gua baca entri dari hilang punca. Lu memang A!!

Wednesday, August 13, 2008

Kalau ada tulisan macam tu, memang gua fobia.

Tengah gua santai-santai sambil goyang kaki petang hari itu, dalam pejabat gua. Telefon meja gua menjerit minta diangkat. Gua memang seriau kalau telefon meja gua ni menjerit.

Maklumlah, gua sudah hampir sebulan tiada tugasan. Mesin-mesin peliharaan aku pun duduk jinak, tidak banyak karenah. Bila tiada tugasan, apa lagi gua perlu buat selain daripada selak-selak manual dan training guide? Selak-selak manual maya lah apa lagi. Fb la, Fs la, Ms la (baca: laman web berbentuk ilmiah).

Jadinya, bila telefon gua bunyi, gua jadi berdebar. Bukan berdebar gua suka, berdebar ngeri. Gua usha nombor yang keluar. Oh, kakak management. Lega hati gua.

"Khairul, bila-bila senang hendak turun, singgah meja akak kejap ye?"

"Nak buat apa? kalau takde bagi duit tak mau lah."

"Alaa...duit je fikirnya. Ni ha...nak suruh kau isi form insuran ni."

"ok-ok, jap lagi gua turun, gua singgah."

Saja gua sebut kata ganti diri pertama macam tu sebab gua tau akak tu layan Amy Search time dia sekolah dulu. Siap tampal gambar Amy Search dalam locker. Gambar dari majalah URTV. Dia cerita kat gua.

Itu jam gua turun relax-relax, Insuran je pun. Bukan boleh dapat 10 ribu setiap bulan pun kalau isi cepat-cepat.

Setibanya gua di meja akak management tu, dia hulur gua satu insurance form. Warna biru. Bila gua fikir, insuran dengan warna biru, gua dah tak sedap hati. Lain macam je gua rasa. Kalau warna oren tu ok juga. ING. Belanda. Van Persie.

Sekali gua pegang, gua nampak satu simbol yang gua sangat benci. Ada tulisan AIG dalam kotak! Lantas gua fobia, macam nak gua koyak, tapi insuran kerja gua ni. Cover gua 365 hari dalam setahun termasuk cuti umum.

"ala...apa AIG ni kak? FLY EMIRATES xde ke?" gua membebel sambil berlalu dari meja akak tu.

Gua keliru. Antara masa depan gua dengan pendirian gua. Sampai hari ini, form insuran itu gua tinggal dalam laci meja gua, berhabuk.

Tuesday, August 12, 2008

Degupan jantung akan semakin kencang bila berhadapan dengan makwe yang kita suka. Ilusi atau realiti?

Tengah hari Sabtu itu, gua dengan Kod, dalam mood yang bosan. Habis semua channel dalam Astro Max gua singgah. Sampai ke Vaan gua dengan Kod layan. Akhirnya, kami singgah di Ria, cerita KL Menjerit.

Dalam hati gua memberontak. "Apa jadah KL Menjerit?". Sebelah lain gua kata, "Takpe, layan je. Dari boring gila ni."

Setelah keputusan sebulat suara di capai bersama Kod, maka, gua dengan Kod pun melayan KL Menjerit di tengah hari Sabtu itu. Satu demi satu babak, gua dengan Kod layan. Sampailah satu babak. Si Shahrul macam menggelabah time Ayu keluar hendak pergi kerja.

Itu jam, Kod bersuara. Memecah kesunyian tengah hari Sabtu.

"kau agak, kenapa Shahrul jadi gelabah gitu?"

"entah. lapar kot?" gua jawap.

"tu tandanya, dia suka kat minah Ayu tu."

"kalau kita jumpa orang yang kita suka, confirm gelabah. tak banyak, sikit." sambung Kod lagi.

Gua dengar sambil fikirkan akan kesahihan teori itu. Memandangkan gua bukan daripada golongan pelajar psikologi, gua gagal mendapatkan jawapan.

Sudahnya, teori itu gua terima, simpan. Di samping itu, gua observe sikit-sikit pada pemerhatian gua kepada set sosial sekeliling gua nanti.

Tapi..betul ke?

Monday, August 11, 2008

"kita balik ini, drive relax-relax sudah". Relax-relax my a**!!

Dari pagi tadi gua asyik terkulat-kulat mencari idea. Tiada. Kosong. Empty bak kata 'lidah emak' gua.

Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, gua sudah ada idea baik punya. Tapi, setibanya gua di pejabat gua. Lepas sarapan pagi air Nescafe, otak gua kosong. Hilang terus idea-idea bernas gua. Yang tadi singgah menyapa.

Gua suspect, sel-sel darah merah gua mengular. Patutnya dia perlu bawa oksigen segar yang dia ambil dari paru-paru straight away to brain. Tapi, berhenti sekejap smoking barangkali.

Ini semua mungkin effect daripada perjalanan gua yang jauh semalam. Dari Bangi terus ke Johor. Singgah kampung sebentar. Menjalankan tanggungjawap sebagai anak yang gua sudah abaikan dekat 3 bulan.

Kemudian, dari Johor terus pulang ke Foo Equine Fighters Park semula menaiki kereta gantian gua. Kelisa. Perjalanan menaiki Kelisa yang sudah agak berumur memang kurang selesa untuk berjalan jauh. Gua gagah kan jua demi tugas hari esoknya.

Samping itu, gua perlukan sedikit pemangkin. Lantas gua capai dua tin Nescafe. Minum sambil memandu. Cergas.

Member gua cakap, gua dah macam watak Hammy dalam kartun Over The Hedge. Si Tupai Merah Amerika yang hyperactive setelah minum air isotonik.

Tepat 2 setengah jam, gua sampai dengan selamat.

Hasilnya. Jam 1 pagi, gua resah. Serba tidak kena. Golek kiri, salah. Golek kanan, salah. Tengok kipas salah. Terkebil-kebil. Sudahnya, jam 230 pagi baru gua tidur.

Sekarang, gua rasa, gua macam berada 3 kaki di udara dari tempat gua duduk.

Friday, August 08, 2008

Bila cuti sekolah bermula, maka sesi mengoyakkan kocek juga bermula.

Satu malam. Berlokasi di McDonald Taman Equine. Bachelor party atau lebih kepada majlis makan-makan bujang terakhir. Sempena salah seorang penghuni rumah gua yang akan kahwin hujung minggu ini.

Bercerita tentang rumah tangga. Gua. Berada pada meja yang sama, tapi dimensi berlainan. Malas ambil port. Gua masih belum fikir.

Sehingga, Adi bersuara, "korang ambil itu sebagai tunjuk ajar." sambil tangan kanannya menepuk bahu gua dan tangan kirinya menepuk bahu Tom.

Gua dengan Tom sahaja yang masih belum berfikir untuk kahwin. Masih fikir kahwin itu agak melecehkan.

Berbual, masing-masing membicarakan tentang isu ini. Maklumlah, nama pun majlis makan-makan bujang terakhir. Adi dengan perasan debarannya, Din dengan pengalaman 'suami hujung minggu'nya dan Kod dengan pengalaman bakal bapa mertuaku adalah gangster.

Kod, pada awalnya bakal bapa mertuanya kurang menyukainya. Atas sebab yang gua tidak pasti. Akhirnya Kod berbangga dengan kehebatannya menundukkan ego bakal bapa mertuanya yang gangster itu dengan microphone.

Ya, microphone. Sekarang, mereka berdua boleh berkaraoke bersama di hadapan televisyen atau K-Box. Bayangkan, dari tidak suka sehingga boleh berkaraoke bersama. Cinta, lu memang majis!

Hah, kamu-kamu semua. Andai ada perasaan untuk bersuamikan gua nanti, tolong bocorkan rahsia bapa-bapa kamu semua kepada gua. Amacam?

Sekali gua teringat daa...[3]

Gua selalu suka tengok watak-watak tambahan dalam filem atau drama. Sebab bagi gua, tanpa antagonist, filem atau drama itu cacat. Ada celanya.

Bagi gua lagi, antagonist ini perlu diberikan perhatian. Ada pros and cons. Samada akan menjadi bintang ataupun terus lenyap.

Contohnya, David Caruso ini. Sebelum dia menjadi hot dalam CSI Miami, dia pernah berlakon dengan gua dulu.

Gua punya sekuel pertama filem Rambo, First Blood. Itu jam dia mentah lagi. Berlakon pun bodoh-bodoh jadi polis kelas bawahan sahaja. Sekarang, hot.

Ok. Sekarang. Satu watak antagonist sudah jadi watak protagonist. Sudah jadi besar. Sudah jadi hot. Tapi bila hot, tidak semestinya terus hot bukan? atau sebaliknya.

Selagi disitu, selagi itu soal hati terus terang. Bukan malap atau kelam. Simbiosis.

Faham kah?

Kehkehkeh...

Thursday, August 07, 2008

Apa akan jadi kalau satu dunia cerita letup?

Bulan March yang lepas. Semasa perlawanan bolasepak antara Man. United dengan Liverpool. Gua duduk dengan seorang sahabat di satu sudut paling belakang.

Ketika itu, sahabat sedang hot dalam dunia blogosfera ini. Gua pernah mengutarakan suara hati.

"I think, I am going to stop blogging. I hate to write a crappish things."

Jawap sahabat senang sahaja.

"Relax. Everybody love those crappish things."

Gua. Mengangguk lemah. Dalam kepala sambil berfikir kebenaran kata-kata itu. Dalam kepala gua muncul watak-watak utama dalam dunia blogosfera ini. John Hafiz dengan AKAB terutamanya.

Hari ini. Terbukti. Bila gua post sesuatu yang agak tidak crappish, beberapa sahaja yang membaca serta mengomen.

Semalam bukan main lagi lu orang eh?

Nanti gua post cerita letup. Amacam?

Tapi untuk sementara waktu, lu orang try baca budak ini dan juga budak ini. Agak-agak siapa lagi letup?

Air anggur atau air malt??

Ok. Dua entri di bawah adalah memori masa silam gua. Juga sedikit memori masa sekarang. Untuk cerita selanjutnya, nanti gua post.

Semalam, gua buka FB. Salah satu penulis yang bertangunggjawap membuatkan gua menulis semula ada pemberitahuan. Something like vacancies for his account. His account is for invited readers only.

Tangan gua gatal. Buka akaun yahoo mail aku. Hantar satu application for his account. Setengah jam kemudian, gua dapat feedback email. Telling me that i've been invited to read his ink.

Sejak gua masuk office pagi tadi sampai sekarang. Gua masih baca Perahu Mabuk. Sulam dengan buat kerja sedikit.

Sekarang, ada rasa gua serius semacam tak?

Gua pernah bagitau, gua ada sakit. Giovani.

Wednesday, August 06, 2008

Sekali gua teringat daa...[2]

Sekarang...

Budak satu sudah berkahwin. Tapi bukan dengan mamat scoot itu. Orang lain. Deja vu. Sudah hendak mendapat cahaya mata kalau tidak silap. Semoga bahagia ye.

Budak dua. Masih berada pada takuk yang lama. Gua sudah berkali-kali menawarkan hati gua. masih tinggal tanda tanya. Haih..penat.

Budak tiga. Sudah berpunya. Mengikut perkiraan falak aku, mungkin sekejap lagi lah tu. Bukan muda lagi pun. Gua je yang masih muda.

Gua...

Heheheh.....

Sekali gua teringat daa...

Satu masa dahulu...

Gua suka sama seorang budak. Kecil comel. Sama baya. Budak pandai. Gua, asal boleh. Cukup makan. Itu jam gua guna motor Modenas Kriss. Dia, kancil. Tak boleh blah. Dia suka gua jugak, tapi dia lagi suka sama budak naik scooter.

Satu masa dahulu...

Gua suka sama satu budak. Tinggi sikit dari gua. Orang kata kalau buat bini boleh jadi murah rezeki. Gua main ragbi dia main netball. Gua jeling sekali, dia jeling dua kali.

Gua satu kepala dengan budak ni. itu yang gua rasa happy tu. Tapi...ada satu yang tidak satu kepala. Dia tinggalkan gua sebab 'orang' lain.

Satu masa dulu...

Gua suka sama sorang budak. Tinggi sikit dari gua jugak. Sebab gua ni rendah je tapi tough. Budak utara. Main netball jugak. Gua suka dekat budak ini sebab gua suka. Tiap-tiap pagi Ahad gua ambil dia demi cinta gua.

Sekali, gua buat 'slack'. Gua marah budak ini tak pasal-pasal. Ayat gua bagi sudah makan dalam. Tak boleh ubat. Hendak buat macam mana.

Sekarang...

Tuesday, August 05, 2008

'La..lalala..lala.' Eh, apsal takde simbol note crotchet tu ekh?



Satu hari ini, lagu ini bermain-main dalam kepala gua. Apa cerita??

Kenapa hendak guna ink? Guna permanent maker pen sudah.

Tiba-tiba gua sudah berada di dalam kedai Miami Ink. Duduk atas kerusi. Tangan kiri gua sudah ada stencil. Gambar frame. An old frame with all those curvy things. Dalam frame itu ada tulisan, "GAMBATE". Font 'stencil'. Ala-ala tulisan askar dekat weapon box tu.

Gua keliru. Apa hal "GAMBATE"?. Gua suspect Yoji Harada yang perangkap gua. Ami James dengan relax ink tangan gua. Kaler hitam.

Sekejap lagi gua dengar telefon gua punya alarm. Gua fikir. Apa hal telefon gua bunyi alarm tengahhari buta.

Poof!

Gua mimpi rupanya. Gua tengok jam sudah menunjukkan 7:40 pagi. OMG! Gua dah lambat. Terpaksa gua buat skill 2 dalam satu ketika gua mandi. Gosok gigi sambil sabun badan sekali. Warm up solid snake gua lebih kurang, kenakan pakaian yang bersesuaian lebih kurang, sarung kasut leather putih gua, jalan.

Sampai di pejabat gua, gua antara yang awal. Masih boleh relax-relax lagi.

Tepat jam 10:05 pagi, director gua call. Suruh gua turun dengan section manager gua. Berdebar. Apa hal nak kena gua dengan section manager gua turun sekali ini. Gua disuruh lepak meeting room dulu.

Berdebar gua tunggu.

Setelah setengah jam, gua keluar meeting room dengan muka yang sangat manis dalam hidup gua. Gua genggam erat satu surat. Confirmation letter.

"we are proud to be announce you as a permanent employee at this company"

Macam itu lah lebih kurang bunyi salah satu ayat.

Gua timbang balik. Padanlah Ami James sibuk hendak ink tangan gua.

Monday, August 04, 2008

Tolong ingatkan gua 26 Ogos ini tentang Panasonic Lumix, boleh?

Petang semalam, gua nekad. Gua, Tom,Takat dan seorang lagi entah siapa nama... Redah Petaling Jaya. Semata untuk satu gig...errr...ke konsert? Hmm...gig kot....err...konsert kot. Ah! apa-apa saja lah!

Gua dah lama tunggu ini event, sebab ini band. TOE. Gua mula dengar ini band pun time Zaman Gelap gua. John Hafiz post dekat entri dia. Memang ngam. So, time gua mengembara ke Jepun dulu, gua sempat sambar CD. Memang gua jatuh cinta terus.

So, gua malas hendak buat scene report untuk event ini. Kalau lu orang hendak tau, bulan depan la gua rasa, lu orang dah boleh pergi cari Majalah Junk. Takpun Klue, sure ada review ini event. Tapi untuk cepat punya review, lu orang klik sini.

Ini ialah Amberhaze dalam keadaan yang sangat jauh.

Ini pula adalah Nao.

Siapa lagi kalau bukan Killeur Calculateur.

Ini pula B-Quartet.

Hah! Toe lah ni. Siapa lagi?

Bila masa turn Toe beraksi, phone camera gua habis battery. Gua kecewa. Gua pandang siling hall. Dalam hati gua berkata, "kenapa ini jam baru habis? extend sikit tak boleh ke?"

Mula-mula gua nak marah. Tapi gua dengar vocalist Toe pesan, "dont take too much photo. See, listen and feel."

Lantas sepanjang hampir sejam, gua tutup mata sambil goyang-goyang comel setempat. Kepala gua hayun kiri kanan ikut alunan muzik. Memang gua feel good!

Saturday, August 02, 2008

Kisah Si Ta-kat.




Gua ada seorang sahabat. Biasalah, orang baik hati memang ramai kawan. Itu big boss aku pesan masa gua budak dulu.

Nama sahabat gua ini, Saifol. Bukan Saiful Apek tu. Tapi menghampiri Saiful Apek tersebut.

Ok, mamat ini jika dalam set sosial gua dan sahabat-sahabat lain, dia adalah seorang pelawak. Pelawak sebelum No. 1. Macam mana? Lu orang fikir sendiri.

Kerja beliau hanya membuat lawak dalam acara minum-minum. Tidak kira pagi, petang, siang dan malam. Begitu juga tempat. tidak kira dimana, yang penting ada lawak.

Dek ke'selalu'annya membuat lawak, kami gelarkan beliau Saiful Apek. Kerana lawaknya yang setanding dengan Pelawak Nombor Satu Negara, Saiful Apek. Bila sudah Saiful Apek, semestinya beliau adalah Cicakman. Bila Cicakman semestinya manusia yang tangan lekat. Amacam?

Gambar di atas gua lampirkan sebagai sedikit bukti ke'lawak'an beliau. Amacam? Sebijik lawak Saiful Apek yang sebenar bukan??

Friday, August 01, 2008

Excited sampai tak boleh tidur.

Semalam, gua YM sama sahabat. Satu ayat gua tak boleh 'blah'.

"Start malam ini sure lu tak boleh tido."

"Apsal?" gua tanya.

"Yelah, 3 August ini kan lu mahu tengok Toe. Excited sampai tak boleh tido la. Fikir nak pakai baju apa, seluar apa, baju apa."

"Hotak lu. Lu ingat zaman sekolah rendah ke apa? Zaman-zaman excited hendak pergi rombongan ke Kota Kelumpo?" gua jawap.

Haram. Lantas memori gua pergi rombongan menjelma.