Wednesday, April 29, 2009

Ironi.

Malam tadi. Lepas balik kerja. Tengah gua rileks-rileks kat rumah, gua teringat sesuatu. Minyak kereta hitam gua semakin berkurangan. Berada pada paras terakhir. Perlu diisi untuk perjalanan esok.

Selesai tanggungjawap gua terhadap kereta, perut gua pula lapar-lapar buah. Macam lapar tak berapa lapar sangat, tapi minta di isi. Tanggungjawap terhadap perut. Gua cadang singgah ke kedai runcit Baiduri.

Dalam perjalanan gua tune in album Gothik Malam Edan. Memoria Anna berkumandang. Dalam kepekatan malam, bunyi kereta hitam menderum, bercampur dengan suara lunak basah.

"Anna...anna...ku mengaku ada syurga..Anna" jerit gua sambil pejam-pejam mata.

Keluar kereta, pergi rak sardin, gua siul-siul girang. Tak puas lagi menyanyi Memoria Anna.

"Kawan Ana pun selsema tadi ayah. Tak tau la selsema babi ke apa ke." budak kat kaunter tu berbual dengan bapak dia sambil masukkan sardin cap ayam gua dalam plastik.

Gua tersenyum simpul. Ironi.

"Hanya kerana diriku lelaki. Ku pun madu, sampai jari. Ku terbayang, kamu Anna." nyanyi gua dalam mode perlahan yang boleh didengar.

Ana kedai runcit Baiduri buat muka tegak. Gua tekan romote kereta hitam gua cepat-cepat sambil melangkah laju. Gua nampak macam bapak Ana dah mula cari barang kat bawah kaunter. Elak-elak keluar parang kang, saja gua kena tebas.

Gila tak Amy Search bapak Ana ni! Menyirap gua.

3 comments:

Unknown said...

sabar je la...
ke bapak dia nak konpemkan hang jadi menantu dia kot?hahhahha

laki cikgu kimia said...

ramai je yang nak kan lu tu, lu je memilih sangat.. eh, silap topik!

Rembo said...

0 - tak kot. bapak dia tak dengar SEARCH. confirm!

nas - sure kena pilih dude. gua nak hidup 1000 tahun dengan dia. bukan setakat 10-20 tahun.