Friday, May 29, 2009

Mengembara melintasi masa.

Gua baru habis baca Laskar Pelangi awal minggu ini. Dan juga Sang Pemimpi semalam. Andrea Hirata itu bukan manusia biasa. Tapi manusia yang ada kenderaan merentas masa. Mungkin dia kat dalam gerobok bajunya.

[,]

Sejak akhir-akhir ini, fikiran gua melayang ke zaman kanak-kanak gua. Zaman dimana gua mula bersekolah. Tadika Kemas. Atau sekolah-makan-minum. Cikgu gua nama Cikgu Salmah dan pembantu dia nama Cikgu...errr....Saleha kot. Gua lupa. Maklumlah, 20 tahun lepas.

Dalam tadika Kemas ini lah gua berjumpa dengan bermacam jenis perangai dan manusia dari pelbagai jenis latar belakang keluarga. Dari anak pekebun, anak kerja pejabat, dan juga anak cikgu sekolah. Masa ini, kerja-kerja besar gua tak dengar lagi. Paling besar gua dengar pun Guru Besar. Tak ada gua dengar jurutera ke, peguam ke, managing director ke. Tak ada.

Pada masa yang sama, abang gua, satu-satunya abang gua dah mula dengar lagu-lagu rock. Masa ini Wings dengan Search memang tengah naik. Macam Hujan dengan Bunkface sekarang ini. Meletup-letup. Taman Rashidah Utama adalah lagu yang paling berhantu itu jam.

Dan masa inilah gua mula belajar untuk mengambil perhatian budak perempuan. Dan pada masa ini gua terkenan dengan seorang anak cikgu. Cikgu bahasa Malaysia sekolah rendah yang dalam pagar yang sama dengan Tadika Kemas gua. Nama budak ini Fareda. Fareda anak Cikgu Fatimah Ali. Cikgu Bahasa Malaysia Sekolah Seri Sabak Uni.

Bila gua pertama kali tahu namanya adalah Fareda, gua semacam pelik. Nama yang pelik dan sangat masa hadapan dan agak ke arah bandar-bandar sikit. Moden. Gua budak kampung. Mandi sungai, redah ladang kelapa sawit punya budak. Mana biasa dengan benda-benda bandar ni.

Satu hari, dalam senyap-senyap. Tanpa pengetahuan mak dan ayah gua, dan juga abang gua, gua koyak satu helai kertas buku latihan abang gua. Sebelum tidur, dalam kelam-kelam cahaya rembulan, gua tuliskan rangkap pertama lagu Taman Rashidah Utama. Gua koyak perlahan-lahan, lipat baik-baik, simpan dalam poket tepi beg sekolah gua.

Esoknya, time rehat, gua panggil Fareda ini senyap-senyap ke belakang bangunan tadika. Lari dari segala riuh orang ramai. Gua pass cebisan kertas yang gua tulis. Gua pesan, baca sorang-sorag dalam bilik bila dah sampai rumah nanti.

Tapi, nampak gayanya, skill gua tu tak menjadi. Habuk pun tak ada. Pegang tangan pun tak dapat. Apatah lagi nak dapat mee rebus free dekat kantin Mak Esah.

Sekarang ini, Fareda dah pun berkahwin. Mungkin dah berbadan dua. Takkan gua nak bagi lirik lagu Fantasia Bulan Madu pulak! Mampos gua kena parang nanti.

Wednesday, May 27, 2009

Mogwai + Killtodress + Coldplay + Gadis kecil = Nasi Lemak Telur Mata dengan Kopi 'O' Kaw.

Sambil dalam playlist Winamp gua menyanyikan Take Me Somewhere Nice dari Mogwai, sambil taskbar gua penuh dengan YM, 4 folder Mozila Firefox yang mengandungi page-page lagho, bukan untuk kerja, 2 folder Window Explorer dan juga satu Microsoft Word file bernama Gua Punya Resume, gua tenung jam dinding depan mata gua.

Fikiran gua melayang. Tembus jam dinding tu gua tenung. Jauh. Melintasi masa. Dan ruang.

Masih Mogwai. Melayang bersama.

Tiba-tiba, satu susuk kecil tubuh perempuan muncul dalam bayangan gua. Kecil. Comel. Molek. Berkaca mata. Duduk keseorangan. Sambil menikmati Pizza Hut sambil fail-fail submission dan client berselerakan di atas mejanya.

Masih Mogwai.

"She's so busy. And alone." gua fikir.

Sambil memerhati dari luar tingkap kaca besar, di balikkan gambar cendawan butang, gua cuba fokuskan mata gua. Ternyata gagal. Langsung tak nampak. Kabur.

Siapa makwe ni? Apa hebatnya dia sampai masuk dalam lamunan gua. Mungkin takdir gua. Mungkin, segalanya mungkin.

Sambil-sambil, gua check email perniagaan Tom . Satu email order dari London. Belah mana gua tak pasti. London Selatan ke, London Utara ke, London timur ke.

Masih Mogwai.

Tiba-tiba, gua dan gadis kecil tadi bertautan tangan, dan juga Tom berada pada satu keramaian. Keliling gua manusia yang tinggi melampai. Hidung mancung dan berambut blonde. Original, bukan dye. Melompat-lompat. Bersorak. Sing a long.

Jauh depan, satu band sedang perform. Coldplay. Gua amati, Chris Martin tengah perform sambil pakai baju perniagaan Tom.

Mogwai tamat.

Dan gua masih berada atas kerusi biru kurang empuk. Dengan jari telunjuk atas mouse, tangan kiri pegang pen. Walaupun gua tak kidal.

Nampak sangat minda gua tengah konflik antara mengantuk dengan sedar setelah sarapan nasi lemak dengan kopi 'o' pekat sebelum masuk pejabat pagi tadi.

Tuesday, May 26, 2009

Quater of love.

Sejak sejak permulaan tahun 2000, gua isytiharkan bulan-bulan pada suku ke dua dalam setiap tahun iaitu antara April, May dan Jun adalah bulan-bulan soal hati untuk gua.

Bulan-bulan yang buat gua rasa bahagia setiap tahun. Bulan-bulan yang gua akan jumpa watak baru dalam hidup gua. Bulan-bulan yang buat gua head over heels sepanjang tahun. Yang buat gua tertonggeng macam nak mati pun ada juga!

[,]

Beberapa minggu lepas, gua dapat teks dari seorang rakan. Membebel dalam sistem yang ringkas itu mengatakan gua berahsia dengannya tentang perkahwinan gua. I was like, WTFF??!

Dia. Seorang yang gua kenal masa gua berkerja di butik mahal BP Mall, bermimpi gua akan perkahwin dengan cinta hati gua 8 Jun 2009. Gua baca teks, gua gelak guling-guling atas lantai bilik (syurga) gua.

Setahu gua, 8 Jun merupakan hari jadi beberapa pemuzik dan juga tokoh dunia. Presiden Suharto, Greg Ginn merupakan guitarist Black Flag dan juga Kanye West.

Mula-mula gua buat tak tahu. Tapi makin dekat dengan tarikh itu, makin berdebar gua. Apa yang gua debarkan pun gua tak tahu.

Yang pasti, gua dah mula macam rasa berdebar nak balik kampung hujung minggu sebelum 8 Jun itu. Rasa kecut perut macam masa nak pergi jumpa doktor buat sunat pun ada sekarang ni!

Monday, May 25, 2009

Nota pendek untuk diri sendiri [2].

Jangan fikir sangat tentang umur dan masa depan.
Jangan fikir sangat tentang duit dan keperluan (nafsu).
Jangan fikir sangat tentang desire.
Lupakan sedikit tentang dream girls.
Lupakan sedikit tentang Engineer.

Teruskan bersabar.

Rasa-rasa nak balik kampung minggu depan, balik je. Tak payah fikir-fikir sangat.

***

Sekarang, gua tengah tunggu imaginary referee gua tiup wisel penamat untuk hari ini. Sambil-sambil itu, gua picit kepala. Pening dan berat.

Degil betul! kan dah pesan jangan fikir banyak sangat!

Karut.

Masa meeting tadi idea gua mencurah-curah. Macam hujan lebat di Kuala Lumpur. Bukan setakat idea untuk menulis. Idea melukis sekali. tak pasal-pasal gua dah lukis gambar gajah mekanikal.

Tapi sekarang, dah kering balik macam Gurun Sahara. Mungkin panas sangat kot kat luar tadi.

Tak pun kepala gua dan ngantuk lepas makan. Biasalah, mana ada peniaga makan tak letak Ajinomoto dalam masakan.

Bedebah!

Wednesday, May 20, 2009

Sekejap bersama Risau.

Sejak krisis ekonomi bermula. Gua ditempatkan di bilik mesyuarat tingkat bawah. Suasana macam round table. Macam King Arthur dan pahlawan-pahlawan meja bulat sedang bersidang. Cumanya, meja gua bukan bulat tapi empat segi sama.

Tingkat bawah ini sebenarnya untuk para sales engineer dan juga management level. Senang cakap tempat-tempat orang besar. Dan juga bos-bos besar.

Tengah hari tadi. Lepas makan. Akibat ketiadaan kerja, bos besar kedua gua masuk ke bilik mesyuarat tingkat bawah. Join pahlawan meja empat segi sama. Dan dalam fikiran gua, imaginasi gua, dia adalah King Arthur. Sebab tak berhenti bercakap. Biasalah, ketua.

Sesekali gua dah bayangkan kain mantel warna merah, baju besi seluruh badan, ada pedang tersisip kat pinggang. Helmet besi sekali.

Bermula cerita pasal member gua yang dah berhenti kerja awal bulan ini, Si Joe. Dari cerita pasal Joe berhenti kerja, masuk pula bab medical. Sebab Joe bertukar kerjaya dari mesin semiconductor ke mesin dialysis. Semiconductor equipment ke medical equipment.

Di sebabkan bos besar kedua gua juga pernah kerja dengan medical equipment, maka ceritanya mula panjang lebar ke pengalaman sepanjang bekerja sebagai penjaga medical equipment. Dari yang ngeri ke yang melegakan. Dari yang sedih ke gembira.

Gua yang tak tahu nak buat apa-apa cuma ketawa layankan. Kadang-kadang gua senyap. Ralit mendengar cerita. Sambil-sambil bersuara sedikit.

Pahlawan yang lain, yang ada pengalaman di hospital mula bercerita. Suasana semakin hangat bercerita. Cerita berkisarkan penyakit-penyakit kronik. Cancer, Hepatatis B, Brain Tumor. Macam-macam.

Gua. Rileks. Dengar. Senyap. Membatu. Sambil berfikir. Satu perkataan. Cancer. Mula takut. Gusar. Tangan letak kat dada. Tapi rasa macam nak keluar. Letak Dunhill Light di bibir.

Sesekali sebelah lain gua berdetak. "Rileks Bo, live fast die young!"

"Yeah!" gua jawap balik.

Lepas tu hilang segala risau. Ganti dengan muka James Dean dan Sid Vicious. Oh, Abang Kurt Cobain juga. Jahanam!

Tuesday, May 19, 2009

Ironi Ozzy.

Rutin pagi gua. Lepas siap-siap. Baju t-shirt berkolar gua masuk dalam seluar. Walaupun bertentangan dengan dress ethic gua, gua terpaksa. Kalau Amy Search ke, Dave Grohl ke, Jessica Alba ke nampak gua dress macam ini, pasti gua ke bahan. Tak rock langsung!

Tapi, gua nak buat macam mana, dah budaya pejabat gua. Itu pasal gua macam tak berapa 'in' sangat bab-bab budaya ini. Menyusahkan.

Pergi dapur, bancuh Nescaffe 'O' sambil sapu peanut butter atas roti. Bila gua pegang botol peanut butter, gua mula senyum sambil geleng-geleng kepala sikit. Peanut butter pun cap Oozy. Macam Ozzy Osbourne. Semua nak rock n roll. Entah apa-apa!

Selesai persiapan sarapan pagi gua, gua bawak ke depan tv. Duduk bersila depan tv. Sambil sarapan, sambil gua tunggu enjin kereta hitam gua dapan warm-up secukup rasa. Baru boleh roar to max orang kampung gua kata.

Saluran pilihan gua bila pagi-pagi begini adalah saluran hiburan. Hitz.tv ke, MTV ke atau Channel V. Channel 708, waktu pagi-pagi gua tak layan. Azman rumah gua layan.

Tengah gua tukar-tukar, tiba-tiba deria dengar gua tangkap satu bait, "Has he lost his mind? Can he see or is he blind?"

Secara tak langsung, secara automatik, gua terjerit "Ozzy!" Jal yang tengah tidur atas sofa pun terkejut.

Tengah gua layan Iron Man, gua pandang roti kat tangan gua. Ironi. Gua dah terbayang gua tengah gigit Ozzy Osbourne hidup-hidup antara roti.

Haih imaginasi gua ni menjadi-jadi pulak.

Monday, May 18, 2009

Akibat kufur nikmat

Satu persatu nikmat dalam hidup gua mula ditarik balik. Bukan baru sekarang. Tapi dah lama dah. Sejak awal tahun ini. Cuma gua baru sedar sejak akhir-akhir ini.

[,]

Satu.

Minggu lepas. Gua sudah buat satu kesilapan besar dalam kehidupan kerjaya gua. Akibat kerja dalam keadaan lapar dan dahaga, segala kerja gua buat dalam keadaan nak cepat. Rush. Lalu, masalah berlaku.

Grinding wheel mesin gua yang sepatutnya turun beberapa micron, akibat tersalah setting, gua turunkan sebanyak 1000 micron. Hasilnya, grinding wheel gua sudah crash sama wafer sebanyak lebih kurang 500 micron. And it was a serious problem.

Kerja yang gua patut boleh siapkan dalam masa 2 atau 3 jam, gua leret sampai 8 hingga 9 jam. Macam celaka.

Nasib baik customer gua tak tahu. Tapi gua jujur bagitahu bos gua. Sekarang ni bos gua tengok gua sebelah mata pun macam tak nak. Haih.

[,]

Dua.

Hari Sabtu, kereta hitam gua merajuk. Tak mahu hidup. Setengah hari gua tinggalkan di pam minyak Shell depan Pasar Borong Selangor. Battery out of service. Semalam Ahad, mana ada kedai battery berniaga hari minggu. Mahu bos kena sabotaj dengan pekerja kalau kerja hari Ahad.

Jadinya, pagi ini, gua memandu kereta rakan serumah. Atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Sedap je gua naik kereta baru. Nombor plat pun JLC. Lancar je perjalanan gua. Senyum je gua.

Sampai pejabat gua, baru gua sedar, kunci motor rakan serumah gua dalam kereta yang gua bawak. Satu kerja lagi gua nak pergi balik rumah semula memulangkan kunci motor rakan serumah gua.

[,]

Satu satu masalah gua datang. Dari kecil menjadi sederhana besar. Dari sederhana besar menjadi besar. Semua orang yang suka kat gua, dah mula tak suka. Agaknya kalau gua ada bela binatang hamster, gua pegang pun mati. Mulut keluar buih.

Dan gua hanya troublemaker. Troublemaker yang tak cool. Kalau troublemaker yang macam gengster bakar rumah ke, letupkan kereta ke, seludup dadah masuk Malaysia ke, suka juga gua. Ini tidak, menyampah gua. Kalau kaki gua boleh terajang perut gua sendiri, atau flying kick kepala gua sendiri, mesti gua dah buat.

Friday, May 15, 2009

Kehidupan.

Dulu. Masa gua budak-budak. Gua pernah terfikir sesuatu. Dan gua selalu fikir perkara ini setiap kali gua nak tidur. Kadang-kadang gua suka, kadang-kadang gua duka. Kadang-kadang tak rasa apa.

Gua fikir, kehidupan gua ini macam satu kisah dalam novel atau pengembaraan. Kisah atau cerita yang semua orang akan baca. Atau mungkin tidak semua. Mungkin kisah teladan. Mungkin juga kisah yang mampu memberikan inspirasi.

Gua adalah watak utama. Semua cerita tentang gua. Kegembiraan gua, kesedihan gua. Makanan yang gua suka, makwe yang gua cinta. Kawan-kawan sekeliling gua. Kereta yang gua akan guna. Musik yang gua pilih. Kerja mekanik yang gua idam-idamkan. Semua. Semua tentang gua.

Masa itu, gua fikir, hidup gua, pengembaraan gua, odyssey gua, macam Eddie, Dean, George dan Mona. Kecuali Tompok.

Bermain. Berjalan-jalan naik basikal tengah panas. Singgah kedai beli air limau. Pergi sekolah waktu hari cuti macam konon-konon nak menyiasat. Masuk kebun, keluar kebun sawit cari bahan bukti. Bukti apa yang gua cari pun gua tak tahu. Cumanya, gua tak menyelesaikan kes jenayah. Ringan, mahupun berat.

Mungkin banyak sangat baca Enid Blyton masa kecil dulu. Charles Dickens gua tak jumpa masa itu. Tak ada jual dekat pasar pangkin Parit Raja atau Selamat Toko Buku.

Tuesday, May 12, 2009

Dewa muzik! Mintak sikit ilmu muzik anda boleh?

"Wah, bukan main lagi gua tengok lu tadi." kata Sin Chan sambil lap peluh kat muka.

"He he he. Bila?"

"Tigers Gone Ape la!" balas Sin Chan.

"Owh, It's a must dude. It's a must! Ha ha ha. Gila lu KC ni. Main tight nak mampos. Takkan gua nak lepaskan peluang yang ada depan mata."

"Nice! Ha ha ha. Eh, sedar diri sikit. Awak tu lagi 3 tahun masuk 30 tahun tau. Tak ingat?"

"Fuck!"

Killeur Calculateur dan juga Paris In The Making memang A!

[,]

Sambil pejam mata, sambil angguk-angguk kecil. Gua biarkan diri gua terangkat dengan muzik ciptaan mereka. Gitar Gibson Les Paul sama ada copy atau original version gua tak pasti. Yang penting bunyi yang keluar dengan setting yang perfect dan juga cara bermain oleh individu tersebut mampu buat gua terawang-awang.

Lantas gua jatuh cinta. Untuk lebih lagi. Dari dulu pun gua dah jatuh cinta. Sekarang, gua lebih jatuh cinta. Dengan Gibson Les Paul. Gua pasang niat. Satu hari dalam tahun ini, gua kena ada ini benda ajaib.

Sesekali gua terfikir. Sekarang ini. Orang lain, maksud gua, member-member lain. Sibuk kumpul duit untuk belanja perkahwinan, mas kahwin, itu ini.

Gua, sibuk kumpul duit nak beli gitar.

Orang lain, mungkin mamat-mamat belia, atau mamat yang dahaga cinta (sex) sibuk cari makwe. Sana sini makwe. Shopping malls, makwe. Pesta buku, makwe. Bus Stand, makwe. Pasar malam, makwe. Library, makwe. Flea market, makwe. Uptown, Downtown, makwe.

Gua, sibuk nak cari member-member yang boleh complete the band. Posisi gitar utama, bass, vocal dan drummer. Ya, ini paling penting!

Nak buat macam mana, sekarang ini, tika ini, cinta gua terhadap muzik melebihi cinta gua terhadap benda lain. Atau cinta gua terhadap muzik melangkaui cinta yang ditawarkan oleh Scientist, Quantity Surveyor, Engineer, Cikgu, Student mahupun Lawyer.

Nanti gua pertimbangkan semula.

Friday, May 08, 2009

Beri gua masa.

Gua baru naik kerja.
Mood tak berapa nak ada.
Kepala sedikit high. High on medication kata orang.
Badan tak berapa nak sihat.
Minda perlu di'defrag' semula.
Cuba berhenti bermain dengan kawan-kawan yang bernama Perasaan dan Harapan.

Dah-dah. Tekak gua makin bengkak, satu badan sengal-sengal. Musim demam sekarang ini gua dengar. Nak-nak peminat Chelsea dengan Arsenal, satu cerita yang lain.

Tuesday, May 05, 2009

Hilang dalam terang.

Dulu. Masa mula-mula gua nak dimartabatkan menjadi hero, gua diberi pilihan. Samaada nak jadi hero rileks-rileks atau hero yang gah. Gah macam Spiderman, Gambit, Hang Tuah atau Leftenan Adnan.

Gua pilih hero yang rileks-rileks. Sama macam perwatakan gua. Tak macho mana. Tak kuat mana. Tapi hati baik. Dalam hati macho lagi bergaya.

Mana-mana yang ada masalah, datang ke gua. Cerita bagai. Sebagai great listener, gua dengar, gua dengar, gua dengar. Tiba masa, gua bagi option. Untuk menyelesaikan atau meredakan keadaan. Dah datang kat gua menangis-nangis, takkan gua nak penampor?

Itu turn mereka. Turn mereka susah. Gua takde hal la. Tolong selagi yang mampu. Hero katakan.

Tapi, bila masa gua punya turn. Bila masa hero punya turn. Bila masa hero ada masaalah. Ingat hero macam gua tak ada masalah ke? Amacam?

Heroine
? Heroine gua dah lama mati. Siap ada yang dah nak kahwin lain bulan-bulan mendatang ini. Apa cerita?

Hidup memang macam itu. Err...hidup sebagai hero maksud gua. Bukan manusia biasa-biasa.

Tok guru gua pesan, "Get use to it. Life is always like that. Like bitch!"

Monday, May 04, 2009

Ceritera si Adam [3].

Satu perkara yang gua tak boleh lupa setiap kali gua balik kampung. Mata Adam dengan Eika bersinar-sinar gembira bila nampak gua masuk rumah atau masuk kereta pertama kali setelah lama tak jumpa.

Itu sangat menyentuh hati gua. Berkaca-kaca mata gua tengok mata budak-budak itu bersinar-sinar. Cukup sekadar muncul depan mereka secara tiba-tiba. Tanpa hadiah atau mainan.

[,]

Malam pertama gua sampai di rumah. Adam ajak gua fight PS2. Dari petang dia cabar gua main PS2. Katanya dia dah hebat. Sambil berkali-kali menerangkan kepada gua PS2nya dah elok.

"Adam pakai pakai kereta Skyline, Pak Ngah pakai bese-bese ni ya?" pujuk Adam.

"Ok. Takpe." gua layankan.

Kecik-kecik dah pandai licik. Tak nak bagi gua pakai kereta yang sama.

"Pak Ngah jangan main potong tau. Tak main la potong-potong kereta Adam yang kat depan tu." kata Adam bila mula kami start berlumba.

1st round, gua bagi muka.
2nd round, gua bagi muka lagi.
Masuk 3rd round sampai 5th round, gua dah malas bagi muka. Nanti dah besar 'lemak' sangat.
Nak mula round ke-enam, Adam bersuara setelah diam lama.

"Joystick Adam ni rosak la agaknya Pak Ngah. Tekan-tekan tak boleh jalan. Adam nak tidur la. Dah ngantuk." Adam bersuara bagi alasan.

"Aik?! Dah ke? Tadi kata nak tidur pukul 1200, ni baru pukul 1030." acah gua.

Adam dah separuh jalan heret bantal busuknya masuk bilik sambil muncung panjang.

Gua ketawa berdekah-dekah sambil geleng-geleng kecil fikirkan alasan dan juga denial budak kecik bernama Adam.

"Kecik-kecik dah licik." gua berbisik dalam hati.

Curiosity.

Pagi tadi. Service Meeting. Setiap orang akan membentangkan segala jenis masalah atau issue yang dihadapi.

Sampai satu part, boss kedua besar gua komplen. Tentang cara kerja juruteranya. Kurang curiosity.

"Young engineer should have this kind of curiosity." kata boss kedua besar gua.

"But bos, curiosity kill the cat!" sampuk gua.

30 saat lepas tu, gua dah di luar pejabat. Hisap rokok sambil telinga merah kena piat. Sedangkan mesyuarat masih berjalan.

OK. Gua tipu. Gua menyampuk dalam hati.

Sunday, May 03, 2009

Pesanan terakhir partner-in-crime gua.

Khamis petang, sebelum gua dengan Kod bertolak pulang. Sekali dengan partner-in-crime gua dulu masa kerja kat Muar - Melaka. Tiba-tiba, partner-in-crime gua tepuk bahu.

"Balik kampung, lepak tepi jambatan kampung lu, renung-renungkan siapa diri lu. You are way too far now."

"Malas."

Settle.