Friday, August 15, 2008

"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN" Apa jadahnya ni??

Gua penat-penat kerja, lu orang-orang suka-suka tag, tag dan tag gua eh? Lu ingat gua ini apa? Baju, seluar? Suka-suka hendak tag gua!

Gua tak berkenan betul la gelaja tag-tag ni! Haeh! Tapi takpe, kawan-kawan, gua layankan.

Owh ya! Gua hendak bagi peringatan sedikit. Dulu gua hardcore-hardcore gak, jadi masih ada sisa ideologi komunisme dan juga anarki dalam diri gua. Jangan harap gua hendak ikut semua peraturan. Amacam?

Disebabkan jiwa raga gua ini agak keras, dan sepanjuang kehidupan sebenar gua, gua tidak pernah bagi ucapan. Lagipun gua mana minat ucapan-ucapan ini. Langsung tiada dalam list gua hendak jadi menteri!

Dari dulu lagi gua berangan untuk berada atas pentas dan berucap atas kejayaan gua bersama band gua mendapat anugerah.

Inilah gua punya ucapan.

"Thank you to my Creator for giving His permission to let me be here until now.
Thanks to all the readers, my family, my love.
Thanks again for supporting me till now.
You all are the reason I am alive.

Love. Peace. Respect. "

*gaya penamat gua bagi flying kiss guna jari tengah dengan jari telunjuk disusuli dengan gaya peace!



Gua sibuk ini hari. Later guys! Kalau berani letak komen membina!!Kalau BERANI la..

Thursday, August 14, 2008

Brader, lu memang kena belanja gua air Nescafe!

Hari ini gua penat. Gua pergi customer site. Kerja gua tidak lah banyak, tapi melecehkan. Buat pemerhatian tentang cahaya UV untuk kurang melekat chip-chip kepada pita lekatan itu.

Sedar-sedar gua keluar sudah dekat-dekat maghrib. Letih. Sebelum pulang, gua singgah Ampang. minum dengan seorang sahabat. Sampai rumah sudah agak lewat malam.

Tanpa membuang masa, gua terus on komputer kompak gua. Setting telefon 3G gua lebih kurang. Lantas gua mencari bahan bacaan.

Dalam hidup gua sekarang, gua ketagihan dua benda. Rokok dan juga internet. Tanpa dua benda ini. Gua resah. Seperti Mona resah tidak dapat menyapu air kopi pada rokoknya dalam iklan kesedaran dadah beberapa belas tahun lampau.

Gua ketawa guling-guling sampai berair mata gua baca entri dari hilang punca. Lu memang A!!

Wednesday, August 13, 2008

Kalau ada tulisan macam tu, memang gua fobia.

Tengah gua santai-santai sambil goyang kaki petang hari itu, dalam pejabat gua. Telefon meja gua menjerit minta diangkat. Gua memang seriau kalau telefon meja gua ni menjerit.

Maklumlah, gua sudah hampir sebulan tiada tugasan. Mesin-mesin peliharaan aku pun duduk jinak, tidak banyak karenah. Bila tiada tugasan, apa lagi gua perlu buat selain daripada selak-selak manual dan training guide? Selak-selak manual maya lah apa lagi. Fb la, Fs la, Ms la (baca: laman web berbentuk ilmiah).

Jadinya, bila telefon gua bunyi, gua jadi berdebar. Bukan berdebar gua suka, berdebar ngeri. Gua usha nombor yang keluar. Oh, kakak management. Lega hati gua.

"Khairul, bila-bila senang hendak turun, singgah meja akak kejap ye?"

"Nak buat apa? kalau takde bagi duit tak mau lah."

"Alaa...duit je fikirnya. Ni ha...nak suruh kau isi form insuran ni."

"ok-ok, jap lagi gua turun, gua singgah."

Saja gua sebut kata ganti diri pertama macam tu sebab gua tau akak tu layan Amy Search time dia sekolah dulu. Siap tampal gambar Amy Search dalam locker. Gambar dari majalah URTV. Dia cerita kat gua.

Itu jam gua turun relax-relax, Insuran je pun. Bukan boleh dapat 10 ribu setiap bulan pun kalau isi cepat-cepat.

Setibanya gua di meja akak management tu, dia hulur gua satu insurance form. Warna biru. Bila gua fikir, insuran dengan warna biru, gua dah tak sedap hati. Lain macam je gua rasa. Kalau warna oren tu ok juga. ING. Belanda. Van Persie.

Sekali gua pegang, gua nampak satu simbol yang gua sangat benci. Ada tulisan AIG dalam kotak! Lantas gua fobia, macam nak gua koyak, tapi insuran kerja gua ni. Cover gua 365 hari dalam setahun termasuk cuti umum.

"ala...apa AIG ni kak? FLY EMIRATES xde ke?" gua membebel sambil berlalu dari meja akak tu.

Gua keliru. Antara masa depan gua dengan pendirian gua. Sampai hari ini, form insuran itu gua tinggal dalam laci meja gua, berhabuk.

Tuesday, August 12, 2008

Degupan jantung akan semakin kencang bila berhadapan dengan makwe yang kita suka. Ilusi atau realiti?

Tengah hari Sabtu itu, gua dengan Kod, dalam mood yang bosan. Habis semua channel dalam Astro Max gua singgah. Sampai ke Vaan gua dengan Kod layan. Akhirnya, kami singgah di Ria, cerita KL Menjerit.

Dalam hati gua memberontak. "Apa jadah KL Menjerit?". Sebelah lain gua kata, "Takpe, layan je. Dari boring gila ni."

Setelah keputusan sebulat suara di capai bersama Kod, maka, gua dengan Kod pun melayan KL Menjerit di tengah hari Sabtu itu. Satu demi satu babak, gua dengan Kod layan. Sampailah satu babak. Si Shahrul macam menggelabah time Ayu keluar hendak pergi kerja.

Itu jam, Kod bersuara. Memecah kesunyian tengah hari Sabtu.

"kau agak, kenapa Shahrul jadi gelabah gitu?"

"entah. lapar kot?" gua jawap.

"tu tandanya, dia suka kat minah Ayu tu."

"kalau kita jumpa orang yang kita suka, confirm gelabah. tak banyak, sikit." sambung Kod lagi.

Gua dengar sambil fikirkan akan kesahihan teori itu. Memandangkan gua bukan daripada golongan pelajar psikologi, gua gagal mendapatkan jawapan.

Sudahnya, teori itu gua terima, simpan. Di samping itu, gua observe sikit-sikit pada pemerhatian gua kepada set sosial sekeliling gua nanti.

Tapi..betul ke?

Monday, August 11, 2008

"kita balik ini, drive relax-relax sudah". Relax-relax my a**!!

Dari pagi tadi gua asyik terkulat-kulat mencari idea. Tiada. Kosong. Empty bak kata 'lidah emak' gua.

Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, gua sudah ada idea baik punya. Tapi, setibanya gua di pejabat gua. Lepas sarapan pagi air Nescafe, otak gua kosong. Hilang terus idea-idea bernas gua. Yang tadi singgah menyapa.

Gua suspect, sel-sel darah merah gua mengular. Patutnya dia perlu bawa oksigen segar yang dia ambil dari paru-paru straight away to brain. Tapi, berhenti sekejap smoking barangkali.

Ini semua mungkin effect daripada perjalanan gua yang jauh semalam. Dari Bangi terus ke Johor. Singgah kampung sebentar. Menjalankan tanggungjawap sebagai anak yang gua sudah abaikan dekat 3 bulan.

Kemudian, dari Johor terus pulang ke Foo Equine Fighters Park semula menaiki kereta gantian gua. Kelisa. Perjalanan menaiki Kelisa yang sudah agak berumur memang kurang selesa untuk berjalan jauh. Gua gagah kan jua demi tugas hari esoknya.

Samping itu, gua perlukan sedikit pemangkin. Lantas gua capai dua tin Nescafe. Minum sambil memandu. Cergas.

Member gua cakap, gua dah macam watak Hammy dalam kartun Over The Hedge. Si Tupai Merah Amerika yang hyperactive setelah minum air isotonik.

Tepat 2 setengah jam, gua sampai dengan selamat.

Hasilnya. Jam 1 pagi, gua resah. Serba tidak kena. Golek kiri, salah. Golek kanan, salah. Tengok kipas salah. Terkebil-kebil. Sudahnya, jam 230 pagi baru gua tidur.

Sekarang, gua rasa, gua macam berada 3 kaki di udara dari tempat gua duduk.

Friday, August 08, 2008

Bila cuti sekolah bermula, maka sesi mengoyakkan kocek juga bermula.

Satu malam. Berlokasi di McDonald Taman Equine. Bachelor party atau lebih kepada majlis makan-makan bujang terakhir. Sempena salah seorang penghuni rumah gua yang akan kahwin hujung minggu ini.

Bercerita tentang rumah tangga. Gua. Berada pada meja yang sama, tapi dimensi berlainan. Malas ambil port. Gua masih belum fikir.

Sehingga, Adi bersuara, "korang ambil itu sebagai tunjuk ajar." sambil tangan kanannya menepuk bahu gua dan tangan kirinya menepuk bahu Tom.

Gua dengan Tom sahaja yang masih belum berfikir untuk kahwin. Masih fikir kahwin itu agak melecehkan.

Berbual, masing-masing membicarakan tentang isu ini. Maklumlah, nama pun majlis makan-makan bujang terakhir. Adi dengan perasan debarannya, Din dengan pengalaman 'suami hujung minggu'nya dan Kod dengan pengalaman bakal bapa mertuaku adalah gangster.

Kod, pada awalnya bakal bapa mertuanya kurang menyukainya. Atas sebab yang gua tidak pasti. Akhirnya Kod berbangga dengan kehebatannya menundukkan ego bakal bapa mertuanya yang gangster itu dengan microphone.

Ya, microphone. Sekarang, mereka berdua boleh berkaraoke bersama di hadapan televisyen atau K-Box. Bayangkan, dari tidak suka sehingga boleh berkaraoke bersama. Cinta, lu memang majis!

Hah, kamu-kamu semua. Andai ada perasaan untuk bersuamikan gua nanti, tolong bocorkan rahsia bapa-bapa kamu semua kepada gua. Amacam?

Sekali gua teringat daa...[3]

Gua selalu suka tengok watak-watak tambahan dalam filem atau drama. Sebab bagi gua, tanpa antagonist, filem atau drama itu cacat. Ada celanya.

Bagi gua lagi, antagonist ini perlu diberikan perhatian. Ada pros and cons. Samada akan menjadi bintang ataupun terus lenyap.

Contohnya, David Caruso ini. Sebelum dia menjadi hot dalam CSI Miami, dia pernah berlakon dengan gua dulu.

Gua punya sekuel pertama filem Rambo, First Blood. Itu jam dia mentah lagi. Berlakon pun bodoh-bodoh jadi polis kelas bawahan sahaja. Sekarang, hot.

Ok. Sekarang. Satu watak antagonist sudah jadi watak protagonist. Sudah jadi besar. Sudah jadi hot. Tapi bila hot, tidak semestinya terus hot bukan? atau sebaliknya.

Selagi disitu, selagi itu soal hati terus terang. Bukan malap atau kelam. Simbiosis.

Faham kah?

Kehkehkeh...

Thursday, August 07, 2008

Apa akan jadi kalau satu dunia cerita letup?

Bulan March yang lepas. Semasa perlawanan bolasepak antara Man. United dengan Liverpool. Gua duduk dengan seorang sahabat di satu sudut paling belakang.

Ketika itu, sahabat sedang hot dalam dunia blogosfera ini. Gua pernah mengutarakan suara hati.

"I think, I am going to stop blogging. I hate to write a crappish things."

Jawap sahabat senang sahaja.

"Relax. Everybody love those crappish things."

Gua. Mengangguk lemah. Dalam kepala sambil berfikir kebenaran kata-kata itu. Dalam kepala gua muncul watak-watak utama dalam dunia blogosfera ini. John Hafiz dengan AKAB terutamanya.

Hari ini. Terbukti. Bila gua post sesuatu yang agak tidak crappish, beberapa sahaja yang membaca serta mengomen.

Semalam bukan main lagi lu orang eh?

Nanti gua post cerita letup. Amacam?

Tapi untuk sementara waktu, lu orang try baca budak ini dan juga budak ini. Agak-agak siapa lagi letup?

Air anggur atau air malt??

Ok. Dua entri di bawah adalah memori masa silam gua. Juga sedikit memori masa sekarang. Untuk cerita selanjutnya, nanti gua post.

Semalam, gua buka FB. Salah satu penulis yang bertangunggjawap membuatkan gua menulis semula ada pemberitahuan. Something like vacancies for his account. His account is for invited readers only.

Tangan gua gatal. Buka akaun yahoo mail aku. Hantar satu application for his account. Setengah jam kemudian, gua dapat feedback email. Telling me that i've been invited to read his ink.

Sejak gua masuk office pagi tadi sampai sekarang. Gua masih baca Perahu Mabuk. Sulam dengan buat kerja sedikit.

Sekarang, ada rasa gua serius semacam tak?

Gua pernah bagitau, gua ada sakit. Giovani.

Wednesday, August 06, 2008

Sekali gua teringat daa...[2]

Sekarang...

Budak satu sudah berkahwin. Tapi bukan dengan mamat scoot itu. Orang lain. Deja vu. Sudah hendak mendapat cahaya mata kalau tidak silap. Semoga bahagia ye.

Budak dua. Masih berada pada takuk yang lama. Gua sudah berkali-kali menawarkan hati gua. masih tinggal tanda tanya. Haih..penat.

Budak tiga. Sudah berpunya. Mengikut perkiraan falak aku, mungkin sekejap lagi lah tu. Bukan muda lagi pun. Gua je yang masih muda.

Gua...

Heheheh.....

Sekali gua teringat daa...

Satu masa dahulu...

Gua suka sama seorang budak. Kecil comel. Sama baya. Budak pandai. Gua, asal boleh. Cukup makan. Itu jam gua guna motor Modenas Kriss. Dia, kancil. Tak boleh blah. Dia suka gua jugak, tapi dia lagi suka sama budak naik scooter.

Satu masa dahulu...

Gua suka sama satu budak. Tinggi sikit dari gua. Orang kata kalau buat bini boleh jadi murah rezeki. Gua main ragbi dia main netball. Gua jeling sekali, dia jeling dua kali.

Gua satu kepala dengan budak ni. itu yang gua rasa happy tu. Tapi...ada satu yang tidak satu kepala. Dia tinggalkan gua sebab 'orang' lain.

Satu masa dulu...

Gua suka sama sorang budak. Tinggi sikit dari gua jugak. Sebab gua ni rendah je tapi tough. Budak utara. Main netball jugak. Gua suka dekat budak ini sebab gua suka. Tiap-tiap pagi Ahad gua ambil dia demi cinta gua.

Sekali, gua buat 'slack'. Gua marah budak ini tak pasal-pasal. Ayat gua bagi sudah makan dalam. Tak boleh ubat. Hendak buat macam mana.

Sekarang...

Tuesday, August 05, 2008

'La..lalala..lala.' Eh, apsal takde simbol note crotchet tu ekh?



Satu hari ini, lagu ini bermain-main dalam kepala gua. Apa cerita??

Kenapa hendak guna ink? Guna permanent maker pen sudah.

Tiba-tiba gua sudah berada di dalam kedai Miami Ink. Duduk atas kerusi. Tangan kiri gua sudah ada stencil. Gambar frame. An old frame with all those curvy things. Dalam frame itu ada tulisan, "GAMBATE". Font 'stencil'. Ala-ala tulisan askar dekat weapon box tu.

Gua keliru. Apa hal "GAMBATE"?. Gua suspect Yoji Harada yang perangkap gua. Ami James dengan relax ink tangan gua. Kaler hitam.

Sekejap lagi gua dengar telefon gua punya alarm. Gua fikir. Apa hal telefon gua bunyi alarm tengahhari buta.

Poof!

Gua mimpi rupanya. Gua tengok jam sudah menunjukkan 7:40 pagi. OMG! Gua dah lambat. Terpaksa gua buat skill 2 dalam satu ketika gua mandi. Gosok gigi sambil sabun badan sekali. Warm up solid snake gua lebih kurang, kenakan pakaian yang bersesuaian lebih kurang, sarung kasut leather putih gua, jalan.

Sampai di pejabat gua, gua antara yang awal. Masih boleh relax-relax lagi.

Tepat jam 10:05 pagi, director gua call. Suruh gua turun dengan section manager gua. Berdebar. Apa hal nak kena gua dengan section manager gua turun sekali ini. Gua disuruh lepak meeting room dulu.

Berdebar gua tunggu.

Setelah setengah jam, gua keluar meeting room dengan muka yang sangat manis dalam hidup gua. Gua genggam erat satu surat. Confirmation letter.

"we are proud to be announce you as a permanent employee at this company"

Macam itu lah lebih kurang bunyi salah satu ayat.

Gua timbang balik. Padanlah Ami James sibuk hendak ink tangan gua.

Monday, August 04, 2008

Tolong ingatkan gua 26 Ogos ini tentang Panasonic Lumix, boleh?

Petang semalam, gua nekad. Gua, Tom,Takat dan seorang lagi entah siapa nama... Redah Petaling Jaya. Semata untuk satu gig...errr...ke konsert? Hmm...gig kot....err...konsert kot. Ah! apa-apa saja lah!

Gua dah lama tunggu ini event, sebab ini band. TOE. Gua mula dengar ini band pun time Zaman Gelap gua. John Hafiz post dekat entri dia. Memang ngam. So, time gua mengembara ke Jepun dulu, gua sempat sambar CD. Memang gua jatuh cinta terus.

So, gua malas hendak buat scene report untuk event ini. Kalau lu orang hendak tau, bulan depan la gua rasa, lu orang dah boleh pergi cari Majalah Junk. Takpun Klue, sure ada review ini event. Tapi untuk cepat punya review, lu orang klik sini.

Ini ialah Amberhaze dalam keadaan yang sangat jauh.

Ini pula adalah Nao.

Siapa lagi kalau bukan Killeur Calculateur.

Ini pula B-Quartet.

Hah! Toe lah ni. Siapa lagi?

Bila masa turn Toe beraksi, phone camera gua habis battery. Gua kecewa. Gua pandang siling hall. Dalam hati gua berkata, "kenapa ini jam baru habis? extend sikit tak boleh ke?"

Mula-mula gua nak marah. Tapi gua dengar vocalist Toe pesan, "dont take too much photo. See, listen and feel."

Lantas sepanjang hampir sejam, gua tutup mata sambil goyang-goyang comel setempat. Kepala gua hayun kiri kanan ikut alunan muzik. Memang gua feel good!

Saturday, August 02, 2008

Kisah Si Ta-kat.




Gua ada seorang sahabat. Biasalah, orang baik hati memang ramai kawan. Itu big boss aku pesan masa gua budak dulu.

Nama sahabat gua ini, Saifol. Bukan Saiful Apek tu. Tapi menghampiri Saiful Apek tersebut.

Ok, mamat ini jika dalam set sosial gua dan sahabat-sahabat lain, dia adalah seorang pelawak. Pelawak sebelum No. 1. Macam mana? Lu orang fikir sendiri.

Kerja beliau hanya membuat lawak dalam acara minum-minum. Tidak kira pagi, petang, siang dan malam. Begitu juga tempat. tidak kira dimana, yang penting ada lawak.

Dek ke'selalu'annya membuat lawak, kami gelarkan beliau Saiful Apek. Kerana lawaknya yang setanding dengan Pelawak Nombor Satu Negara, Saiful Apek. Bila sudah Saiful Apek, semestinya beliau adalah Cicakman. Bila Cicakman semestinya manusia yang tangan lekat. Amacam?

Gambar di atas gua lampirkan sebagai sedikit bukti ke'lawak'an beliau. Amacam? Sebijik lawak Saiful Apek yang sebenar bukan??

Friday, August 01, 2008

Excited sampai tak boleh tidur.

Semalam, gua YM sama sahabat. Satu ayat gua tak boleh 'blah'.

"Start malam ini sure lu tak boleh tido."

"Apsal?" gua tanya.

"Yelah, 3 August ini kan lu mahu tengok Toe. Excited sampai tak boleh tido la. Fikir nak pakai baju apa, seluar apa, baju apa."

"Hotak lu. Lu ingat zaman sekolah rendah ke apa? Zaman-zaman excited hendak pergi rombongan ke Kota Kelumpo?" gua jawap.

Haram. Lantas memori gua pergi rombongan menjelma.

Thursday, July 31, 2008

Si Mammon dan Lucifer itu semakin gemuk.

Suatu masa dahulu, zaman gelap gua. Zaman sebelum zaman enlightment gua sekarang. Zaman gua jadi Raja Tidur Kampung Parit Haji Ali. Gua bertugas sampingan sebagai pemandu a.k.a sahabat-baik-hati-tukang-hantar-dan-tukang-ambil sahabat gua.

Tugas gua ini biasanya bermula bila sahabat gua ini keluar dari Parit Gotham Raja. Samaada ke Kelumpo atau Johor Bahru. Biasanya malam baru gua mula kerja. Kerja gua ambil sahabat ini dari bus stand atau tepi lebuhraya dan hantar ke rumah. Ya, gua tahu. Decent job isn't it?

Biasanya, di tengah tugas gua itu, akan ada acara minum-minum untuk menghilangkan haus. Dalam acara minum-minum ini, ayat yang biasa akan keluar dari mulut sahabat sambil tersenyum dan menunjukkan hasil dapatan dari luar Pekan Gotham Raja.

"Gua memang senyum lah sampai hujung bulan ini. Bila gua dah habis banyak duit, dapat banyak stuff, memang gua suka. Senyum je gua ni."

Metafora. Main point. Habis duit sebab dapat barang yang dikehendaki, takpa. Janji puas hati.

Sekarang, gua tengah lalui zaman enlightment gua. Zaman gelap gua tinggal sejarah dan kenangan. Zaman Raja Tidur Kampung Parit Haji Ali gua sudah berakhir.

Gua ulang balik kata-kata sahabat gua itu untuk diri gua sendiri. Sebabnya, satu barang dari wishlist gua sudah ada disamping gua.

"....memang senyum je gua ni."

Wednesday, July 30, 2008

Merah untuk Arsenal dan biru untuk Chelsea. Mana gua hendak pilih? Gua masih tak tahu.

Owh tidak! Gua rasakan vaksin Dave Grohl tidak mampu bertahan sehingga hujung minggu ini. Kau kurang power. Kurang 'A' atau gua yang kian lenyap.

Sekarang. Gua ada satu situasi. Bak kata Si Fakap satu masa dulu.

Satu situasi yang mana dalam scene filem Matrix. Gua adalah Neo. Di depan gua ada Morpheus. Hulurkan tangan. Dalam tangan ada dua biji pil. Merah dan Biru. Point of no turning back. Pil merah atau pil biru.

Pil merah untuk terus hidup. Tunggu kegembiraan yang akan datang. Buat selamba. Buat rock. Terus rock. Campak sikit perisa Punk. Baru boleh tidak peduli dengan segalanya. Tidak pedulikan dia. Peduli pun buat relax-relax.

Pil biru untuk stay. Teruskan sedikit usaha. Teruskan dengan kegembiraan begini. Teruskan dengan Nidji dan Andra & The Backbone. Campur sikit Sheila On 7. Hendak lagi 'kick' dengar lagu CREEP dari Radiohead. Juga kugiran-kugiran post rock.

Sekali tahu jawapan. Sakit. Mintak vaksin sana sini. Letak gambar itu ini. Letak lirik lagu kecewa emo bagai.

Gua keliru. Pil merah atau pil biru?

Pil merah atau pil biru? Pil merah atau pil biru? Pil merah atau pil biru? Pil merah atau pil biru?

Tuesday, July 29, 2008

Kalau gua tidak membebel hari itu, mesti gua tidak kena marah petang tadi.

Sabtu lepas, tengah hari itu, gua rasa kedudukan kewangan gua semakin meruncing. Gua teringat sesuatu. Awal bulan ini gua ada memperbaharui cukai jalan solid snake gua.

Dengan pantas gua pecut pergi Pejabat Pos Mini Jusco Equine Park. Perjalanan mengukip rebat berjalan lancar. Pejabat Pos Mini itu tidak ramai orang, dan proses berjalan dengan cekap. Sekelip mata kedudukan gua kembali stabil.

Malam hari itu, Mammon mula membisik sesuatu.

"Duit dah banyak, kasut bola lu dah tidak best tu. Kasi angkat satu yang baru laaa..."

Tanpa fikir panjang, gua turuti kata Mammon itu. Destinasi gua, Al-Ikhsan. Sebab lepas gua ambil rebat, gua baca suratkhabar, ada jualan maruah...eh..murah. Kepala gua sudah bayangkan gaya sumbatan gol paling 'A' gua untuk game tersebut.

"Bang, bawak kasut ini saiz 7 boleh?"

"Ini paling kecil 8 la bang." balas pembantu jualan.

"Kalau yang ini? Ada?"

"Ini pun tinggal saiz 8. Stok takde la bang." ujarnya sambil berlalu.

Gua belum sempat tanya lagi, dia dah blah. Gua panas hati.

"Lu orang ni semua macam malas nak kerja je gaya. Tolonglah, dah nama pun kerja. Buatlah kerja betul-betul." gua membebel sambil keluar.


***

Pagi tadi, gua ke customer site. Disamping komputer riba gua, ada telefon N6288. Dalam N6288 ada kad sim Celcom 3G Postpaid. Maknanya, gua boleh online sesuka hati. Gua memang penat dan bosan kalau tolong Japanese buat evaluation. Sebab tengok sahaja Japanese itu buat apa.

Tengah syok gua reply comment, rayau sana sini, layar sana sini. Rakan sekerja gua mencelah.

"Nanti balik aa...you tolong hantar ini Toriyabe-san balik hotel boleh? Aku ada hal la."

"Alamak. Jalan Ampang ke? Gua tidak tahu la Chong itu Jalan Ampang mahu masuk ikut mana?"

"You tak tahu kah?"

Gua geleng. Ilmu geografi gua masih cetek.

Rakan sekerja gua terus tarik muka ketat. Gua tahu dia tidak senang. Gua tahu dia saja pancing gua supaya bekerja. Dengan pemberian tugas itu, kira fair la antara aku dengan dia.

Lantas gua pandang siling production line itu dengan bebelan gua depan kedai Al-Ikhsan terngiang-ngiang. Juga suara Thom Yorke.

"Kaarmaaa policeeee."

Monday, July 28, 2008

Tolong berikan gua vaksin escapism yang infiniti.

Sebaik sahaja gua melangkah keluar bilik mesyuarat tadi pagi, otak gua dapat satu alarm dari hati.

Beep...beep...beep. Laju.

Kira kalau dalam siri House, alarm sebegini biasanya bunyi bila degupan jantung pesakit jatuh dari tahap normal. Lalu, doktor-doktor atau perantis House akan bergegas bertungkus-lumus bagi electric shock. Itu cerita House.

Gua? Apa cerita? Gua.com? Apa jadahnya gua.com!

Gua sedari vaksin escapism yang mendiang Heath Ledger bagi pada gua semakin berkurangan. Sudah mahu habis. Mood Joker dalam diri gua semakin pudar. Escapism diri gua terhadap dunia realiti yang sedang gua lalui ini sudah semakin menghilang.

Gua perlu segera mencari vaksin lain.

Sekarang gua berjaya. Untuk sementara. Gua ulang. UNTUK SEMENTARA. Gua mintak daripada Dave Grohl. Dia bagi sedikit sahaja. Mungkin cukup sampai hujung minggu.

Minggu depan mungkin gua ada vaksin baru. Itu pun kalau Toe bagi vaksin dia sikit pada gua.

Gua perlukan satu vaksin escapism yang infiniti. Vaksin daripada mereka berzodiak Pieces mungkin. Yang terbaik. Tapi aku belum pernah cuba.

Entri pemecah rekod. Bukan pemecah ais.

Ok. Cuba lu orang usha sebelah kanan. Tengok dalam kolum "cetusan emosi saya", dulu "July (23)", sekarang "July (24) kan?

Ini yang gua namakan Entri Pemecah Rekod.

Bukan apa. Rekod lama dipegang oleh bulan Mac. Ketika itu gua menganggur. Kutu. Tiada tanggungjawap. Bangun tidur, tulis.

Sekarang, gua sudah ada tanggungjawap. Tapi masih boleh memecah rekod. Nampak sangat gua tiada kerja. Bukan gua tak mahu kerja. Tapi MD gua tengah cut cost sekarang. Segala aktiviti dikurangkan.

Nampaknya, lu orang kena ingatkan gua untuk bayar zakat bulan September nanti. Amacam?

Friday, July 25, 2008

Mencari Lailatul Qadar di bumi asing. Peh! apsal macam tajuk drama Hari Raya pulak tajuk entri gua hari ini??

Semalam. Tengah relax-relax dalam pejabat. Melahu sana sini. Rayau sana sini. Tiba-tiba bos aku bersuara.

"Khairul!"

Seriau gua sekejap. Apakah kegiatan gua sudah terbongkar. Itulah siapa suruh tidak bagi gua kerja. Kan gua dah melahu sana sini.

"Yup! Ada apa bos?"

"Prepare yourself for Japan trip maybe in Sept. Pergi buy-off with customer."

Peh! gua kata okay. Tapi hati gua rasa berat je. Bukan gua tidak suka. Suka. Cuma...

Ada satu customer gua di Pulau Pinang. Mahu beli satu machine daripada company gua. Sekarang masih dalam perbincangan. Budak-budak sales tengah bertungkus-lumus untuk dapatkan P.O ini.

Kiranya sekarang, pembelian itu sudah mencapai tahap lebih 90% bersetuju. Kalau budak-budak sales berjaya. Maknanya company aku akan jual machine itu. Kalau company berjaya jual, gua kena pergi Japan. Dan seterusnya gua kena station di P.Pinang selama paling sekejap 3 bulan selepas machine sampai.

Ok. Macam ini. Dia punya time line. Ogos, purchasing order keluar. Bila dah keluar P.O ini, kena buy-off dulu selepas sebulan P.O keluar. Maknanya dalam September. 2 minggu selepas itu, gua kena install dengan set-up di P.Pinang. Bulan Oktober.

Julai = Rejab, Ogos = Syabaan, September = Ramadhan, Oktober = Syawal.

...mana gua hendak cari air tebu, murtabak dan ayam percik dekat Japan??

Thursday, July 24, 2008

Wednesday, July 23, 2008

Heath Ledger, lu memang A!!

Semalam. Gua punya graf kehidupan yang sangat mendatar sudah sampai ke tahap kritikal. Gua rasa kalau dibiarkan beberapa hari lagi, akan terus merudum tidak akan naik-naik.

Pagi. Gua pergi kerja, naik solid snake gua, macam biasa. Gua ada rasa lain macam dekat sistem kotak gear gua. Susah mahu shift gear pertama dan juga gear reverse. Gua agak-agak ada skru patah lagi. Gua telefon mentor gua. Dia kata minyak gear belum tukar.

Cis! Lantas gua jadi marah.

Petang. Balik kerja. Macam biasa. Tiba-tiba semua meter gua tidak berfungsi. RPM meter, lentok. Speedometer, lentok. Temperature dengan minyak punya meter, lentok juga. Hati panas. Gua agak ini mesti fuse box gua juga.

Cis! Lantas gua jadi hangin.

Dek ke'marah'an, ke'hangin'an dan ke'malar'an hidup gua, gua dengan Tom nekad. Redah Alamanda untuk Dark Knight. Tidak ada booking, tidak ada reservation. Bernasib baik.

Gua perlukan sedikit excitement. Perlukan escapism. Lari sedikit dari graf malar gua. Lari dari kemarahan gua.

Gua malas hendak ulas cerita ini. Lu orang pergi tengok sendiri. Kepada mendiang Heath Ledger, kalau lu dapat Oscar, gua tolong ambilkan boleh? Semoga kau rest in peace!

Pagi ini. solid snake gua semakin parah. Keadaan traffic juga semakin sibuk. Muka gua sudah marah. Muka gua sudah hangin. Tapi, teringat kata-kata Joker, buat gua tidak jadi marah, tidak jadi hangin.

"Why so serious?!"



Tuesday, July 22, 2008

Sebabkan Ezora, gua ditangan-tangankan.

Gua balik kerja. Hajat mahu layan-layan MTV. Penat-penat lepas redah jamm, layan MTV ke, HITZ.TV ke, memang best. Tahu-tahu tertidur sampai malam. Lapar baru bangun.

Tapi, sebaik sahaja gua melangkah masuk rumah, dua orang housemate aku dah golek-golek depan tv. Gua usha TV, nampak muka Fazura dengan Beego. Apa hal MTV ada muka Beego pulak? Owwh...diaorang layan cerita Ezora. Apa jadah!

Nak tak nak, gua dengan hati terpaksa, melayan. Penat punya pasal. Hendak rehat punya pasal.

"Pak Zaki ni sapa weh?" gua mula menyoal.

"Pak Zaki ni...bla...bla...bla"

"Onni sapa pulak? Apa kena mengena dengan Ezora ni? Beego ini kenapa jadi gini?" betubi-tubi soalan ketidakpuashatian terhadap cerita Ezora.

Tiba-tiba, gua rasa sesak nafas dan pandangan gua gelap. Rupa-rupanya seorang daripada housemate gua yang tadi tengah golek-golek depan TV sudah smackdown gua gaya arwah Chris Benoit.

Tengok! Diaorang lagi sayang cerita Ezora daripada gua. Gua kecik hati.

Haih. Kids nowadays!

Monday, July 21, 2008

Syoh! Pergi kau dari sini Leviathan, Mammon dan Lucifer. Aku mahu normal hingga 26 Julai.

Gua rasa, sejak hari Jumaat Leviathan, Mammon dan Lucifer sedang duduk sebelah gua sambil bisik-bisik sambil cucuk-cucuk pinggang hati gua. Envy, Greed dan Pride bersarang teguh dalam hati gua sejak hari Jumaat lalu.

Sambil-sambil itu pastinya mereka ketawa. Ketawa besar. Melihatkan aksi gua yang tewas dengan kata-kata mereka. Celaka! Terjebak gua.

Dek ke'ENVY'an gua, hati gua jadi tidak senang. Tidak senang melihat kawan-kawan gua pergi bercuti. Gua, tidak dapat follow. Hati. Meronta-ronta mahu ikut.

Ini masalah besar. Soal hati jangan sesekali dicabar. Perlu dineutralkan. Perlu dirawat. Tiada aktiviti hujung minggu. Cuma satu penyelesai masalah. Pusat membeli-belah.

Dek ke'GREED'ian gua. Gua sudah beli macam-macam. Daripada mencari satu persalinan untuk gua. Sudah bertukar kepada tiga persalinan untuk majlis libur dan dua untuk menyokong kerjaya.

Dek ke'PRIDE'dan gua. Gua rasa semua persalinan itu buat gua tampil cool. Kalah semua orang dalam bulatan sosial gua. Lagi-lagi area My Black Equine Flag. Selamba gua bungkus.

Tengok! Betulkan apa gua cakap? Celaka deme bertiga!

Friday, July 18, 2008

Harap-harap kali ini menjadi.

Bosan-bosan gua duduk office sambil mood pre-holiday, gua dapat idea. Minggu depan section manager gua ada kat office. Selalunya dia tiada. Jadi, claim report gua direct ke Director gua.

Dengan separa bosan gua pun isi claim form. Toll, minyak dengan allowance sekali.

Bukan itu sahaja, kali ini gua cuba hendak claim taxi fare masa gua pergi Batam hari itu. Gua lupa ambik resit. Taxi mahal tu. Mercedes. Kalau kali ini berjaya, lain kali gua buat lagi.

Gua kira-kira, sekali naik taxi, dekat RM 100. Kalau enam kali gua buat, gua dah dapat RM 600. Boleh beli mesin basuh!

Wednesday, July 16, 2008

Girls..please take note!

Dengan ini, gua mengaku bahawasanya, gua, RAMBO (bukan nama sebenar) mengaku tidak pernah mengupah mahupun menyuruh CIK-GIE ini membuat kenyataan sedemikian.

Adalah difahami kenyataan ini mungkin datang dari hati beliau yang ikhlas.

Terima kasih.

*tangan gua tengah gaya angkat sumpah.

Trick gua hendak kaya cepat tak menjadi.

Semalam, tengah gua relax-relax kat office. Telefon depan mata gua berbunyi. Ada lampu merah menyala. Maknanya, intercom. Gua toleh kiri kanan, semua tengah tunduk buat kerja.

Bos gua kat bawah kot. Bisik hati gua.

"Hello?" gua sapa.

"Khairul-san, can you please go down now?" suara director gua.

"Owh, Yap-san. Sure. A moment please."

Lantas gua bergerak menuruni tangga secepat mungkin.

Sampai meja director gua, muka serius. Seriau gua sekejap. Apa salah gua kali ini?

"Khairul-san. Why did you claim the flight fare? Did anybody told you not to claim this?" tanya director aku sambil tunjuk-tunjuk claim report.

"No bos. I dont know. I thought I can claim for flight fare." gua tipu. Padahal gua tahu.

"Kepala hotak lu. Kalau semua orang claim flight punya tambang, bankrupt la ini company. Nah! make a correction and then due to me again within 5 minit." separa marah sambil senyum kambing.

Gua tengok balik claim report gua, padan la marah. Dekat RM 9 ribu. Mau tak mengamuk bos. Nasib baik tak kena tikam dengan pensil.

Gua ingat gua dah cukup licik sekarang. Rupa-rupanya masih kurang licik lagi. Bedebah!

Tuesday, July 15, 2008

Bila Medula Oblonggata gua buat kerja. Macam haram!

Malam tadi, gua call seorang teman. Teman yg...entahla. Gua pun tak tahu hendak kategorikan dalam mana. Rock ke, balada ke, irama Malaysia ke. Sakit jugak kepala gua ni.

Lama sudah gua tak berbual dengan minah ini. Habis segala keluar balik. Segala Pandora Box dalam minda sedar dan separa sedar gua terhambur keluar. Bersepah di lantai minda sedar dan separa sedar gua.

Bangun pagi, hendak pergi kerja, gua kutip satu-satu benda-benda yang sudah berselerak. Letak balik dalam Pandora Box, susun cantik-cantik.

Tiba-tiba, dalam perjalanan ke pejabat. Sambil dengar radio, gua sing-a-long satu lagu. Lagu english.

"Baby, i dont want to......na na na na.. Im inconsolableeee"

Tiba-tiba gua tersedar sudah mencemar duli. Cemas! Cilaka Madula Oblonggata gua ni. Boleh pula dia kawal minda separa sedar aku nyanyi lagu Backstreet Boys!

Sekarang gua tengah fikir, macam mana gua hendak naikkan lagi point rock gua setelah kene demerit sebab sing-a-long lagu Backstreet Boys?

Gua tahu mak gua takkan baca page gua. Tapi gua post jugak. Degil.

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini

Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang

SELAMAT HARI LAHIR MAK!

Monday, July 14, 2008

Peta hujung minggu wa. Agak-agak berapa kilometer wa dah jalan hujung minggu lepas?


*yang berwarna merah itu adalah perjalanan aku.


11 Julai 2008, 18:43.

Gua balik kerja. Penat lepas redah jam. Member baik gua dari sekolah call. Minta tolong angkat barang-barang dia kat Paka.

11 Julai 2008, 23:15.

Gua call member gua sebab gua dah sampai Port Dickson. Badan penat. Hendak cari tilam dan bantal cepat-cepat.

12 Julai 2008, 10:00.

Pengembaraan bermula. Paka, gua datang!!

12 Julai 2008, 11:30.

Jalan yang dulu gua cuak gila nak drive naik. Sekarang gua drift-drift je guna van sewa Nissan Vennete yang member gua sewa. Jalan Bukit Putus.

12 Julai 2008, 11:45.

Gua senyum sinis. Lalu tempat kelahiran ramai reformis (gua rasa la). Area Kuala Pilah ngan Jelebu. Chaos KP! Nampak Kampong Jemapoh. Senyum lagi.

12 Julai 2008, 12:40.

Mengimbau kenangan sekolah menengah 10 tahun lepas. Bandar Seri Jempol. Nama dah tukar. Dulu, Bandar Baru Serting. Usha-usha umah sewa cikgu disiplin gua. Tak jumpa. Kalau jumpa, aku nak panah bom. Terasa ada kemajuan. Sudah ada 7 eleven. Dulu, gua fly beli rokok kena ketuk rumah orang. Sebab rumah orang itu jual rokok.

12 Julai 2008, 15:02.

East Coast Mall. Most happening Place in Kuantan. Gua tak tahu. Gua baca je apa yang diaorang tulis kat sliding door tu.

12 Julai 2008, 19:25.

Tiba-tiba gua dah siap mandi laut kt Cherating. Maghrib pun maghrib la. Janji gua dapat celup kaki kat Laut China Selatan.

12 Julai 2008, 21:12.

Tiba - tiba gua dah sampai Kuaters Stesyen Janakuasa TNB Paka.


Perjalanan balik adalah reverse process. Gua malas nak tulis panjang-panjang.


14 Julai 2008, 8:oo.

Cilaka! Massive jam. Dah relax-relax hujung minggu gua tenang je tanpa sebarang traffic jam dan di kelilingi tumbuhan hijau. Dan angin pantai. Celik mata je, bersusun kereta depan mata. Nasib baik gua relax, hati gua berbunga-bunga.

Walaupun penat, gua puas. Lari dari masalah kotaraya ini dan kotaraya hati. Rasa macam nak apply cuti pulak!!

Friday, July 11, 2008

I am crazy lunatic little human being.

Ok dengan ini, aku umumkan musim EMO aku dah berakhir.
Kali ini pasti.

Aku, telah aku beritahu, mempunyai penyakit 'Giovani'. Sekarang aku sudah meniru gaya Wolverine. Punya kuasa untuk menyembuhkan diri sendiri dengan cepat.

Sekarang hampir sembuh. Setelah tersedar dari igauan ngeri. Dari khayalan tingkat tinggi.

Hati. Aku seal kamu kuat-kuat. Inject kamu dengan logam paling kuat. Agar kau tak berderai andai tersentuh dan terjatuh.

Yang pasti aku memang begini. On dan Off secara tiba-tiba.

Kenapa page ini jadi begini? Jangan pelik. Aku manusia ada hati dan perasaan.


Aku dah post lirik lagu JET, Move On dengan Shine On.
Dengan harapan aku akan move on dan terus shine on.
Aku tipu.

Semalam, bicara sama seorang teman.
Aku sudah fed-up lagi benci dengan ini blog.
Mahu padam.
Beritahu dia.
Aku takkan update untuk beberapa lama.
Aku tipu.

Tadi, bicara sama teman.
Dia tanya itu ini.
Aku jawap bukan tidak.
Aku tipu.

Hakikatnya, aku masih tidak boleh lari.
Mungkin ok pada pagi hari.
Petang pula tidak ok.
Malam aku tidak tahu.

Jet, terima kasih.

Move On

Well I been thinking about the future
But I'm too young to pretend
It's such a waste to always look behind you
Should be lookin' straight ahead

Yeah, I'm gonna have to move on
Before we meet again
Yeah, it's hard
If you had've only seen

10.34: Flinders Street Station
I'm lookin' down the tracks
Uniformed man askin' am I paid up
Why would I wanna be that?

Yeah gonna have to move on
Before we meet again
Yeah it's hard
If you had have only seen
Take control
Don't be afraid of me

'Cause every once in a while
You think about if your gonna get yourself together
You should be happy just to be alive
And just because you just don't feel like comin' home
Don't mean that you'll never arrive

Yeah I'm gonna have to move on
Before we meet again
Yeah it's hard
If you had have only seen
Take control
Don't be afraid of me

Well I been thinking about the future
But I'm too young to pretend
It's such a waste to always look behind you
Should be lookin' straight ahead

Yeah, I'm gonna have to move on
Before we meet again
Yeah, it's hard
If you had've only seen

10.34: Flinders Street Station
I'm lookin' down the tracks
Uniformed man askin' am I paid up
Why would I wanna be that?

Yeah gonna have to move on
Before we meet again
Yeah it's hard
If you had have only seen
Take control
Don't be afraid of me

'Cause every once in a while
You think about if your gonna get yourself together
You should be happy just to be alive
And just because you just don't feel like comin' home
Don't mean that you'll never arrive

Yeah I'm gonna have to move on
Before we meet again
Yeah it's hard
If you had have only seen
Take control
Don't be afraid of me

***

Then...

Shine On

Please don't cry
You know I'm leaving here tonight
Before I go I want you to know that there will always be a light

And if the moon had to runaway
And all the stars didn't wanna play
Don't waste the sun on a rainy day
The wind will soon blow it all away

So many times I'd planned
To be much more than who I am
And if I let you down I will follow you 'round until you understand

That if the moon had to runaway
And all the stars didn't wanna play
Don't waste the sun on a rainy day
The wind will soon blow it all away

When the days all seem the same
Don't feel the cold or wind or rain
Everything will be okay
We will meet again one day
I will shine on, for everyone

So please don't cry
Although I leave you here this night
Where ever I may go how far I don't know
But I will always be your light

That if the moon had to runaway
And all the stars didn't wanna play
Don't waste the sun on a rainy day
The wind will soon blow it all away

When the days all seem the same
Don't feel the cold or wind or rain
Everything will be okay
We will meet again one day
I will shine on, for everyone
When the days all seem the same
Don't feel the cold or wind or rain
Everything will be okay
We will meet again one day
I will shine on, for everyone

Wednesday, July 09, 2008

Kepala gua rasa macam nak pecaaaaahhh!!!!!

elak-elak wa padam jugak blog ni kang!!!

Aku sangat benci fikir soal hati.


Ada sesiapa hendak hati aku?
Aku bagi pegang. Nanti bila aku hendak semula, tolong pulangkan balik.
Buat masa ini aku malas hendak simpan.
Kalau boleh aku hendak letak dalam balang kaca.
Tengok dari luar.
Tak boleh pegang, tak boleh rasa.

Celakalah!!

Aku tidak okay.

Wa ingat, wa lepak office hari ini, wa boleh relax-relax sikit. Tapi...

Buka email, salah.
Baca blog, salah.
Buat report, salah.
Buat kerja, salah.
Pegang notebook nak jatuh.
Duduk atas kerusi pun nak jatuh.
Buka locker, barang berterabur.

Apa yang tidak kena ni? Semua serba macam haram. Wa rasa ada kerutan kat dahi. Fikir, fikir, fikir dan terus fikir.

Hoi hati? Kau kenapa?

Baru wa perasan, ini poem memang suit dengan gua.


Apa? Jiwang? Ikut suka gua la nak jiwang ke apa ke. Tak puas hati? Buka blog sendiri. Buat tajuk "aku benci Ziana Zain".

Tuesday, July 08, 2008

Ahli Nujum aku kata, aku banyak kerja.

Mengikut ahli nujum pencetak jadual aku, aku diramalkan akan agak sibuk sehingga hari esok. Tiada update mungkin menghampakan kamu. Maaf. Komitmen terhadap kerja.

Ini pun aku curi-curi masa sekejap untuk bagi peluang kamu semua melepas rindu.

***

Awak, kuat yah! I'm walking after you.

Friday, July 04, 2008

Haih...

Klik page ini, cerita DSAI.
Klik page itu, cerita DSAI.

Check email, gambar tunang si Saiful.
Check email, cerita DSAI lagi.

Aduh penat.

Nak tak nak, aku biarkan ia berlaku dalam apa segala jua proses.

Aku serahkan kepadaNya dan juga keseimbangan kosmos untuk menentukan. Oh, lupa satu perkara. Karma. Juga biarkan karma memainkan peranan satu hari nanti.

Untuk aku berpolitik dimuka ini, tidak mungkin. Sudah banyak yang bercerita tentang politik. Meraka semua arif tentang itu dan ini yang aku sendiri tidak reti nak sebut.

Thursday, July 03, 2008

Tok! Tok! Pintu kesedaran aku baru diketuk.

Owh! Aku baru tersedar sesuatu.
Aku tidak patut begitu.
Sekadar ingin gembira.
Maaf teman.

Oh! Hati.
Hati memang begitu.
Sering menang antara akal dan fikiran.

Dia panggil aku Robin kau tahuuu...

"Bo, malam ni jom futsal. Main dengan budak-budak office aku." kedengaran suara Kodeng di hujung talian.

"Ok, boleh."

Sampai di tempat yang dijanjikan, aku bersiap. Kasut Adidas kelihatan berkilat dan bertenaga. Di tengah gelanggang, gelecek kiri dan kanan, buat hantaran. Sampai depan gol, relax-relax aku placing bola tu dengan gaya Henry.

Sorakan peminat menggegarkan kawasan gelanggan.

Pusingan kedua.

Aksi yang sama. Gelecek kiri dan kanan, buat hantaran. Sampai depan gol, tersengar satu suara.

"Robin, bola Robin!!"

What the....Robin?!! Lu panggil wa robin ke? Apa lu ingat wa ni ada hati dengan Batman apa?? Soal hati aku kepada mamat Penang. Tahulah sekarang musim luar tabii.

Lantas, bola entah kemana, Robin entah kemana.

Lantas Rochang Nor buat-buat jadi lantai. (aku tiru Pipiyapong)

Tuesday, July 01, 2008

Aku sekali lagi keliru.

Aku rasa aku ada sakit. Penyakit yang bernama “Giovanini”. Atau lebih dikenali sebagai ‘Mirror Disease’. Pembaca dari bidang perubatan sila betulkan aku andai kata aku salah.

Pesakit yang mengidap penyakit ini akan meniru aksi, gaya, percakapan atau karekter seseorang yang dia rasakan lebih berkuasa. Tapi, aku hanya meniru sesuatu yang aku rasakan cool atau hebat. Dalam konteks sosial, perwatakan percakapan atau fesyen.

Tidak pada sesuatu yang aku fikir bodoh. Seperti sub-budaya yang banyak menyemakkan kepala. Seperti percakapan atau kata-kata yang aku rasa tidak hebat atau cool.

Dalam sebelah aku yang lain berkata, aku hanya terperangkap dalam suatu dimensi. Dimensi peredaran arus masa kini. Sebagai contoh, sekarang aku suka dengar music Post-Rock. Satu masa dahulu aku kurang berkenan dengan musik yang Instumental.

Ini mungkin aku rasakan pemuzik atau artis muzik ini kelihatan cool dengan cara penyampaiannya dalam muziknya. Atau ianya hanya satu ikut-ikutan semasa. Tidak mahu di cap sebagai ‘cavemen’ kerana tidak mengikuti peredaran arus semasa.

Begitu juga dengan cara pemakaian. Dalam hati masih mahu memakai seluar skinny dan kelihatan bergaya dan cool. Tapi saiz pinggang aku adalah 34 inci atau 36 inci atau mungkin lebih daripada itu. Selain daripada skinny jeans, aku juga mahu pemakaian aku seperti Amy Search bukan Faizal Tahir. Sebab Amy Search hebat dan cool dimata aku. Jeans lusuh, bersinglet dan All Stars.

Sama juga dengan penulisan blog ini. Pernah berhenti menulis hampir setahun. Atas banyak faktor. Pada awalnya hanya sebagai medium melampias emosi dan bersuara.

Kembali menulis setelah membaca Semusim Di Neraka. Ter’inspirasi’ atau meniru. Untuk apa? Untuk kelihatan cool? Atau memang sudah berpenyakit?

Pernah melupakan Bermuda setelah membaca Tuhan Manusia dari Faizal Tehrani.

Pernah ingin mereformasi setelah membaca Perempuan, Internet dan Keganasan dari Hishamudin Rais.

Pernah melupakan Nostalgia setelah kenal kepada Keepsake, Poison the Well, From Autumn to Ashes, Standfast dan Zero February (hodohnya nama!).

Pernah ingin mencari tulisan Albert Camus, Jean-Paul Sartre dan Shakespeare serta Hikayat Hang Tuah setelah membaca Mencari Jalan Pulang-Daripada Sosialisme kepada Islam tulisan Kassim Ahmad.

Sekarang aku mula keliru lagi. Sejak kebelakangan ini aku mudah keliru.

Aku keliru, adakah ini penyakit atau pun inspirasi?

Aku mudah ter’inspirasi’ lalu meniru atau aku mudah meniru lalu menjadikan inspirasi.

Adakah hampir semua orang memang seperti ini atau aku sahaja?

Tolonglah kata aku seorang sahaja!

Monday, June 30, 2008

Tuhan, terima kasih kerana hadiahkan aku SEPI untuk hari lahirku.

Andai aku di beri pilihan penyakit, aku akan pilih penyakit Multiple Identity/Personality.

Agar aku boleh jadi seperti Adam dan Ilyana serta Suzy atau Sufi dan Marya atau Ean dan Imann serta Khalil.

Andai aku di beri pilihan untuk menjadi siapa, akan aku pilih Kabir Bahtiar sebagai pengganti diri aku.

Agar aku mampu memuaskan hati seorang yang beremosi selalu. Agar aku dapat menitiskan airmata seorang pujangga. Agar aku dapat meruntuhkan ego lelaki.

Tidak terkata menonton Sepi. Aku terlalu kagum dengan seni yang di sampaikan oleh Kabir Bahtiar.

Kamu memang Genius.

Friday, June 27, 2008

Genap 9490 hari. Aku tak campur sekali dengan hari dalam tahun lompat sebab aku malas nak mencongak.

Pertama kali dengan tiada teks mesej di telefon.
Pertama kali dengan di perantauan, Indonesia lebih tepat.
Pertama kali dengan kilauan cahaya hijau dan bitu..err maksud aku biru.
Pertama kali dengan sahabat berlainan bangse.
Pertama kali dengan gadis genit Indonesia, Batam lebih tepat.
Pertama kali dengan sahabat meneguk air malt.

Lebih tepat, ini pertama kali tanggal 27 Jun aku sambut dengan minum-minum dan makan-makan.

Kesian?

Apa lagi? Aku sampai KLIA malam nanti sambut aku dengan pancaran bunga api...err bunga manggar pun boleh. Jangan lupa kek cokelat 3 tingkat.

Tempah sekali satu tempat untuk raikan aku.

Tuesday, June 24, 2008

Mesin sini, mesin sana.

Hari ini masih lagi duduk di dalam pejabat. Banyak perkara perlu di selesaikan sebelum mengembara ke Batam semula.

Perkara paling penting. Duit. Wang. Sen. RM.

Dalam poket hanya tinggal RM 50. Macam mana mahu mengembara esok. Ada dua jawapan. Satu, keluarkan duit simpanan. Buku? On da way dari Batu Pahat ke Bandar Sunway dengan perkhidmatan citylink.

Sepatutnya sebelum rehat tengah hari dah sampai. Aku tunggu sampai pukul 3. Masih belum sampai. Google city link. Dapatkan nombor telefon. Capai ganggang, terus buat panggilan. Ah, mesin yang jawap. Teringat Hishamudin Rais punya tulisan.

Sudah 5 minit baru dapat berurusan dengan manusia sebenar. Itu pun aku hampir tertipu. Suaranya hampir sama dengan mesin. Adik beradik kot.

Selesai jam 345 petang. Jawapannya tidak sempat untuk keluarkan duit. Redah jam lagi, cari parking lagi. Memang tak sempat.

Jawapan kedua. Kredit kad. Aku baru apply minggu lepas. Hari ini sudah approve. Telefon bank. juga mesin yang angkat.

Apa di Malaysia ini sudah tidak ada manusia yang berkeinginan untuk kerja angkat telefon ke? Telefon sana, mesin. Telefon sini mesin. Mesin, mesin, mesin.

Kelak machine dah take over the world macam cerita Terminator baru tahu! Agak-agak itu jam John Connor tu ingat lagi ke misi dia untuk menyelamatkan manusia sejagat daripada ancaman mesin-mesin ini.

Kalau Sarah dengan John Connor terlupa, siapa mahu selamatkan duni dan manusia sejagat ini?

haih...penaaat!!!

Wujud atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya dalam diri aku.

Malam tadi. Aku menonton siri kegemaran aku, House. Hugh Laurie merupakan salah satu pelakon yang boleh aku katakan hebat.

House, seorang yang realistik, sombong, bongkak tapi hebat. Sangat hebat.

Watak House itu cukup membuatkan aku sebagai pemuja pada tahap sederhana. Setakat memuja kehebatan watak House ketika tayangan siri tersebut. Atau pun perbualan sekali sekala bersama rakan serumah setelah selesai makan malam. Itu pun jika teringat kelucuan House.

Siri malam tadi mengaitkan seorang pesakit yang sering berhalusinasi. Nampak kepada roh orang yang telah mati, dan segala yang berkaitan dengannya. Bagi House, semua itu boleh di terangkan dalam bidang perubatan.

Aku sering terfikir perkara yang sama sejak kebelakangan ini. Perkara-perkara yang melibatkan roh dan makhluk halus. MM juga telah menulis perkara yang sama.

Sama jugalah dengan Hishamudin Rais dalam penulisan buku terbarunya, Keganasan, Internet dan Penipuan.

Satu persoalan telah di ajukan kepada aku ketika aku menganggur dahulu oleh seorang teman. Persoalan yang aku bawa kemana sahaja aku pergi. Melekat.

"Lu rasa, kat Malaysia ni, orang melayu boleh nampak hantu Cina ke? And orang Cina boleh nampak hantu Melayu?"

"Dude, wa takde rasa." itu sahaja yang mampu aku jawap.

Aku tak boleh jawap. Tahap pemikiran aku belum sampai tahap tinggi. Sedang berusaha kearah itu.

Soalan itu jugalah yang aku ajukan kepada rakan sekeliling aku. Seorang telah menjawap, mungkin ia wujud dalam bentuk dan kepercayaan berdasarkan budaya sesetengah bangsa.

Soalan itu jugalah yang bermain dalam kepala aku ketika aku merantau ke Jepun dahulu. Andai aku ditakdirkan untuk ternampak, bagaimana rupa bentuknya agaknya? Masih seperti toyol atau langsuir? Atau bentuk yang lain? seperti dalam komik-komik Jepun.

Soalan itu jugalah yang bermain dalam kepala aku ketika aku merantau ke Batam.

Aku juga terfikir, jika aku mengembara ke negara eropah. Adakah kebarangkalian aku akan terserempar dengan Count Draculla ataupun Casper?

Aku tak nafikan, aku percaya kepada kewujudan syaitan. Yang tugasnya untuk menyesatkan manusia. Itu adalah kepercayaan aku.

Cuma kewujudannya dalam bentuk yang sering kita takuti dan di war-warkan dalam filem-filem negara Asia mahupun barat itu betul-betul wujud atau pun sekadar bayangan yang dikawal oleh minda manusia yang telah di'set'kan dengan kewujudannya sejak azali lagi.

Entahlah. Masih belum ada jawapan bagi aku untuk sekalian soalan.

Aku sudah mula keliru.

Friday, June 20, 2008

Satu, sebelah baik aku. Satu lagi, sebelah jahat aku. Mana satu nih!

Akibat keboringan aku, aku buat kerja sikit. Merayau banyak. Rayau sana, rayau sini jumpa ini poster. Berdegup kencang jantung aku!

*Gambar aku ambil/curi di sini.

Mono beb! Separuh nafas aku dengar lagu dia. Tertusuk-tusuk jantung aku dek kelunakan musiknya.

Lepas itu aku rayau lagi. Bosan duduk di office ni kalau takde kerja sangat. Ada sebenarnya. Tapi malas. Biasalah manusia.

Aku korek sanai, korek sini, jumpa pula blog ada gambar ini. Degupan jantung semakin kencang. Berdebar-debar, berpeluh-peluh. Semua ada. Sebulan sekali konsert mantap ni. Apa hal??

Juga aku ambil/curi disini.

Caliban beb. Idola satu masa dulu ni. Zaman muda remaja.

Berkobar-kobar mahu pergi dua-dua. Tapi schedule belum keluar. Kalau dua-dua ni aku tak dapat pergi, aku hantar tuju-tuju kat bos aku!

*Ada sesiapa tau tempat dukun hebat-hebat area Sri Kembangan??

Thursday, June 19, 2008

Bubble adalah buih. Buih adalah sfera. Kamu di dalam atau di luar?


Dulu masa aku belajar, subjek English. Advance English ke apa namanya aku lupa. Lecturer aku seorang lelaki yang sedikit terbuka pemikirannya. Juga aku lupa namanya ada beritahu.

Dalam kehidupan sosial seseorang, sebenarnya ada satu imaginary bubble. Kita bahasa melayu kan frasa ini. Buih imaginasi.

Kita sebagai manusia, semestinya akan berhadapan dengan set sosial yang berlainan dalam kehidupan harian. Buih imaginasi ini wujud dalam kita. Buih imaginasi inilah yang menentukan orang asing, kawan biasa-biasa, kawan baik atau seseorang yang sangat rapat.

Bila kita sudah boleh terima seseorang itu dalam buih imaginasi, maknanya dia adalah seseorang yang sangat rapat dengan kita.

Bila seseorang itu adalah jauh dari kita, maknanya dia sudah keluar dari buih imaginasi ini. Jauh di sini bermaksud tidak rapat ok.

Inilah sebabnya kenapa kadang-kadang aku jauh. Senyap. Membatu. Aku rasa kau semua sudah jauh tersasar daripada buih imaginasi aku.

Kadang-kadang aku dekat. Penjelasan yang sebaliknya.

Tuesday, June 17, 2008

Syaitan di dalam diri aku atau malaikat di dalam diri kau?

*Gambar di ambil daripada sini.

Kawan,
Andai kamu baca tulisan ini,
Anggap apa yang terjadi itu peraturan manusia,
Antara manusia dengan manusia,
Antara hati dengan perasaan.
Antara logika dengan kepalsuan.

Kawan,
Mohon maaf andai terkasar bahasa,
Mohon maaf andai berasa hati.

Kawan,
Sebelah jahat kata jangan,
Sebelah baik kata baik.

Tapi,
Segalanya atas kamu,
Keputusan atas kamu,
Logikal atas kamu,
Akal atas kamu.

Aku,
Sekadar memberi pandangan,
Bukan pandangan sinikal,
Bukan pandangan sinis,
Pandangan untuk masa depan.

Ok?

Monday, June 16, 2008

Fuh! Dua kali beb!!

Kaunter Pemeriksaan Imigresen Lapangan terbang Narita, Jepun.

"Hait, Ohaiyoghozaimasu." sapa aku kepada pegawai imigresen dengan mesra.

"Ohaiyo." jawapnya ringkas.

Sedang aku berdiri di hadapan beliau, aku terasa seakan-akan pening kepala. Aku toleh keatas, aku nampak signboard bergoyang perlahan.

"wow, inikah gempa bumi?" bisik hati aku.

Sesekali aku lirik kearah pegawai imigresen, ada iras cuak.

Aku toleh Chong, senyum. Senyum dalam takut agaknya.

Hati aku sedikit berdebar.

Esok hari, tengah aku basuh kereta, emak ku meluru keluar kearah aku.

"Ngah, small earthquake that you felt yesterday actually quite big. Ada beberapa orang yang tertimbus kat northern east Japan." emak ku memberitahu.

Fuh!, terselamat lagi. Untuk kali kedua.

Termenung sekejap aku duduk di serambi rumah aku sambil berfikir. Dua kali aku terselamat dari tragedi ngeri!

Friday, June 13, 2008

Pengembaraan mencari Maria Ozawa dan juga Akira Toriyama berakhir.

Hari ini, hari terakhir aku berguru.
Hari ini, hari terakhir aku naik Chuo Line.
Hari ini, hari terakhir aku makan makanan Jepun.

Malam ini, malam terakhir aku tidur di hotel ini.
Malam ini, malam terakhir aku update entri dalam kamar suram ini.
Malam ini, malam terakhir merasakan kedinginan malam di bumi Nippon.

Selamat tinggal Tsukuda Sensei.
Selamat tinggal Hachioji.
Selamat tinggal Pachinko.
Selamat tinggal Shabu - Shabu.
Selamat tinggal Okonomiyaki.
Selamat tinggal Kari Kehidupan.

Sayonara!

Wednesday, June 11, 2008

Kari kehidupan.

Pernah satu ketika dahulu, zaman belajar di universiti...err..kolej universiti untuk lebih tepat. Aku dan rakan taulan menjadi pengikut setia siri Manga Naruto. Kisah kehidupan ninja muda remaja.

Ada satu siri yang aku agak ingat-ingat lupa. Berkaitan dengan kari. Curry of life kalau tak silap aku nama kari yang di-karekter-kan tersebut. Dalam episod itu, kari itu dapat menyedarkan watak-watak yang pengsan akibat terlalu penat berlawan. Atau terlalu sakit.

Ini mungkin kerana dek kesedapannya atau dek kepedasannya. Dalam siri tersebut, kari iru digambarkan dengan pekat, berwarna agak gelap dan meluap-luap. Ada gas-gas panas keluar daripada kari tersebut walaupun sudah berada dalam pinggan yang sedia untuk dimakan.

Hari ini, malam ini tadi, baru beberapa jam yang lalu, aku menjamu selera dengan kari. Aku namakan kari ini Kari Kehidupan.

Memang sebijik macam dalam Naruto itu. Sampai depan aku pun masih meluap-luap. Plup - plup bunyinya. Warna pun seakan-akan itu. Sedikit gelap.

Kebetulan aku agak penat hari ini. Selepas makan kari itu, aku terus segar-bugar. Sihat seperti sediakala. Ajaib kan? Haha...

Haih la Kari Kehidupan.

Sunday, June 08, 2008

Akihabara Sunday Tragedy




Tadi seharian aku berada di bandar Shinjuku.

Kira macam Bukit Bintang lah. Ada beberapa jalan kecil akan di tutup bagi memberi laluan para pejalan kaki. Itu pun aku dengar dari rakan yang bersama aku beritahu.

Manusia kat bandar Shinjuku ini memang ramai. Rasa aku macam perarakan Bersih itu hari la agaknya.

Bila seberang jalan, aku akan bertembung dengan orang yang nak seberang jalan dari arah berlawanan. Tiba-tiba terasa macam perang dalam scene Lord Of The Ring dek keramaian orang itu.

Pada mulanya aku ingin pergi ke satu bandar kecil sekitar Shinjuku. Akahibara dan Harajuku. Tiba-tiba, cikgu aku call. Dia beritahu ada satu kes orang gila mengamuk dan menyerang orang awam secara rambang sebelah Japan Railway station Akahibara.

Terkejut.

Bila balik hotel, aku tengok berita, memang sahih!

Nasib baik aku tak ke sana. Kalau tak.....



picture taken from; www.akibaos.com

Friday, June 06, 2008

Errkk!!!


Apahal usha pulak?

Kau ingat semua blogger nak tulis pasal menteri, kerajaan, pemberontakan, apa segala semua?

Takde semua tu kat sini. Sini hanya luahan perasaan aku terhadap kehidupan sebenar. Realiti kehidupan.

Ok?

Thursday, June 05, 2008

Aku Lost in Translation.


*nampak macam parking biasa, tapi macam scene dalam Tokyo Riders kan. Twink nak ambik kereta dia.


Celik mata. Usha jam. 7.45 am. Awal lagi. Selak selimut. WTFF??!!

Apa kejadahnya kaki aku birat ni? Gatal pulak tu. Tengok cermin. Satu badan bintik-bintik merah. Gatal. Nasib baik tak naik ke muka. Kalau tidak pasti pembuat kopi kat opis itu tidak mahu membuat kopi untuk aku lagi.

Ligat minda aku bekerja. Apa sebab penyakit ini? Apa aku makan? apa aku minum? apa aku buat?

Sewa perempuan, takde. Kene ulat bulu, jadah mana ulat bulu suka duduk bandar. Sup po-ku. Boleh jadi. Sesame souce, maybe.

Lantas aku lupakan sekejap kegatalan aku. Online. Baca paper. Mana tahu ada cerita hangat di tanah air.

Buka website The Star. WTFF!! Sekali lagi aku separuh jerit. Minyak naik RM 2.70 seliter???!! Apa cerita ni?

Ni yang buat macam malas nak balik. Duk sini tengah hari boleh pakai sweater Adidas sampai leher. Berdiri tengah bandar, orang lalu lalang kat sebelah, tengok langit. Macam Lost in Translation.

Cool kan?

Wednesday, June 04, 2008

Kairou atau Cairo? Tibet atau Tybet?


*Ni apa cerita ni??!!


"Ohaiyougozaimasu."

"Ohaiyougozaimasu Kairo."

Kairo atau Cairo?

Lantak korang la. Janji boleh panggil aku sudah. Korang tahu nak panggil aku apa, aku tahu korang panggil aku.

Tepat jam 11:45 pagi. Waktu makan tengah hari. Masing-masing pergi ke kantin dengan kadar laju. Perut sudah lapar.

Sluuurrrrpp..aku hirup sup.

"Kairou. its a po-ku soup-ne!"

Mahu tersembur sup itu dari mulut aku. Fuck!!

Damn. Apa pasal korang tak bagitau aku awal-awal. Biasa sup sayur je. Berpeluh aku sekejap.

Mana aku hendak cari tanah bersih kat tengah bandar Hachioji ni??
Pakai air malt ke air anggut ke boleh ke??

Tuesday, June 03, 2008

Jepun buat aku banyak tersenyum sendiri.

*aku harap takde telur cacing pita dalam sushi kat kedai ni

Dari semalam aku tersenyum sorang-sorang sambil berjalan. Bos aku dengan partner aku pelik je tengok aku senyum sorang-sorang.

Manakan tidak....

Malam sebelum aku bertolak, seorang kawan telefon. Bertanya khabar. Bual punya bual, kebetulan dia baru balik Jepun. Dia cakap, "Dalam 10 orang awek jepun kau jumpa tepi jalan, 9 orang konfem lawa."

Memang betul. Aku senyum sendiri.

Manakan tidak...

Sekarang musim hujan. Cuaca memang sejuk untuk aku. Boleh capai 10 hingga 15 darjah Celcius. Siap berangin lagi. Bila lalu sekitar kawasan merokok, aku akan bau udara bersama aroma rokok macam bau rokok dalam kawasan pejabat ber-aircond. Padahal kawasan terbuka.

Dek dalam keadaan hujan dan sejuk, mulut akan keluar kabus bila berbual. Tak kira waktu. Macam Fabregas time main bola hujung-hujung tahun.

Aku senyum lagi.

Manakan tidak...

Bila mahu balik hotel kena naik MRT. Ini jam ramai orang. Budak pejabat, kutu, pekerja sosial, budak sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat. Bila aku nampak budak sekolah ramai-ramai tunggu MRT, aku teringat cerita SUICIDE CLUB.

Pegang tangan ramai-ramai, berdiri tepi MRT station, bila MRT sampai, terjun ramai-ramai.

Aku senyum lagi.

Monday, June 02, 2008

Rupa-rupanya aku dah sampai. Macam tak percaya!

Berkali-kali aku gosok mata. Berkali-kali aku cubit pipi. Ye! ini memang Jepun!!

Aku agak lemah dan penat. Jadinya, layan gambar dulu ya. Ni yang sempat aku snap sepanjang jalan ke hotel.







Nanti malam aku try amik shot lampu-lampu neon pulak.