Tuesday, January 25, 2011

24111

Lebih kurang pukul 9 pagi waktu tempatan, atau pukul sepuluh waktu Malaysia, kapal gua landing ngam ngam di landasan kapal terbang antarabangsa Suvarnabhumi yang disebut tanpa membunyikan huruf 'i' terakhir mengikut dialek tempatan, Bangkok.

Selesai urusan imiresen dan juga pengambilan luggage, gua terus hubungi transporter gua a.k.a jurutera tempatan yang menjalankan projek pemasangan mesin di Bangkok ini.

Apahal, penulisan gua dah kearah tulis suratkhabar Kosmo! ni?!!

Ok, gua teruskan dengan gaya penulisan letup gua. Mula semula.

Lepas settle semua urusan, gua angkat luggage masuk dalam kereta CRV hitam transporter gua.

"Off we go!" gua kata pada transporter gua. "Direct to customer site aren't we Kitti san?" sambung gua.

"Yup!" jawap Kitti a.k.a transporter dan juga jurutera tempatan dan juga secara tak langsung host untuk projek kali ini.

[,]

Lepas habis habis kerja, gua dan jurutera tempatan terus lincah ke hotel. Dalam hati, gua berdoa untuk tempat yang selesa dan tak berapa mahal sangat macam Golden Palace of Horses ke, Marriot Putrajaya ke.

Gua dekat sebulan kat Bangkok ini, kalau room rate dia sama paras dengan hotel hotel demikian, masak la gua!

Lepas bagi salam dalam hati, gua masuk bilik. Itu pun lepas porter buka lampu, ON aircond, ON TV, tukar channel, panggil call girl.

Ok yang last tu gua tipu.

Macam biasa rutin gua bila masuk bilik hotel, gua kena pastikan semua kedudukan dan keadaan bilik hotel dan juga barang macam shower gel, shampoo hotel. Dalam peti sejuk ada apa, dalam drawer ada apa, mana yang free, mana yang kena charge kalau minum atau makan.

Tapi, dalam sejarah penetapan gua di hotel demi mencari sesuap nasi, kali ini gua paling tersenyum sambil geleng geleng kepala.

Apa hal ada sekotak 'sarung getah safety' atas para sebelah nescaffe, teh boh dan juga gula dalam paket?

Nasib baik tak ada note "use it wisely" sekali.

Tuesday, January 18, 2011

18111

Nokia N95 gua yang belakangnya gua lekat sticker carbon berbunyi. Irama Killeur Calculateur berkumandang.

"+60302?", "Ni call dari obersi nih." bisik hati kecil gua.

"Haallloo..." Suara di hujung talian. Garau dan kasar mula mula.

"Yes boss!." Jawap gua dengan nada meyakinkan.

[,]

Selesai bercakap dengan boss kecik gua, lantas tangan gua mengetik papan kekunci. Google bahasa bahasa basic untuk bercakap dalam bahasa Thai.

Mulai mingu depan, gua ke Thailand. Bangkok untuk lebih tepat.

[,]

Masalahnya, apahal gua punya customer yang bahagian luar negara berada di dalam rank A dalam kes kes kemaksiatan.

Risau juga gua ni!

Wohoo!!

Wednesday, January 05, 2011

5111

Dua hari sudah, The Big Boss discuss dengan gua pasal result appraisal gua tahun lepas. Secara amnya, skor gua memang tak memuaskan. Gua pun tak puas hati.

Kesimpulannya, gua kena berfikirkan lebih licik dan proaktif dalam menghadapi pel bagai situasi. Tambahan gua kena lebih bersikap lebih menyerlah.

Gua anggap itu semua sebagai cabaran. Lagipun, tahun ini tahun permulaan abad baru. Apa salahnya.

Tapi, dari pukul sepuluh tadi, satu email gua pun dia orang semua tak reply. Apa cerita?
Sudahnya, gua yang stuck sendiri.

Cilakak!

Tuesday, January 04, 2011

3111

Duduk sarapan kopi dengan sandwich kat Starbuck dalam Sunway Medical Centre sambil tengok tengok gelagat pesakit atau orang yang hantar pesakit atau business man dan business woman dengan baju jalur jalur ke bawah dengan seluar kain licin dengan neck tie polka dot dengan kasut hitam berkilat atau blouse dan skirt yang kemas sambil rambut didandan rapi, lagi lagi tukang buka pintu Sunway Medical Centre ni lagi smart pakaiannya berbanding doktor yang datang merupakan satu perasaan yang agak awkward dipagi hari, tambahan isi perut yang belum dikeluarkan pagi pagi akibat nasihat doktor untuk tidak merokok sekurang kurangnya 10 jam sebelum pulmonary lung test.

Adeh!

Thursday, December 23, 2010

Antara rokok dan makwe.

Gua habis kerja agak lewat. Dalam dekat dekat pukul tujuh baru gua keluar kilang. Itu pun lepas habis kerja. Tambahan kacau makwe makwe operator dulu, kacau kakak supervisor, usha engineer muka anak mamu..err..anak mami maksud gua.

Jadinya, gua keluar time time pack orang kata. Sana sini kereta. Semua berpusu pusu pulang ke rumah. Sesak.

Sambil sambil tersekat, gua light satu Dunhill Light. Buat teman gua dalam runsing. Tambahan kepala gua agak kusut. Banyak sangat benda gua fikir. Dari soal hati sampai ke perancangan gua tahun depan sekali dengan wishlist.

Belum kira bonus lagi yang big boss nak announce esok. Kusut kepala gua.

Sedap gua sedut Dunhill Light sambil sambil gua fikir macam macam, tanpa sedar dah sampai tulisan 'Dunhill Light' sekali dengan kotak kecil warna merah. Gua buka kotak, kosong.

Tak ada apa dah dalam kotak rokok gua.

[,]

Lepas gua park kereta cap ikan tapi power adik gua secara reverse dalam kotak parking yang pihak hotel sediakan, lantas gua panjat tangga berdekatan untuk ke kedai makan tauke soh MILF. Gua agak umur dia dalam lewat 30-an tapi memiliki bentuk badan yang mengalahkan model Marie France Bodyline. Aauumm...

Sebaik gua melangkah masuk kedai tauke soh MILF, gua nampak tauke soh tengah ambil order satu meja penuh. Lantas gua tuju kaunter.

Sesaat gua depan kaunter, gua masih belum dilayan.

Gua toleh kanan, ada makwe makwe pekerja tauke soh tengah kupas kulit bawang sambil gelak gelak. Harmoni.

Bila salah seorang perasan gua depan kaunter, dengan pantas makwe tadi bergerak ke kaunter.

Dengan berbaki senyum ketawa yang masih tak lekang di bibir, makwe tu tanya gua.

Dalam hati gua, "Manis juga makwe ni kalau senyum."

"Ye...mau apa?" makwe senyum manis tanya gua.

"Mau u boleh?" automatik keluar dari mulut gua.

"He he he. Cepat la mau apa?" katanya manja.

"Ok. Bagi Dunhill Light satu." gua kata sambil senyum paling manis dalam dunia sambil mata kuyu kuyu ala Rosyam Nor.

Selesai pembayaran, gua melangkah keluar kedai. Sambil sambil geleng kepala, mulut gua berishtigfar.

Astagfirullahaladzim..

Tuesday, December 14, 2010

Lelaki Melayu Terakhir.

Sejak lepas raya hari tu, kerje kerja gua bertambah tambah. Gua anggapkan dengan pertambahan kerja gua ni, dari sisi terang, bertambah lagi rezeki gua. Tapi, kalau gua anggap dari sisi gelap, bertambah lagi hutang gua.

Vice versa.

Ini semua sejak Chong meninggalkan team gua. Sudahnya, tinggal gua dengan bos kecik gua. Kira area Malaysia, mana yang gua boleh cover, gua cover. Termasuk Singapore dan Batam. All rounder.

Celaka, lupa pulak point gua tadi. Ini semua Ummu Hani punya pasal!

Friday, December 10, 2010

Sibuk.

Gua tengah penat. Kerja berlambak lambak. Dalam kepala gua cuma ada satu quote.

"You gain something, more you loose other things."

Gua gain kerja, experience and all, tapi pada masa yang sama, gua hilang beberapa benda berharga, masa, kasih sayang bla bla bla.

That's life.

Haih~

Saturday, December 04, 2010

Rekod.

Rekod sepanjang dua tahun setengah gua bekerja, gua gaduh dengan service manager gua sendiri. Boleh tahan degil gua ni sekarang.

Tuesday, November 23, 2010

Dilema

Beberapa minggu lepas, datang rasa fucked up yang amat sangat dalam diri Rembo terhadap careernya. Fucked up yang gila gila. Bosan, kecik hati and all.

Dengan tidak berfikir panjang, Rembo terus buka Monster. Update apa yang patut. Apply apa yang patut.

Niat di hatinya, sekadar mencuba nasib. Manakan tidak, dalam segmen expected salary, diletakkan beribu-ribu lebih daripada gaji sekarang.

Tak masuk akal.

[,]

Seminggu dua lepas, Rembo dengan bos keciknya ada kerja di Penang. Selesai kerja, makan malam bersama.

Mendengar cerita dari bos keciknya, semakin fucked up Rembo jadinya. Perasaan hambar terhadap tempat kerjanya semakin menjadi jadi.

Tapi, pada masa yang sama, Rembo harus terus stay untuk bos keciknya.

Termakan budi kata orang.

[,]

Sebentar tadi, ada seorang makwe telefon Rembo. Dari agensi pekerjaan katanya. Ada syarikat lain berminat untuk melamar Rembo dengan gaji seperti mana yang telah dipilih oleh Rembo dahulu.

Yang lebih ribu ribu dari gaji sekarang tuuu..
Yang agak tak masuk akal tuuu...

Masalahnya sekarang ni, Rembo berada dalam dilema, mana satu lagi penting, duit atau kesetiaan.

Lantas, Rembo rasa macam nak nyanyi lagu Nelly dengan Kelly Rolland.

Monday, November 22, 2010

Bebelan rambang [IV]

"I am trying to make a look book." ujar partner in crime tentang projek 2011.

"Then, I have to buy a digi camera by the end of this year. We need that, aren't we?"

"Yup." sambung partner in crime.

Dalam kepala gua dah fikir nak tambah satu lagi kad-hutang-dulu-bayar-time-gaji.

Lain lain, KIV dulu.

Sorry love.

*Dalam hati ada bisikan halus suruh join "Log In Facebook tiap tiap hari dapat RM100".

Saturday, November 20, 2010

Superman.

Isnin - Pejabat, Bandar Sunway.
Selasa - Pejabat, Bandar Sunway.
Selasa Malam - Rumah Atas Bukit-->PLUS arah Selatan-->King of Parit.
Rabu Pagi sampai Malam - King of Parit-->PLUS arah Kelumpo-->Rumah Atas Bukit.
Khamis Pagi - Rumah Atas Bukit -->PLUS arah Penang-->Negeri Kari Sedap.
Jumaat Malam - Negeri Kari Sedap-->PLUS arah Kelumpo-->Rumah Atas Bukit.

Fuhh! Macam Superman.

Jangan esok esok time gua dah ada anak, anak gua tak reti nak sebut 'ayah' sudah. Payah gua nanti!

Tuesday, November 16, 2010

Rumah baru [II]

Selain dari nak menyesuaikan diri dengan keadaan rumah baru gua yang makin besar dan makin banyak ruang ruang kosong, gua dan juga rakan rakan yang lain sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup berjiran.

Kalau dulu, tembok jiran sebelah kiri gua sahaja dah tinggal 3 kaki nak cecah siling. Nak jengah macam mana?

Jiran sebelah kanan pula jenis berniaga warung punya orang. Stail orang lain tidur lagi, dia dah sibuk masak masak. Time orang pergi kerja, dia dah kat kedai dah. Bila time petang orang balik kerja, dia orang dah pergi pasar borong. Belanja barang barang niaga. Bila masa nak kena teh sama sama?

Kali ini lain sikit. Bukan macam biasa biasa.

Jiran sebelah kanan gua walaupun brader brader dah anak dara 3 orang, tapi stail macam Joe Bastianich, master chef punya judge. Keras juga gua nak melayan.

Tapi, demi hubungan diplomatik dan sebagai orang baru, gua tegur juga sambil sambil buat buat naif.

Mana tahu, untung untung time lapar lapar, ada anak dara bagi karipap ke, kuih koci ke, lepat pisang ke, bihun goreng ke. Biasalah, hidup berjiran.

Tapi, satu petang tu, gua tengah khusyuk mandikan kereta hitam gua. Tengah sedap gua sental daki daki atas kereta hitam gua, brader sebelah anak beranak balik dari shopping.

Automatik badan gua jadi tough. Dada kembang, rambut stail budak budak Jepun time musim sejuk, lengan ketul ketul, muka serius.

Brader sebelah masuk pagar last sekali, lepas anak bini dia masuk rumah. Mungkin nak perangkap gua kot kot gua main main mata dengan anak anak dia ke tak.

"Basuh kereta dik?" tanya brader sebelah.

"Haah bang. Lama sangat tak basuh, sampai merajuk merajuk dah ni." gua jawap sambil buat buat naif. Ikut hati gua, nak saja gua jawap tengah goreng nugget ikan ke, buat assignment ke.

Dalam hati gua, "Macam drama swasta RTM 2."

Monday, November 15, 2010

Rumah baru.

Sekarang ni, gua baru ada masa kemas kemas bilik. Banyak lagi benda belum setting. Belum susun ke tempat yang sepatutnya. Entah mana gua nak selit beberapa buku yang gua belum baca. Rak buku dah penuh.

Itu belum kes mana nak susun koleksi kereta Ferrari. Kalau rumah lama, letak belakang katil dah settle dah.

Itu belum kes nak susun atur kotak kotak bawah katil, majalah majalah, pen, jangka lukis, kertas kajang, pembaris roda, mouse pad, koleksi DVD, poster Search, poster V for Vendetta, meja lipat, pelincir.

Itu baru kes bilik tidur. Belum kes bilik mandi. Sampaikan, syampu gua ada atas meja. Apa cerita.

Kes kasut pun sama. Time pindah itu hari, semua satu rumah, pakat letak kasut dalam beg plastik sampah heavy duty, bak kata apek kedai hardware.

Bila nak pakai kasut kena selongkar plastik sampah heavy duty bak kata apek kedai hardware itu dulu.

Tapi itu semua gua boleh rilek lagi.

Yang gua tak puas hati, gila gila punya hangin, apasal gua dapat bilik warna pink!!

Wednesday, November 10, 2010

Production line [II]

Gua duduk kat atas bangku besi. Dalam changing room. Jumpsuit baru pakai yang belah kaki. Belah badan gua tak pakai lagi. Clean room booties pun baru sarung. Belum zip habis.

Termenung. Mengenangkan hala tuju mesin gua dan juga ba...err...maksud gua jurutera jurutera customer gua yang backstabber.

Tiba tiba,

"Hang ada sini sampai bila weh?" tanya Syukri, budak praktikal.

"Sampai Jumaat ni kot." gua balas sambil senyum paksa, "Apsal?"

"Esok malam boleh la main."

"Futsal?" gua minta kepastian. Kot kot main yang dimaksudkan lain, susah juga nanti.

"Iya lah. Aku tengok gaya kau macam terrer je main."

"Hmmm..."

"Jom ah. Muka dah macam Shukor Adan aku tengok kau ni."

"Gua. Syukur Adan. Kah kah kah."

Dalam hati gua, "Otak dia Shukor Adan!"

Wednesday, November 03, 2010

Bebelan rambang [III]

Dunia ini sebenar benarnya penuh dengan babi!

Babi pakai suit Armani atau Hugo Boss. Babi yang pergi kerja guna beg Mont Blanc. Babi yang sana sini cakap habuk pun tadak. Babi pakai seluar jeans Lois. Babi pergi Jepun gila cari patung Mickey Mouse padahal Mickey Mouse bukan dari Jepun pun. Babi pakai seluar slack cutting besar tapi kaki seluar lipat besar nak mampos. Babi drive kereta import berlagak macam kereta sendiri padahal kereta company. Babi suka cakap tak fikir. Babi asyik tekan orang bawah. Babi yang cakap depan lain, cakap belakang lain. Dan macam macam lagi.

Last sekali, babi yang menyerupai kawan sendiri.

Tuesday, November 02, 2010

Bebelan rambang [II]

Barang belum siap masuk kotak. Katil belum dismantle. Buku, majalah berlambak lambak lagi bersepah. Baju baju separuh dah masuk plastik sampah yang heavy-duty yang biasa orang buat pindah rumah kata apek kedai hardware. Duit deposit macam nak tak nak. Kunci rumah baru patut dapat semalam. Peti sejuk belum defrost lagi. Minggu ni nak balik kampung. Minyak naik lagi.

Babi!

Monday, November 01, 2010

Bebelan rambang.

Bila gua fikir fikir balik, kerja macam gua ni, penat juga. Sekejap ke pejabat, lepas tu lari pergi ke Keramat. Agak agak Keramat dah settle, gua lari ke Penang pula.

Bila Penang da OK, kadang kadang gua lari ke Batam pula. Tak pun Singapore.

Tapi, end of the month, gua tetap rasa gaji tak memenuhi kehendak dan keperluan. Nak nak sekarang ni. Ada tekanan dari jauh. Payah juga gua macam ni.

Mana nak gua larikan ke tabung simpanan, mana gua nak bayar kredit kad, mana gua nak isi minyak, mana gua nak beli top up Touch n Go, mana gua nak hantar ke orang tua, mana gua nak makan minum lagi.

Ini semua buat gua terfikir. Mana satu gua punya silap.

Silap gua time jawab periksa final bawak 'toyol' dulu dulu ke. Silap gua tak cukup bagi duit kat orang tua gua kat kampung time time hujung bulan ke. Silap gua sebab pakai kereta hitam buatan Itali yang ada lambang ular sembur api dan sebelahnya ada...err...tak ada apalah, ke. Silap gua pilih kerajaan ke. Silap gua bayar pinjaman pelajaran sikit sangat ke.

Tapi, kalau semua salah gua, apa salah kerajaan?

Mesti ada punya ni sikit sikit.

Tuesday, October 26, 2010

Penang III.

Gua dah kat Penang semula.

Minggu lepas, Hari Isnin dengan hari Selasa gua naik sini. Lepas tu, demam dua hari. Jumaat gua buat kerja kat Kelumpo.

Minggu ini, hari Isnin gua kat pejabat. Hari ini, sampai bila gua tak tahu.

Esok tengah hari boleh layan Nasi Dalca+Ayam Merican Superb.

Wohooo!!!

Tapi, tiap tiap minggu naik, mahu bengkok tulang belakang gua ni!

Wednesday, October 20, 2010

Penang II.

Gua duduk kerusi penumpang. Ala ala stoned and high. Akibat selsema dan tak sedap badan. Sendi sendi rasa sakit. Belikat macam rasa tak original. Rasa macam nak demam.

Perjalanan pulang ke Kelumpo baru lepas tol Juru.

Berpuluh kilometer kemudian, di sempadan Perak - Pulau Pinang. Ngam ngam sampai papan tanda sempadan warna hijau, gua cuit driver. Kemudian tunjuk ke arah papan tanda.

Dengan tak semena-mena driver turunkan tingkap,

"Babai Penang!!!" jerit driver ke arah luar.

"Apahal?" gua macam terkejut.

"Saja. Gua bye bye kan nasi kandar Makbul, Roti Nan Kapitan dengan kari kedai tepi laut. Sedih juga." jawap driver.

"Oowh.."

Selang beberapa saat, dua dua orang dalam kereta hitam ketawa terbahak bahak tak ingat dunia.

Inside joke.

Monday, October 18, 2010

Penang.

Gua sekarang berada di Penang. Esok petang gua balik semula ke Kelumpo. Bukan apa, sekadar tunjuk muka kat customer. Sambil sambil boleh tengok tengok machine gua. Kang merajuk pula. Sekali merajuk, payah juga machine gua tu.

Tiba tiba gua teringat pepatah melayu yang berbunyi, tempat terjatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Ni bukan main yang antara lelaki dengan perempuan tu. Itu cerita lain. Manjang fikir ke lucah.

Maklumlah, dekat setengah tahun gua kat Penang ni demi sesuap nasi. Mana tak terkenang kenang.

Ahaks..