Zaman puasa zaman remaja gua, di penuhi dengan puasa di asrama. Mula-mula asrama tak penuh, lepas tu dah bujang bergaya sikit, asrama penuh pula.
Asrama tak penuh gua setakat 25 kilometer daripada rumah. Setiap kali hujung minggu, mesti ada slot berbuka puasa bersama keluarga.
Tapi, asrama penuh gua, jauh beratus kilometer daripada rumah. Nak datang asrama gua ni siap naik kereta api. Siap lari-lari kat rel pindah ke kafe daripada gerabak penumpang. Macam cerita Hindustan. Bas memang tak ada dari Batu Pahat. Ada pun, dari JB. Takkan gua nak buat perangai balik berbuka setiap hujung minggu.
Satu pagi Sabtu, gua baru lepas kemas bilik bersedia untuk spot check hujung minggu. Gua tengah baring-baring atas katil gua yang baru 'string', datang seorang member gua, Apek.
Kat tangan dia ada baldi. Dalam baldi ada 2 botol mineral kosong, 2 pek Maggi, satu pisau 20 sen, ada baju dua tiga helai. Buat tutup barang-barang tersebut. Konon-konon baru lepas basuh baju. Cover line.
"Lu nak masak megi kat bilik gua ke apa ni?" Gua tanya.
"Haah. Selamba?"
"Hotak lu! Bau la nanti. Kecoh satu blok kang." gua separa tengking.
"Rileks. Jangan gelabah. Memang bau kalau guna air panas. Tapi, guna air sejuk tak kan?" Apek bagi keyakinan untuk gua.
"Cakap banyak tak nak, lu pergi isi botol mineral ini dengan air paip. Kalau orang tanya nak buat apa, lu cakap nak basuh tingkap. Gua kat sini, potong botol sebagai wadah untuk megi kita." arah Apek.
Selesai tugasan gua, Apek dengan tenang, masukkan megi yang dah pecah-pecah dalam botol mineral. Tuang bumbu perasa kari atas sekali. Goncang air paip dari botol mineral yang gua ambil kemudian tuang dalam botol mineral yang penuh dengan megi.
"Untuk tunggu dia kembang dan jadikan juadah berbuka kita, gua rasa elok kita kena tido dulu. Petang sikit kang cantik dah tu." cadangan Apek.
"Set!"
[,]
Petang itu, jam 2 petang, di blok Al Khawarizmi, bilik nombor 25, dua orang sahabat berbuka puasa dengan megi air sejuk.
"Sekali-sekala sedap juga makan megi sejuk siang-siang bulan puasa ni kan Bo?'
"Sedap kepala hotak lu!" gua cakap sambil suap megi sejuk dalam mulut dengan airmata penyesalan mengalir.
ruginye..xpose hanya dgn maggi sejuk je..hehe
ReplyDeletelah. lu ade air mata? pelik.
ReplyDeletehahahaha~
ReplyDeleteboleh nih beb. dah boleh nih.
buat skrip citer lawak pendek menjelang raya. keh keh keh.
memang tak sedap.
dulu kat hostel, siap jemur kat matahari konon bleh jadi berasap lah kan? dodol je.
baik lu jadi maggi sebagai kerecek je bo hahaha
ReplyDeletedengan maggie sejuk pun lu boleh goyang.dasar tak mau pose!
ReplyDelete:P
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehujan - zaman tu apa kira beb. he he
ReplyDeletenas - smpi bile kat mesia?
dewa - zaman tak payah fikir2 sangat. hentam je.
rajuna - ah lu dah start main vocab jawa dengan gua ni!
ji - dasar pelanggar peraturan. semua peraturan nak langgar. biasalah, duk asrama. lain la mat buku.
haihhh megi sejuk pon jadik ke .. hahaha.
ReplyDeleteair mata penyesalan jantan. haha.
dulu zaman muda2 beb. apa kira. janji gangster!
ReplyDeletekalau KFC nampak sikit thrill...dgn magi sejuk?aduss
ReplyDelete