Hari ini gua tak cukup tidur. Dari pukul 1 pagi, sampai ke subuh, gua hanya golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas. Turun bawah, hisap rokok, minum air, tengok tv. Naik bilik semula golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas. Turun bawah, hisap rokok, minum air tengok tv. Naik bilik semula golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas.Turun bawah, hisap rokok, minum air tengok tv. Naik bilik semula golek kiri-kanan-kiri-kanan, mata terkebil-kebil tenung kipas.
Kalau gua sambung sambung perjalanan dari bilik gua, turun naik tangga, ke dapur, lepas tu ke living room, gua rasa dah boleh sampai Sunway Lagoon. Tak kira pergi tandas sekali tu.
Gua hanya berjaya tidur selepas sahur. Dan bangun untuk ke kerja pukul 7.45 pagi. Tidur dalam lebih kurang sejam lebih.
Kesannya. Gua panas kepala, panas mata, panas hati.
Pagi tadi Ah Chong buat-buat lawak nak balik pejabat semula lepas ke customer site lepas lunch ni pun gua rasa nak terajang terbang. Balik tidur terus la, nak balik pejabat semula buat apa?! Sengal ke apa lu ni?!
Tambahan, gua langsung tak tahu menahu ada mesin gua problem hujung minggu lepas kat Keramat. Bertambah-tambah panas hati gua ni! Rasa macam nak resign. Tapi memandangkan bonus hujung tahun tinggal beberapa bulan, gua sabarkan hati.
Settle!
No comments:
Post a Comment