Jumaat lepas. Lepas balik dari pejabat. Lincah. Siap-siap. Wangi-wangi. Gua cakap kat dak-dak rumah, gua nak ke Alamanda. Siapa nak ikut, jom. Pergerakan mesti pantas dan cekap. Masa tak banyak. Time is running out.
Sampai Alamanda, gua terus tuju Carrefour. Laju juga gua jalan itu jam. Dalam Carrefour, terus gua tuju ke bahagian perkakasan elektrik bangsa besar-besar. Area-area TV plasma 29 inci, peti sejuk, aircond Haeir, mesin basuh.
Sampai satu sudut yang gua tuju, terus gua mendekati mesin basuh automatik 6.5 kilogram, terus gua buka cover belah atas. Gua tinjau dalam. Tak ada kertas apa-apa. Ini menunjukkan ada stok. Lantas dengan laju, gua buat order dekat brader kaunter perkhidmatan.
Selesai isi borang segala. Perjanjian termetrai. Percubaan untuk kali ketiga akhirnya berjaya dicapai.
Gua seronok, dak-dak rumah lagi seronok.
Esoknya, sepanjang hari mesin gua tak berhenti operasi. Dari sekecil-kecil seluar sampai ke yang paling tebal. Baju pun sama. Yang tak ada lengan, yang kain lembut, kain 100% kapas, yang 50% cotton 50% polyster. Belum cerita bab tuala dengan cadar lagi. Semua cuci. Bersih. Wangi.
Sudahnya, sepanjang hujung minggu, area tingkat atas gua berbau Softlan sepanjang masa.
Dan gua, dah tak ada alasan lambat sebab basuh-baju-gua-tangan yang biasa gua bagi pada Pipi bila lewat pergi gig tapi sebenarnya tengah makan Pizza Hut.
Settle.
wewit! washing machine baruuuuu!
ReplyDeleteah!mesin basuh kat umah baru ja rosak...
ReplyDelete[huhu]
heheheh, kesian member ko tuh asyik kena kencing dgn ko bila time nak pergi ke gigs.
ReplyDeleteselamat mencuci.
waaaaa..sudah boleh jadi tokeh dobi nih.
ReplyDeleteRem, sekilo berapa kos? siap Softlan free kan? keh keh keh.
brader rambut tegak tu kalau ada mesti dah cam dari jauh. hahaha.
oh! baru. ^.^
ReplyDeletegua punya baju kene hantar dobi equine la plak lps ni haha
ReplyDelete(mesin rosak T.T)
wahh tahniah dah ada hobi baru = basuh baju ;)
ReplyDeleteakan jadi lebih bermakna andai baju2 anda dicuci oleh tangan2 lembut bergelar isteri.
ReplyDeletenas - proses pengumpulan harta bermula.
ReplyDeleteoren - ooowhhh...pity u.
visitor - tak la asyik. sekali je.
dewa - market sini rm2 sekilo. Sekilometer lagi mahal la.
balkis - apa yg baru? mesin ke entri? ngeh ngeh ngeh
eamy - boleh. datang hujung minggu la. Ceh, cerita macam duduk area puchong!
frh - banyak la kau punya hobi.
juna - jauh dah kau ni aku tengok semakin hari. Tak ku su'ok engko!