Tuesday, October 13, 2009

Sesekali teringat.

Pejabat gua bertentangan dengan Kompleks 3C. Menatang apa ada dalam ni pun gua tak pasti. Namun, nun di hujung sana ada macam tempat orang hantar anak dia orang bagi orang jaga. Pusat penjagaan la senang cakap. Ini pun gua agak agak. Sebab gua nampak ramai orang hantar anak dia orang kesini.

Sedap lepas gua parking kereta, gua relax sekejap sambil dengar lagu R'n'B dalam kereta. Hitz fm. Biasalah. Tiba-tiba, nun jauh hujung sana, gua ternampak satu adegan drama kehidupan.

Ada satu keluarga, terdiri dari ibu bapa, seorang kakak atau pembantu rumah gua tak pasti dan juga seorang adik lelaki. Lingkungan umur 4 atau 5 tahun gua agak. Budak lelaki tengah menangis. Sebab dari jauh gua nampak dia tunduk sambil bahu ternaik-naik.

Ibu bapanya beberapa langkah di hadapan. Gaya nak buat-buat tinggalkan dia. Si kakak duk pegang bahu sambil mencangkung. Gaya memujuk. Dalam hati gua, sah budak ni tak nak kena pergi sekolah.

Dalam memerhatikan, gua tersenyum. Tersenyum sambil dengar lagu R'n'B dalam kereta. Hitz fm. Biasalah.

[,]

Lantas gua teringat. Dulu, time gua sekolah rendah, darjah 3 kalau tak silap gua. Pernah juga gua buat perangai macam ni.

Hari pertama, alasan gua tak nak pergi sekolah sebab sakit perut berjaya. Tapi memang gua sakit perut betul. Bukan sakit perut memulas atau apa. Tapi, kecut perut. Bak kata orang taman gua, butterfly in stomach.

Hari kedua, gua gagal. Gua cakap gua sakit perut. Sakit perut stail kecut perut. Sudahnya, gua kena paksa dengan ayah gua duduk dalam tandas sampai keluar najis. Sambil kena 'sound' macam-macam. Itu jam, gua cangkung dalam tandas sambil air mata mengalir deras.

Kisah sebenarnya, petang sebelum hari pertama gua cakap sakit perut, gua sudah buat satu onar. Sekolah petang adalah sekolah agama. Peraturan tak ada sangat time sekolah agama ini. Keadaan memang agak huru hara yang terkawal.

Stail boleh rehat lama-lama, time wuduk untuk solat Asar pun sampai setengah jam sambil main-main tembak air. Memang fun.

Tapi hari itu, fun gua menjadi ngeri. Member gua bawak lastik. Bukan sebarangan lastik. Lastik diperbuat daripada kayu pokok jambu. Perrrgghhh...memang bergaya kalau ada lastik macam ini.

Tengah sedap gua cuba melastik ke bintang, sasaran gua miss. Langsung tepat kena cermin tingkap kelas darjah 4. Kena satu saja, paling atas, tapi bila pecah, berderai ke bawah, kena sekali 2 3 cermin tingkap lain. Pecah sekali. Petang tu sahaja gua dah pecahkan cermin tingkap kelas darjah 4 lebih kurang 3 atau 4 keping banyaknya.

Kebetulan, ada prefect area berdekatan. Prefect bukan kawan adalah sejenis bangsa yang perlu dihindari. Mereka adalah pengadu domba kepada cikgu sekolah kebangsaan.

Seperti yang gua jangka, nama gua naik time perhimpunan pagi hari pertama gua sakit perut. Tapi gua berjaya mengelak. Hari kedua, percubaan ponteng gua gagal, gua masuk kawasan sekolah dengan debaran macam nak kena inject BCG. Rasa nak pecah dada gua.

Sudahnya, gua kena panggil dalam bilik guru. Cikgu disiplin gua yang terkenal dengan penampar double side tanya macam-macam. Gua dah takut macam nampak hantu. Menggigil-gigil.

Gua mengaku salah dengan tak sengaja. Cikgu disiplin gua terima dan suruh minta duit emak ayah gua suruh ganti balik cermin sebagai denda. Pergghh...nasib baik cikgu disiplin gua tak suruh ganti balik dengan penampar maut.

Sudahnya, penipuan gua sakit perut terbongkar time gua minta duit untuk ganti cermin tingkap.

[,]

Sekarang ini, gua terfikir, adakah penipuan budak lelaki tadi bakal terbongkar kelak?

3 comments:

  1. nantikan aja minggu hadapan di tivi lapan..

    ReplyDelete
  2. budak zaman sekarang lain beb yang diorang nak. yang bukan-bukan punya. ntah-ntah budak tu nangis bukan sebab takut (macam kes lu), tapi sebab nak PS3 tapi tak dilayan. takpun iPod Touch 3rd Gen.

    camna agaknya kalau ada anak esok eh?

    ReplyDelete