Bila gua fikir fikir balik, kerja macam gua ni, penat juga. Sekejap ke pejabat, lepas tu lari pergi ke Keramat. Agak agak Keramat dah settle, gua lari ke Penang pula.
Bila Penang da OK, kadang kadang gua lari ke Batam pula. Tak pun Singapore.
Tapi, end of the month, gua tetap rasa gaji tak memenuhi kehendak dan keperluan. Nak nak sekarang ni. Ada tekanan dari jauh. Payah juga gua macam ni.
Mana nak gua larikan ke tabung simpanan, mana gua nak bayar kredit kad, mana gua nak isi minyak, mana gua nak beli top up Touch n Go, mana gua nak hantar ke orang tua, mana gua nak makan minum lagi.
Ini semua buat gua terfikir. Mana satu gua punya silap.
Silap gua time jawab periksa final bawak 'toyol' dulu dulu ke. Silap gua tak cukup bagi duit kat orang tua gua kat kampung time time hujung bulan ke. Silap gua sebab pakai kereta hitam buatan Itali yang ada lambang ular sembur api dan sebelahnya ada...err...tak ada apalah, ke. Silap gua pilih kerajaan ke. Silap gua bayar pinjaman pelajaran sikit sangat ke.
Tapi, kalau semua salah gua, apa salah kerajaan?
Mesti ada punya ni sikit sikit.
silap la kalo kita tak bersyukur bro..
ReplyDelete(amacam komen gua?)
ada jugak. tapi gua malas masukkan dalam entri rebel ni.
ReplyDeletetak nampak rebel la jadinya.