Sunday, January 04, 2009

Hi Jungle, gua sudah pulang!

Dulu. Satu masa dulu. Lepas raya Aidilfitri 2008, seingat gua. Lepas cuti panjang. Waktu tengah hari. Pertama kali memandu di kawasan sekitar Lembah Klang selepas cuti panjang. Selepas pulang daripada kampung halaman gua yang terkenal dengan Beriyani Gam.

Gua merungut sana sini. Itu tak betul, ini salah. Pemandu tu macam celaka, pemandu ni lembab. Semua gua maki. Semua gua amuk. Nasib baik gua tak ada keris, kalau ada mahu mahu gua hunus tinggi-tinggi.

Satu ayat Tom;

"Lu pernah dengar Gun 'N' Roses punya lagu?"

"Mende?"

"Welcome to the jungle."

Gua senyap. Gua tersedar. Gua faham. Gua bukan lagi di kawasan kampung yang aman damai menenangkan. Situasi ayem atau tenang bertukar. Huru hara, hingar bingar, simpang siur. Macam hukum rimba. Lemah kena makan dengan kuat. Settle. Lu lemah, lu kena pijak.

Sekarang, gua sudah kembali. Isnin bakal tiba. Isnin bakal gua tempuh. Isnin bakal gua harung. Gua awal-awal dah set minda gua. Welcome to the jungle.

Walaupun untuk minggu ini gua menggunakan kereta Malaysia jenama ikan, tak bermakna lu orang boleh pijak gua, makan gua.

Dah, sekarang sudah lewat pagi. Gua mahu tidur puas-puas setelah 2 malam gua terakhir gua di kampung mendapat gangguan. Tidur gua tak lena. Sikit-sikit terjaga. Dan dia datang lagi lalu ubah gua dalam mode sedikit sayu berbaur rindu. Celaka!!

17 comments:

  1. salam dari

    ramlyotai.blogspot.com

    aberamly.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. senin ni kompem jem giler. Pekata ko bawak keta kebal plak. Sape yg lembab, kuang ajor ko gelek jek keta dorang. hehe..

    ReplyDelete
  3. otai - errr...ok.

    dewa - hah! amacam? hehehe

    Ilazz - tenang je kak arini. Org cuti anto budak sekolah kot.

    ReplyDelete
  4. bangun. gi keje!


    verifikasi kata: inicksit

    (wah. buleh buat nama band!)

    ReplyDelete
  5. hegira - gi keje sudah. tp mcm tak keje gak.

    juna - hahaha mcm sial. jumaat ni aku balik kg. mana tau ko nk pukul aku...

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah&selamat tahun baru 2009 abang rambo :)

    besok2 aku datang lagi supaya kau sentiasa berbaur rindu ;))

    ReplyDelete
  7. ofa - cerita hikayat rembomahawangsa.

    apek - btol pek. Budak Kg Melayu tu mmg suke sesakkan nafas gua.

    Cik-gie - errr....awak orang Kg Melayu ke? hehehe Parit Sikun Darat kan? kan?

    ReplyDelete
  8. kalau gua nampak kereta jenama ikan tu lalu lalang depan umah, memang lah gua tangkap buat gulai

    ReplyDelete
  9. ikan mahal ni! lu nak buat gulai brader? letak dalam rumah la. Baru Feng-sui kata mereka.

    ReplyDelete
  10. yup encik rambo....neofishy@obey@taufiq adalah orang yang sama....tapi yang menulis kat jalan jenang ramai bro....ada dekat 10 org....again, thanx sebab masuk komunite jalan jenang...hihihiih...lu dah dpt keja KL ke beb?

    ReplyDelete
  11. kena sangat la dengan lu..rambo kan masuk hutan..

    ReplyDelete
  12. penulis - owh haha! obey. ok2. yup. Sunway. Gua siap lupe aritu jalan jenang ni mana satu. hahaha Then bru gua ingat Bustand. hahaha

    blind - haah. hutan bandar. amacam?

    pipi - kepala woi aok!

    ReplyDelete