Friday, April 25, 2008

King, tolong aku!

Dalam jangka masa tidak sampai seminggu lagi aku akan memulakan langkah aku ke negeri 'air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Meneruskan karrier. Dalam kepala aku masih banyak perkara masih tertunggak.

Servis knight rider aku. Buat sedikit modifikasi bagi mengikut kesesuaian bentuk muka bumi di negeri air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Betulkan apa yang rosak. Wiper cermin belakang. Wiring sedikit rosak.

Itu baru cerita knight rider aku. Belum cerita baju, seluar, toiletries, perfume...blah..blah..blah..yada..yada..yada..

Ini semua gara-gara duit. Sial. Money really makes world goes around nowadays. Nak taknak phrase ini aku kena akui. Kita kena akui. Ada duit semua boleh jadi.

Beberapa minggu lepas aku ada jual sedikit barang knight rider aku. Mula-mula aku malas nak jual. Nak simpan. Sentimental value. Tapi customer ini pulak, kira owner lama knight rider aku. Orangnya pun baik dengan aku. Takpe-lah. aku jual gak. Tapi sampai sekarang payment tak dapat-dapat lagi.

Haih!. Marah betul aku kalau orang buat aku macam ni. Aku memang nak guna duit. Kalau aku takde nak guna cerita lain-lah.

Haih! Elak-elak aku karate juga mini market dia tu kang sebagai tanda protes!
King Pipi dengan King Kumprinx, boleh kasi tunjuk ajar?

Wednesday, April 23, 2008

Aku nak jumpa Ain, Dillah dan Eppy.

Sekarang kurasa something je bila aku buka page aku sendiri.

Macam-macam rasa ada. Sedih, boring, marah. Kadang-kadang rasa macam nak menangis. Kadang-kadang rasa macam nak sing a long dengan lagu-lagu dalam playlist aku. Terutamanya dari band macam I Kill A Prom Queen, Poison The Well tak pun From Autumn To Ashes.

Entri-entri aku rasa macam sampah. Crap. Rubbish. Takda yang emosi pun.

Pernah aku bagitau Chan gelodak jiwa aku ini.

Tapi dia jawap, "Everybody love to read all those crap and rubbish things Bo."

Aku diam. Senyap. Membatu. Dalam hati aku fikir ada betulnya juga kata Chan.

Sekarang aku dah nekad. Se-nekad mat rempit buat wheelie sejauh 5 kilometer.

Apa nak jadi, jadi-lah. Aku mesti berubah.

Start besok...err...maksud aku petang nanti, aku nak cari novel-novel cinta kat kedai Selamat Toko Buku. Takpun aku nak jumpa anak-anak Wak Noh sebelah rumah aku. Wak Noh ramai anak gadis. Mesti collector novel-novel jiwang ni. Biar aku baca sampai nangis-nangis.

Baru-lah EMOSI.

Monday, April 21, 2008

Semua orang berubah.

Satu masa dulu, aku selalu suka cakap, "I dont believe in a truth friendship."

Statement ini aku keluarkan kepada umum lebih setahun yang lepas. Itu jam aku baru habis belajar dan bekerja part-time sebagai pembantu jualan di butik mahal di Mall.

Wujudnya statement ini atas perasaan tertekan aku terhadap kerjaya aku itu jam sedangkan rakan-rakan seperjuangan telah berjaya membina kerjaya masing-masing yang hebat-hebat belaka. Tercapai cita-cita.

Aku. Terhangguk-hangguk sapu dan mop lantai, lap cermin, susun baju dan seluar. Lap meja. Tak cool langsung aku rasa.

Satu hari, sudah rasa penat dengan kerja sebegitu, aku text semua rakan-rakan seperjuangan. Semua sama aku text. Nak buat call, aku tak mampu lagi.

[Ada vacancy tak kat tempat kau? Ke lubang-lubang lain ke? Ada?]

Hampir semua nama rakan-rakan seperjuangan aku, aku text.

Senyap. Dalam hati aku kata untuk sedapkan hati, "Sibuk kot semua?"

Malas mahu fikir bukan-bukan.

Tapi, setelah beberapa lama, beberapa insiden berlaku depan mata. Beberapa kes culture shock menular di antara mereka. Beberapa kes hangat bercinta sampai lupa kawan berlaku. Kes-kes lupa diri pun ada.

Insiden demi insiden dan kes demi kes ini semakin menyedarkan aku. Everybody have their own life to run. Masing-masing sudah ada tanggungjawap atas hidup mereka dan juga komuniti masing-masing.

Sekarang, i just dont want to take it seriously. Nanti aku yang sakit hati. Susah.

Lalu, aku tukar kepada statement, "everybody changed!"

Saturday, April 19, 2008

Se-kepulangan ku dari perantauan.

Aku rasa aku ada masalah inferior complex.

Satu perasaan paranoid terhadap perasaan marah dan kebencian orang terhadap aku. Atau pun sering berperasaan aku selalu buat salah. Orang bijak pandai dalam psikologi kata.

Aku baru sampai dari rumah sewa baru aku. Waktu tempatan, kurang lebih 0030. Sampai rumah aku biar knight rider aku melahu sebentar. Maklumlah jalan jauh. Dah tu ada bau hangit-hangit pulak tu. Sapa suruh merempit dengan Mercedes Kompessor.

Bukan apa. Dalam perjalanan pulang tadi aku sangat mengantuk. Tidur hanya 3 jam. Tidak boleh lelapkan mata kerana kepala aku sangat sakit.

Punca. Belum dapat dikenal pasti.

Aku masuk rumah, big boss masam muka.

Aku pun selamba masuk rumah. Sebelum tu aku pandang parking kereta Kelisa abang aku. Kereta takde. Aku fikir dia dah bergerak ke Sepang seperti yang diwar-warkan.

Aku kunci grill, susun kasut dan terus kunci pintu.

Sangkaan aku meleset. Tengah sedap aku bersiram, terdengar bunyi enjin Kelisa. Abang aku balik.

Terdengar abang aku goncang pintu yang aku kunci tadi kuat-kuat.

Dalam hati aku kata, "Ah sudah! Memekak pulak pagi-pagi buta ni."

Keluar bilik mandi, aku tegur abang aku.

"Wa ingat lu dah gerak Sepang."

Senyap. Muka nak masam. Ketat je. Macam ada papan taruk depan muka.

Macam-macam soalan dalam kepala aku.

Salah aku ke biar enjin knight rider melahu tatkala cucu-cucunya sedang nyenyak tidur? Ke aku balik lambat sangat? Abang aku marah pasal aku kunci pintu ke? Takpun, marah sebab knight rider aku bau hangit? Ke, dia orang ni tak suka aku kerja kat ibukota?

Haih...susah.

Itu inferior complex kan?

Ada siapa boleh tolong jawab?




Thursday, April 17, 2008

Gone and i'll be back.

Aku akan ke ibukota semula petang ini.

Esok ada sedikit urusan di pejabat baru. Berbincang tentang sedikit tugasan, mengambil offer letter dan berbincang tentang site yang bakal aku pergi.

Mungkin dua hari ini, aku tiada di meja pengadilan ini..err...maksud aku meja komputer ini untuk post apa-apa entri.

So, i'll be back.

Wednesday, April 16, 2008

Harap-harap ini bukan keputusan yang salah dalam hidup aku.

Urusan di ibukota telah selesai. Keputusannya seperti dijangkakan. Beres dan berjaya. Mungkin awal bulan Mei aku akan berpindah ke negeri 'air percuma untuk 10 meter padu pertama' untuk menyambung karier.

Setiausaha, please take note ok.

***

Bila aku berada di rumah. Dengan tiada apa rancangan dalam minda. Biasanya aku akan melihat dunia setelah gelincir matahari. Satu jangkamasa yang panjang untuk tidur.

Aku rasa di kampung aku ini, akulah raja tidur. Kalau ada pertandingan tidur paling lama, aku rasa akulah juara untuk Kampung Parit Haji Ali Laut.

Pedulikan semua. Bila aku rasa bahang matahari, baju aku sudah basah dek peluh. Baru aku sedarkan diri. Bukan apa, kalau aku bangun awal pun, tiada apa yang perlu dilakukan.

Kalau aku masak untuk makan tengah hari, nanti apa pula emak aku cakap. Lawan tauke pulak. Nanti kalau dia rasa tercabar, susah lah aku.

Kalau aku buat kerja-kerja rumah, nanti apa pula kata presiden rock se-Parit Raja. Silap-silap markah rock aku kena demirit 50 markah. Nak naikkan mata demirit dah la susah.

Kalau aku buat-buat cabut atau meracun rumput, nanti jiran aku kata aku macam-macam pulak. Nama pun Wak Noh. Noh lagi. Popular betul nama Noh kebelakangan ini. Padan lah kawasan rumah aku dengan rumah dia je selalu hujan.

Harap-harap esok aku bangun awal sedikit. Ada perkara mahu di selesaikan sebelum menyambung karier di ibukota. Harap-harap tidak hujan. Kalau hujan, aku pukul jiran aku Wak Noh ni.

Contohnya, mengeluarkan baki simpanan bank untuk kegunaan harian dalam bulan pertama dan membuat sedikit persiapan. Beli itu dan ini. Eh, rasa macam hendak masuk asrama pulak. Haha!

Tuesday, April 15, 2008

Pengalaman berharga buat seorang budak daripada kampung.

[Aku] : Tolong selamatkan aku. Aku turun di perhentian Serdang.

Lima minit. Senyap. Sepuluh minit. Senyap.

Tak boleh jadi ni!

"Hello Tom. Lu tidur ke? Selamatkan gua. Wa da rasa macam ada mata-mata liar memerhati ni."

"Ok. Sepuluh minit lagi wa sampai." ujar Tom.

Tom. Bukan Tom Sawyer atau Tom Tom Bak tapi singkatan Tomok. Bukan juga artis yang nyanyi lagu jiwang-jiwang sambil geleng-geleng kepala comel tu. Tapi adaptasi daripada perkataan Mok.

Hampir setengah jam kemudian baru sampai.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Tom.

"Pergh! besar gile jalan ni ekh. Empat lane lagi." aku kagum.

"Biasalah K.L." jawap Tom selamba.

Maklumlah, budak kampung. Jalan paling besar pun aku rasa jalan kampung aku yang bila selisih kereta tak payah turun ke bahu jalan. Itu pun aku rasa best gila dah.

***

"Eh, gile la. Wa nampak Twin Tower depan mata sial. Biasa tengok dalam tv je."

"Mat, lu kat KL la sekarang. Tak payah la jakun sangat." sampuk Tom.

Maklumlah. Biasa aku nampak dalam tv je.

***

"Jom pergi OU." Tom mengajak aku. Mungkin riak wajah aku nampak kebosanan.

"Let's go!." jerit aku. Macam tu juga la hati aku menjerit.

Owh...ni la OU. Bisik hati aku.

Owh...ni la The Chili's.

Owh...ni la La Senza.

Nasib baik aku baca blog. Kalau tak haram aku nak tahu sumua tempat-tempat ini.

Dan banyak lagi 'owh', 'wah' dan 'wow'.

Maklumlah, budak kampung. Sesekali turun bandaraya besar. Bak rusa masuk kampung la. Patut kena tukar peribahasa ni. Bak rusa masuk bandar kot lagi ok.

Friday, April 11, 2008

Hai! Im back

Aku baru sampai rumah.

Penat. Penat dan penat.

Kepada saudara saudari, sahabat handai dan rakan taulan yang datang berjumpa, terima kasih. Ada masa kita bersua lagi.

Malas mahu tulis panjang-panjang.

"Mana ada orang update blog at weekend!. Takde life ke??" kata kawan aku.

Tunggu weekdays nanti ye! Water bed sudah sedia menanti.

Friday, April 04, 2008

Ok. Last call.

Kepada yang nak berjumpa dengan aku, sila SMS atau call aku. Tak ada no telefon aku? Email aku nombor telefon korang, nanti aku call. Jangan lupa letak nama. Jangan letak tanpa nama atau anonymous ok!

Setiausaha aku dah balik kampung. Cuti bersalin. Jadi semua kerja aku buat sendiri.

Hari ini hari terakhir. Selepas pukul 12.00, hari Sabtu, 5 April, segala email dan juga comment, aku tak boleh nak jawap.

Mungkin boleh kalau rumah tumpangan aku ada kemajuan. Jadi, akses internet sangat terhad. Harap maklum.

Yang berkhidmat,

Syed Mohd Rambo Bin Syed Mohd Zainal

Tuesday, April 01, 2008

Peluang jangan ditolak.

Hujung minggu ini sampai 8 atau 9 haribulan. Aku akan berada di ibukota.

Email sahaja kalau mahu temujanji. Setiausaha-ku, please take note. Please, please be fair ok?

Anda semua. Rakan taulan, sahabat handai, saudara mara. Masih ada peluang untuk bertemu dengan budak kampung yang baru nak naik.

Monday, March 31, 2008

Dua situasi melibatkan sahabat-sahabat yang mental berSMS.

Situasi Satu.

Game Arsenal vs Bolton. Tengah sedap aku layan sorang-sorang. Arsenal kena sebijik.

[+60127520...]: Apa ni rambo. Takkan nak kalah je.

Aku benci anonymous number keluar bila Arsenal kena. Mula-mula aku nak maki.
"Apa bodoh ke bangang kau ni baru gol minit 15 da kata kalah?"

Tapi tak jadi. Sebab manatau kalau gadis berdahi licin, nanti patah hati pulak. Jadi, aku balas,

[Aku]: I dont know you. Sorry.

[+60127520...]: Ni CMP ngn Juju la.

Owh korang rupanya. CMP= Man United fan. Aku maafkan dengan text mesej di atas. Aku faham.

Tapi si Juju ni, memang tak boleh dimaafkan. Baru setahun jagung, sibuk nak provoke. Nanti kau. Tahu lah nasib kerana bermain dengan api.


***

Situasi Dua.

Tengah aku layan ABPBH. Satu teks mesej diterima. Itu jam, Saiful Apek tengah naik pentas. Nak ambil anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik, kalau tak salah aku.

[+60127392..]: Tengok ABP sekarang.

[Aku]: Ha...apsal?

Senyap.

[Aku]: ye..ye..menang lagi tahun ni.

Aku baru sedar sesuatu.

[+60127392..]: dah agak.

Amboi. Dah agak ye? Kira orang lain tak boleh lawan la ni?

Mamat ni adalah kembar Saiful Apek. Kelakar gila. Suka buat lawak. Kiranya, dia mesej aku sebelum naik pentas ambil anugerah sebab dah agak takda orang boleh lawan.

Amacam hebat kan?

Friday, March 28, 2008

Peluang berjumpa budak baru nak naik.

Awal bulan April aku akan pergi ke ibukota untuk urusan rasmi.

Sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan diri, sila email aku terdahulu. Email add ada di profile aku. Nanti setiausaha agung aku susun-aturkan jadual aku ketika di ibukota.

Aku sudah pesan pada setiausaha aku supaya be fair.

Amacam? Berani?

Thursday, March 27, 2008

Apa salah aku?!

Akhir-akhir ni segala tindakan aku salah di mata kamu semua. Segala statement aku disalah-ertikan. Mahu di bawa ke peringkat umum.

Bergurau pun kene tahik. Hakikat memang pahit nak telan kan? Kan?

Marah kat orang lain, aku jadi mangsa.

Kenapa? Apa salah aku?

Ish..ish..ish tak faham?!

Aku pun manusia. Mahu sedikit ruang dalam kehidupan. Mahu perhatian. Biasalah tu. Nama pun manusia.

Wednesday, March 26, 2008

Wa dah tepu ok!

rambo said...

eleh...silap-silap sendiri buat. mana kita orang tau.

March 25, 2008 4:50 AM

Sailor Chan said...

Benci betul aku, kau tulis gitu Bo. Penuh prejudis.

March 25, 2008 11:37 PM [kat warung, bukan dalam blog ok!]

Ok. Bukankah prejudis itu permainan seharian kita? Jangan marah. Nanti kita pergi makan Nasi Beriyani Mad Shah.

Lagipun aku sangat tepu. Bukan kau tak tahu. Semua orang tahi..err..maksud aku tahu aku tengah tepu sekarang ni.

Sel-sel darah merah yang bawa oksigen ke otak aku pun dah tercemar dengan racun-racun daripada asap Dunhill biru aku. Entah berapa percent je oksigen yang sampai.

Kiranya sekarang ini, otak aku bukan berada pada tahap unggul. Tahap optimum.

Faham kan?

Monday, March 24, 2008

Kalau Arsenal kalah je, aku mesti bernasib malang sepanjang hari.

Aku rasakan seperti dunia sudah semakin tidak adil buat aku. Kegagalan demi kegagalan. Kekalahan demi kekalahan. Kekeciwaan demi kekeciwaan.

Satu.

Celik mata. Cuaca baik. Matahari terik menyinari bumi dan alam semesta. Bergegas untuk berjumpa Guru. Baru sampai pejabat Guru, rintik-rintik kecil hujan mula terasa. Sampai pejabat Guru, tiada.

Dua.

Singgah ke kedai Melayu Kapitalis. Hujan sudah agak lebat. Lapar. Suruh awak-awak Melayu Kapitalis belikan apa yang patut untuk isi perut. Tiada.

Tiga.

Hujan berhenti sekejap. Memecut ke kedai Haris dan Bam. Cari ikan keli masak pecal. Habis.

Empat.

Baru bergerak dari kedai Haris dan Bam. Hujan lebat menimpa badan tebal aku. Memecut ke klinik swasta untuk medical check-up.

" Kak, kat sini boleh buat medical check-up?"

"Boleh. Untuk kerja ya?"

"Haah. Boleh?"

"Ada surat?"

"Takde la kak. Baru nak masuk kerja ni."

Akak tu diam.

"Boleh tak kak?"

"Pergi ambil surat dulu la."

"La...saya baru lepas interview aritu. Dia nak tengok medical check-up dulu baru tahu dapat ke tidak. Boleh tak kak?"

"Boleh. Tapi kena ada surat dulu."

"Takpe lah kak. Saya cari klinik yang orangnya bijak sikit. Cakap tak boleh dari tadi kan senang. Baca lah lagi Harian Metro tu banyak-banyak." aku membebel.

Lain kali cakap la, nak buat medical check-up kena ada surat pengesahan daripada majikan. Ini tak. Kejap boleh, kejap tak boleh.

Meruntun kekecewaan hati aku dengan orang yang tidak faham bahasa ini. Tak habis-habis suruh mintak surat, mintak surat. Bagi suratkhabar nanti, baru tahu. Dah aku takda surat tu.

Balik dalam keadaan yang semakin hujan lebat. Sampai tak nampak jalan. Kali terakhir aku kena hujan macam ini, masa aku bekerja di Mall dahulu. Itu pun tahun lepas.

Dalam hati membebel. Nak jumpa Guru, takde. Nak kirim makanan, tak dibelikan. Nak makan ikan keli masak pecal, habis. Nak buat medical check-up, tak boleh. Lepas ni entah apa lagi agaknya.

Tengok. Kan aku dah kata. Mungkin keseimbangan kosmos itu sudah lari sedikit daripada paksinya untuk aku. Haih...

Dah takda nasib. Dah dugaan. Ada la hikmahnya tu. Nanti nanti adalah tu. Kata-kata klise. Boring! Damn boring!

Kekalahan itu mengecewakan.

"Huh! You see. Separuh populasi penduduk Parit Raja menyokong Man Utd!" kata Chan.

"Hehehe…biasalah tu."Aku jawab. Sambil menguyah beef steak yang liat. Nasib baik aku tidak pakai gigi palsu. Kalau tidak, mesti terkial-kial.

Hampir kosong kedai mamak tiga. Yang tadinya penuh dengan penyokong-penyokong Man Utd dan Liverpool. Tapi aku perasaan lebih banyak jersey Man Utd dari jersey Liverpool. Yang tinggal hanya saki baki peminat bola sepak dan penyokong Arsenal dan Chelsea.

Aku dan Chan bersedia pada barisan tempat duduk paling hadapan untuk meononton The Big Match kedua.

"Ini baru clash of the titan." kata-kata Chan berbaur semangat berkobar-kobar.

"Ya." Aku jawap ringkas sambil hati berdebar.

Menelan air liur. Chan sudah mula menggigit kuku. Masing-masing khusyuk.

Di samping itu.

"Rajin baca Emosi ya?" teks mesej dari aku kepada Gadis Dua.

"Saya memang suka baca blog pun. Nak-nak blog kawan-kawan. Memang saya follow."

"Okay. Thank you. Then, I should write something about you."

"Ish…no need. Malu la."

Biasala. Sisa-sisa anarki masih tersemat dalam hati aku. Kalau ditegah, makin kuat perasaan untuk melakukannya.

Owh, patutla selalu ada tracking daripada Melaka. Kamu rupanya. Maaf. Saya sudah hampir lupa. Atas sebab-sebab tertentu.

Aku rasa gadis dua ini merupakan charm untuk aku malam ini. Selama teks mesej bersamanya sambil menonton perlawanan, Arsenal segak bermain di Stamford Bridge.

Bila aku berhenti teks mesej. Permainan Chelsea semakin memberangsangkan. Menjadi-jadi. Sehingga berjaya menyumbat gol kemenangan. Dan bagi aku, perlawanan ini seimbang dan aku akui. Chelsea deserve to win.

Aku malas hendak review perlawanan ini. Sebab aku percaya HidupMatiArsenal akan review perlawanan ini dalam bentuk yang lebih detail.

Untuk gadis dua, maybe, just maybe you are the charm for me. Tolong jangan ghaibkan diri awak ok?!

*kenyit mata

Kekosongan itu menyakitkan.

Mula-mula aku keluarkan jersey pasukan kesayangan dari longgokkan baju yang sedia untuk dibasuh. Terdiam sekejap.

“Tak payah lah.” bisik hati aku.

Seakan petanda.

Lalu aku sarungkan sehelai Banana Republic. Bergegas mencari Chan. Tujuan menonton perlawanan pertama The Big Match.

Ke mamak satu. Penuh. Manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan usia memenuhi ruang. Ke mamak dua. Sama. Ke mamak tiga. Turut penuh.

Nasib ada sisa tempat duduk yang masih kosong. Hujung belakang sekali. Nampak Torres pun besar botol ubat.

Relax lah. Nanti first game habis, dia orang balik la. Lagipun ini bukan game kita.” Chan bersuara dengan nada menenangkan.

Aku hanya mengangguk.

10 minit perlawanan aku dah mula bosan. Dalam kekecohan manusia yang melaut, jauh dalam hati aku terasa kosong. Amat kosong. Still got a room in it.

Aku teks mesej Gadis satu.

"Hai honey. Got time?"

"Ermm…why?" balas Gadis Satu.

"Nothing. Just so bored watch Man U vs Liverpool. How are you? Are you busy?"

Senyap.

Ok. Everyone got their own reason to do something.

Macam yang selalu aku pesan kepada member-member aku. Everybody changed!

Sincerely yours. I disowned you!

"Yeah! You shout just so right Jeffery Moreira." Suara hati aku berbisik.

Laungan demi laungan penyokong Man Utd dan Liverpool masih belum memadamkan kekosongan. Damn!

Saturday, March 22, 2008

Dari Parit Raja ke Baltimore.


Apa ni?!!

Sampai ke Baltimore nama aku kena petik. Mentang-mentang aku guna nama hero dia orang.

Yelah-yelah. Nanti aku tukar nama hero Melayu. Badang ke, Mat Jenin ke. Tapi Perwira Mat Gila macam ok gak.

Bertarung untuk membunuh masa.

Kekalahan kepada Sailor Chan pada peringkat last game dalam Pertarungan Anak Jantan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aku saat ini.

Buktinya, playlist aku ada lagu Pulmonary Archery, The King Is Dead dan Tigersuit. Oh ya! Boo Hoo Clapping Song juga ada untuk gembirakan hati.

Murung. Sedih. Depress and agony.

Sailor Chan, anda memang hebat. Jaga kau. Lepas ini aku takkan biarkan Joe Cole kau berlari kencang. Kad, kad la. Aku tak peduli!

Pesanan kepada anda.

Hah! Anda dikesan.

Peluang untuk berkenalan dengan aku. Kita berkongsi pekan yang sama. Silap-silap kite pernah bertentang mata.

Sila hantarkan pesanan dan biodata kepada email aku. Peluang hanya datang sekali. Better hurry before i made it big. Heheh..

Amacam? Berani?

Friday, March 21, 2008

Asal usul kejadian Rambo.

Kenapa orang panggil aku Rambo? Kau bukan pernah masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) pun dulu? Even, latihan kadet bomba pun kau selalu miss. Dan kau bukan juga dari ATMA.

Ok. Ceritanya macam ini.

Masa aku sekolah menengah rendah dulu, aku suka pakai seluar askar celoreng. Kawan aku bagi sebab abah dia askar pencen. Mana sahaja aku pakai. Waktu 'prep' pagi dan malam, waktu makan malam. Semualah. Aku suka pakai sebab seluar itu ada side pocket.

Sampailah aku sambung sekolah menengah tinggi di Negeri Sembilan. Masa minggu suai kenal aku cover line lagi. Habis je minggu suai kenal, perasaan rindu terhadap seluar askar celoreng tak terbendung lagi.

Dengan rasa tidak bersalah, aku selamba pakai. Sama waktu macam mana aku di sekolah lama aku. Tak kira waktu. Termasuk waktu 'prep'.

Mungkin pada mata abang-abang senior atau anjing-anjing maktab ini, pemakaian seluar askar celoreng ini tidak sesuai ketika waktu 'prep'. Ataupun mungkin mereka envy pada aku sebab mereka takda seluar macam tu. Itu jamlah mereka mula attack aku.

Kata seluar ni tak sesuailah. Boleh kena koyakkanlah. Hendak hantar aku kepada cikgu disiplinlah. Dan segala kata-kata yang menjurus kearah aku melakukan kesalahan yang sama besar dengan merokok di sekolah. Seperti biasa, merokok merupakan salah satu kesalahan paling besar dalam institusi sekolah berasrama. Kecoh!

Nasib baik sedikit ilmu tentang pemberontakkan terlekat di dada. Selagi aku rasa tak salah, tak langgar mana-mana peraturan, aku teruskan. Seluar askar tu bukannya kategori seluar jeans/denim pun. Aku teruskan minat aku pakai seluar askar tu juga.

Disaat itulah bermulanya seorang budak yang dikenali sebagai Rambo. Kerana suka pakai seluar askar.

Sampai sekarang seluar itu masih ada lagi. Dah lebih sepuluh tahun dah. Walaupun tinggal poketnya sahaja. Aku buat sling bag.

Ok. That's all.

Terima kasih.

Sejak aku di-pautkan oleh Ahmad Kamal Abu Bakar, pengunjung/pembaca semakin ramai. Terima kasih Ahmad Kamal Abu Bakar. Dan terima kasih semua yang membaca.


You are the reason i am alive.

Cheh!!

Tuesday, March 18, 2008

Selingan [2]

Aku ada terbaca nama kamu pada entri lepas.

Segala kenangan bermain semula. Bersilih ganti.

Tapi, dalam keadaan begini. Tiada intense. Tiada keinginan. Malas hendak fikir.

Asal kamu selamat, sehat dan jangan bukan-bukan sudah.

Ok?!!

Seperti yang aku janjikan.

Bagi menghilangkan kekusutan kepala yang bak benang dilanggar ayam, layan la gambar-gambar yang aku ambil masa di Desaru dan Tanjung Balau.

Mak aku dengan cucu bongsu dia.

Abang aku dengan anak bongsunya, Muhammad Aniq.

Anak abang aku yang sulung, Muhammad Adam dengan adiknya, Nurina Zulaika.

Mentari terbit di Pantai Desaru.

Aku.

Jeti Kampung nelayan, Tanjung Balau.

Adam dan Ika.

Pantai Tanjung Balau.

Jeti Kampung Nelayan, Tanjung Balau. Waktu mentari terbit.

Ok. Itu sahaja.


Amacam?

Monday, March 17, 2008

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini?

Aku warga zodiak Cancer. Mengikut survey yang telah dilakukan, warga Cancer ini mempunyai emosi yang mudah tersentuh dan lemah walaupun zodiac sign aku adalah ketam. Aku akui ia benar.

Dalam kebosanan ditengah malam, aku singgah pada blog ni. Salah seorang best friend aku masa study dulu. Satu entri yang membuat aku sedikit emosi. Kerja.

Bila aku baca blog ini, aku terfikir tentang diri aku sendiri. Aku tenung gambar masa konvokesyen aku yang aku tampal di notice board aku dalam-dalam.

Aku tanya diri aku sendiri.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Aku tak boleh nak jawab untuk masa ini. Tiada jawapan.

Baru-baru ini aku ada interview di Johor Jaya. Satu syarikat kecil. Syarikat yang provide full service air-conditioning system untuk satu-satu bangunan besar. Dia offer aku agak besar. Tapi, aku diamkan diri lagi. Tiada apa-apa tindakan susulan.

Aku pun masih lagi tertanya-tanya kenapa aku kurang bersungguh untuk kerja itu. Aku terfikirkan masalah ekonomi yang bakal jatuh. Aku takut untuk mencuba kerana takut pisang berbuah dua kali.

Syarikat aku dulu lebih kurang ini juga, pejabat dalam kawasan rumah kedai. Yang kadangkala pergi untuk sebulan sekali. Aku berinteraksi dengan bos aku dengan email dan juga telefon. Tiada meja untuk aku untuk segala membuat segala documentation. Jika perlu, aku kunjungi mana-mana kopitiam atau kedai-kedai yang aku selesa.

Aku impikankan ruang aku sendiri. Meja aku sendiri. Colleague aku sendiri.

Pada masa yang sama, aku sudah lali dengan kebosanan ini. Dengan tiada kerja, tiada income, tiada tangungjawab.

Ada niat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tapi masalahnya, modal. Ahhh...betul lah kata dari ketua Hung Hing dalam filem Young and Dangerous episod ke-4, money makes world goes around.

Orang tua aku masih meneruskan niatnya untuk aku masuk ke UTHM sebagai pengajar. Aku tolak dengan alasan aku masih belum puas dengan kerja-kerja sebagai jurutera. Satu bahagian dalam hati aku memberontak kerana aku sudah lama berada di UTHM. Hampir 6 tahun. Takkan aku masih mahu terperuk di situ untuk sekian masa lagi. Masih belum masanya.

Aku masih mahu melihat dunia luar.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Masih tiada jawapan.

Desaru dan Tanjung Balau. Pantai berbatu dan berombak ganas.

Maaf. Dua hari aku tiada di rumah. Dan aku lupa hendak tinggalkan pesanan. Siapa-siapa yang tertanya-tanya, aku pergi ke Desaru, Kota Tinggi.

Aku dah suruh mamat ni tengok-tengokkan apa yang patut. Tapi dia pun tiada di rumah.

Aku memang agak obses dengan mandi laut. Biarla sunburn pun, tak apa janji puas. Tapi pantai di Desaru ini agak berbatu dan ombak yang ganas. Kira agak berbahaya juga. Jadinya, aku tak boleh mandi dengan puas. Cuma bersantai.

Percutian yang berbaloi walaupun aku terlepas beberapa perkara rutin hujung minggu.

Satu, paper The Star. Puas dah aku cari satu Bandar Penawar. Tak jumpa. Aku faham. Sekarang ni suratkhabar memang cepat habis. Siapa-siapa ada copy untuk aku? Ruangan Star Jobs sahaja yang aku cari. Bahagian lain korang boleh simpan.

Dua, Barclays Premier League. Balau Beach Resort tiada siaran untuk ESPN. Mujur aku boleh access livescore.com melalui telefon bimbit aku. Tapi untuk tengok score sahaja. Takpe, nanti aku return kat tv sekejap lagi.

Aku ada ambil beberapa gambar. Tapi belum sempat untuk transfer dari kamera. Nanti aku upload.

Thursday, March 13, 2008

Cuaca diluar masih lagi hujan renyai. Dah hampir seminggu macam ni. Bosan. Hendak keluar *ngeteh pun payah. Apatah lagi urusan-urusan duniawi yang melibatkan perniagaaan sara diri.

Sejak aku duduk kampong ni, aku gunakan motor aku dulu. Kereta aku, abang aku guna untuk pergi kerja. Kiranya, kalau aku hendak guna untuk urusan yang penting, baru aku guna kereta.

Ada satu (dua atau tiga sebenarnya) urusan penting perlu diselesaikan. Pergi ke Bandar Maharani. Untuk mengambil sedikit barang-barang yang masih berbaki di rumah di sana.

Ya! Ada sedikit perasaan rindu terhadap udara di sana. Terutamanya Tanjung Emas. Udara segar dari Laut Selat Melaka. Hmm…

Rindu dengan hikuk-pikuk Jalan Abdullah, rindu dengan Jambatan Sultan Ismail.

Tapi, dalam keadaan hujan macam ini, macam mana aku hendak pergi.

Sekarang pun menulis sambil berselubung. Sejuk. Haih…tangguh lagi.



*ngeteh = minum di warung-warung kebanyakkan.

Angan-anganku belum musnah.

Di playlist aku, suara Sugar Ros mendayu-dayu.

Iringan musiknya yang mellow dan melodik berirama lembut membuatkan aku sedikit terawang-awangan.

Sambil asap Dunhill berkepul-kepul keluar ke atmosfera bilik.

Jauh terbang. Ke London barangkali. Atau ke Stadium Luzhniki di Moscow.

Berangan-angan pasukan ini ke stadium tersebut.

***

Apasal lagu kat playlist aku makin slow nih? Owh Mineral rupanya. Sesuailah tu dengan suasana luar rumah aku yang baru berhenti hujan.

Sebelum aku pon ter’mellow’, aku nak tengok Discovery Channel. Menimba ilmu.

Wednesday, March 12, 2008

Selingan.

Orang baru hadir semula dalam hidup aku.

Esok mungkin aku sedikit sibuk. Melayan dia. Tapi tak bermakna aku lupa kat kamu semua. Jangan risau. Dia buta IT sikit.

*gelak kecil

Impian dan harapan.

Aku rasakan sekarang masa depan aku kian kabur. Belum ada sinar harapan yang aku nampak. Macam satu jalan depan mata tapi kabur dek hujan yang lebat. Macam itu lah yang aku rasa sekarang.

Sampai tahap aku sekarang ini, tak tahu apa yang aku perlu cari, apa yang aku nak. Aku betul-betul blur. Perasaan berbelah bagi.

Impian tetap impian. Impian untuk mencabar diri aku lebih daripada sekarang dan semalam. Impian untuk keluar jauh dari rumah melihat dunia luar. Impian untuk meliar sedikit.

Tapi semua ini macam tak dapat je. Aku tak pasti kenapa aku berperasaan sedemikian. iGAGAList...

Tuesday, March 11, 2008

Cerita aku kene Tag! (mari main lelaki) Amacam??!

Seharian aku ngadap PC aku. Tapi tak la seharian sangat. Bangun tido dah pukul 2. Tengok tv dulu cari mood nak teruskan hidup. Lepas tu baru 'godek-godek' PC. Dah lebih seminggu aku try nak bagi PC aku sehat semula. Dah makin banyak duit aku keluar. Damn!!

Semalam aku teks Mr Talib,, tapi tiada balasan. Takpe, nanti kau balik kampung aku karate motor Suzuki abahmu.

Setelah mencuba, akhirnya aku berjaya menghidupkan PC aku. Perkara pertama dalam kepala aku ialah; INTERNET. Untuk itu, aku kene install Bluetooth Driver dulu. Ini sebab aku guna telefon mudah alih aku sebagai Modem.

Selesai perkara pertama. Pastu kene install Mozila Firefox dulu. OK, selesai. Dah boleh senyum sambil dalam hati kata sukses-sukses!

First page; Hotmail. Takde apa yang menarik kecuali mesej-mesej dari friendster dan juga Lina Joy, eh silap Lina Jobstreet.

Second page; EMOSI. Manatau kalau-kalau ada komen-komen dari kengkawan yang kene balas. Tak boleh buka. Dua tiga kali aku cuba sama gak. Takpe...aku try Catatan pendek dari Neraka, boleh. Yess!!

Dah gelak-gelak kecil aku baca entri awal-awal, sampai kat entri ni, peluh besar mula turun. Ni page aku ke? Eh, yelah! Berderau darah aku sekejap. Rasa macam Hank Von Helvete dari kugiran TURBONEGRO ajak naik atas stage untuk nyanyi sama-sama. Biar betul!

Ok. aku tak reti sangat sebenarnya tag-tag ni. Takpe aku cuba. I'm a great learner.

Dalam dompet kulit jenama..err..Northland ni ada:

1. Kad Touch 'N' Go - malas aku nak korek-korek tempat syiling dalam kereta aku cari syiling.

2. Kad Matrik - saja simpan. Boleh guna untuk tengok wayang ke, bowling ke.

3. Kertas yang ada nombor telefon Miss Lau - aku lupa siapa Miss Lau ni.

4. Kad ATM Bank Maybank

5. Kad ATM Bank Muamalat - klasik kan?

6. Kad ATM CIMB

7. Kad ATM RHB Bank - my precious

8. I.c aku.

9. Lesen aku.

10. Sampah - resit bank + resit bill Maxis + resit down payment Sunglass

11. Name Card aku.

12. Sedikit cash.

That's all!!


Mana boleh jadi aku yang kene, so aku tag orang lain jugak. Lucky friends are:

1. xxmy wordsxx

2. sailor chan

3. Azman

4. Jorji

5. Kumprinx

Sori geng. Takde choice. Tapi member aku pesan, "anarkis suka langgar peraturan". Ikut la kome sume nak buat camne.

Monday, March 10, 2008

Politik yang semakin aku nak faham.

Selesai sudah PRU 12. Banyak keputusan yang tak disangka dan juga keputusan yang dijangka. Bagi aku sendiri, seorang yang belum pernah mengundi dan, masih belum mendaftar, merasakan sedikit rugi.

Keputusan PRU 12 ini banyak membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Dari segi sosial, ekonomi dan politik negara. Beberapa niat baru muncul secara tiba-tiba. Mungkin diatas kesedaran tentang keadaan politik Malaysia yang aku lihat semakin mencabar.

Pelik mak bapak aku. Mana taknya, tak pernah-pernah aku duduk menonton bersama mereka melihat keputusan apanila diumumkan. Kali ini, aku bersama mereka dengan kacang dan air Nescafe 'O' ditangan. Kali terakhir aku melihat keputusan Pilihanraya Umum ini seingat aku adalah pada pilihan raya awal 1990-an. Itupun aku sedang bersiap untuk kesekolah saambil curi-curi tengok tv. Yang aku perasan adalah keputusan yang bergerak pada monitor dibahagian bawah.

Sekarang, dalam keadaan yang sangat tak sibuk, aku ada banyak masa untuk berfikir tentang masa depan negara ini. Bagi pandangan aku, banyak pro dan kontra-nya.

Cuma bagi aku sekarang kita tunggu dan lihat dahulu. Sambil study-study sejarah sikit, study tokoh sikit. Nanti aku dah famous korang tolong ingat-ingatkan aku ye.

*kenyit mata

Thursday, March 06, 2008

Aku dan maifestoku untuk Pundak!! Sorak! Sorak!

Pertamanya, terima kasih kepada Presiden Pazuzu yang telah memberi peluang untuk say abertanding bagi parlimen Sri Gading ini.

Keduanya, maaf sebab terlambat. Tapi biasanya last minute prepare ni akan jadi hebat.

Berikut merupakan manifestoku.

1. Intensif kepada sekalian hardcore dan punk yang 'true' sebanyak RM 100 sebulan bagi memudahkan mereka bergerak ke gig atau memulakan penulisan. Saya percaya dengan menjadi sebagai HC ata Punk akan memberikan satu fenomena yang berlainan dalam kepala mereka apabila mereka dewasa kelak.

2. Mewujudkan lebih banyak studio Jamming bagi memudahkan anak muda mengeluarkan suara anak muda mereka. Satu taman satu studio. Amacam?

3. Mewujudkan satu track perlumbaan sepanjang 5 hingga 10 kilometer. Tegak je. Tak payah selekoh2. Ni kerana ramai sangat orang nak berlumba kat kawasan Parlimen Sri Gading ni. Tak kirala motor ke kereta ke. Even bas sekalipun.

Haha amacam?

Thursday, February 28, 2008

Tiada apa yang menarik. Sekadar tulisan biasa-biasa jeee...

Sekarang masuk minggu yang ketiga aku duduk dirumah. Tak ada banyak perbezaan. Skala kehidupan yang malar. Umpama satu garis melintang dalam sesebuah graf. Kecerunan sifar.

Rutin harian yang tiada banyak beza. Bangun kala matahari tinggi, tolong jaga anak buah, keluar pergi kafe siber, log on Jobstreet, check email, duduk di Badut, tunggu Digi Man balik, lepak sampai maghrib. Haih...kutu.

Sedikit gembira kerana payment dah masuk. Tapi banyak yang perlu keluar. Invest untuk kereta. Invest kat sedikit perniagaan kecil untuk sara hidup. Bil itu, bil ini. Kopi itu, kopi ini. Simpan untuk interview dan masa hadapan lagi. Cukup ke?

Sedikit tentang pilihanraya.

Suasana semakin terasa. Perang poster makin menjadi-jadi di Parlimen Ayer Hitam ini. Setiap malam akan ada penyokong-penyokong dacing membuat kerja-kerja kempen. Sana sini poster. Sana sini banner. Sana sini bendera. Yang hijau, yang biru, yang merah, yang kuning je aku belum nampak lagi.

Aku, tolong tengok. Bukan apa, aku belum rasa terpanggil untuk mana-mana warna. Kalau ada warna hitam mungkin la kot. Nak-nak ada gambar tengkorak. Haha!

Lagipun aku adalah salah seorang daripada hampir 10 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar. Kawan aku yang kerja kat SPR bagitau. Kalau dia tipu, aku tipu lah. Aku memang nak mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya tahun ini. Tapi bila aku nak gerak mendaftar ke pejabat pos berdekatan je, itu jam lah parlimen dah bubar. Kalau aku mendaftar pun, sure la tak boleh mengundi untuk kali ini. Haih...

Perasan aku kat pekan kecil kesayangan aku ini sekarang, akan ada penyokong dari warna biru akan berjaga menjaga bendera mereka di kawan masing-masing.

Aku terfikir. Adakah langkah ini wajar? Kenapa perlu jaga? Takut kena kait? Takut kene tebas? Mungkin jugalah kan. Tapi yang mengait dan menebas ni pulak dah kenapa? Adui tak paham aku. Mungkin aku tak rasakan semangat mereka kot.

Entahlah. Baik makan nasi beriyani Mad Shah. Takpun join Pundak. Haha!

Wednesday, February 20, 2008

Entahlah...

Aku jadikan internet sebagai salah satu medium untuk aku;

1. berhibur.
2. mencari kawan
3. berhubung dengan kawan-kawan
4. sumber idea
5. sumber inspirasi
6. pencarian maklumat
7. percarian peluang

Aku tak suka untuk bertekak atau bergaduh dalam mana-mana forum atau apa sahaja ruang yang sedemikian. Bagi aku pergaduhan atau pertengkaran dalam forum adalah satu tindakan yang bacul atau penakut. Bak kata member-member aku dulu, "takde telur".

Macam satu quote dari sahabat aku, " fighting in the internet is like back-bitching. Tak gentle."

Thats all.

Tuesday, February 19, 2008

Itulah dia.

dah seminggu aku kat kampung. Sekadar duduk berehat di rumah. Melakukan kerja rumah secara sambilan. itu pun kadang-kadang. Selebihnya aku penuhi dengan tidur dan mencari peluang.

Mencari peluang. mungkin peluang untuk bekerja atau peluang berniaga. Untuk kedua-dua ini masih memerlukan sesuatu yang sangat penting. Duit a.k.a wang atau apa sahaja kata ganti nama bagi not kertas yang bernilai itu.

Itulah sebabnya aku masih tak berbuat apa-apa. masih menunggu sehingga hujung bulan untuk mendapatkan duit. Banyak perkara yang melibatkan kemasukkan duit dalam kepala aku tertangguh akibat menunggu hingga hujung bulan.

Biarlah orang kata aku kutu berahak ke, kutu lepak ke. Korang ingat aku peduli? Kalau asyik nak ikut orang cakap apa je, sampai bila pun tak kemana. Janji aku ada perancangan aku sendiri.

Aku diberhentikan daripada kerja. Ini cukup buat aku rasa tertekan. Bukan masalah aku. Bukan aku ada masalah disiplin atau cara kerja yang lemah atau malas. Hakikat yang hakiki adalah bos aku dah takde kerja untuk aku. Takde projek dah. So, no point or any reason to keep me as a service person.

So, got my point aren't you?


****

Malam minggu yang amat memalukan buat aku. Esok pagi-nya komputer yakni sumber aku berhibur rosak. Dapat text yang berbunyi "Apa macam Arsenal?" daripada seorang rakan yang bukan kaki bola sangat.

Cukup memedihkan. Perasaaan malang terus menyelubungi sampai hari ini. Aku rasakan semua pihak atau benda dalam dunia ini masih belum memihak kepada aku. Kalau ada pun, mungkin sekadar menjaga hati. Tak ikhlas.

Still can get my point, aren't you?

Thursday, February 14, 2008

Bebelan si Kutu Berahak

Wahai En Diari,

Hari aku agak down. Lebih daripada semalam-semalam. Boring fikirkan nasib yang tak menentu ni. Sedih. Bangun ketika matahari dah tegak atas kepala. Biasa la, kutu berahak, penganggur. Cuba fikirkan apa yang perlu di buat. Tapi takde. Sedih. Fuck.

Ini semua mungkin kesan daripada filem Cinta yang aku tengok malam tadi. Filem Cinta ok! Pelakonnya terdiri daripada Dato' Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar, Fasha Sanda dan aku lupa namanya, Piere Andre dan Sharifah Amani, Shidee dan Rita Rudaini, Nanu Bharuddin dan Que Haidar. Bukan Acha Septriasa dan juga Irwansyah.

Filem yang sangat bagus bagi aku. Hampir-hampir tewas di tengah malam.

Oleh itu aku fikirkan sesuatu untuk mengisi kekosongan sebahagian daripada aku ini. Pergi ke pekan. Mencari kafe siber. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bosan dan mengisi kekosongan.

Tiada pilihan kecuali kafe siber Musuh Ketat. Sedih rasanya bila aku fikirkan kena hidup macam ni semula. Nak pergi access internet kena pergi kafe siber. Nak YM kene pergi kafe siber. Nak email resume, kena pergi kafe siber. Nak check Friendster, Myspace kene....sambung sendiri.

Minggu lepas asal nak accsess internet je, cucuk data card Vodafone kat notebook Acer, dah bleh trus access. Wherever, whenever. Sekarang tidak lagi.

Inilah dia balasan bagi orang yang kufur nikmat. Hehe. Aku akur.

Ntahla...konflik diri macam ni akan timbul bila aku tengah down. Boss suruh masuk sektor kerajaan. Amik position pengajar pun Ok. Nanti boleh further master. Senang katanya.

Tapi bagi aku, penyerahan diri kepada sektor kerajaan adalah langkah mengaku kalah. mengaku kalah kepada keadaan. Mengaku kalah kepada cabaran yang masih banyak tunggu aku kat luar sana.

Lagipun aku belum puas meneroka alam kejuruteraan yang lebih mencabar.

Aku dah banyak membebel. Bye.

Friday, February 08, 2008

Kau kat mana yee??!!!

Dah 2 jam aku menghadap laman web ni. Makin aku hadap, makin aku bosan, makin aku pening. Aduh...

Terfikir banyak benda. Cabaran seterusnya. Oh Hidup....[sigh]

Thursday, February 07, 2008

Orang lain tengah sedap bercuti, aku pulak berfikir tak berhenti-henti.

Kuala Lumpur...Serdang...Bangi...Johor Baharu...Pasir Gudang...Muar...Melaka. Tempat-tempat yang tengah bersilih ganti bermain dalam kepala aku sekarang ni.

Tu yang aku tengah pening ni. Last Wednesday. Meeting dengan bos. Bos bagi kata dua. Nak jadi sales person or VSS. Damn! Kalau boleh dua-dua ni aku tak mau. Tapi dah takde. Sales or VSS.

Susah betul la nak buat pilihan ni. Kalau macam pilih ikan takpe juga. Senang je. Sudahnya aku amik VSS. Payable leave.

Banyak termenung dari bercakap. Macam-macam perasaan. Sedih, gembira, gusar, takut dan macam-macamlah. Masa depan nampak kabur lagi. Dalam kepala banyak benda fikir.

Duduk semeja dengan Pahlawan-pahlawan, banyak termenung sambil telan air liur. Tempat-tempat yang tengah bersilih ganti bermain dalam kepala aku sekarang ni, Melaka...Muar...Pasir Gudang...Johor Baharu...Bangi...Serdang...Kuala Lumpur.

Tuesday, February 05, 2008

Tak pe kawan-kawan. Jawapan untuk entri di bawah aku dah dapat.

Sekarang aku tengah bingung.

*ada sapa tau company mana nak guna jurutera ber-skill tinggi?

Monday, February 04, 2008

MayDay! MayDay!



Aku dalam dilema.

Nak stay or nak blah.

Tolong aku!!

Thursday, January 24, 2008

Aku keluarkan kad nama daripada kotaknya yang diperbuat daripada plastik lutsinar.


Aku datang. Nampak kau. Aku senyum. Kau senyum balik. Tapi kau dengan manusia rempit. Aku buat bodoh. Aku jog. Kau jalan-jalan dengan manusia rempit. Aku terus jog. Aku abis jog, aku isap rokok. Aku nampak kau datang balik dengan manusia rempit. Aku terus isap rokok. Aku start kete, kau start Ego. Aku kejar. Kau selit-selit celah kereta.

Tak dapat.

Thats all. Terima kasih.

Wednesday, January 23, 2008

Satu petang yang berangin dan kering.

Satu petang di Golden Cape. Aktiviti mengeluarkan peluh secara radikal setelah get wasted all day!

Satu panorama yang jarang aku lihat. Ada gadis comel sedang menjalankan aktiviti mengeluarkan peluh secara radikal bersama gadis kurang comel. Extremely rare.

Mula untuk melakukan aksi. Tiba-tiba, perut trus flat. Hilang di bawa angin mungkin.

"Hye Cutie . Never seen you jog here?"

" Owh, ya. Not have much time to do so before."

" Ok. By the way, I'm Khairul. You?"

*POOF*

Tahu-tahu aku dah dalam kereta kat atas jambatan Sultan Ismail. Sial!!

May Deja-Vu be with me tomorrow.

Monday, January 21, 2008

Kerja! NOT!!!!

Sejak company aku dihentikan kontrak bersama Mirae, aku sudah tiada aktiviti penservice-an. Sudahnya, aku sering bergerak daripada Muar ke Melaka untuk bertemu team aku. Walaupun aktiviti kami hanyalah melepak di Kopitiam atau kedai Mamak, tapi ia bukanlah bersembang kosong. Melepak mencari customer kata orang. Haha!

Oleh itu, dek ke-banyak-kan aku berjalan aku mula mengambil beberapa gambar yang aku rasa menarik antaranya.


Lokasi: Lebuh AMJ.
Waktu: Awal Petang
Cuaca: Hujan Panas.


Lokasi: Lebuh AMJ, Kesang, Muar.
Waktu: Matahari mula nak panas.
Cuaca: Panas.
*aku suka tengok awan ngan langit yang cerah.

Lokasi: Jejambat Melaka Sentral.
Waktu: -SDA-
Cuaca: -SDA-

Lokasi: Giant Melaka
Waktu: Tengahhari
*aku malas nak cakap dengan orang Malaysia yang macam ni. Sengal atau Buta aku xtau!

Ni la dia, bila da xde idea. Tarok gamba banyak2. Anjing!

Monday, January 14, 2008

Hardcore Sepi berubah kepada fucking Sreamo!

Minggu ketiga tahun 2008 ini bakal menjanjikan sedikit kelainan bagi Si Kunak. Mungkin. Bait-bait lagu All My Friends Are Dead dendangan Turbonegro tergiang jelas dalam telinga aku sekarang. LOL!

Man, face the fact! All our friends are dead in Badut. Sebagai Turbojugend cawangan Parit Raja Bandar, cuba terima kenyataan ini.

"Fuck! Karma is fucking funny!" Begitulah kata yang diluahkan dalam ketawanya. Barangkali menyembunyikan perasaan sedihnya. Mungkin.

Beberapa percubaan ngeri telah dan akan dilakukan oleh beliau. Antara percubaan yang telah ditunjukkan depan aku adalah berkawan dengan kucing jalanan. Melepak bersama Mamat Molet dan juga Odeng. Satu lagi adalah menjadi sahabat baik kepada Cha. Sorry man!

Ini semua adalah kerana para pahlawan meja bulat telah meninggalkan beliau seorang diri di pekan Parit Raja seorang diri. Atas urusan sambung belajar dan bekerja di luar daerah.

Lu jangan risau, 4 malam je aku xde. Nanti, Jumaat malam aku sampai ok!

*Kenyit mata.

Monday, January 07, 2008

2008 datang, perut aku pun membesar.


Apa yang korang nampak? Segerombolan lemak perut yang gigantic kan? Hahaha! Gelak kan diri sendiri. Itulah hakikatnya. Tapi aku masih lagi keliru. Samaada perut aku yang membesar atau badan aku yang semakin kecik, macam En AKAB kata. Hahaha.

In the matter of fact, my perut is getting bigger! hahaha! Punca. Aku masih tercari-cari. Sama ada air Nescafe yang aku minum selalu di kedai Akak Tough atau di kedai Badut. Atau pun aku dah lama tinggalkan sukan. Kurang berpeluh! Mungkin ini puncanya.

Kejadian membesaran perut aku ini aku sedari setelah percubaan memakai jeans GAP kegemaran aku bersaiz 34'' menemui jalan buntu. Begitu juga dengan jeans-jeans lain yang sama saiz. Berhempas-pulas aku cuba sangkut butang.

Kes ini bukan setakat aku yang sedar. Sampaikan Si Maman berkata;

' I think you made a good choice to jog this evening Ram.' sambil melihat aku dari atas kebawah tapi tertumpu kearah perut lebih lama di Old Street kopitiam.

Mak aku pulak;

' Long tengok ni!' sambil cucuk-cucuk perut aku ketika baru sampai dari Bandar Maharani malam Sabtu aritu di meja makan rumah aku.

Eika, Si anak sedara aku kedua;

'Anyah mok!!' [angah gemuk]

Aduh dah tahap kritikal ni! False alarm!!Semua orang perasan kes aku ni. Aku malas nak cerita apa yang Si Kunak, Si Apek, Si Katek ngan Si Dodol cakap. Lagi la. Memang kene mental torture aku selama dua hari bercuti dikampung.

Aku nekad. Biar putih tulang jangan putih mata. Seminggu sekurang-kurangnya 3 kali berjoging di Tanjung Emas. Itu sahaja pilihan tempat yang aku ada. Walaupun ramai mereka yang memandang kurang senang mungkin. Biasa lah manusia. Mampos dengan korang. Janji aku dapat hilangkan lemak perut aku yang gigantic tu.

Inilah dia gadjet terbaru aku untuk berada dalam dunia aku sendiri ketika jog. Ini penting bagi mengelakkan inferior complex aku terhadap persekitaran yang kurang selesa. Haha!

Masih sempat lagi. Selamat Tahun Baru 2008!!

Saturday, December 29, 2007

Bebelan pemuda bingung...[sigh]

Sejak kebelakangan ini, idea untuk menulis sangat terhad. Kering kontang. Ibarat tanah di Afrika yang tandus kekurangan air.

Semua ini berpunca daripada kekusutan kepala aku yang sering memikirkan hala tuju aku seterusnya. Sampai sekarang aku masih menunggu jawapan daripada bos aku tentang kedudukan aku dalam company ini setelah Mirae melenyapkan kontraknya bersama company aku.

Aku rasakan sekarang ini macam berada dalam sebuah sampan kecil tanpa kemudi yang sedang di bawa arus kuat dalam sebuah sungai yang mengalir deras. Di sepanjang kiri kanan tebing ada beberapa orang yang hanya mampu tengok aku. Ibaratnya company-company yang memerlukan aku. Tapi selagi bos aku tak lepaskan aku, mereka tidak mampu untuk buat apa.

Membebel...

Dalam kebingungan aku ni, nasiblah aku jumpa penulisan Abg Korean Look ni. Karya beliau umpama majalah Ujang atau Dik Cerdas dalam bentuk elektronik. Sial. U buat i ketawa melekek-lekek dan ketagihan la Abg John.

Sekurang-kurangnya dengan penulisan Abg Korean Look ni dapat mengubati luka lara dan kesakitan minda aku. Tak lupa juga penulisan Abg Bijak ni. Ni lagi lah hebat penulisannya.

Krisis company aku ini membuatkan aku rasa malas yang amat. Sudahnya aku akan bercuti 4 hari hingga ke tahun depan. Lagi pun cuti aku banyak lagi. Hehe.

Tentang Si Rambut Sodok Tepi dan Budak Gemuk dari Korea, aku malas nak fikir. Dalam minda aktif aku ini telah terfikir pembalasan yang lebih kreatif dan efisien dari sudut profesional. Keputusan dah aku buat.

'life is simple. don't you look at what you have decided!' Hehe!

*ada bayang-bayang pari-pari kecik kaler merah pegang serampang kat atas bahu kiri aku.

Monday, December 24, 2007

Kan wa da kate, sumpahan Gilberto kat aku belum berakhir! Fuck You!!

Itu adalah email daripada pihak Korea. Aku tak tahu nak buat ape.

Wednesday, December 19, 2007

Api kemarahan aku meluap-luap dan tiang kesabaran aku bergegar kerana dua orang yang masih bodoh dan konservatif pemikirannya. Fuck you, motherfucker!

Sakit kepala aku semakin kuat. Aku baru terima cerita terbaru mengenai agen baru yang bakal menggantikan company aku. Company MSV. Servicing juga. Separuh hati aku agak gembira dengar cerita ini. Manatakya, director company ini aku kenal. Pekerja-pekerjanya juga aku kenal. Siap boleh bergurau senda lagi.

Satu lagi berita yang aku terima adalah menolakkan pekerja Melayu dalam organisasi baru Customer Service atau Mirae support ini. Penolakkan ini merupakan request daripada pihak customer aku iaitu salah seorang manager di ST. Si Rambut Sodok Tepi yang hodoh.

Aku masih tak faham kenapa masih wujud akan idealogi sempit yang sering memanipulasi isu perkauman sebagai penghalang dalam pekerjaan. Aku tak pasti samaada ini adalah cerita benar atau palsu. Yang pasti cerita ini menambahkan lagi ketawaran hati aku untuk berkhidmat untuk Mirae.

Dengan penolakkan ini juga akan menutup peluang aku untuk mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Ini yang benar-benar mengganggu kepala hotak aku sekarang. Bergantung kepada bos aku sekarang dan juga bakal bos baru itu.

Aku terkenal dengan sifat termenung aku yang hebat. Berita ini telah menukar mood berlibur aku kepada mood macam sial. Depression, agony and so on. Entah la, esok nak raya pun aku xde semangat dah nak lapah kulit lembu. Berita ini betul-betul menggegarkan tiang kesabaran aku sebagai insan yang lemah.

Dalam kepala aku tercatat beberapa agenda jenayah bagi memberi hukuman duniawi terhadap Si Rabut Sodok Tepi. Entahlah, aku pun tak dapat berfikir dengan berapa waras sekarang ini. Semuanya adalah berdasarkan emosi kemarahan yang meluap-luap terhadap Si Rabut Sodok Tepi yang hodoh lagi tua.

Aku rasakan ini adalah bersangkut paut dengan Si Budak Gemuk dari Korea itu. Pasti! Dua orang ini telah menduduki tempat pertama carta most wanted dalam senarai hitam aku. Kalau diikutkan hati...entahlah. Karma tetap karma, hukuman duniawi tetap duniawi.

Si Rabut Sodok Tepi dan Si Budak Gemuk dari Korea, jangan sampai anda leka. Ketika kamu leka, itulah peluang bagi aku.

*ada sapa-sapa yang nak menerima tugas sebagai pembunuh upahan aku tak?*

Fuck you!!

Monday, December 17, 2007

Rupa-rupanya sumpahan Gilberto belum berakhir.

Bangun tidur dengan keadaan yang agak malas. Malas sebab penat mengenangkan aku dah bekerja cukup keras sepanjang minggu lepas bagi pandangan mata aku. orang lain aku tak tahu lah. Malas nak ambil tahu.

Tapi pada pandangan Budak Gemuk dari Korea itu mengatakan aku tidak bekerja keras. Fuck!! Aku sangat kecewa dengan sikapnya yang teralu memandang rendah terhadap keupayaan orang Malaysia. Dan merasakan dia adalah terbaik.

Terus bersiap untuk kerja. Semangat dah ada setelah teringat kemenagan malam tadi. Terhapus segala 'blues' untuk hari Isnin. Dengan bergaya menyarung polo shirt bersulam lambang Arsenal didada. Ehem!

Bekerja seperti biasa. Monitor segala setting mesin yang telah ditinggalkan oleh dua jurutera terbaik yang didatangkan khas dari Korea bak kata si Budak Gemuk. Semuanya terkawal.

Bila lunch baru aku terasa sumpahan Gilberto belum berakhir kat aku lagi. Cerita company aku ini akan diterminate oleh pihak Korea dibualkan. Ini pun seorang senior yang membangkitkan cerita ini. Dia siap dah tahu sapa agen baru pihak Korea ini. Aku tak berapa ambil peduli.

Lantas kepala otak aku kacau-bilau, kusut-masai, compang-camping memikirkan berita ini. Sudahnya winamp list aku ada lagu dari Scatman John, Nicol Scherzinger, Rihanna, Baseman Jaxx, Bad Religion, The Clash, Alice Cooper, Black Flag dan Dead Kennedys.

Aku pun tak paham. Yang penting kepala aku sakit. Pening fikir hala tuju aku seterusnya. Yang penting, aku sudah tawar hati untuk bekerja dengan pihak Korea ini. Pergi jahanam dengan kamu!

Sudahnya, sekarang aku sudah berbaring di atas sofa separa lembut ruang tamu aku. Sambil mendengar list aku yang bermacam genre lagu. Hilang dan luntur semua semangat Fabregas yang tadinya berkobar-kobar.

Untuk Budak Gemuk dari Korea, semoga kau menghadap malaikat maut dalam keadaan paling tragis dan terus ke api yang paling besar! Shit!

Mungkin ini dialog mereka di utara kota London

Satu petang di stadium antara Drayton Park, Queensland Road dan juga Hornsey Road.

"Sapa main?"

"Ala...team budak-budak"

"oooh"

Di barisan kerusi merah.

"Sapa kena boooo?"

"Ashley Cole."

"Tu sapa tu?"

"Ben Haim"

"Ben Haim? Kik..kik..kik...ganti John Terry?"

"Haah!"

Bersorak sambil berdiri.

"Goooollll!!!"

"Sapa score?"

"William Gallas!"

"Punca?"

"Ben Haim"

"Hai la Ben Haim. Heih..."

Thats all. Lain kali main jangan gaduh-gaduh ye adik-adik. Hormat sikit abang-abang 'blues'.

*Sumpahan Gilberto dah hilang*

Saturday, December 15, 2007

Haih...penat

Aku rasa badi sumpahan kekalahan The Gunners berterusan hingga Krismas. Bermula dengan kekalahan pada malam minggu lepas. Hari Sabtu malam Ahad. Malang terus menimpa aku sepanjang minggu. Mungkin akan berterusan hingga minggu depan. Shit!

Isnin: Menerima berita kurang menyenangkan tentang syarikat tempat aku kerja (baca entri lepas). Jurutera Korea ini memberi masalah kepada aku dengan merosakkan mesin di garisan produksi pelanggan aku.

Selasa: Bekerja hingga pukul 1 pagi untuk membetulkan mesin aku yang jurutera korea itu rosakkan. Walhal sepatutnya aku hanya bekerja dari jam 9 hingga 6 petang sahaja.

Rabu: Bertegang leher dengan Sales Manager dari Korea yang gemuk dan suka merendahkan orang lain di meja makan. Terpaksa bekerja hingga pukul 1 pagi lagi.

Khamis: Tak cukup tidur.

Jumaat: Bekerja hingga tengah malam lagi bagi memantau masalah yang jurutera Korea tu buat.

Sabtu: Terpaksa bekerja lagi sebab jurutera Korea itu masih ingin bekerja. Sial. Patutnya sekarang aku masih di atas katil sambil memeluk bantal peluk berbentuk tapak Sulaiman bernama Patrick.

Ahad: Mungkin akan berkerja lagi.

HOI Jurutera Korea! Bila korang nak balik? Aku dah bosan. Dahla nak cakap dengan kamu begitu payah. Ni menambahkan lagi kerja aku pulak. Marchekinlado!!

Minggu depan aku nak cuti dari Hari Raya Haji sampai Hari Raya orang puteh! Mampos lah. Aku dah penat. Kalau bos tak bagi, aku nak ugut resign. Hehe!

Monday, December 10, 2007

Dilema melanda hatu yang suci murni ini.

Kecelakaan aku berterusan. Ini semua gara-gara Gilberto dan Diarra sial. Mereka penyebab kekalahan Gunners. Seterusnya membawa nasib malang kepada aku hari ini.

Pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan. Membuatkan aku hilang mood untuk bekerja langsung terasa macam nak duduk rumah baring-baring sambil tengok tv 14 inci En Doktor, melayan Astro.

Pengeluar mesin daripada Korea ingin sack bos aku. Ini bermakna pihak Korea sudah tidak memerlukan bos aku sebagai ejennya. Bermakna bos aku akan tiada kena mengena dengan pihak Korea lagi. Bermakna aku juga barangkali akan kehilangan kerja aku yang aku sayang ini. Fucking Gilberto + Diarra Curse!

Sebenarnya aku juga berada dalam dilema. Aku dengar pihak Korea itu ingin menawarkan kerja direct dari mereka. Maksudnya tidak lagi melalui bos aku.

Ah, Sudah! Parah kalau begini.

Kalau aku bersetuju dengan tawaran pihak Korea bermakna aku akan membelakangkan bos aku yang baik hati lagi murni walaupun tawaran gaji yang lumayan. Aku tidak mahu membelakangkan bos aku. Aku tak mahu bos aku katakan yang aku ni membeloti dia. Kamu pernah tengok cerita Young and Dangerous? Episod yang ke berapa aku lupa.

Ape yang terjadi pada Chan Ho Nam ketika dia difitnah meniduri bini abang besarnya?

Atau pun kamu tahu tentang Judas? Salah satu pengikut Jesus yang berpaling tadah.

Atau pun cerita Sarjan Hassan. Yang mana aku lupa nama pelakon itu, iaitu orang kampung En Hassan (P.Ramlee) telah menjadi tali barut askar Nippon. Buruk padahnya bukan?

Aku tak mahu jadi seperti itu.

Akan tetapi, jika aku tidak bersetuju dengan tawaran pihak Korea bermakna aku perlu mencari kerja lain. Mungkin di sektor perkilangan. Penuh dengan disiplin. Masuk ikut waktu, rehat ikut waktu, balik ikut waktu. Da 20 tahun kerjabaru dapat naik pangkat. Mampos!

Mungkin juga di sektor kerajaan. Banyak masa yang terluang dan duduk dalam kubikal dan susah nak berkembang. Aduh! Masalah juga ni. Mungkin belum masanya lagi.Mungkin satu hari nanti bila masa aku sudah tidak mahu berkembang. Nak rehat orang kata.

Berita ini membuatkan aku terus menghubungi rakan-rakan lama untuk Plan B. Ini penting untuk aku punya masa depan beb. Gila kau! Kalau tak kerja macam mana mau 5Mdll (makan, minum, merokok, main, menonton wayang, mendatingkan diri, melibur..dll)

Itulah yang sedang bermain dalam fikiran aku. Dilema dan hukuman seorang pembelot. Dilem antara ketaatan seorang pekerja yang berdedikasi, wang dan harta dan juga Hukum Karma. Shit! I hate this! Fucking hate!!!

Ini semua Giberto dan Diarra punya pasal. Nanti kau. Aku jumpa mau aku sekeh kepala dua orang ni. Haih...

Sunday, December 09, 2007

Sial!

Kekalahan pertama dalam musim ini. Middlesbrough deserve untuk menang. Bermain dengan cantik. Arsenal? Macam celaka.

Les miserable. Kemurungan aku.

Gilberto dan Diarra, moga kau terus ke neraka paling dalam dan sesat disana!

Ceritera gadis penjaga kaunter tiket itu.

Baru pulang daripada menonton tayangan tengah malam. The Golden Compass. Cerita yang menarik. Dan pasti mempunyai sekuel akan datang.

Sesekali melayan tayangan tengah malam ini seperti escapism dalam hidupan seharian bekerja. itu cuma pandangan aku. Ditambah dengan Si Apek, Si Dodol dan Si Katek. Sayangnya Si Kunak tiada. Si Apek, Si Dodol dan Si Kunak ini bagi aku merupakan watak frontman dalam opera kehidupan aku. Kalau mereka tiada, entah lah. Mungkin tak tergambar dengan kata-kata nasib aku. Haha!

Aku rasakan beberapa hari kebelakangan ini, aku dibayangi dengan watak-watak antagonis dalam teater kehidupan aku yang muncul secara tidak disengajakan.

Gadis penjaga B.O atau Box Office atau kaunter tiket itu aku rasakan watak yang pernah muncul dalam opera kehidupan beberapa tahun yang lampau. Mungkin 9~10 tahun yang lalu. Gadis Jawa kampung aku sebelah darat atau bahagian yang agak dalam kampung aku. Nana namanya seingat aku.

Perkenalan dengannya agak kelakar. Satu tenggah hari dulu, baru pulang daripada merayap bersama Sompek. Terjumpa seorang mamat yang agak aneh pada pandangan aku. Dia seolah-olah sesat dan mencari jalan. Dengan niat yang suci murni, aku tampil untuk memberikan bantuan.

Mamat ini daripada bandar Batu Pahat. Bob kalau tak salah aku namanya. Berbadan besar dan lagak seperti penjahat kerana memakai cincin berukir tengkorak yang besar serta beberapa cincin yang aneh bagi aku. Manataknye, waktu tu aku masih budak-budak dan berfikiran agak konsevertif.

Mamat Bob ini mencari rumah si Nana. Kebetulan Sompek ini kenal dengan Nana. Dengan pertolongan Sompek, kami menjumpai rumah Nana. Tanpa memberi salam dan kata aluan, si Bob ni terus je memanggil nama si Nana bertalu-talu.

Nana pun keluar dengan hairan dan agak takut aku rasa. Si Bob ni terus je memaki hamun Nana dan sedikit pertengkaran berlaku. Aku mula rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya aku telah berpihak kepada Darkside. Cis!! terperangkap.

Dek kebisingan di tengahhari itu, bapa si Nana ini pun keluar. Wak Man Pentol orang panggil. Memang jahat budak si Bob ni. Sampaikan bapa Nana pun diherdiknya sekali. Aku terus terasa serba salah. Sesuatu harus dilakukan.

Dengan perasaan sedikit hero, aku menenangkan keadaan. Bila keadaan sedikit reda, aku menyuruh Bob beredar. Aku meminta maaf kepada Wak Man Pentol kerana punca kepada insiden ini. Rupanya Wak Man Pentol ini merupakan atuk saudara kepada Sompek. Cis, padanla Sompek tahu rumah si Nana ni!

Bila situasi kembali normal, aku meminta maaf dan terus beredar. Dalam perjalanan pulang ke rumah aku berdoa agar Wak Man Pentol ini tidak mengecam aku anak kepada Wak Jenal. Aku agak risau kerana bapaku merupakan orang yang agak terkenal didalam kampung aku.

Akhirnya, setelah sekian lama, tiada cerita yang aku 'gegar' rumah Wak Man Pentol dengan penjahat bercincin tengkorak keluar daripada bapaku. Kira case close la.

Haha! Indah dan lucu sungguh sesekali teringat cerita-cerita zaman dahulu kala. Cuma agak canggung dan terkilan kerana gadis penjaga B.O itu tidak mengaku dia ialah Nana. Cis!!

Saturday, December 08, 2007

Aku suka kalau setiap ahli komuniti kampung aku akan cakap macam ini.

Aku baru pulang daripada majlis tahlil di rumah salah seorang komuniti kampung aku. Seperti biasa, aku cuba untuk mengelak atas dasar malas.

Tetapi seperti biasa, minda aku kurang aktif jika aku pulang ke kampung. Mood untuk bermalas-malasan itu tinggi. Jadinya, akal aku ini gagal mengeluarkan idea atau alasan yang bernas untuk menolak pelawaan bapaku.

Kampung aku ini merupakan satu komuniti masyarakat Jawa.
Yang kebanyakkannya bekerja di sektor pertanian. Banyak juga yang menjadi pekerja kerajaan yang menjanjikan duit pencen dikala tua.

Komuniti masyarakat Jawa ini mempunyai beberapa budaya yang aku sendiri kurang pasti. Biarpun dah berkurun aku tinggal bersama mereka. Yang pasti, komuniti Jawa ini agak konservatif dari segi pemikiran. Itulah hakikatnya.

Atas takutkan caci cela daripada komuniti ini, aku pun pergi. Ayat yang biasa akan kedengaran bila seseorang belia atau pemuda dari komuniti ini gagal menghadikan diri dalam satu-satu majlis ialah:

"Mentang-mentang dah belajar tinggi, tak mau campur dengan orang kampung."

"Baru kerja bagus sikit, dah tak nak pergi tahlil."

"Biarkan dia, nanti bila dia kahwin takde orang nak rewang baru tau."

Begitulah lazimnya ayat-ayat yang aku sering dengar daripada mereka. Biasanya dalam bahasa Jawa yang aku sedikit faham. Tapi kalau Si Dodol, confirm cemerlang dalam Bahasa Jawa. Jika Bahasa Jawa dijadikan salah satu matapelajaran wajib dalam KBSM, aku pasti Si Dodol akan berjaya dengan cemerlang.

Suasana yang agak lame membuatkan aku rasa bosan. Nasib banin Si Apek turut hadir. Taklah terasa bosan. Sesudah majlis tahlil merupakan acara yang aku tunggu-tunggu. Makan. Hidangan adalah nasi ambeng.

Ini juga merupakan satu tradisi komuniti Jawa. Yang mana nasi akan diletakkan pada dulang yang besar. Lauk biasanya terdiri daripada serunding, ayam masak kicap dan juga sambal goreng. Dihidangkan dalam satu pinggan.

Biasanya bilangan ahli dalam acara makan nasi ambeng ini ialah 4 orang. Lebih tu kira halal la. Kadang-kadang menjangkau sehingga 6 orang. Ni biasa terjadi kalau tuan rumah tak budget berapa orang yang akan datang.

Selesai makan,aku duduk bersembang dengan Si Apek. Melihat sekeliling aku, ahli komniti kampung aku sedang seronok berbual dengan tajuk masing-masing.

Dalam kepala aku terfikir, macammana agaknya tiba-tiba ahli komuniti kampung aku ini akan berbual tentang ideologi-ideologi. Contohnya Wak Saion tiba-tiba bersuara,
" Aku rasa idea Karl Marx tu boleh kita gunalah kat kampung ni."

Atau, " Aku nak suruh menantu aku laksanakan semula idea Guy Fawkeslah. Aku rasa Malaysia sekarang semakin macam sial"

Atau "Fiedel Castro ngan Che Guvara tu baguslah"

Haha! Aku rasakan sesuatu yang hebat. Rasa macam nak berulang je daripada Bandar Penggaram ini ke Bandar Maharani jika semua orang dalam komuniti aku akan berbual sedemikian.

Thursday, December 06, 2007

Puisi Untuk Kamu

Kasih,
Saat di Sintok masih segar dalam ingatan,
Terjelepok di sudut memerhati,
Setiap derai tawa,
Gelagat kamu bersama teman.

Kasih,
Saat di Bangi masih segar dalam kenangan,
Tunjuk pada kamu biru mata hitamku,
Pertama kali kamu ku tegur.

Kasih,
Saat di Idaman masih segar,
Tika aku terperangkap dengan Rasaksa,
Kau datang menyelimuti aku dengan ketenangan.

Kasih,
Hari ini kau pergi dengan segala kenangan,
Pergi daripada pekan peradaban dan budaya,
demi meneruskan penghidupan.

Selamat tinggal kasih,
Moga Tuhan memberi kita peluang,
Untuk menceritakan kembali
Untuk mengingati kembali
apa yang telah terjadi.

Bukan malam Khamis yang klise

Malam ini bukanlah malam Khamis yang klise. Biasanya malam ini aku akan menunggu dihadapan TV untuk menonton CSI atau apa-apa sahaja yang menarik di TV. HBO ke, Star Movies ke atau Star World.

Setelah pulang daripada Melaka, aku terima pesanan teks dari seorang kawan. Mengajak aku ke Batu Pahat untuk membeli barang katanya. Lebih spesifik ke BP Mall! Pada awalnya aku malas. Penat. Tapi dek sifat setia kawan aku tebal, aku gagahkan juga.

Sebenarnya aku malas untuk ke BP Mall. Bukan apa, aku tak bersedia untuk terjumpa bekas rakan-rakan sekerja aku dahulu. Keadaan emosi kurang stabil untuk mengimbau kembali segala kenangan.

Dan juga menjadi kekurangan bagi aku bila pulang ke Batu Pahat tetapi tidak duduk bersidang dengan Pahlawan Meja Bulat. Maaf ya pahlawan sekalian, bukan aku membelakangkan kalian, cumanya aku terperangkap dalam garisan masa yang singkat.

Dalam keadaan rupa fikizal yang serba kekurangan, compang-camping dan juga poket yang semakin nipis, membuatkan aku malas. Paling malas sekali ialah untuk berjumpa salah satu Favorite Girl aku, E!.

E adalah seorang gadis yang menjadi pujaan mana-mana lelaki metro yang bekerja dalam bangunan BP Mall. E mempunyai wajah yang ala-ala kearaban. Agak tinggi dan kurus. Kulit putih gebu yang membuatkan aku selalu geram. Haha!

Sepanjang kerjaya aku sebagai promoter bersamanya amat indah sekali. Haha! Bukan apa, kami sekepala walaupun aku yang lebih buat kerja. Pernah banyak ketika dia berlakon menjadi GF aku dengan berkepit sambil tangan berpaut erat dihadapan musuh-musuh aku yang cuba menyerang hendap. Begitu juga sebaliknya. Tapi sayang ianya hanyalah satu lakonan tiada pengarah. Aku dan dia menjadi protagonis dan musuh aku hanyalah cameo dalam hidup kami seharian. Kan bagus kalau lakonan ini adalah realiti yang tidak menyakitkan.

Selesai menunaikan hajat sahabat aku, sempat juga melilau sekeliling tanpa melalui kedai lama aku bekerja. Jauh. Tuhan itu Maha Mengetahui. Aku terjumpa E dalam perjalanan ke kereta!

Jantung berdegup kencang. Namun berjaya dikawal. Kau semakin kurus E! Putus chenta katanya. Hati aku separuh kegirangan (mungkin lebih separuh). Dan separuh lagi sedikit perasaan bercampur-baur. Simpati + sedih + rendah diri. Haha! Beberapa perubahan ketara dapat dikesan. Mungkin akibat kesedihan yang amat.

Takpe, aku ade E. Haha!

*teraba-raba dikepala, seperti wujud 2 benjolan di kiri dan kanan kepala* LOL

Wednesday, December 05, 2007

Sedikit nota sebelum tidur

Aku sudah mempunyai akaun 3G sendiri. Kiranya sekarang bleh online dimana sahaja asalkan ada coverage untuk Celcom 3G. Terima kasih Celcom. Ini bermakna tiada lagi atau kuranglah aktiviti online di Kopitiam sambil melihat amoi berseluar ketat. Haha!

Baru selesai menonton satu filem yang agak lama. The Green Mile. Lakonan Tom Hanks, David Morse dan juga manusia besar Michael Clarke Duncan. Cerita yang mengisahkan kehidupan sebilangan banduan yang sudah berada di Death Row. Yang mana The Green Mile merupakan satu laluan terakhir dalam kehidupan banduan sebelum ke hukuman mati di kerusi elektrik.

Cerita yang mempunyai satu metafora yang agak menarik walau aku sendiri kurang pasti apa metafora cerita ini. Tetapi apa yang aku boleh katakan adalah ia melibatkan sedikit karma.

Apa yang aku dapat tangkap adalah sedikit kepincangan terhadap sistem perundangan Amerika pada tahun 1935 yang mana En Duncan terpaksa menerima hukuman mati akibat daripada jenayah yang tidak dilakukan. Sememangnya zaman itu tiada lagi alatan yang canggih untuk memeriksa DNA dan sebagainya seperti yang kita lihat pada CSI. Lakonan daripada En Hanks dan En Duncan dan tidak ketinggalan En Jingles iaitu seekor tikus amat menarik.

Aku cuba untuk membuat pautan ke Wikipedia tentang cerita ini, tetapi aku sedar ilmu itu belum sampai kepada aku. hehehe. Google je untuk maklumat lanjut.

Ada hajat perlu ditunaikan sekarang dan mahu tidur.

Monday, December 03, 2007

Cerita Hujung Minggu

Aku merupakan insan yang menghargai setiap persahabatan aku. Persahabatan disini aku maksudkan ialah satu pertalian atau hubungan yang sudah aku jalani dalam tempoh yang agak lama. Menghabiskan masa bersama. Bermain bersama. Berlepak bersama. Contohnya Rugby Team aku ketika aku belajar dahulu.

Ya! Hujung minggu lepas ini kami bersama sekali lagi untuk menghadiri satu jemputan pertandingan terbuka antara universiti dan kelab-kelab.

Pada awalnya aku malas untuk ikut mereka bermain atas beberapa alasan. Maklumlah, bila kita sudah ada komitmen yang lain susah untuk buat apa yang kita suka. Aku suka bersukan. Menjadikan aku sihat dan tidak gemuk. Haha!

Tetapi bila sudah terikat dengan kerja ini, agak susah untuk aku meluangkan sedikit masa untuk diri aku bagi aktiviti riadah. Maka segala kelengkapan, masa dan juga apa sahaja yang berkaitan dengan sukan dan riadah aku tinggalkan entah kat mana.

Maka, bermulalah episod aku yang semakin kurang kurus dan kurang fit. Ini adalah alasan utama aku. Aku tak fit untuk bermain. Aku tiada but dan kelengkapan lain. Aku tidak set minda aku untuk bermain. Cukup!

Segala keputusan yang aku buat luluh tatkala malam Sabtu. Baru saja tiba daripada Bandar Maharani. Setelah minum bersama Pahlawan Meja Bulat, aku dipaksa oleh salah seorang yang berpengaruh dalam Old Boys aku untuk berjumpa dengan ahli Old Boys aku yang lain malam itu.

Segalanya berubah. Yelah, setelah beberapa lama tak berjumpa, pasti ada sahaja cerita atau memori yang perlu di'up' ketika bersama. Ini telah menimbulkan satu perasaan yang aku suka. Maklumlah bila sahaja aku mula bekerja, aku telah berubah menjadi seorang yang agak pasif.

Akhirnya aku akur kepada situasi. Tewas. Aku bersetuju untuk bermain dan setuju untuk membakar kulit gebu sawo matang aku ni di bawah terik matahari. untuk maklumat korang, kalau main tournament open ini biasanya tak kira masa dan cuaca. Tak kira pukul 10 pagi ke, 11 pagi ke 3petang ke, kene main gak. Jadualnya dah memang gitu.

Hasilnya, kami naib juara divisyen 2. Kira ok ape. Dengan masing-masing tak fit, takde latihan intensif, main tangkap muat je. Yang penting enjoy. Itu yang paling penting sebenarnya.

Kawan-kawan, nanti kita jumpe lagi ya!