Wednesday, June 04, 2008

Kairou atau Cairo? Tibet atau Tybet?


*Ni apa cerita ni??!!


"Ohaiyougozaimasu."

"Ohaiyougozaimasu Kairo."

Kairo atau Cairo?

Lantak korang la. Janji boleh panggil aku sudah. Korang tahu nak panggil aku apa, aku tahu korang panggil aku.

Tepat jam 11:45 pagi. Waktu makan tengah hari. Masing-masing pergi ke kantin dengan kadar laju. Perut sudah lapar.

Sluuurrrrpp..aku hirup sup.

"Kairou. its a po-ku soup-ne!"

Mahu tersembur sup itu dari mulut aku. Fuck!!

Damn. Apa pasal korang tak bagitau aku awal-awal. Biasa sup sayur je. Berpeluh aku sekejap.

Mana aku hendak cari tanah bersih kat tengah bandar Hachioji ni??
Pakai air malt ke air anggut ke boleh ke??

Tuesday, June 03, 2008

Jepun buat aku banyak tersenyum sendiri.

*aku harap takde telur cacing pita dalam sushi kat kedai ni

Dari semalam aku tersenyum sorang-sorang sambil berjalan. Bos aku dengan partner aku pelik je tengok aku senyum sorang-sorang.

Manakan tidak....

Malam sebelum aku bertolak, seorang kawan telefon. Bertanya khabar. Bual punya bual, kebetulan dia baru balik Jepun. Dia cakap, "Dalam 10 orang awek jepun kau jumpa tepi jalan, 9 orang konfem lawa."

Memang betul. Aku senyum sendiri.

Manakan tidak...

Sekarang musim hujan. Cuaca memang sejuk untuk aku. Boleh capai 10 hingga 15 darjah Celcius. Siap berangin lagi. Bila lalu sekitar kawasan merokok, aku akan bau udara bersama aroma rokok macam bau rokok dalam kawasan pejabat ber-aircond. Padahal kawasan terbuka.

Dek dalam keadaan hujan dan sejuk, mulut akan keluar kabus bila berbual. Tak kira waktu. Macam Fabregas time main bola hujung-hujung tahun.

Aku senyum lagi.

Manakan tidak...

Bila mahu balik hotel kena naik MRT. Ini jam ramai orang. Budak pejabat, kutu, pekerja sosial, budak sekolah dan pelbagai lapisan masyarakat. Bila aku nampak budak sekolah ramai-ramai tunggu MRT, aku teringat cerita SUICIDE CLUB.

Pegang tangan ramai-ramai, berdiri tepi MRT station, bila MRT sampai, terjun ramai-ramai.

Aku senyum lagi.

Monday, June 02, 2008

Rupa-rupanya aku dah sampai. Macam tak percaya!

Berkali-kali aku gosok mata. Berkali-kali aku cubit pipi. Ye! ini memang Jepun!!

Aku agak lemah dan penat. Jadinya, layan gambar dulu ya. Ni yang sempat aku snap sepanjang jalan ke hotel.







Nanti malam aku try amik shot lampu-lampu neon pulak.

Friday, May 30, 2008

Pengembaraan mencari Maria Ozawa dan juga Akira Toriyama bermula.

Ok. Ini mungkin entri terakhir aku sebelum berangkat ke negara bunga sakura.

Malam ini mahu pulang ke kampung. Jenguk keluarga. Semalam, ada seorang teman datang berjumpa untuk pass surat jemputan perkahwinan. Soalannya,

"dah berapa lama kau kerja sini?"

Belum sempat aku jawap, tubi satu lagi soalan,

"baru kerja sekejap dah lupa diri, lupa asal usul."

Ok. Aku ketawa. Masalahnya jadual aku agak sibuk. Mereka semua orang beriya-iya untuk mengajar aku. Bawa aku ke Batam. Letak aku di customer's site. Hantar aku ke Jepun. Supaya aku lekas pandai. Supaya senang kerja dia orang, senang kerja aku. Walaupun kadang-kadang jadi susah.

Bukan aku yang tak nak balik kampung. Beberapa jam dari sekarang aku gerak. Jangan risau.

Jadi, sebelum lebih ramai yang akan berkata begitu, baik aku bertindak. Action louder than speak orang kampung...err..maksud aku taman aku kata. Aku tidak duduk kampung sekarang. Kampung banyak lalang dan 'lalang'. Lalat dan 'lalat'. Rimas!!

Esok, urusan di bank. Press conference pun sudah di jadualkan. Jadi agak sibuk. Ahad pula perlu berkemas dan relax-relax. Petang bertolak. Flight pukul 2230.

Kalau ada kemudahan internet percuma, aku akan update. Kalau tak ada, klik la kat sebelah tu atau baca entri aku yang lama-lama sampai hafal. Nanti aku balik, aku tanya seorang-seorang. Faham??!!

Thursday, May 29, 2008

Sebelah aku masih kosong, Siapa nak isi? Kamu?

Aku selak semula penulisan-penulisan aku terdahulu. Satu persatu aku baca. Puisi. Luahan perasaan. Macam-macam.

Teringkat tika aku berkenalan dengan halaman ini. Awal tahun 2006 kalau aku tidak salah. 2 tahun yang lepas. Tika EMOsi meluap-luap. Berkobar-kobar. Semua ingin di lepaskan. Kerana itulah wujudnya halaman ini.

Peneman setia, pendengar setia, tempat curahan perasaan.

Sekarang, aku rasa gaya penulisan ini kian berbeza. Lari daripada tujuan asal. Lari daripada konsep asal.

Banyak sebab kenapa ia berubah. Yang aku perasan ialah persekitaran aku. Walau sibuk macam mana, walau sengal macam mana, aku kena adapt semuanya. Suka, benci, marah, gembira, huru-hara. Semua kena telan. Semua kena hadam.

Lagi satu, aku tiada siapa. Cuma keluarga yang agak jauh, rakan serumah dan rakan pejabat. Mereka semua dalam bubble atau buih yang berlainan. Tiada seorang pun yang ada dalam bubble atau buih aku.

Dahulu ada. Duduk peluk lutut sama-sama, menghadap luar. Kadang-kadang senyap, kadang-kadang rancak berbual. Kadang-kadang bergurau senda. Kadang-kadang gaduh. Biasalah hidup.

Tika ada itulah wujudnya berbagai EMOsi. Wujud penulisan-penulisan yang berbagai luahan. Suka, benci, marah, gembira, huru-hara. Semua aku luah. Semua aku limpah. Semua aku curah.

Sekarang, masih kosong. Duduk seorang diri peluk lutut. Tengok luar. Tiada gurau senda, tiada gaduh, tiada perbualan rancak. Senyap.

Mana hendak cari suit Satria Baja Hitam ekh? Pavilion ada jual tak??

Hah...baru aku boleh berehat sekejap. Tiada aktiviti servis mahu pun meeting hari ini. Cuma duduk kat office, buat claim report dan juga urusan-urusan pejabat. Tapi malangnya internet pula buat hal. haih...baru mahu surf Harajuku street fashion.

Boring. Hidup memang macam itu. Tika banyak kerja, tak ada masa rehat, mengeluh. Tak ada kerja, banyak masa berehat pun mengeluh. Haih...manusia.

Dalam masa 3 hari lagi aku akan bertolak. Wah, teruja betul perasaan aku kali ini. Berkobar-kobar, berdebar-debar, macam berpeluh-peluh pun ada.

Satria Baja Hitam, Maskrider, Ultraman, Naruto, Final Fantasy, Gaban. Antara watak-watak yang sedang melekat dalam kepala aku sekarang. Mana hendak cari suit-suit watak-watak ni ekh?

Baru beberapa persiapan aku buat. Baju, seluar sudah disiapkan. Duit. Sedikit. Lain barang belum lagi. Checklist pun baru hendak buat. Dalam kepala bercampur, tunggang-langgang. Hendak kena defrag baru ok agaknya.

Visa tidak sampai lagi. Kad kredit tak sempat buat. Damn!! Cilaka punya Maybank tak mahu approve aku punya request dulu. Kalau tidak kan dah senang. Tak payah susah-susah aku nak cari peti besi mini.

Agak risau dengan trip kali ini. Yelah, masalah utama aku adalah komunikasi. Boleh kira je berapa orang yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik di sana. Nasib lah boss aku turut serta untuk minggu yang pertama. Tiada masalah sangat lah nanti.

Sudah. Malas mahu tulis panjang-panjang. Idea tiada. Mahu buat checklist barang.

Tuesday, May 27, 2008

Aku rasa penat-lah!!

Aku kekurangan idea untuk menulis. Mungkin penat. Aku benci penat. Penat membuatkan aku malas dan pasif. Kaku. Terbujur menonton tv. Hendak buka mata pun malas-malas.

Dulu bila masa aku menganggur, sibuk nak penatkan diri dengan kerja. Baru puas hati kononnya. Sekarang, sudah kembali bekerjaya, sibuk mengadu penat. Haih...manusia. Tak pernah kenal erti puas.

Aku baru pulang malam Sabtu hari itu. Selamat semuanya. Cuma kehilangan charger telefon bimbit. Ini akibat penat-lah. Penat = tak boleh nak fikir dengan baik = cuai. Sudahnya aku letak charger telefon bimbit aku di poket tepi beg aku. Check-in beg untuk flight, tunggang terbalik, hilang. Haih...

Simple mistake can ruin everything. Damn!

Belum sempat aku berehat dengan cukup untuk tugasan aku yang pertama, jadual tugasan aku kedua sudah keluar. Bermula 1 jun, aku tiada lagi di Malaysia selama 2 minggu. Kalau ada wi-fi percuma, aku cuba untuk update selalu ok.

Wednesday, May 21, 2008

Sepi, sendiri, aku benci.

Ayat pertama yang aku teringat setelah bangun tidur. Salah satu ayat puisi yang di__ oleh Cinta lakonan Dian Sastrawardoyo dalam Apa Ada Dengn Cinta.

Tengok jam. WTF??!! 8.39 a.m. Dah lambat. Janji dengan teksi pukul 8.30 am.

Duduk bucu katil, fikir. Owh, baru pukul 7.39 WIB. Lambat satu jam kat Batam ini. Baru aku teringat.

Perjalanan daripada hotel ke kilang customer aku, mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sepanjang perjalanan mengingatkan aku kepada satu kawasan di Johor. Pekan Rengit. Lebih kurang la.

Banyak juga aku teringatkan cerita-cerita dari Indonesia. Yang paling hampir adalah cerita Janji Jonny. Lakonan Nicholas Saputra. Memang serupa.

Suasana sibuk. Jalan rayanya. Sub-bandarnya. Kenderaannya. Penduduknya. Kemudahannya. Sama. Cuma aku belum jumpa lagi menu makanan Katak Goreng Mentega.

Ayam goreng mentega ada lah.

Masih baru di sini. Orang sibuk menyatakan Batam adalah Syurga Lelaki. Syurga-syurga itu aku belum kelihatan. Mungkin kena ke arah bandar sedikit. Nanti aku ajak sifu aku mencari syurga.

Perkara yang penting sekali aku perasan di sini adalah kewangan. Masing-masing sibuk mencari peluang untuk merebut wang. Keluar sahaja dari hotel, berebut teksi datang. Duduk sahaja di meja makan, ramai yang offer itu dan ini. Turun sahaja teksi di perhentian bas, orang hulurkan tuala. Jual. Bukan percuma.

Aku terfikir. Malaysia sedang bergolak dengan isu politik. Kesan daripada PRU 12. Adakah satu hari nanti Malaysia akan jadi begini?

Betul lah kata bapak aku. "Kalau kau buang baju Crocodile ni dalam laut, entah berapa yang sanggup terjun nak kan baju tu. Kalau kau tabur not-not 1000Rp, ramai yang datang merebut."

Kesian. Sedih pun ada.

Jadi memang tidak hairan la orang kata Batam ni Syurga Lelaki.

Ini baru Batam. Tempat lain samada lagi baik atau buruk aku tak tau.

Tuesday, May 20, 2008

Siapa cipta permainan ini? Angkat tangan. Next time aku bawa melancong.

Aku baru hendak tulis fasal perjalanan aku. Rupa-rupanya aku kena tag dengan King of Letup. Aku ingat arena permainan tag-'menge'tag ini sudah pupus di telan arus kemodenan. Tapi rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.

Kerana aku mempunyai sifat setia kawan yang tinggi, aku layankan.

Katanya, beliau mahu mengenali aku secara rapat. Itu fasal dia tag aku yang bertajuk 8 fakta tentang aku. Entah hapahapa la king ni. Nanti aku tumit rusuk dia.

Eight Random Facts/habits About Yourself

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog


Yelah-yelah, 8 fakta tentang aku.

1. Aku tak pakai kasut futsal untuk jalan-jalan keluar mall, atau pergi makan atau pergi ke tempat mewah. Tapi aku pakai All Star. Tapi kadang-kadang aku pakai Air Max 95 pergi kerja. Complicated kan?

2. Aku tak minum susu putih. Dutch lady ke Marigold ke dan apa jadah sekali pun kalau dah namanya susu putih. Tapi aku suka makan keju dan buat air milo atau nescafee atau teh guna susu pekat. Complicated kan?

3. Aku tak suka pakai stokin yang tinggi untuk apa segala perkara. Lebih rela pakai stokin yang just atas angkle sikit je. Tapi kadang-kadang aku pakai stokin yang dah potong kat tangan. Macam Kurt Cobain. Complicated kan?

4. Aku marah bila tergigit lada cili api tengah makan. Tapi, aku akan makan cili api mentah bila ada lauk ayam masak gulai lemak. Apa dia....complicated kan?

5. Aku suka tengok jeans kat butik mahal. Tapi aku berpendirian tidak untuk membeli jeans baru.

6. Aku suka travel. Tapi aku pening naik bot atau kapal terbang.

7. Aku suka budak-budak kecik, tapi budak-budak kecik takut aku sebab mata aku besar kot.

8. Aku tak pakai kereta Malaysia, tapi merungut bila minyak kereta, insuran dan road tax aku mahal!

Amacam? Nak lagi? Tinggal nombor telefon kat email aku. Siap dengan nama ye!

Woi king! kena tag orang lain ke?

Kisah di kilang pelanggan.

Beberapa hari yang lalu, aku telah pergi ke salah satu customer’s site aku di Keramat. SCM nama kilang itu.

Seperti biasa, setelah membuat pendafataran, kami dikehendaki mengistiharkan barang-barang yang akan kami bawa masuk. Segalanya berjalan dengan lancar.

Sampai sahaja ke check point pertama. Aku akan diperiksa sekali lagi bagi proses penapisan barangan yang kami bawa masuk. Aku terperasan ada sebuah komputer yang lengkap dengan akses internet.

Sebaik sahaja aku selesai di periksa, aku sempat menjeling ke arah computer itu. Ada seorang brader guard tu tengah layan computer. Aku tenung computer. Dalam hati aku terdetik, “macam kenal je page yang brader ni buka.”

Owh! Page komen untuk blog rupanya. Tapi aku kurang pasti blog mana yang dia baca. Menteri ke, abang-abang lama ke, Tronoh Trankuiliti ke, Catatan Pendek Dari Neraka ke, Melayu Minimalis ke, The Malay Male ke. Aku tak pasti.

Aku pun tegur, “Baca blog bang eh?”

“Hehehe...saja layan-layan. “ balas brader guard.

“Minat baca siapa punya tulisan?” cubaan untuk beramah mesra.

Senyap.

“Kau baca sahaja ke, menulis jugak?” dia tanya.

“Dua-dua.” Aku jawap.

“Siapa nama kau?” brader guard itu tanya.

“Ahmad Kamal Abu Bakar.” Aku tipu.

“Hmm...muka langsung tak macam dia pun. Cuma baju je la sama. Lacoste.” Jawapnya.

Aku pun teruskan berjalan sambil tersengih-sengih. Aku sempat toleh dan senyum sambil angkat kening ala-ala Ziana Zain. Tahu dah siapa punya blog dia baca.

Abang Mike, sorry wa guna nama lu. Saja test power.

Thursday, May 15, 2008

Sunyi dan kawalan minda separa sedar.

After lunch break aku ditinggalkan seorang diri dalam office sebelah atas. Office aku terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian bawah adalah untuk sales team dengan management team. Bos-bos besar kira kat bahagian bawah.

Manakala di tingkat satu adalah technical atau service team. Di sini lah letaknya meja aku dan juga beberapa rakan seperjuangan yang lain. Biasanya mereka semua akan tiada di office. Keluar ke customer site masing-masing.

Keadaan sunyi. Terasa semasa ambil SPM dulu pulak.

Dalam pada aku keseorangan, aku termenung. Memandangkan tiada kerja langsung yang perlu diselesaikan. Aku terus termenung.

Banyak perkara tentang hidup berlegar dalam kepala. Segala segi aspek kehidupan. Faktor-faktor untuk terus hidup. Haihh....

Ini semua mungkin aku sedikit emosi setelah membaca entri En Fakap pagi tadi yang tajuk Mak. Tersentuh rasa hati.

Aku terfikir, aku tak pernah merasa kehilangan. Belum pernah. Pastinya satu hari nanti aku akan merasakannya juga. Waktu, tidak tahu. takkan pernah tahu. Lambat, cepat. Tidak tahu.

Masa depan. Sumber kewangan. Kehidupan sosial. Soal hati. Itu, ini...blah...blah...blah

Naik sakit kepala.

Sudah. Malas mahu fikir. Cari orang untuk di ganggu.

*futnut ; aku akan tiada sampai hujung minggu depan.

Tugasan pertama aku.

Satu situasi. Dalam office mereka.

Dua orang pekerja baru sedang duduk bersebelahan, menghadap macbook masing-masing.

Pekerja pertama : Kau agak la kan, waktu kau kerja kat dalam office ini cuma berapa minit je?

Pekerja kedua : Tak sampai setengah jam kot. Dah aku asyik Download macam-macam je dari tadi.

Pekerja pertama : Tau pun kau.

Pekerja kedua : Aku kerja kat Cyber Cafe hari ni. Bukan office.

Dalam hati aku, lahanat member aku sebelah ni.

***

Aku sampai di office awal pagi ini. Aku yang on lampu. On air-cond.

Dah sejuk, baru aku setup table aku. Buka notebook. Setup internet. Buka manual. Baca apa yang patut. Aku tutup.

Check email. Schedule dah keluar.

Apa ni!! Padan la dia orang bagi aku rehat kat office dah seminggu. Rupa-rupanya aku kena kerja start esok sampai Isnin. Machine Transfer. Claim overtime. Cuti, takde.

Damn!! Baru hajat hendak balik ke kampung untuk ambil
Ford Mustang GT500 a.k.a knight rider the solid snake aku.

Check balik schedule aku. Tengok-tengok habis je transfer machine ni, terus pergi Batam.

Gulp!!

Batam siot! Peluh dingin aku tidak berhenti mengalir ni dari tadi.

Tuesday, May 13, 2008

Bila aku sorang-sorang kat office.

Sudah masuk minggu yang kedua aku menyambung karrier. Semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.

Semalam untuk sekalian kalinya, aku pergi ke site. Texas Instrument. Macam biasa. Dapat complain daripada customer. Ada sedikit kerosakkan pada mesin.

Selesai kerja. Join sales team melahu di smoking area. Sembang-sembang, bual-bual. Ikut hati aku malas hendak join mereka. Mahu balik ke rumah saja. Penat!

"wah besarnya jam awak!" sales manager tegur aku.

"biasa-lah. Ami James, boss." aku jawap.

"owh...you pun tengok rancangan Miami Ink ya?"

"Orang muda." aku jawap sambil sengih.

Aku tidak tahu la dia betul-betul tengok rancangan itu ataupun dia Google ke apa.

Sunday, May 11, 2008

Haih la Vista!

Tempat baru. Suasana baru.

Banyak perkara perlu diselesaikan. Banyak perkara perlu belajar. Banyak perkara kena adapt.

Paling penting. Notebook aku guna aplikasi Microsoft Windows Vista. Ini sangat baru bagi aku. Leceh. Pop-up sana sini. Shade sana sini. Pening aku.

Perlu sedikit masa. Sedikit masa untuk 'king' Vista.

Sudah 'king' baru banyak entri mau post. Sabar ok!

Wednesday, May 07, 2008

Baru itu bercampur baur.

Tempat baru.

Suasana baru.

Mesin baru.

Manual baru.

Customer baru.

Rakan - rakan baru.

Budak baru.

Business card baru.

Email address baru.

Telefon baru.

Notebook baru, tapi belum dapat.

Ok ye!

Sunday, May 04, 2008

Aku gagal pada percubaan pertama untuk menyambung karrier.

Terkebil-kebil aku pandang bintang melalui sunroof kereta aku awal malam tadi sambil tunggu aku diselamatkan. Tunggu abang dan adik aku datang. Tunggu tow truck datang.

Puas aku ingat. Mana satu kesalahan aku terhadap-Nya sehingga aku menanggung nasib macam ini. Musibah. Haih!

"Ini semua karma." bisik hati aku.

Enam jam sebelum aku terkebil.

Dalam panas tengah hari, aku kuatkan semangat mengangkat sisa-sisa barangan dan baju ke bilik baru aku di rumah taman. Lepak dulu atas katil. Ambil mood bilik baru. Tengok sekeliling. Puas hati.

Lima jam sebelum aku terkebil.

Sambil memerhatikan kereta aku diselaputi buih putih sabun. Aku terfikir. Buat checklist dalam kepala. Bumper depan, ok. Wiper belakang, ok. Side mirror sebelah kanan, ok.Enjin, tak ok sangat. Hujung bulan ni nekad. Memang dah masa untuk servis.

Tiga jam sebelum aku terkebil.

Barang-barang aku sudah siap load dalam kereta. Salam semua orang lebih kurang, jalan. Tengok rumah kampung untuk kali terakhir. Aku rasa bila aku balik nanti, dah terus ke rumah taman agaknya. Bila-lah nak tengok rumah tempat aku membesar ini lagi.

Sebak juga rasa hati.

Dalam 30 kilometer pertama tiada masalah. Perjalanan lancar.

Dua jam sebelum aku terkebil.

Tiba-tiba aku rasa air-cond aku semakin panas. Aku jeling pada panel meter, ada satu lampu menyala. Lampu battery. Aku rasa steering wheel aku berat semacam.

Hati aku terdetak, "Ah, sudah! Ini mesti ada short circuit ni."

Papan tanda menunjukkan perhentian Yong Peng 5 kilometer lagi. Otak mula berfikir samada berhenti untuk check atau tidak. Final decision, berhenti dulu. Tengok apa yang patut.

Aku berhenti. Buka hood enjin, check minyak power steering wheel. Ok. Try start enjin. Ada tapi senyap sikit.

Teks abang aku.

[Kereta break down kat hentian Yong Peng. Steering jam.]

Aku check balik. Mak aih!! Belt enjin aku dah bersepai!! Berburas. Nasib baik aku dah berhenti. Kalau putus ketika aku jalan tadi, alamatnya, makan maggi 3 bulan aku.

Teks abang aku semula.

[Minta bantuan. Belt besar wa dah putus!]

Abang aku call. Selesaikan apa yang patut. Dia suruh aku relax kat hentian tu sampai dia datang selamatkan aku. Lega. Lebih kurang pukul 9 aku berjaya di selamatkan.

Percubaan pertama aku untuk menyabung karier, gagal. Esok aku cuba lagi dengan kereta adik aku pula. Kita tengok macam mana. Kalau berjaya, memang confirm aku makan maggi 2 bulan pertama.

Haih! penuh pancaroba.

Tuesday, April 29, 2008

Priceless stupid box itu adalah sekotak kenangan.

Dalam dua-tiga hari ini aku agak sibuk mengemas. Kemas barang-barang, baju, buku-buku. Kira semua barang-lah. Mana satu yang aku hendak bawa ke Lestari Putra, mana yang aku hendak bawa ke rumah baru.

Ok, aku sekeluarga telah memutuskan untuk tinggalkan kampung. Berpindah ke rumah sendiri di taman perumahan. Ini semua adalah kerana kami sudah bosan dengan mentaliti sempit masyarakat kampung. Kedua, atas sebab marah dengan pihak tertentu yang sibuk dengan harta pusaka, tanah pusaka.

Pinjam kata En Kamal. Kau nak ambik, aaaammmmmbbiiiiiiiik! Bodoh!

Rumah di taman sudah siap sepenuhnya. Tinggal tunggu masa untuk angkat barang-barang sedikit demi sedikit.

Dalam aku sibuk mengemas, aku terjumpa album lama. Ya! album gambar. Kembali ke beberapa tahun malahan beberapa belas tahun yang lampau.

Waktu perjalanan hidup masih baru bermula. Memori dari sekolah rendah. Nampak gambar budak yang aku minat. Senyum. Nampak gambar budak-budak sedarjah yang masih comel yang sekarang ini sudah ada anak bini sendiri. Ketawa. Funny!

Memori sekolah menengah. Waktu aku berada di asrama. Rakan-rakan penghisap rokok dan pemberontak. Senyum sendiri aku melihat aksi dan pose masing-masing ketika itu.

Priceless stupid box, aku benci kau!

***

Tiga hari lepas, aku teringat kan kamu. Sangat kuat. Tiba-tiba. Segalanya bagaikan ditayangkan semula. Happy hour. Pasukan bola jaring dan bola baling kamu. Pasukan ragbi aku. Seketariat Rakan Muda kamu. Semua.

Terkebil-kebil aku merenung siling bilik aku.

Dua hari lepas aku dikejutkan dengan satu teks daripada seseorang yang pernah aku cinta...err..maksud aku suka, kot. Entahlah. Soal hati. Malas hendak layan sangat.

[Cha] : Awak...

Ringkas.

Berdebar hati aku. Apa pasal tiba-tiba teks aku macam ini? Ok ke? Dalam masalah ke?

Aku balas. Senyap.

Satu minit. Senyap. Dua minit. Senyap.

Aku call.

Sekadar hendak menyatakan yang dia akan ke Batu Pahat hujung minggu ini. Malangnya, aku pula sudah bergerak ke Lestari Putra.

Oh, Tuhan. Dugaan-Mu sungguh hebat.

Semalam, aku terlayan Amazing Race Asia musim pertama. Ya. Muka kamu seropa dengan juara itu.

Aku akui. Aku rindu kamu. Rindu dengan lesung pipit kamu. Semua tentang kamu!

Priceless stupid box, aku benci kau!

Saturday, April 26, 2008

Moral: Jangan cuba untuk tidur petang Jumaat!

Petang semalam. Balik daripada masjid. Lepas makan tengah hari. Lepas update entri. Aku lepak-lepak atas katil. Baca buku cerita A Boys Story. Cerita fasal budak Skinhead Chelsea tahun 60-an yang lampau.

Tengah sedap aku layan buku ini, tiba-tiba aku dengar kecoh-kecoh dari arah kebun sebelah bilik aku. Suara Wak Noh menjerit-jerit. Aku cuba amati. Gagal.

Suara Wak Noh makin jelas. Maknanya, dia sudah sampai ke garaj rumah aku. Lantas aku bangun dan keluar untuk melihat keadaan sebenar.

Wak Noh menjerit-jerit dalam Bahasa Inggeris. Dalam bebelan dia berselang-seli dengan bahasa lain yang aku tidak faham. Mak dan ayah aku pun tidak faham. Nak kata Bahasa Jawa, bukan. Bahasa Thailand, pun bukan.

Mak dan ayah aku cuba tenangkan beliau. Aku hanya mampu melihat. Dalam hati aku berkata, “apa yang rasuk Wak Noh ni?”

Apa yang faham dari percakapan beliau itu ialah;

‘…trapped forever…’

‘…twisted tail…’

‘…thousand eyes…’

‘…EEEPAA…’

‘…EEEPAA…’

Aku sedar –sedar badan aku dah basah. Bantal dan katil aku pun dah dibasahi peluh aku. Aku tengok jam. Pukul 1735. Fuh! Mimpi rupanya. Aku tertidur ketika baca buku A Boys Story. Apa mimpi ngeri petang-petang ni.

Aku pun termenung sekejap atas katil. Sign apakah mimpi aku tadi ni? Siap Wak Noh tiru sebijik-sebijik gaya watak atuk Bart Simpson. Macam kes ngeri je ni.

Aku ambil tuala, bersiap untuk mandi. Dah basah satu badan, kenalah mandi.Baru selesa hendak keluar minum petang.

Baru aku nak masuk tandas.

“Ular Orok-orok!!” aku jerit.

Terkejut aku. Ada seekor ular daun, baik punya landing kat dinding tandas aku. Nasib baik ular daun. Ikut hati nak aje aku tangkap. Atas nasihat adik aku, aku halau ular tersebut keluar. Baru aku nak prove yang aku pun boleh jadi Steve Corvin.

Dalam hati aku, inilah dia petanda yang cuba di sampaikan kepada aku.

Friday, April 25, 2008

King, tolong aku!

Dalam jangka masa tidak sampai seminggu lagi aku akan memulakan langkah aku ke negeri 'air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Meneruskan karrier. Dalam kepala aku masih banyak perkara masih tertunggak.

Servis knight rider aku. Buat sedikit modifikasi bagi mengikut kesesuaian bentuk muka bumi di negeri air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Betulkan apa yang rosak. Wiper cermin belakang. Wiring sedikit rosak.

Itu baru cerita knight rider aku. Belum cerita baju, seluar, toiletries, perfume...blah..blah..blah..yada..yada..yada..

Ini semua gara-gara duit. Sial. Money really makes world goes around nowadays. Nak taknak phrase ini aku kena akui. Kita kena akui. Ada duit semua boleh jadi.

Beberapa minggu lepas aku ada jual sedikit barang knight rider aku. Mula-mula aku malas nak jual. Nak simpan. Sentimental value. Tapi customer ini pulak, kira owner lama knight rider aku. Orangnya pun baik dengan aku. Takpe-lah. aku jual gak. Tapi sampai sekarang payment tak dapat-dapat lagi.

Haih!. Marah betul aku kalau orang buat aku macam ni. Aku memang nak guna duit. Kalau aku takde nak guna cerita lain-lah.

Haih! Elak-elak aku karate juga mini market dia tu kang sebagai tanda protes!
King Pipi dengan King Kumprinx, boleh kasi tunjuk ajar?

Wednesday, April 23, 2008

Aku nak jumpa Ain, Dillah dan Eppy.

Sekarang kurasa something je bila aku buka page aku sendiri.

Macam-macam rasa ada. Sedih, boring, marah. Kadang-kadang rasa macam nak menangis. Kadang-kadang rasa macam nak sing a long dengan lagu-lagu dalam playlist aku. Terutamanya dari band macam I Kill A Prom Queen, Poison The Well tak pun From Autumn To Ashes.

Entri-entri aku rasa macam sampah. Crap. Rubbish. Takda yang emosi pun.

Pernah aku bagitau Chan gelodak jiwa aku ini.

Tapi dia jawap, "Everybody love to read all those crap and rubbish things Bo."

Aku diam. Senyap. Membatu. Dalam hati aku fikir ada betulnya juga kata Chan.

Sekarang aku dah nekad. Se-nekad mat rempit buat wheelie sejauh 5 kilometer.

Apa nak jadi, jadi-lah. Aku mesti berubah.

Start besok...err...maksud aku petang nanti, aku nak cari novel-novel cinta kat kedai Selamat Toko Buku. Takpun aku nak jumpa anak-anak Wak Noh sebelah rumah aku. Wak Noh ramai anak gadis. Mesti collector novel-novel jiwang ni. Biar aku baca sampai nangis-nangis.

Baru-lah EMOSI.

Monday, April 21, 2008

Semua orang berubah.

Satu masa dulu, aku selalu suka cakap, "I dont believe in a truth friendship."

Statement ini aku keluarkan kepada umum lebih setahun yang lepas. Itu jam aku baru habis belajar dan bekerja part-time sebagai pembantu jualan di butik mahal di Mall.

Wujudnya statement ini atas perasaan tertekan aku terhadap kerjaya aku itu jam sedangkan rakan-rakan seperjuangan telah berjaya membina kerjaya masing-masing yang hebat-hebat belaka. Tercapai cita-cita.

Aku. Terhangguk-hangguk sapu dan mop lantai, lap cermin, susun baju dan seluar. Lap meja. Tak cool langsung aku rasa.

Satu hari, sudah rasa penat dengan kerja sebegitu, aku text semua rakan-rakan seperjuangan. Semua sama aku text. Nak buat call, aku tak mampu lagi.

[Ada vacancy tak kat tempat kau? Ke lubang-lubang lain ke? Ada?]

Hampir semua nama rakan-rakan seperjuangan aku, aku text.

Senyap. Dalam hati aku kata untuk sedapkan hati, "Sibuk kot semua?"

Malas mahu fikir bukan-bukan.

Tapi, setelah beberapa lama, beberapa insiden berlaku depan mata. Beberapa kes culture shock menular di antara mereka. Beberapa kes hangat bercinta sampai lupa kawan berlaku. Kes-kes lupa diri pun ada.

Insiden demi insiden dan kes demi kes ini semakin menyedarkan aku. Everybody have their own life to run. Masing-masing sudah ada tanggungjawap atas hidup mereka dan juga komuniti masing-masing.

Sekarang, i just dont want to take it seriously. Nanti aku yang sakit hati. Susah.

Lalu, aku tukar kepada statement, "everybody changed!"

Saturday, April 19, 2008

Se-kepulangan ku dari perantauan.

Aku rasa aku ada masalah inferior complex.

Satu perasaan paranoid terhadap perasaan marah dan kebencian orang terhadap aku. Atau pun sering berperasaan aku selalu buat salah. Orang bijak pandai dalam psikologi kata.

Aku baru sampai dari rumah sewa baru aku. Waktu tempatan, kurang lebih 0030. Sampai rumah aku biar knight rider aku melahu sebentar. Maklumlah jalan jauh. Dah tu ada bau hangit-hangit pulak tu. Sapa suruh merempit dengan Mercedes Kompessor.

Bukan apa. Dalam perjalanan pulang tadi aku sangat mengantuk. Tidur hanya 3 jam. Tidak boleh lelapkan mata kerana kepala aku sangat sakit.

Punca. Belum dapat dikenal pasti.

Aku masuk rumah, big boss masam muka.

Aku pun selamba masuk rumah. Sebelum tu aku pandang parking kereta Kelisa abang aku. Kereta takde. Aku fikir dia dah bergerak ke Sepang seperti yang diwar-warkan.

Aku kunci grill, susun kasut dan terus kunci pintu.

Sangkaan aku meleset. Tengah sedap aku bersiram, terdengar bunyi enjin Kelisa. Abang aku balik.

Terdengar abang aku goncang pintu yang aku kunci tadi kuat-kuat.

Dalam hati aku kata, "Ah sudah! Memekak pulak pagi-pagi buta ni."

Keluar bilik mandi, aku tegur abang aku.

"Wa ingat lu dah gerak Sepang."

Senyap. Muka nak masam. Ketat je. Macam ada papan taruk depan muka.

Macam-macam soalan dalam kepala aku.

Salah aku ke biar enjin knight rider melahu tatkala cucu-cucunya sedang nyenyak tidur? Ke aku balik lambat sangat? Abang aku marah pasal aku kunci pintu ke? Takpun, marah sebab knight rider aku bau hangit? Ke, dia orang ni tak suka aku kerja kat ibukota?

Haih...susah.

Itu inferior complex kan?

Ada siapa boleh tolong jawab?




Thursday, April 17, 2008

Gone and i'll be back.

Aku akan ke ibukota semula petang ini.

Esok ada sedikit urusan di pejabat baru. Berbincang tentang sedikit tugasan, mengambil offer letter dan berbincang tentang site yang bakal aku pergi.

Mungkin dua hari ini, aku tiada di meja pengadilan ini..err...maksud aku meja komputer ini untuk post apa-apa entri.

So, i'll be back.

Wednesday, April 16, 2008

Harap-harap ini bukan keputusan yang salah dalam hidup aku.

Urusan di ibukota telah selesai. Keputusannya seperti dijangkakan. Beres dan berjaya. Mungkin awal bulan Mei aku akan berpindah ke negeri 'air percuma untuk 10 meter padu pertama' untuk menyambung karier.

Setiausaha, please take note ok.

***

Bila aku berada di rumah. Dengan tiada apa rancangan dalam minda. Biasanya aku akan melihat dunia setelah gelincir matahari. Satu jangkamasa yang panjang untuk tidur.

Aku rasa di kampung aku ini, akulah raja tidur. Kalau ada pertandingan tidur paling lama, aku rasa akulah juara untuk Kampung Parit Haji Ali Laut.

Pedulikan semua. Bila aku rasa bahang matahari, baju aku sudah basah dek peluh. Baru aku sedarkan diri. Bukan apa, kalau aku bangun awal pun, tiada apa yang perlu dilakukan.

Kalau aku masak untuk makan tengah hari, nanti apa pula emak aku cakap. Lawan tauke pulak. Nanti kalau dia rasa tercabar, susah lah aku.

Kalau aku buat kerja-kerja rumah, nanti apa pula kata presiden rock se-Parit Raja. Silap-silap markah rock aku kena demirit 50 markah. Nak naikkan mata demirit dah la susah.

Kalau aku buat-buat cabut atau meracun rumput, nanti jiran aku kata aku macam-macam pulak. Nama pun Wak Noh. Noh lagi. Popular betul nama Noh kebelakangan ini. Padan lah kawasan rumah aku dengan rumah dia je selalu hujan.

Harap-harap esok aku bangun awal sedikit. Ada perkara mahu di selesaikan sebelum menyambung karier di ibukota. Harap-harap tidak hujan. Kalau hujan, aku pukul jiran aku Wak Noh ni.

Contohnya, mengeluarkan baki simpanan bank untuk kegunaan harian dalam bulan pertama dan membuat sedikit persiapan. Beli itu dan ini. Eh, rasa macam hendak masuk asrama pulak. Haha!

Tuesday, April 15, 2008

Pengalaman berharga buat seorang budak daripada kampung.

[Aku] : Tolong selamatkan aku. Aku turun di perhentian Serdang.

Lima minit. Senyap. Sepuluh minit. Senyap.

Tak boleh jadi ni!

"Hello Tom. Lu tidur ke? Selamatkan gua. Wa da rasa macam ada mata-mata liar memerhati ni."

"Ok. Sepuluh minit lagi wa sampai." ujar Tom.

Tom. Bukan Tom Sawyer atau Tom Tom Bak tapi singkatan Tomok. Bukan juga artis yang nyanyi lagu jiwang-jiwang sambil geleng-geleng kepala comel tu. Tapi adaptasi daripada perkataan Mok.

Hampir setengah jam kemudian baru sampai.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Tom.

"Pergh! besar gile jalan ni ekh. Empat lane lagi." aku kagum.

"Biasalah K.L." jawap Tom selamba.

Maklumlah, budak kampung. Jalan paling besar pun aku rasa jalan kampung aku yang bila selisih kereta tak payah turun ke bahu jalan. Itu pun aku rasa best gila dah.

***

"Eh, gile la. Wa nampak Twin Tower depan mata sial. Biasa tengok dalam tv je."

"Mat, lu kat KL la sekarang. Tak payah la jakun sangat." sampuk Tom.

Maklumlah. Biasa aku nampak dalam tv je.

***

"Jom pergi OU." Tom mengajak aku. Mungkin riak wajah aku nampak kebosanan.

"Let's go!." jerit aku. Macam tu juga la hati aku menjerit.

Owh...ni la OU. Bisik hati aku.

Owh...ni la The Chili's.

Owh...ni la La Senza.

Nasib baik aku baca blog. Kalau tak haram aku nak tahu sumua tempat-tempat ini.

Dan banyak lagi 'owh', 'wah' dan 'wow'.

Maklumlah, budak kampung. Sesekali turun bandaraya besar. Bak rusa masuk kampung la. Patut kena tukar peribahasa ni. Bak rusa masuk bandar kot lagi ok.

Friday, April 11, 2008

Hai! Im back

Aku baru sampai rumah.

Penat. Penat dan penat.

Kepada saudara saudari, sahabat handai dan rakan taulan yang datang berjumpa, terima kasih. Ada masa kita bersua lagi.

Malas mahu tulis panjang-panjang.

"Mana ada orang update blog at weekend!. Takde life ke??" kata kawan aku.

Tunggu weekdays nanti ye! Water bed sudah sedia menanti.

Friday, April 04, 2008

Ok. Last call.

Kepada yang nak berjumpa dengan aku, sila SMS atau call aku. Tak ada no telefon aku? Email aku nombor telefon korang, nanti aku call. Jangan lupa letak nama. Jangan letak tanpa nama atau anonymous ok!

Setiausaha aku dah balik kampung. Cuti bersalin. Jadi semua kerja aku buat sendiri.

Hari ini hari terakhir. Selepas pukul 12.00, hari Sabtu, 5 April, segala email dan juga comment, aku tak boleh nak jawap.

Mungkin boleh kalau rumah tumpangan aku ada kemajuan. Jadi, akses internet sangat terhad. Harap maklum.

Yang berkhidmat,

Syed Mohd Rambo Bin Syed Mohd Zainal

Tuesday, April 01, 2008

Peluang jangan ditolak.

Hujung minggu ini sampai 8 atau 9 haribulan. Aku akan berada di ibukota.

Email sahaja kalau mahu temujanji. Setiausaha-ku, please take note. Please, please be fair ok?

Anda semua. Rakan taulan, sahabat handai, saudara mara. Masih ada peluang untuk bertemu dengan budak kampung yang baru nak naik.

Monday, March 31, 2008

Dua situasi melibatkan sahabat-sahabat yang mental berSMS.

Situasi Satu.

Game Arsenal vs Bolton. Tengah sedap aku layan sorang-sorang. Arsenal kena sebijik.

[+60127520...]: Apa ni rambo. Takkan nak kalah je.

Aku benci anonymous number keluar bila Arsenal kena. Mula-mula aku nak maki.
"Apa bodoh ke bangang kau ni baru gol minit 15 da kata kalah?"

Tapi tak jadi. Sebab manatau kalau gadis berdahi licin, nanti patah hati pulak. Jadi, aku balas,

[Aku]: I dont know you. Sorry.

[+60127520...]: Ni CMP ngn Juju la.

Owh korang rupanya. CMP= Man United fan. Aku maafkan dengan text mesej di atas. Aku faham.

Tapi si Juju ni, memang tak boleh dimaafkan. Baru setahun jagung, sibuk nak provoke. Nanti kau. Tahu lah nasib kerana bermain dengan api.


***

Situasi Dua.

Tengah aku layan ABPBH. Satu teks mesej diterima. Itu jam, Saiful Apek tengah naik pentas. Nak ambil anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik, kalau tak salah aku.

[+60127392..]: Tengok ABP sekarang.

[Aku]: Ha...apsal?

Senyap.

[Aku]: ye..ye..menang lagi tahun ni.

Aku baru sedar sesuatu.

[+60127392..]: dah agak.

Amboi. Dah agak ye? Kira orang lain tak boleh lawan la ni?

Mamat ni adalah kembar Saiful Apek. Kelakar gila. Suka buat lawak. Kiranya, dia mesej aku sebelum naik pentas ambil anugerah sebab dah agak takda orang boleh lawan.

Amacam hebat kan?

Friday, March 28, 2008

Peluang berjumpa budak baru nak naik.

Awal bulan April aku akan pergi ke ibukota untuk urusan rasmi.

Sesiapa yang berminat untuk memperkenalkan diri, sila email aku terdahulu. Email add ada di profile aku. Nanti setiausaha agung aku susun-aturkan jadual aku ketika di ibukota.

Aku sudah pesan pada setiausaha aku supaya be fair.

Amacam? Berani?

Thursday, March 27, 2008

Apa salah aku?!

Akhir-akhir ni segala tindakan aku salah di mata kamu semua. Segala statement aku disalah-ertikan. Mahu di bawa ke peringkat umum.

Bergurau pun kene tahik. Hakikat memang pahit nak telan kan? Kan?

Marah kat orang lain, aku jadi mangsa.

Kenapa? Apa salah aku?

Ish..ish..ish tak faham?!

Aku pun manusia. Mahu sedikit ruang dalam kehidupan. Mahu perhatian. Biasalah tu. Nama pun manusia.

Wednesday, March 26, 2008

Wa dah tepu ok!

rambo said...

eleh...silap-silap sendiri buat. mana kita orang tau.

March 25, 2008 4:50 AM

Sailor Chan said...

Benci betul aku, kau tulis gitu Bo. Penuh prejudis.

March 25, 2008 11:37 PM [kat warung, bukan dalam blog ok!]

Ok. Bukankah prejudis itu permainan seharian kita? Jangan marah. Nanti kita pergi makan Nasi Beriyani Mad Shah.

Lagipun aku sangat tepu. Bukan kau tak tahu. Semua orang tahi..err..maksud aku tahu aku tengah tepu sekarang ni.

Sel-sel darah merah yang bawa oksigen ke otak aku pun dah tercemar dengan racun-racun daripada asap Dunhill biru aku. Entah berapa percent je oksigen yang sampai.

Kiranya sekarang ini, otak aku bukan berada pada tahap unggul. Tahap optimum.

Faham kan?

Monday, March 24, 2008

Kalau Arsenal kalah je, aku mesti bernasib malang sepanjang hari.

Aku rasakan seperti dunia sudah semakin tidak adil buat aku. Kegagalan demi kegagalan. Kekalahan demi kekalahan. Kekeciwaan demi kekeciwaan.

Satu.

Celik mata. Cuaca baik. Matahari terik menyinari bumi dan alam semesta. Bergegas untuk berjumpa Guru. Baru sampai pejabat Guru, rintik-rintik kecil hujan mula terasa. Sampai pejabat Guru, tiada.

Dua.

Singgah ke kedai Melayu Kapitalis. Hujan sudah agak lebat. Lapar. Suruh awak-awak Melayu Kapitalis belikan apa yang patut untuk isi perut. Tiada.

Tiga.

Hujan berhenti sekejap. Memecut ke kedai Haris dan Bam. Cari ikan keli masak pecal. Habis.

Empat.

Baru bergerak dari kedai Haris dan Bam. Hujan lebat menimpa badan tebal aku. Memecut ke klinik swasta untuk medical check-up.

" Kak, kat sini boleh buat medical check-up?"

"Boleh. Untuk kerja ya?"

"Haah. Boleh?"

"Ada surat?"

"Takde la kak. Baru nak masuk kerja ni."

Akak tu diam.

"Boleh tak kak?"

"Pergi ambil surat dulu la."

"La...saya baru lepas interview aritu. Dia nak tengok medical check-up dulu baru tahu dapat ke tidak. Boleh tak kak?"

"Boleh. Tapi kena ada surat dulu."

"Takpe lah kak. Saya cari klinik yang orangnya bijak sikit. Cakap tak boleh dari tadi kan senang. Baca lah lagi Harian Metro tu banyak-banyak." aku membebel.

Lain kali cakap la, nak buat medical check-up kena ada surat pengesahan daripada majikan. Ini tak. Kejap boleh, kejap tak boleh.

Meruntun kekecewaan hati aku dengan orang yang tidak faham bahasa ini. Tak habis-habis suruh mintak surat, mintak surat. Bagi suratkhabar nanti, baru tahu. Dah aku takda surat tu.

Balik dalam keadaan yang semakin hujan lebat. Sampai tak nampak jalan. Kali terakhir aku kena hujan macam ini, masa aku bekerja di Mall dahulu. Itu pun tahun lepas.

Dalam hati membebel. Nak jumpa Guru, takde. Nak kirim makanan, tak dibelikan. Nak makan ikan keli masak pecal, habis. Nak buat medical check-up, tak boleh. Lepas ni entah apa lagi agaknya.

Tengok. Kan aku dah kata. Mungkin keseimbangan kosmos itu sudah lari sedikit daripada paksinya untuk aku. Haih...

Dah takda nasib. Dah dugaan. Ada la hikmahnya tu. Nanti nanti adalah tu. Kata-kata klise. Boring! Damn boring!

Kekalahan itu mengecewakan.

"Huh! You see. Separuh populasi penduduk Parit Raja menyokong Man Utd!" kata Chan.

"Hehehe…biasalah tu."Aku jawab. Sambil menguyah beef steak yang liat. Nasib baik aku tidak pakai gigi palsu. Kalau tidak, mesti terkial-kial.

Hampir kosong kedai mamak tiga. Yang tadinya penuh dengan penyokong-penyokong Man Utd dan Liverpool. Tapi aku perasaan lebih banyak jersey Man Utd dari jersey Liverpool. Yang tinggal hanya saki baki peminat bola sepak dan penyokong Arsenal dan Chelsea.

Aku dan Chan bersedia pada barisan tempat duduk paling hadapan untuk meononton The Big Match kedua.

"Ini baru clash of the titan." kata-kata Chan berbaur semangat berkobar-kobar.

"Ya." Aku jawap ringkas sambil hati berdebar.

Menelan air liur. Chan sudah mula menggigit kuku. Masing-masing khusyuk.

Di samping itu.

"Rajin baca Emosi ya?" teks mesej dari aku kepada Gadis Dua.

"Saya memang suka baca blog pun. Nak-nak blog kawan-kawan. Memang saya follow."

"Okay. Thank you. Then, I should write something about you."

"Ish…no need. Malu la."

Biasala. Sisa-sisa anarki masih tersemat dalam hati aku. Kalau ditegah, makin kuat perasaan untuk melakukannya.

Owh, patutla selalu ada tracking daripada Melaka. Kamu rupanya. Maaf. Saya sudah hampir lupa. Atas sebab-sebab tertentu.

Aku rasa gadis dua ini merupakan charm untuk aku malam ini. Selama teks mesej bersamanya sambil menonton perlawanan, Arsenal segak bermain di Stamford Bridge.

Bila aku berhenti teks mesej. Permainan Chelsea semakin memberangsangkan. Menjadi-jadi. Sehingga berjaya menyumbat gol kemenangan. Dan bagi aku, perlawanan ini seimbang dan aku akui. Chelsea deserve to win.

Aku malas hendak review perlawanan ini. Sebab aku percaya HidupMatiArsenal akan review perlawanan ini dalam bentuk yang lebih detail.

Untuk gadis dua, maybe, just maybe you are the charm for me. Tolong jangan ghaibkan diri awak ok?!

*kenyit mata

Kekosongan itu menyakitkan.

Mula-mula aku keluarkan jersey pasukan kesayangan dari longgokkan baju yang sedia untuk dibasuh. Terdiam sekejap.

“Tak payah lah.” bisik hati aku.

Seakan petanda.

Lalu aku sarungkan sehelai Banana Republic. Bergegas mencari Chan. Tujuan menonton perlawanan pertama The Big Match.

Ke mamak satu. Penuh. Manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan usia memenuhi ruang. Ke mamak dua. Sama. Ke mamak tiga. Turut penuh.

Nasib ada sisa tempat duduk yang masih kosong. Hujung belakang sekali. Nampak Torres pun besar botol ubat.

Relax lah. Nanti first game habis, dia orang balik la. Lagipun ini bukan game kita.” Chan bersuara dengan nada menenangkan.

Aku hanya mengangguk.

10 minit perlawanan aku dah mula bosan. Dalam kekecohan manusia yang melaut, jauh dalam hati aku terasa kosong. Amat kosong. Still got a room in it.

Aku teks mesej Gadis satu.

"Hai honey. Got time?"

"Ermm…why?" balas Gadis Satu.

"Nothing. Just so bored watch Man U vs Liverpool. How are you? Are you busy?"

Senyap.

Ok. Everyone got their own reason to do something.

Macam yang selalu aku pesan kepada member-member aku. Everybody changed!

Sincerely yours. I disowned you!

"Yeah! You shout just so right Jeffery Moreira." Suara hati aku berbisik.

Laungan demi laungan penyokong Man Utd dan Liverpool masih belum memadamkan kekosongan. Damn!

Saturday, March 22, 2008

Dari Parit Raja ke Baltimore.


Apa ni?!!

Sampai ke Baltimore nama aku kena petik. Mentang-mentang aku guna nama hero dia orang.

Yelah-yelah. Nanti aku tukar nama hero Melayu. Badang ke, Mat Jenin ke. Tapi Perwira Mat Gila macam ok gak.

Bertarung untuk membunuh masa.

Kekalahan kepada Sailor Chan pada peringkat last game dalam Pertarungan Anak Jantan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aku saat ini.

Buktinya, playlist aku ada lagu Pulmonary Archery, The King Is Dead dan Tigersuit. Oh ya! Boo Hoo Clapping Song juga ada untuk gembirakan hati.

Murung. Sedih. Depress and agony.

Sailor Chan, anda memang hebat. Jaga kau. Lepas ini aku takkan biarkan Joe Cole kau berlari kencang. Kad, kad la. Aku tak peduli!

Pesanan kepada anda.

Hah! Anda dikesan.

Peluang untuk berkenalan dengan aku. Kita berkongsi pekan yang sama. Silap-silap kite pernah bertentang mata.

Sila hantarkan pesanan dan biodata kepada email aku. Peluang hanya datang sekali. Better hurry before i made it big. Heheh..

Amacam? Berani?

Friday, March 21, 2008

Asal usul kejadian Rambo.

Kenapa orang panggil aku Rambo? Kau bukan pernah masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) pun dulu? Even, latihan kadet bomba pun kau selalu miss. Dan kau bukan juga dari ATMA.

Ok. Ceritanya macam ini.

Masa aku sekolah menengah rendah dulu, aku suka pakai seluar askar celoreng. Kawan aku bagi sebab abah dia askar pencen. Mana sahaja aku pakai. Waktu 'prep' pagi dan malam, waktu makan malam. Semualah. Aku suka pakai sebab seluar itu ada side pocket.

Sampailah aku sambung sekolah menengah tinggi di Negeri Sembilan. Masa minggu suai kenal aku cover line lagi. Habis je minggu suai kenal, perasaan rindu terhadap seluar askar celoreng tak terbendung lagi.

Dengan rasa tidak bersalah, aku selamba pakai. Sama waktu macam mana aku di sekolah lama aku. Tak kira waktu. Termasuk waktu 'prep'.

Mungkin pada mata abang-abang senior atau anjing-anjing maktab ini, pemakaian seluar askar celoreng ini tidak sesuai ketika waktu 'prep'. Ataupun mungkin mereka envy pada aku sebab mereka takda seluar macam tu. Itu jamlah mereka mula attack aku.

Kata seluar ni tak sesuailah. Boleh kena koyakkanlah. Hendak hantar aku kepada cikgu disiplinlah. Dan segala kata-kata yang menjurus kearah aku melakukan kesalahan yang sama besar dengan merokok di sekolah. Seperti biasa, merokok merupakan salah satu kesalahan paling besar dalam institusi sekolah berasrama. Kecoh!

Nasib baik sedikit ilmu tentang pemberontakkan terlekat di dada. Selagi aku rasa tak salah, tak langgar mana-mana peraturan, aku teruskan. Seluar askar tu bukannya kategori seluar jeans/denim pun. Aku teruskan minat aku pakai seluar askar tu juga.

Disaat itulah bermulanya seorang budak yang dikenali sebagai Rambo. Kerana suka pakai seluar askar.

Sampai sekarang seluar itu masih ada lagi. Dah lebih sepuluh tahun dah. Walaupun tinggal poketnya sahaja. Aku buat sling bag.

Ok. That's all.

Terima kasih.

Sejak aku di-pautkan oleh Ahmad Kamal Abu Bakar, pengunjung/pembaca semakin ramai. Terima kasih Ahmad Kamal Abu Bakar. Dan terima kasih semua yang membaca.


You are the reason i am alive.

Cheh!!

Tuesday, March 18, 2008

Selingan [2]

Aku ada terbaca nama kamu pada entri lepas.

Segala kenangan bermain semula. Bersilih ganti.

Tapi, dalam keadaan begini. Tiada intense. Tiada keinginan. Malas hendak fikir.

Asal kamu selamat, sehat dan jangan bukan-bukan sudah.

Ok?!!

Seperti yang aku janjikan.

Bagi menghilangkan kekusutan kepala yang bak benang dilanggar ayam, layan la gambar-gambar yang aku ambil masa di Desaru dan Tanjung Balau.

Mak aku dengan cucu bongsu dia.

Abang aku dengan anak bongsunya, Muhammad Aniq.

Anak abang aku yang sulung, Muhammad Adam dengan adiknya, Nurina Zulaika.

Mentari terbit di Pantai Desaru.

Aku.

Jeti Kampung nelayan, Tanjung Balau.

Adam dan Ika.

Pantai Tanjung Balau.

Jeti Kampung Nelayan, Tanjung Balau. Waktu mentari terbit.

Ok. Itu sahaja.


Amacam?

Monday, March 17, 2008

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini?

Aku warga zodiak Cancer. Mengikut survey yang telah dilakukan, warga Cancer ini mempunyai emosi yang mudah tersentuh dan lemah walaupun zodiac sign aku adalah ketam. Aku akui ia benar.

Dalam kebosanan ditengah malam, aku singgah pada blog ni. Salah seorang best friend aku masa study dulu. Satu entri yang membuat aku sedikit emosi. Kerja.

Bila aku baca blog ini, aku terfikir tentang diri aku sendiri. Aku tenung gambar masa konvokesyen aku yang aku tampal di notice board aku dalam-dalam.

Aku tanya diri aku sendiri.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Aku tak boleh nak jawab untuk masa ini. Tiada jawapan.

Baru-baru ini aku ada interview di Johor Jaya. Satu syarikat kecil. Syarikat yang provide full service air-conditioning system untuk satu-satu bangunan besar. Dia offer aku agak besar. Tapi, aku diamkan diri lagi. Tiada apa-apa tindakan susulan.

Aku pun masih lagi tertanya-tanya kenapa aku kurang bersungguh untuk kerja itu. Aku terfikirkan masalah ekonomi yang bakal jatuh. Aku takut untuk mencuba kerana takut pisang berbuah dua kali.

Syarikat aku dulu lebih kurang ini juga, pejabat dalam kawasan rumah kedai. Yang kadangkala pergi untuk sebulan sekali. Aku berinteraksi dengan bos aku dengan email dan juga telefon. Tiada meja untuk aku untuk segala membuat segala documentation. Jika perlu, aku kunjungi mana-mana kopitiam atau kedai-kedai yang aku selesa.

Aku impikankan ruang aku sendiri. Meja aku sendiri. Colleague aku sendiri.

Pada masa yang sama, aku sudah lali dengan kebosanan ini. Dengan tiada kerja, tiada income, tiada tangungjawab.

Ada niat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tapi masalahnya, modal. Ahhh...betul lah kata dari ketua Hung Hing dalam filem Young and Dangerous episod ke-4, money makes world goes around.

Orang tua aku masih meneruskan niatnya untuk aku masuk ke UTHM sebagai pengajar. Aku tolak dengan alasan aku masih belum puas dengan kerja-kerja sebagai jurutera. Satu bahagian dalam hati aku memberontak kerana aku sudah lama berada di UTHM. Hampir 6 tahun. Takkan aku masih mahu terperuk di situ untuk sekian masa lagi. Masih belum masanya.

Aku masih mahu melihat dunia luar.

Apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup aku ini? Duit? Harta? Nama? Comfort zone? Jawatan besar? Cabaran?

Masih tiada jawapan.

Desaru dan Tanjung Balau. Pantai berbatu dan berombak ganas.

Maaf. Dua hari aku tiada di rumah. Dan aku lupa hendak tinggalkan pesanan. Siapa-siapa yang tertanya-tanya, aku pergi ke Desaru, Kota Tinggi.

Aku dah suruh mamat ni tengok-tengokkan apa yang patut. Tapi dia pun tiada di rumah.

Aku memang agak obses dengan mandi laut. Biarla sunburn pun, tak apa janji puas. Tapi pantai di Desaru ini agak berbatu dan ombak yang ganas. Kira agak berbahaya juga. Jadinya, aku tak boleh mandi dengan puas. Cuma bersantai.

Percutian yang berbaloi walaupun aku terlepas beberapa perkara rutin hujung minggu.

Satu, paper The Star. Puas dah aku cari satu Bandar Penawar. Tak jumpa. Aku faham. Sekarang ni suratkhabar memang cepat habis. Siapa-siapa ada copy untuk aku? Ruangan Star Jobs sahaja yang aku cari. Bahagian lain korang boleh simpan.

Dua, Barclays Premier League. Balau Beach Resort tiada siaran untuk ESPN. Mujur aku boleh access livescore.com melalui telefon bimbit aku. Tapi untuk tengok score sahaja. Takpe, nanti aku return kat tv sekejap lagi.

Aku ada ambil beberapa gambar. Tapi belum sempat untuk transfer dari kamera. Nanti aku upload.

Thursday, March 13, 2008

Cuaca diluar masih lagi hujan renyai. Dah hampir seminggu macam ni. Bosan. Hendak keluar *ngeteh pun payah. Apatah lagi urusan-urusan duniawi yang melibatkan perniagaaan sara diri.

Sejak aku duduk kampong ni, aku gunakan motor aku dulu. Kereta aku, abang aku guna untuk pergi kerja. Kiranya, kalau aku hendak guna untuk urusan yang penting, baru aku guna kereta.

Ada satu (dua atau tiga sebenarnya) urusan penting perlu diselesaikan. Pergi ke Bandar Maharani. Untuk mengambil sedikit barang-barang yang masih berbaki di rumah di sana.

Ya! Ada sedikit perasaan rindu terhadap udara di sana. Terutamanya Tanjung Emas. Udara segar dari Laut Selat Melaka. Hmm…

Rindu dengan hikuk-pikuk Jalan Abdullah, rindu dengan Jambatan Sultan Ismail.

Tapi, dalam keadaan hujan macam ini, macam mana aku hendak pergi.

Sekarang pun menulis sambil berselubung. Sejuk. Haih…tangguh lagi.



*ngeteh = minum di warung-warung kebanyakkan.

Angan-anganku belum musnah.

Di playlist aku, suara Sugar Ros mendayu-dayu.

Iringan musiknya yang mellow dan melodik berirama lembut membuatkan aku sedikit terawang-awangan.

Sambil asap Dunhill berkepul-kepul keluar ke atmosfera bilik.

Jauh terbang. Ke London barangkali. Atau ke Stadium Luzhniki di Moscow.

Berangan-angan pasukan ini ke stadium tersebut.

***

Apasal lagu kat playlist aku makin slow nih? Owh Mineral rupanya. Sesuailah tu dengan suasana luar rumah aku yang baru berhenti hujan.

Sebelum aku pon ter’mellow’, aku nak tengok Discovery Channel. Menimba ilmu.

Wednesday, March 12, 2008

Selingan.

Orang baru hadir semula dalam hidup aku.

Esok mungkin aku sedikit sibuk. Melayan dia. Tapi tak bermakna aku lupa kat kamu semua. Jangan risau. Dia buta IT sikit.

*gelak kecil

Impian dan harapan.

Aku rasakan sekarang masa depan aku kian kabur. Belum ada sinar harapan yang aku nampak. Macam satu jalan depan mata tapi kabur dek hujan yang lebat. Macam itu lah yang aku rasa sekarang.

Sampai tahap aku sekarang ini, tak tahu apa yang aku perlu cari, apa yang aku nak. Aku betul-betul blur. Perasaan berbelah bagi.

Impian tetap impian. Impian untuk mencabar diri aku lebih daripada sekarang dan semalam. Impian untuk keluar jauh dari rumah melihat dunia luar. Impian untuk meliar sedikit.

Tapi semua ini macam tak dapat je. Aku tak pasti kenapa aku berperasaan sedemikian. iGAGAList...

Tuesday, March 11, 2008

Cerita aku kene Tag! (mari main lelaki) Amacam??!

Seharian aku ngadap PC aku. Tapi tak la seharian sangat. Bangun tido dah pukul 2. Tengok tv dulu cari mood nak teruskan hidup. Lepas tu baru 'godek-godek' PC. Dah lebih seminggu aku try nak bagi PC aku sehat semula. Dah makin banyak duit aku keluar. Damn!!

Semalam aku teks Mr Talib,, tapi tiada balasan. Takpe, nanti kau balik kampung aku karate motor Suzuki abahmu.

Setelah mencuba, akhirnya aku berjaya menghidupkan PC aku. Perkara pertama dalam kepala aku ialah; INTERNET. Untuk itu, aku kene install Bluetooth Driver dulu. Ini sebab aku guna telefon mudah alih aku sebagai Modem.

Selesai perkara pertama. Pastu kene install Mozila Firefox dulu. OK, selesai. Dah boleh senyum sambil dalam hati kata sukses-sukses!

First page; Hotmail. Takde apa yang menarik kecuali mesej-mesej dari friendster dan juga Lina Joy, eh silap Lina Jobstreet.

Second page; EMOSI. Manatau kalau-kalau ada komen-komen dari kengkawan yang kene balas. Tak boleh buka. Dua tiga kali aku cuba sama gak. Takpe...aku try Catatan pendek dari Neraka, boleh. Yess!!

Dah gelak-gelak kecil aku baca entri awal-awal, sampai kat entri ni, peluh besar mula turun. Ni page aku ke? Eh, yelah! Berderau darah aku sekejap. Rasa macam Hank Von Helvete dari kugiran TURBONEGRO ajak naik atas stage untuk nyanyi sama-sama. Biar betul!

Ok. aku tak reti sangat sebenarnya tag-tag ni. Takpe aku cuba. I'm a great learner.

Dalam dompet kulit jenama..err..Northland ni ada:

1. Kad Touch 'N' Go - malas aku nak korek-korek tempat syiling dalam kereta aku cari syiling.

2. Kad Matrik - saja simpan. Boleh guna untuk tengok wayang ke, bowling ke.

3. Kertas yang ada nombor telefon Miss Lau - aku lupa siapa Miss Lau ni.

4. Kad ATM Bank Maybank

5. Kad ATM Bank Muamalat - klasik kan?

6. Kad ATM CIMB

7. Kad ATM RHB Bank - my precious

8. I.c aku.

9. Lesen aku.

10. Sampah - resit bank + resit bill Maxis + resit down payment Sunglass

11. Name Card aku.

12. Sedikit cash.

That's all!!


Mana boleh jadi aku yang kene, so aku tag orang lain jugak. Lucky friends are:

1. xxmy wordsxx

2. sailor chan

3. Azman

4. Jorji

5. Kumprinx

Sori geng. Takde choice. Tapi member aku pesan, "anarkis suka langgar peraturan". Ikut la kome sume nak buat camne.

Monday, March 10, 2008

Politik yang semakin aku nak faham.

Selesai sudah PRU 12. Banyak keputusan yang tak disangka dan juga keputusan yang dijangka. Bagi aku sendiri, seorang yang belum pernah mengundi dan, masih belum mendaftar, merasakan sedikit rugi.

Keputusan PRU 12 ini banyak membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Dari segi sosial, ekonomi dan politik negara. Beberapa niat baru muncul secara tiba-tiba. Mungkin diatas kesedaran tentang keadaan politik Malaysia yang aku lihat semakin mencabar.

Pelik mak bapak aku. Mana taknya, tak pernah-pernah aku duduk menonton bersama mereka melihat keputusan apanila diumumkan. Kali ini, aku bersama mereka dengan kacang dan air Nescafe 'O' ditangan. Kali terakhir aku melihat keputusan Pilihanraya Umum ini seingat aku adalah pada pilihan raya awal 1990-an. Itupun aku sedang bersiap untuk kesekolah saambil curi-curi tengok tv. Yang aku perasan adalah keputusan yang bergerak pada monitor dibahagian bawah.

Sekarang, dalam keadaan yang sangat tak sibuk, aku ada banyak masa untuk berfikir tentang masa depan negara ini. Bagi pandangan aku, banyak pro dan kontra-nya.

Cuma bagi aku sekarang kita tunggu dan lihat dahulu. Sambil study-study sejarah sikit, study tokoh sikit. Nanti aku dah famous korang tolong ingat-ingatkan aku ye.

*kenyit mata

Thursday, March 06, 2008

Aku dan maifestoku untuk Pundak!! Sorak! Sorak!

Pertamanya, terima kasih kepada Presiden Pazuzu yang telah memberi peluang untuk say abertanding bagi parlimen Sri Gading ini.

Keduanya, maaf sebab terlambat. Tapi biasanya last minute prepare ni akan jadi hebat.

Berikut merupakan manifestoku.

1. Intensif kepada sekalian hardcore dan punk yang 'true' sebanyak RM 100 sebulan bagi memudahkan mereka bergerak ke gig atau memulakan penulisan. Saya percaya dengan menjadi sebagai HC ata Punk akan memberikan satu fenomena yang berlainan dalam kepala mereka apabila mereka dewasa kelak.

2. Mewujudkan lebih banyak studio Jamming bagi memudahkan anak muda mengeluarkan suara anak muda mereka. Satu taman satu studio. Amacam?

3. Mewujudkan satu track perlumbaan sepanjang 5 hingga 10 kilometer. Tegak je. Tak payah selekoh2. Ni kerana ramai sangat orang nak berlumba kat kawasan Parlimen Sri Gading ni. Tak kirala motor ke kereta ke. Even bas sekalipun.

Haha amacam?

Thursday, February 28, 2008

Tiada apa yang menarik. Sekadar tulisan biasa-biasa jeee...

Sekarang masuk minggu yang ketiga aku duduk dirumah. Tak ada banyak perbezaan. Skala kehidupan yang malar. Umpama satu garis melintang dalam sesebuah graf. Kecerunan sifar.

Rutin harian yang tiada banyak beza. Bangun kala matahari tinggi, tolong jaga anak buah, keluar pergi kafe siber, log on Jobstreet, check email, duduk di Badut, tunggu Digi Man balik, lepak sampai maghrib. Haih...kutu.

Sedikit gembira kerana payment dah masuk. Tapi banyak yang perlu keluar. Invest untuk kereta. Invest kat sedikit perniagaan kecil untuk sara hidup. Bil itu, bil ini. Kopi itu, kopi ini. Simpan untuk interview dan masa hadapan lagi. Cukup ke?

Sedikit tentang pilihanraya.

Suasana semakin terasa. Perang poster makin menjadi-jadi di Parlimen Ayer Hitam ini. Setiap malam akan ada penyokong-penyokong dacing membuat kerja-kerja kempen. Sana sini poster. Sana sini banner. Sana sini bendera. Yang hijau, yang biru, yang merah, yang kuning je aku belum nampak lagi.

Aku, tolong tengok. Bukan apa, aku belum rasa terpanggil untuk mana-mana warna. Kalau ada warna hitam mungkin la kot. Nak-nak ada gambar tengkorak. Haha!

Lagipun aku adalah salah seorang daripada hampir 10 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar. Kawan aku yang kerja kat SPR bagitau. Kalau dia tipu, aku tipu lah. Aku memang nak mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya tahun ini. Tapi bila aku nak gerak mendaftar ke pejabat pos berdekatan je, itu jam lah parlimen dah bubar. Kalau aku mendaftar pun, sure la tak boleh mengundi untuk kali ini. Haih...

Perasan aku kat pekan kecil kesayangan aku ini sekarang, akan ada penyokong dari warna biru akan berjaga menjaga bendera mereka di kawan masing-masing.

Aku terfikir. Adakah langkah ini wajar? Kenapa perlu jaga? Takut kena kait? Takut kene tebas? Mungkin jugalah kan. Tapi yang mengait dan menebas ni pulak dah kenapa? Adui tak paham aku. Mungkin aku tak rasakan semangat mereka kot.

Entahlah. Baik makan nasi beriyani Mad Shah. Takpun join Pundak. Haha!

Wednesday, February 20, 2008

Entahlah...

Aku jadikan internet sebagai salah satu medium untuk aku;

1. berhibur.
2. mencari kawan
3. berhubung dengan kawan-kawan
4. sumber idea
5. sumber inspirasi
6. pencarian maklumat
7. percarian peluang

Aku tak suka untuk bertekak atau bergaduh dalam mana-mana forum atau apa sahaja ruang yang sedemikian. Bagi aku pergaduhan atau pertengkaran dalam forum adalah satu tindakan yang bacul atau penakut. Bak kata member-member aku dulu, "takde telur".

Macam satu quote dari sahabat aku, " fighting in the internet is like back-bitching. Tak gentle."

Thats all.

Tuesday, February 19, 2008

Itulah dia.

dah seminggu aku kat kampung. Sekadar duduk berehat di rumah. Melakukan kerja rumah secara sambilan. itu pun kadang-kadang. Selebihnya aku penuhi dengan tidur dan mencari peluang.

Mencari peluang. mungkin peluang untuk bekerja atau peluang berniaga. Untuk kedua-dua ini masih memerlukan sesuatu yang sangat penting. Duit a.k.a wang atau apa sahaja kata ganti nama bagi not kertas yang bernilai itu.

Itulah sebabnya aku masih tak berbuat apa-apa. masih menunggu sehingga hujung bulan untuk mendapatkan duit. Banyak perkara yang melibatkan kemasukkan duit dalam kepala aku tertangguh akibat menunggu hingga hujung bulan.

Biarlah orang kata aku kutu berahak ke, kutu lepak ke. Korang ingat aku peduli? Kalau asyik nak ikut orang cakap apa je, sampai bila pun tak kemana. Janji aku ada perancangan aku sendiri.

Aku diberhentikan daripada kerja. Ini cukup buat aku rasa tertekan. Bukan masalah aku. Bukan aku ada masalah disiplin atau cara kerja yang lemah atau malas. Hakikat yang hakiki adalah bos aku dah takde kerja untuk aku. Takde projek dah. So, no point or any reason to keep me as a service person.

So, got my point aren't you?


****

Malam minggu yang amat memalukan buat aku. Esok pagi-nya komputer yakni sumber aku berhibur rosak. Dapat text yang berbunyi "Apa macam Arsenal?" daripada seorang rakan yang bukan kaki bola sangat.

Cukup memedihkan. Perasaaan malang terus menyelubungi sampai hari ini. Aku rasakan semua pihak atau benda dalam dunia ini masih belum memihak kepada aku. Kalau ada pun, mungkin sekadar menjaga hati. Tak ikhlas.

Still can get my point, aren't you?

Thursday, February 14, 2008

Bebelan si Kutu Berahak

Wahai En Diari,

Hari aku agak down. Lebih daripada semalam-semalam. Boring fikirkan nasib yang tak menentu ni. Sedih. Bangun ketika matahari dah tegak atas kepala. Biasa la, kutu berahak, penganggur. Cuba fikirkan apa yang perlu di buat. Tapi takde. Sedih. Fuck.

Ini semua mungkin kesan daripada filem Cinta yang aku tengok malam tadi. Filem Cinta ok! Pelakonnya terdiri daripada Dato' Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar, Fasha Sanda dan aku lupa namanya, Piere Andre dan Sharifah Amani, Shidee dan Rita Rudaini, Nanu Bharuddin dan Que Haidar. Bukan Acha Septriasa dan juga Irwansyah.

Filem yang sangat bagus bagi aku. Hampir-hampir tewas di tengah malam.

Oleh itu aku fikirkan sesuatu untuk mengisi kekosongan sebahagian daripada aku ini. Pergi ke pekan. Mencari kafe siber. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bosan dan mengisi kekosongan.

Tiada pilihan kecuali kafe siber Musuh Ketat. Sedih rasanya bila aku fikirkan kena hidup macam ni semula. Nak pergi access internet kena pergi kafe siber. Nak YM kene pergi kafe siber. Nak email resume, kena pergi kafe siber. Nak check Friendster, Myspace kene....sambung sendiri.

Minggu lepas asal nak accsess internet je, cucuk data card Vodafone kat notebook Acer, dah bleh trus access. Wherever, whenever. Sekarang tidak lagi.

Inilah dia balasan bagi orang yang kufur nikmat. Hehe. Aku akur.

Ntahla...konflik diri macam ni akan timbul bila aku tengah down. Boss suruh masuk sektor kerajaan. Amik position pengajar pun Ok. Nanti boleh further master. Senang katanya.

Tapi bagi aku, penyerahan diri kepada sektor kerajaan adalah langkah mengaku kalah. mengaku kalah kepada keadaan. Mengaku kalah kepada cabaran yang masih banyak tunggu aku kat luar sana.

Lagipun aku belum puas meneroka alam kejuruteraan yang lebih mencabar.

Aku dah banyak membebel. Bye.

Friday, February 08, 2008

Kau kat mana yee??!!!

Dah 2 jam aku menghadap laman web ni. Makin aku hadap, makin aku bosan, makin aku pening. Aduh...

Terfikir banyak benda. Cabaran seterusnya. Oh Hidup....[sigh]

Thursday, February 07, 2008

Orang lain tengah sedap bercuti, aku pulak berfikir tak berhenti-henti.

Kuala Lumpur...Serdang...Bangi...Johor Baharu...Pasir Gudang...Muar...Melaka. Tempat-tempat yang tengah bersilih ganti bermain dalam kepala aku sekarang ni.

Tu yang aku tengah pening ni. Last Wednesday. Meeting dengan bos. Bos bagi kata dua. Nak jadi sales person or VSS. Damn! Kalau boleh dua-dua ni aku tak mau. Tapi dah takde. Sales or VSS.

Susah betul la nak buat pilihan ni. Kalau macam pilih ikan takpe juga. Senang je. Sudahnya aku amik VSS. Payable leave.

Banyak termenung dari bercakap. Macam-macam perasaan. Sedih, gembira, gusar, takut dan macam-macamlah. Masa depan nampak kabur lagi. Dalam kepala banyak benda fikir.

Duduk semeja dengan Pahlawan-pahlawan, banyak termenung sambil telan air liur. Tempat-tempat yang tengah bersilih ganti bermain dalam kepala aku sekarang ni, Melaka...Muar...Pasir Gudang...Johor Baharu...Bangi...Serdang...Kuala Lumpur.

Tuesday, February 05, 2008

Tak pe kawan-kawan. Jawapan untuk entri di bawah aku dah dapat.

Sekarang aku tengah bingung.

*ada sapa tau company mana nak guna jurutera ber-skill tinggi?

Monday, February 04, 2008

MayDay! MayDay!



Aku dalam dilema.

Nak stay or nak blah.

Tolong aku!!