Thursday, November 06, 2008

Tetiba gua rasa macam artis kena interview pulak [2].

Sekarang gua jawap tag dari Ciki pulak. Apa ke gila gua jawap 2 tag dalam sehari. Gua sungguh berterima kasih kalau lu orang baca dengan berhati-hati dan bertambah-tambah perasaan nak berkenalan dengan gua. Gua rasa banyak dah tentang diri gua yang sudah gua publishkan. Tahap separuh bogel da gua ni.

Kali ini entri gua agak panjang. Soalan mengalahkan soalan objektif subjek Bahasa Melayu SPM 99.

Starting time :

1625

Current song:
Hilang - Garasi

Name :

Rambo De la Rocha


Sisters :
Nope. In-law, 1.

Brothers :

1 elder and 1 younger

Shoe size :
7. again

Height :
hmm...158. If not mistaken.

Weight:
68 kg.

Where do you live:
Equine Park.

Have you ever been on a plane:
Yerp.

Swam in the ocean:
Sure. Like it much.

Fallen asleep at school:
Always. Biasalah. Budak asrama beb.

Fell off your chair:
Hmmm...yerp.

Sat by the phone all night waiting for someone to call:
Never. Pergh, yakin!

Saved e-mails:
Yup. Business matter.

What is your room like:
Tidy but dusty.

What’s right beside you:
Office phone and box of tissue.

What is the last thing you ate:
Maruku and kuih rose/loyang/sarang lebah. Banyak nama dia ni.

Ever had...Chicken pox?:
Yerp.

Sore throat:
Sure. Hardcore smoker.

Broken nose:
Never.

Do you believe in love at first sight:
Naaaah...

Like picnics:
Sometimes. Depend on occasion.

Who was/were...The last person you danced with:
Friend.

Last made you smile:
Sock. Karekter dalam siri REAPER.

You last yelled at:
Last Monday. Sing-a-long What's The Point song from N.E.T in my car.

Today did you...Talk to someone you like:
Yerp.

Kissed anyone:
At time being, no.

Get sick:
Been a while.

Talk to an ex:
Yup.

Miss someone:
Yeah.

Who do you really hate:
hate? people or system or anything?

Do you like your hand-writing:
Sometimes.

Are your toe nails painted:
Nope. Wish to. Black

Whose bed other than yours would you rather sleep in:
No one. Mine is like heaven. Hehehe

Are you a friendly person:
Sometimes.

Do you have any pets:
No.

Do you sleep with the TV on:
Sesekali.

What are you doing right now:
Working without work.

Can you handle the truth:
Yerp. Lesson isn't it?

Are you closer to your mother or father:
My Mum.

Do you eat healthy:
Boleh la.

Do you still have pictures of you & your ex:
Yerp.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
Dinding. Hahaha

Are you loud or quiet most of the time:
Loud.

Are you confident:
Uhhummm.

5 things I was doing 10 years ago
1. Culture shock. Pindah sekolah ada perempuan.
2. Rasa yang sangat honeymoon. Form 4 beb.
3. Study Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik tambahan. Shit!
4. Mengurat kakak senior.
5. Hisap rokok dengan abang senior.

5 things I would do if I were a billionaire

1. Change my car to Alfa Romeo 159 Sportwagon Ti.
2. Buka satu Rumah Kebajikan anak Yatim Piatu yang gua namakan Rumah Rambo.
3. Buka satu Futsal Arena. Dalam tu siap ada semua indoor game dengan sport cafe.
Staff sport cafe aku kena pakai jersey Arsenal setiap kali Arsenal ada game.
4. Hantar parent gua pergi Haji.
5. Tolong abang dengan adik gua.

5 of my bad habits

1. Suka minum oren susu.
2. Suka makan epal hijau.
3. Memandu laju sambil memandang langit.
4. Suka emosi sendiri sepe aku benci.
5. Suka mencari rahsia-rahsia tersembunyi

3 places I've lived/living
1. Parit Raja
2. Muar
3. Equine Park

5 person i wanna tag:
1. Endy
2. Miss Daimen
Itu je kot. Balas dendam. Muahahahaha.

Perghh! Gila panjang.

Ok. Dah mula kenal gua? Tunggu apa lagi. Sila minta nombor telefon. Lagi pun gua tengah sibuk pilih-pilih 'alien' ni. Cepat masa terhad.

Tetiba gua rasa macam artis kena interview pulak.

Mau tak nya. Gua sampai office, mahu relax-relax. Semalam penat gua mencari rezeki. Hari ini stay office untuk urusan office. Gua baru melompat dari satu blog ke satu blog. Sedar-sedar 3 orang tag gua. Tag lagi. haih.

Kang kalau gua tak buat, macam-macam fitnah terhambur. Mentang-mentang dah duduk area Lembah Klang, mula la berlagak la, lupa kawan sama-sama ngeteh la. Atau paling haru, mentang-mentang dah berduo. Sebelum segala dogma liar berleluasa, lantas gua buat.

Ok. here the deal, gua buat satu-satu ok? Mula-mula gua buat pasangan duet maut Ivan dengan Kimung dulu. Kemudian, next entri gua buat dari Ciki plak. Rajin dia orang ni hantar tuju-tuju kat gua.

1. What are you wearing?
~ Fred Perry and Levis 501.

2. What did you do last night?
~ Smoking + reading Romlah the Untold Stories + mengeteh.

3. Favorite Memory with significant other?
~ Flat tire at Durian Tunggal. Fffff!

4. Last gift received?
~ a pencil. Back to primary school. kot?

5. Describe the last picture you were in?
~ In Marilyn Manson shirt.

6. Last thing you ate?
~ Kaya and Gardenia.

7. Last thing you drank?
~ plain water.

8. What kind of underwear are you wearing?
~ Boxer.

9. What was your best vacation?
~ Hmmm...owh been a while not in vacation.

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
~ 'Alien'. hehehe

11. What is happening around you?
~ Quiet.

12. What is your shoe size?
~ 7

13. Last event you dressed up for?
~ My ex-teammate wedding.

14. What is the most cheap thing you bought?
~ News paper.

15. What is the most expensive thing you have on right now?
~ My Alfa Romeo.

16. What is your favorite smell?
~ Citrus.

17. Is there something you really want to buy right now?
~ Yerp. A lot.

18. What are your nicknames?
~ Rambo bergaya. hahaha

19. What are your plans for today?
~ Finish my report + Mob Wars.

20. Describe your friendster picture.
~ Sitting alone at Changi Airport.

21. Describe your myspace picture.
~ Standing in the tire shop. Depan Hospital lama Batu Pahat.

22. Describe your facebook picture.
~ Sitting at my couch in living room.

23. What did you do last weekend?
~ Maskara Shorties. HUMCHAAA....!

24. Favorite brand of clothes?
~ Banana Republic? Nike? Giordano?

25. What is your ringtone?
~ Hey, Johnny Park by Foo Fighters and Red Light Indicates Doors Are Secured by Arctic Monkeys.

Haih. Penat. Dah la itu hari gua kena tanya macam-macam dengan 2nd bos besar gua time assessment. Sekarang lagi lu orang tanya gua macam-macam.

Tuesday, November 04, 2008

abcdefgHUJANopqrstuvwxyz.

*DISCLAIMER: Gua bukan peminat Hujan.

Selepas lunch break tadi, gua diberi tugasan untuk melawat kilang customer gua di kawasan Naga Keramat. Perjalanan lancar dari Bandar Sunway. Cuma bila tiba Cheras, hujan turun bertalu-talu lebatnya. Lebat yang amat. Sampai tak nampak jalan.

Lantas beberapa memori gua tentang hujan terimbau.

Zaman kanak-kanak dulu, sebelum sekolah. Gua memang suka hujan lebat. Bila hujan lebat bertalu-talu turun, gua akan lepak depan tingkap. Merenung hujan yang turun di tanah halaman gua. Gua sangat suka kerana gua nampak seolah-olah titik-titik hujan itu menari di atas tanah.

Zaman gua dah sekolah, lagi la pantang gua nampak hujan lebat. Belum sempat arwah nenek gua berpesan jangan keluar rumah, gua dah basah kuyup main kejar-kejar dalam hujan lebat. Sungai depan rumah gua lagi dah jadi rumah kedua gua kalau musim hujan. Perangai ini berlarutan sehingga gua masuk asrama.

Zaman gua belajar pun gua pantang nampak hujan. Bila hujan je, alasan kukuh untuk terus tidur daripada men’nyetat’ motor pergi kuliah. Tapi bila masa training rugby dalam waktu hujan, masing-masing laju. Masing-masing jaguh. Boleh cakap sambil keluar asap. Konon-konon luar negara. Cheh!

Zaman sekarang ini pulak, beberapa minggu lepas lebih tepat. Bila hujan bertalu-talu lebatnya, gua rasa macam mahu berdiri dalam hujan lebat itu sambil pegang lukisan rumah sambil pandang langit. Biar air hujan bertimpa-timpa ke muka gua. Macam Shidee laki si Vanida buat dalam cerita Cinta bila dia ditinggalkan Rita Rudaini. Efek hujan lunturkan lukisan itu memang A.

Sekarang ini, gua pelik. Takde dah semua segala perasaan itu. Bila masa hujan turun bertalu-talu lebatnya, gua rasa mahu makan ubi rebus cecah sambal tumis ikan bilis lawan dengan kopi ‘o’ kaw. Mana la gua nak dapat ubi waktu sekarang ni. Haih. Kemecer gua sekarang ni.

Cis, cari gaduh punya perasaan!!

Selingan; sementara gua cari idea.

Siapa minat cerita Indonesia tapi tidak tahu puisi ini memang tak true. Gua tengah berdebor nunggu gua nak kena assessment. Puisi ni tenangkan gua sambil gua flashback zaman ini. Kalau terer teka la puisi apa ni.

"Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai ........."

Monday, November 03, 2008

A...A, E..E, HUMCHAAA...

Semalam tengah hari, gua ada date. Ok. Budak rumah gua kata, gua pergi dating. Biasa-lah. Manusia. Bukan date. Sedikit urusan bersama makwe-agen-Prudential sebenarnya. Berlokasi di Arena Makan-Makan Jusco.

Selesai urusan, tiba masa untuk berbual-bual santai. Urusan bisnes sudah tutup. Tiada lagi perbualan urusan bisnes.

Tiba-tiba;

"Awak suka saya?" makwe-agen-Prudential soal gua.

"Erk! Suka." jawap gua sedikit cemas.

"Kenapa awak suka saya?"

"Sebab awak comel."

"Kalau saya tak comel, awak suka saya tak?" tanya makwe-agen-Prudential lagi.

"Suka jugak."

"Kenapa?"

"Sebab mata awak besar."

Pause.

"Awak suka saya tak?" Makwe-agen-Prudential tanya lagi.

"Sukeeee."

"kenapa?"

"sebab...awak bijak" gua jawap ikhlas.

"kalau saya tak berapa bijak, awak suka jugak?"

"Suka jugak." gua jawap sambil sengih-sengih.

Tiba-tiba, sayup-sayup dalam hingar-bingar Arena Makan-Makan itu, telinga lintah gua dapat kesan satu bunyi yang sangat gua familiar.

Tit...tit...tit...tit...tit....

Meleret-leret bunyinya.

Gua celik mata, gua capai telefon mudah alih gua. Picit button STOP ALARM.

Cilakak! macam mana gua boleh mimpi apply dialog si Pipi dengan makwenye-yang-alien itu dalam cerita My Alien Girlfriend terhadap diri gua dengan makwe-agen-Prudential. Nasib baik gua tak buat gaya-gaya permainan Humchaaa itu sekali.

Lantas gua keliru sampai sekarang.

Saturday, November 01, 2008

Gua sungguh benci bila gua seorang diri sebab Lucifer akan temankan gua dan meracuni fikiran gua.

Memang lumrah manusia itu tidak pernah puas. Gua tidak pasti samaada semua orang atau sesetengah orang. Yang pasti ini hari gua ada perasaan demikian yang melibatkan karier gua.

Mungkin juga sifat diri gua yang banyak kekurangan ini menjadikan gua selalu ingin meraih sesuatu yang lebih baik untuk masa depan.

Gua sudah berkarier yang sesetengah orang akan memandang dalam pekerjaan kelas A. Mungkin. Orang cakap. Gua rasa sama je. Diri gua yang dulu dari pelajar ke kutu, sampai la hari ini. Gua rasa sama je.

Perasaan ini bermula seawal pagi selepas gua celik mata. Hari Sabtu. Rakan serumah gua semua kerja. Gua keseorangan di rumah. Apalagi pilihan yang gua ada selepas sarapan oren susu dengan roti selain layan peti tivi.

Sudah selesai gua gelak sorang-sorang macam orang gila layan The Simpson Halloween Marathon yang gua rakam sejak malam tadi, gua tertonton drama lakonan Scha dengan Irma Hasmie di Astro Ria. Irma Hasmie ok.

Ada satu babak buat gua iri hati. Envy. Jealous.

Bukan berkaitan dengan lakonan minah-minah comel ok. Cumanya, ada mamat macho entah apa nama dia bekerja sebagai Technical Person di Air Asia. Yang bidang kerjanya melibatkan penyelenggaraan enjin pesawat Air Asia.

Oh, sangat bergaya bidang kerja ini!

Atau bahasa mudahnya mekanik kapal terbang. Gua sangat envy dengan ini kerja. Gua memang minat bab-bab jadi Mcgyver ini. Gua juga pernah tulis dalam satu borang masa sekolah rendah dulu, dalam collumn cita-cita gua untuk menjadi mekanik.

Tiba-tiba gua rasa mahu tukar kerja. Jauh dalam hati gua berbisik agar tinggalkan kerja gua ini. Apply jadi mekanik kapal terbang. Sepanjang zaman gua jadi kutu dulu adalah beberapa kali gua apply untuk position mekanik kapal terbang ini. Tapi, keputusan yang mengecewakan.

Gua rasa jiwa gua memang A dekat kerja mekanik kapal terbang ini.

Celaka punya Lucifer racun gua pindah kerja!!

Friday, October 31, 2008

Dalam kepala gua ada nampak Beyonce Knowles tengah nyanyi lagu 'Deja Vu'.

Sekarang, beberapa watak cameo yang dahulu muncul kembali dalam hidup gua. Maksud gua 'yang dahulu' itu adalah, mereka pernah menjadi hero atau heroin dalam kehidupan seharian gua. Sama ada zaman sekolah menengah rendah, menengah tinggi, zaman kehidupan di kampus atau seterusnya.

'Muncul kembali'. Setelah beberapa lama menyepi akibat jalan hidup yang berbeza, atau berlagak sombong, atau lost contact. Alasan paling ideal. Tidak ada boleh argue.

Deja Vu.

Hati gua mulai sangsi. Cemas. Kabur.

Bukan apa, gua semacam muak dengan adegan opera hidup gua yang lama datang kembali, kemudian hilang beberapa lama dan kemudian datang balik. Letih ok.

Kan ke lu elok duduk senyap-senyap kat satu tempat. Ini tidak kesana kemari. Rimas gua.

Gua masih mencari-cari jawaban untuk ini. Sehinggakan semalam gua mimpikan seorang 'ahli keluarga' ketika gua sekolah menengah tinggi datang semula. Bukan seorang tapi beramai-ramai. Siap gua punya crush masa sekolah dulu pun ada juga. Apa cerita ini?

Deja Vu.

Gua tahu mimpi itu mainan tidur. Tidak perlu untuk di ambil pusing. Tapi bukankah itu adalah satu cara untuk Tuhan memberi sedikit ilham atau idea atau petunjuk? Itu gua agakla.

Wednesday, October 29, 2008

Gua rasa Matt Hoffman atau Tony Hawk mesti tak boleh cari makan kalau berada dalam kasut gua sekarang.

Gua punya graf kehidupan gua sangat mendatar. Rutin harian gua sama dan ini tersangat buat gua rasa seolah-olah gua ini adalah machine yang hanya mengikuti masa. Atau robot yang sudah diprogramkan.

Haih. Penat gua tidak buat apa-apa ni.

Tuesday, October 28, 2008

Bila gua pergi kerja sudah dengar suara JJ dan Rudy dan gua balik kerja dengar suara Natalie semula, maknanya gua semakin pulih.

Gua sudah tanggalkan segala sticky note yang kaler kuning gua dari notice board minda gua, gua sudah cabut satu persatu gambar kenangan dari album ingatan gua, gua selesai letak dalam kotak simpanan peribadi hati gua, seal kemas-kemas.

Hati kecil gua berkata-kata, enough is just enough. Life goes on.

Friday, October 24, 2008

Siapa punya teori bahawa makan itu adalah terapi terbaik. Idea kamu ini menyusahkan gua ok.

Hari ini gua kerja sekejap saje. Start jam 10, jam 11 gua sudah dalam perjalanan pulang ke rumah. Bedebah punya customer gua, tak bagitau ada audit.

Bos gua suruh balik rumah. Sebab dia pun hendak balik rumah, buat persiapan hari raya-nya Selasa ini.

Gua bab-bab balik rumah, tidur bersepai, memang A. Nak-nak gua tengah melalui zaman air batu ini. Memang gua malas nak kerja rajin-rajin. Habis segala band-band influence gua, gua selak balik. Keepsake la, Hopesfall la, I Killed The Prom Queen la, semua la.

Gua sampai rumah, sudah tiba waktu makan tengah hari. Gua nekad singgah On The Go Cafe. Beli Nasi Ayam. Walaupun gua punya duit belum masuk. Gua sudah lebih 3 minggu tidak makan nasi waktu makan tengah hari ok. Sebelum keluar tadi, gua pekena roti sapu peanut butter yang kasar punya. Baru kruk-kruk time gua kunyah itu roti. Baru ada rasa.

Sekarang, gua online di Old Town Kopitiam yang menyediakan wi-fi percuma. Gua tengah pekena Javanese Mee. Cilakak. Kerja gua hari ini ialah makan. Bos gua bayar gua hari ini untuk makan.

On the other hand, gua kena tag dengan Miss Daimen. Makwe member gua, En Endy. Cube tengok betul-betul. Itu suasana Old Town Kopitiam kan? Mana ada office guna kerusi kayu kaler cekelat?

Ha, sapa suruh buat gua marah? Kan wajah gua dah segarang Marilyn Manson dalam baju gua.


Ini gambar daripada telefon bimbit mahal hujung minggu gua. Memang takde tarikh dengan masa.

Gua malas hendak tag sapa-sapa kecuali, Apek. Kalau lu ada telur, lu letak gambo lu Pek!!!

*gua semakin ok kan?

Wednesday, October 22, 2008

Entah kenapa parah beno gamaknya gua kali ini.

Tengah gua relax -relax, perlahan-lahan dia datang. Hinggap sekali dalam dada gua. Bersarang sekejap. Gua tewas. Turun bawah, gua light satu batang rokok. Tenang.

Gua klik sana, klik sini. Gua nampak pulak poster KAMI. KAMI=Liyana Jasmay. Perlahan-lahan dia datang. Hinggap sekali dalam hati gua. Bersarang sekejap. Gua tewas. Turun bawah, gua light satu batang rokok. Tenang.

Tengah gua selak-selak document folder dalam PC gua. Tersalah selak, ada pulak folder gambar. Ternampak beberapa gambar time raya. Perlahan-lahan dia datang. Hinggap sekali dalam dada gua. Bersarang sekejap. Gua tewas. Turun bawah, gua light satu batang rokok. Tenang.

Celaka-lah!

Walau hardcore macam mana sekali gua ni pun, gua tetap rasa video ni sangat 'in' dengan gua.



Gua tak berapa suka My Chemical Romance, but i have to give them credit for this video. Hampir semua tulisan yang pop-out itu adalah apa yang gua rasa...errrk...kecuali yang agak last-last itu.

Tuesday, October 21, 2008

From Autumn To Ashes kata itu adalah 'Short Stories With Tragic Ending' dan bagi gua ia adalah sangat benar.

Tragedi. Tragedi. Tragedi. Tragedi

Malam tadi gua tidur lewat. Lebih daripada 24 jam gua menunggu satu jawaban. Hasilnya, mengecewakan.

Gua celik mata pagi ini, gua cari-cari sinar matahari. Tiada. Kenapa mesti selalu begini? Dalam hati kecil gua berkata, mak gua malam tadi agak-agak boleh rasa gua something wrong tak? Itu je yang gua mampu fikir.

Lain. Sebu. Kepala gua berat. Mata gua berat. Kaki gua berat. Hati gua separuh hancur. Err...mungkin lebih.

Kali ini berbeza dengan sebelum-sebelumnya. Gua tahu, setelah apa yang gua rasa dan gua lalui, gua yakin kami berkongsi satu rasa yang sama. Cumanya, ada satu masalah yang menjadi perintang yang terus melintang di tengah jalan.

Gua tidak salahkan dia. Cuma gua fikir kenapa mesti gua tanggung pembalasan ini sedangkan gua tidak pernah tikam ikon hati itu dari belakang? Gua juga terasa seperti seluruh alam maya ini membelot terhadap gua yang sebelum ini menyokong gua dari semua arah.

Gua malas hendak bicara sama siapa-siapa. Sebab gua tahu, ia akan memberikan gua ayat-ayat yang biasa. "ada hikmah sebalik ini" atau "nanti Dia bagi kau lagi baik" bla bla bla yada yada yada.

Kepala gua sungguh berat. Mungkin akibat berpuluh-puluh atau lebih miligram nikotin dan tar meluru ke dalam otak aku.

Dan gua rasa gua mahu rehat.

Oh ya, sebelum gua lupa, siapa-siapa yang cuba tenangkan gua guna perkataan 'relaxlah', 'chill' atau 'cool', gua baling Molotov Cocktail!

Thanks Cupid for the fake plastic arrow and thanks From Autumn To Ashes for such understand me.

I am not sure to whom should i blame when she cant fulfill my desire. And i knew it was not her fault.

Should i blame God?
Should i blame to my faith?
Should i blame to the system?
Should i blame to the whole world?
Or should i blame my own self?

I didnt get the answer behind this line. I have no clue at all. At all.

Hardest part is, a lot of question marks in my mind but then no one can answer it.

Why must He show you up while i am miserable and take it back when i am cured?

As much as i love autumn and i give myself to ashes.

Monday, October 20, 2008

Kenapa la Awie nyanyi lagu tragedi Oktober tu!!

Hangin gua. Sekarang tragedi oktober tu betul-betul jadi kat gua.

Semalam harungi hari yang panjang. Gua pergi rumah kawan sepasukan gua kahwin. Perjalanan dari Equine ke Felda Jelai 3 memang memenatkan gua. Nasib baik sebelah gua adalah budak comel. Kiranya perjalanan gua di hiasi dengan hiasan cantik secara virtual.

Sebelum pergi, gua mesti mahu solid snake gua kelihatan gagah di lebuhraya nanti. Gua buat keputusan hantar kasi cuci. Gua singgah kedai. Pekena Nescaffe tin. Time gua mau parking, gua sudah lenyek satu botol kaca. Dalam hati gua menyumpah. Siapa la yang buang botol tengah-tengah jalan. Jangan bocor tayar solid snake gua sudah. Sudah la tayar solid snake gua agak botak.

Tragedi.

Selesai semua persediaan. Gua gerak. Dalam kepala gua sudah terbayang nasi beriani dengan kuah dal. Paling kurang pun nasi minyak. Tapi gua sudah sesat dalam Jelai mahu-mahu sejam. Dah la lapar, perut gua dah main lagu hardcore, cari rumah tak jumpa-jumpa.

Tragedi. Tragedi.

Dalam perjalanan pulang, gua ikut satu jalan potong dari Gemenceh ke Melaka. Ikut jalan Durian Tunggal. Itu jalan memang corner lipat baik punya. Gua punya adrenalin rush gila-gila naik atas kepala mahu layan. Gua layan satu 4 5 kali. Puas.

Dalam 5 kilometer lepas itu solid snake gua gegar satu macam. Tayar gua memang pecah. Nak tak nak gua terpaksa tukar tayar. Gila tengah-tengah bulan lepas raya tukar tayar.

Tragedi. Tragedi. Tragedi.

Itu tragedi sedih gua. Gua relaks-relaks hadapinya sebab gua ada tragedi gembira yang gua malas hendak cerita.

Friday, October 17, 2008

Solofighter: alive or dead?

Gua masih lagi kontang idea. Sekadar menjalankan kehidupan dalam satu garis melintang. Bertatih-tatih gua berjalan mengikuti garisan itu.

Lagu hardcore sana sini pun masih belum menjana idea bernas gua untuk menulis. Mungkin gua terlalu fokus untuk hujung minggu ini.

Sesuatu yang gua plan dari minggu lepas.

Apa pun, next week akan ada satu jawapan. Pilihan untuk terus mendengar hardcore ulung atau screamo rabak.

Thursday, October 16, 2008

Lewat tahun 90-an itu adalah tahun-tahun Hardcore.

Sekarang gua tengah baca ini buku. Satu kisah hidup lagenda Hardcore dari Bandung. Macam biasa, gua mudah terpengaruh dengan satu benda atau apa sahaja yang gua rasa cool.

Daripada pembacaan gua sekarang, Burgerkill berada di satu tahap awal penglibatan dalam gerakan bawah tanah Ujungberung, Bandung. Zaman tu zaman budak-budak hardcore pakai hoodie tebal dengan cargo short. Takpun, pakai jersey basketball kat luar, dalam T-shirt biasa. Perrgghhh...memang menangkap!

Influence lagu-lagu daripada Warzone, Minor Threat, Strife, Judge dan juga band-band seangkatan. Lagu-lagu yang fast dan pendek-pendek. Memang menyemarakkan semangat revolusi.

Sudahnya, gua tengah download lagu-lagu dari band-band tersebut. Gua dengar sambil gua buat kerja. Timbul satu perasaan memberontak meliar dalam hati gua. Membuak-buak minta dikeluarkan.

Lantas, secara tiba-tiba gua terjerit,

"Go fuck yourself heartless idiot midget!!!"

Wednesday, October 15, 2008

Disappear: is it me or you?

hah, bila gua berbahasa penjajah maknanya gua tengah panas hati. Bukan gua mahu mengungkit, cuma gua pelik. Kenapa tiba-tiba hilang. Macam magic.

Tetiba je wujud David Blane dalam diri lu, bagi ghaib semua benda. Like..."ting", then nothing there. Macam tu je.

Lantas, lagu Fall Out Boys terngiang dalam corong telinga gua.

Tapi takpe, gua rilek. Gua sudah kebal dengan situasi macam ini. Setakat datang sekejap, singgah bertamu, bual-bual lebih kurang lepas itu lari keluar terburu-buru. Hilang.

Sikit gua tidak hairan. Gua sudah bersedia dengan kuda-kuda. Siap gua telan darah kambing hitam biar hati gua hitam dan kejam dalam diri gua.

Percaya atau tidak. Satu hari nanti lu datang sekejap lagi, singgah bertamu lagi, bual-bual lebih kurang lagi lepas itu lari keluar terburu-buru semula.

Normal. Biasa. Kebanyakkan. Tak rare dah. Polo.

Atau....

Karma ke apa ni?

Tuesday, October 14, 2008

Gua rasa, minda gua kena block.

Gua tengah kering idea. Banyak sangat makanan bergula dan berlemak dari kuih raya dan dodol yang masih belum hadam. Lalu block gua punya idea untuk menulis.

Puas gua korek sana sini, gua selak sana sini masih tiada. Mana gua letak idea in pun gua tak tahu.

Plan sepanjang minggu ini serta hujung minggu adalah gua jumpa. Lain takde jumpa. Pening gua.

Ada siapa nak bagi gua idea baik punye?

Friday, October 10, 2008

Sesi melunaskan hutang sebelum-sebelum ini.

*Peringatan: Entri ini akan memakan masa kamu semua sebab gua menyenaraikan hal-hal penting diri gua!! Sila take note oke?!

Ok. Gua tengah santai. Pagi-pagi dah tak ada kerja. Oleh itu, gua jawap 2 tag yang dikenakan oleh cik ciki dan juga cik awan. Tak silap gua, gua dah pernah buat cik awan ni dulu. Dulu gua dah jawap tag ini dari King of Letup.

Ok. gua kuatkan semangat, gua jalan terus.

A. 15 weird things or habits.

1. Setiap kali gua nampak remote alarm kereta gua ketika malam, pasti gua akan tekan. Make sure kereta gua dah berkunci walaupun gua dah tahu ia berkunci.
2. Kalau makan mee atau apa sahaja bangsa mee, gua prefer guna chopstick dari sudu.
3. Kalau gua bermasalah, gua bisik dengan dinding.
4. Kalau gua jatuh cinta, cinta pulak tak jatuh kat gua. Biasanya.
5. Kalau gua jalan dekat dengan lampu jalan yang rosak, mesti lampu itu akan off. Bila gua dah jauh, on balik. Vice versa.
6. Bila gua rindu mak gua, gua dengar lagu dari band Sick of It All dengan Standfast.
7. Bila gua lapar, gua minum air sejuk banyak-banyak.
8. Gua tak suka makan banyak, tapi badan gua sedap-sedap kata orang.

Dah. Gua bukan wierdo or freak. Jadinya, cukup lah. Ok. sekarang gua jawap tag nombor dua pulak. Ini memang penting untuk lu orang.

B. 7 fakta tentang gua.

1. Gua rendah je. Tapi orang cakap gua comel.
2. Gua pakai baju bundle. Sebab gua tak suka Polo. Sana sini Polo. Rimas gua. Dan Polo sangatlah Azman.
3. Gua pakai jeans boot cut dengan All Star. Atau straight cut dengan Reebok Classics.
4. Gua senang ber-emosi. Member gua kata jiwa gua halus.
5. Kadang-kadang gua romantic. Itu pun bekas makwe gua kata.
6. Gua obses dengan warna hitam. T-shirt gua banyak hitam, kereta gua warna hitam. Tapi kulit gua sawo matang ok.
7. Gigi kapak belah depan gua sompek dan bibir atas gua lebih tebal dari bibir bawah sebab kena 7 jahitan akibat jatuh motor.

Ok. Sekian. Cukup lah. Hendak tahu lagi? Sila ajak berkenalan. Tak kenal maka tak cinta bukan?

Untuk ini, kedua-dua tag ini gua hendak tag;

1. Liyana Jasmay
2. Liyana Jasmay
3. Liyana Jasmay
4.
Liyana Jasmay
5. Liyana Jasmay

Lantak la lu orang nak kata apa pun!

Thursday, October 09, 2008

Malam Aidilfitri ke 9 adalah malam KAMI.


Malam tadi gua baru berkesempatan menonton filem ini. Bagi gua, gua perlu bagi kredit kepada Effendee Mazlan dan juga Fariza Zalina Isahak. Deme buat filem yang bagus.

Kurang scene yang gua rasa macam klise, tiada suara pelakon ber-'uh', 'oh', tiada scene tembak guna pistol dengan gaya senget. Bagi gua ini filem bagus. Bravo!

Sebelum sesi tontonan bermula, gua dengan Tom pekena karaoke dulu. Alasannya, killing the time. Gua set. Tapi ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya, dia hendak ambil feel dulu, pekena lagu 'Laguku Untukmu'. Baru true katanya. Cis! terperangkap gua.

Pada permulaan sesi tontonan gua, ada makwe sebelah gua sibuk makan burger dengan sosej goreng yang cucuk guna lidi. Adoi! dik lain kali kalau hendak makan makanan bergoreng dan beraroma ini boleh kat luar tak? Gua jadi huru-hara, mana taknya, mana gua hendak fokus tengok Lyana Jasmay, mana gua hendak tutup hidung.

Sekarang gua baru faham kenapa AKAB sangat offense dengan perkara sebegini. Yang gua tidak faham, kenapa sibuk hendak makan makanan macam itu dalam panggung?Makan popcorn sudah. Ke cikedis ke? oke lagi.

Satu lagi, gua agak pelik. Kenapa dia orang suka gelak scene yang tak lawak? Kalau agak lawak itu gua bagi ampun la. Ini mamat Abu itu sepak sampah lepas gaduh dengan Ali pun gelak. Lawak ke tu? Ok, gua faham karekter Abu tu memang lawak. Tapi tak payah la semua dia buat atau cakap hendak gelak.

Ke gua dengan Tom sahaja yang pelik sendiri? Mungkin kot.

Ini adalah pandangan gua ok. Lepas habis je tayangan, gua nekad weekend ini gua kena cari OST cerita ini, sebab gua hendak dengar lagu Plague of Happiness dengan ada satu band bunyi gitar dia ada sound 'chuga-chuga', walaupun lagu Deepset gua sudah ada.

Owh, Lyana Jasmay itu sangat comel dan gua so in love pada beliau. Ha, satu lagi, gua ada baju Led Zeppelin!

*angkat kening sebelah berkali-kali

Wednesday, October 08, 2008

Sesi beraya dan berubat untuk gua di kampung sudah selesai.

Rata-rata gua tengok, lepas raya, semua cerita raya dalam edisi yang panjang. Gua rasa gua mahu untuk update juga pasal Hari Raya. Tapi, something blocking my mind. Jadi gua cuba update dalam bahasa paling ringkas.

Pada awalnya, gua rasa Hari Raya gua kali ini sama sahaja. Gua memang cepat bosan dengan rutin yang sama. Pagi raya, sembahyang raya lepas tu bermaaf-maafan, kemudian beraya di kampung sebelah emak gua. Malam marhaban. Bosan.

Sangat klise gua rasa. Sampaikan gua rasa Hari Raya is lost it's spark and magic.

Tiba-tiba, Hari Raya ke-tiga. Gua rasakan ada satu semangat baru posses diri gua. Ini memang betul-betul terubat. Niat gua balik raya, cuti lama-lama, untuk berubat memang berhasil.

Apa sudah jadi?

Sejak raya ke tiga sampai sekarang. Gua sengih sampai telinga setiap kali gua hendak tidur.

Wednesday, September 24, 2008

Sementara gua masih sempat.

Ini-lah kerja gua. Schedule gua tidak menentu. Berubah-ubah. Planning lain, jadi lain. Sekarang gua sudah rasa macam menipu. Maaf.

Kesempatan ini, gua terpaksa menjadi seperti biasanya yang kita akan buat bila masa 1 Syawal menjelma. Gua takut gua tak sempat dah sebab schedule gua tangguh ke esok dengan Jumaat.

Kepada semua, gua minta maaf! Peace and enjoy Hari Raya. Hendak buat apa, lu orang punya suka. Janji relax-relax sudah.

SELAMAT MAKAN DODOL DENGAN MINUM SIRAP SAMPAI KEMBUNG!


Selingan.



Lu orang buat gua tersenyum.

Monday, September 22, 2008

Gua sibuk lagi ini hari. Mungkin sampai lepas raya.

Gua baru dapat schedule gua minggu ini. Agak pack. Mulai hari ini, mungkin sampai hujung minggu. Bila sampai hujung minggu, gua akan update lepas 6 hari bulan Oktober. Sebab gua mula cuti minggu depan sampai 6 Oktober.

Gua mahu cuti lama. Beraya sambil berubat. Gua mahu ubati satu sakit yang tidak nampak. Walaupun gua tidak tahu apa puncanya. By the way, thanks then. Thanks for all of that.

Kalau gua balik office hari Jumaat, gua update. Kalau tidak, mungkin tidak lagi untuk seberapa lama. Tiba-tiba, sekarang ini, gua ubah fikiran untuk stop this madness.

Berdoalah pada pagi raya agar gua menulis lagi.

Friday, September 19, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan [5].

Satu masa dulu, sejak kerajaan mengharamkan mercun dan bunga api dikalangan budak sekolah. Gua dan Ijul kesunyian. Walaupun ada penjualan di pasaran gelap, harganya terlalu mahal bagi kami.

Sebagai tanda pemberontakan, gua dengan Ijul nekad. Nekad mahukan letupan. Sedikit bunyi dimalam-malam hari bulan Ramadhan. Baru true. Apa barang malam bulan Ramadhan senyap sunyi tanpa bahan letupan.

Lantas, gua nekad untuk menyediakan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali.

Secara lazimnya, penyediaan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali ini perlu dilakukan di tebing parit. Atau longkang..err..maksud aku parit kecil yang airnya jernih. Lagi satu, biasa parit atau longkang ini adalah pure 100% daripada tanah. Takde simen-simen macam di bandar.

Gua dan Ijul adalah berjiran. Dia jiran gua sebelah kiri gua. Untuk itu, kalau menyediakan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali, gua mesti menghadap ke arah jalan besar. Kiranya, gua kena korek tebing parit tanah sebelah dia untuk mengarahkan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali ke arah jalan besar.

Saban tahun, lokasi yang sama, arah yang sama. Sehingga tahun ke 4 kami menyediakan Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali, Ijul bersuara garang,

"apa ini, asyik buat kat tanah gua je. pecite? habis la tanah gua nanti."

Peehh...dalam hati gua mendidih, baru darjah enam sudah pandai berkira. Gua nampak budak Ijul ini kecil je. Sekali gua hayun ini cangkul baru lu tau.

Sejak daripada itu, gua kecewa. Title Meriam Tanah Paling Kuat Di Parit Haji Ali gua sudah bagi pada budak-budak junior kampung gua.

Gua tak pandang dah meriam tanah ini. Gua tahu, setiap kali lepas sembahyang terawikh, gua lepak pekan. Minum-minum sambil hisap rokok. Usha makwe-makwe beli barang-barang buat kuih raya.

Apa barang main meriam tanah, tak kelas langsung!

Thursday, September 18, 2008

Andai gua diberi pilihan.

Malam tadi, sedang gua minum air soya Nesvita dan melayan batang putih Dunhill Lights ke-empat berturut-turut, sambil melayan Astro Ria, menayangkan Gol & Gincu, kalau tiba-tiba gua ada dengar satu suara, yang akan memberikan apa sahaja yang aku mahu jadi. Pasti gua minta jadi David Blaine atau pun David Copperfield.

Supaya gua boleh tukar Nesvita kepada mungkin Tiger, Guiness atau Absolute. Supaya gua boleh tukar Dunhill Lights kepada serbuk putih berprofile tinggi. Bukan apa, gua cuma mahu sedikit intoksikasi. Lalu gua boleh tidur dengan senang.

Supaya gua lupa apa yang bersarang dalam kepala gua. Supaya gua lupa apa yang berlaku. Supaya gua lari dari kegilaan duniawi. Supaya gua lupa siapa diri gua sendiri.

Senang. Tidak payah susah-susah gua hendak fikir macam-macam.

Sudahnya gua terlelap setelah bicara sama dinding. Kesan daripada perbuatan gua malam tadi, gua celik mata dengan dada yang hendak pecah, dan pasti pahala puasa gua berkurangan kerana dari awal gua sudah maki-maki.

Tuesday, September 16, 2008

Gua nampak lu menggenggam erat tangan gua dalam mimpi.

Mungkin. Setiap kali gua mimpi pasal lu, lu in trouble. Atau, lu tengah susah hati. Itu adalah aku. Sense gua biasanya tepat.

Tapi, malam tadi, lu datang dalam mimpi gua, ajak gua pergi Sunway Pyramid. Apa cerita? Sabar. Gua balik Johor hari raya nanti.

***
Ini hari gua sibuk, esok gua cuti. Jangan membebel gua lambat post entri baru. Harap maklum.

Monday, September 15, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan [4].

Petang itu, sekitar tahun 1993. Itu jam gua baru darjah 5. Dalam persekolahan sesi petang atau sekolah agama. Gua tengah relax-relax baring atas meja kayu yang gua susun panjang sebagai katil, gua terdengar satu perbualan antara Firdaus dengan Taufik.

Perbualan mengenai rancangan mereka pada malam hari. Ketika semua orang sibuk sembahyang terawikh. Gua rasa menarik rancangan itu. Lantas gua bersuara untuk join diaorang.

Malam itu, bila gua dengar imam sudah takbir sembahyang terawikh je, lantas gua lompat keluar masjid. Gua tumpang Firdaus. Bonceng belakang basikal dia. Destinasi pekan Parit Raja. Berbasikal ke pekan Parit Raja pada waktu malam, tanpa lampu, dengan bapak gua dalam masjid. Memang adventure.

Perasaaan gua berbunga-bunga. Bukan apa, dapat lepas daripada tanggungjawab. Melanggar peraturan. Walaupun, itu jam gua masih belum pasti arah tujuan gua.

Sedar-sedar, gua sudah ada depan satu pasaraya mini berjenama Panduan Maju. Dalam hati gua apa jadahnya pergi sini? Rupa-rupanya, dia orang ada misi shoplifter. Shoplifter buku letak number telefon makwe-makwe yang ada magnet tu. Gua lupa orang panggil apa nama menatang ni!

Lantas gua terpengaruh. Sedang asyik gua follow dia orang, gua tak sedar sudah pukul 930 malam. Mengikut jangkaan gua, di masjid sudah habis sembahyang terawikh. Gua panik!

Cepat-cepat gua capai basikal Fir, panggil dia orang, gua kayuh laju-laju. Tidak sempat sampai masjid, gua terperasan bayang bapak gua depan kedai dekat simpang masuk rumah gua. Gua sudah agak, gua tak sempat cover line pergi masjid.

Kalau sempat balik masjid, terus kami buat-buat sembahyang terawikh, pasti bapak gua, bapak Firdaus, bapak Taufik tidak tahu aktiviti jahil gua dan rakan-rakan. Mesti bapak-bapak gua dan rakan-rakan ini rajin follow sembahyang terawikh. Tetapi, malang tidak berbau.

Tak pasal-pasal minda gua berdarah-darah, telinga gua lebam-lebam dek mendengarkan kata-kata psikologi bapak aku yang menusuk-nusuk jiwa aku selama seminggu.

Lepas malam itu, gua tidak pergi sembahyang terawikh selama seminggu. Sebaliknya gua concentrate kat meriam tanah gua.

Thursday, September 11, 2008

Maaf sekali lagi.

Gua memang tengah huru hara ni. Banyak gile kerja gua. Ini pun gua curi sesaat dalam 9 jam waktu kerja gua.

Nanti gua free, gua sambung update Gua Punya Nostalgia Ramadhan. Amacam? Cara?

Wednesday, September 10, 2008

Kerana CINTA, manusia berubah. Pasti!

Nama gua pun sudah Rambo. Mesti-lah kuat, gagah, perkasa. Mempunyai jiwa yang kental. Darah sentiasa mengalir laju. Luka kena tembak, ubat sendiri guna belerang peluru. Luka kat mana-mana, jahit sendiri. Hujan gerimis sikit cabut anak pokok pisang hendak buat payung. Biasalah Rambo.

Kalau kes filem kegemaran pula, mesti-lah Tour of Duty, Full Metal Jacket, In the Year of Pig. Semua cerita luar negara. Buat rujukan. Senang hendak berlakon. Apa barang drama bersiri tempatan. Ataupun filem arahan prof. Tidak mencabar langsung.

Tetapi, harus diingat. Satu perkataan keramat mampu mengubah seseorang serta merta. Cinta. Kalau tulis cinta pada besi padu, beri pada orang bercinta. Relax-relax dia rasa macam pegang jelly.

Sekarang ini demi cintanya, dia sudah berubah. Tidak layan dah Tour of Duty semua bagai tu. Ganas sangat katanya. Kalau hujan pun sudah reti ambil payung dalam kereta. Buka payung pun lembut bersopan. Takde dah main cabut-cabut, tebas-tebas pokok dah. Ini semua gara-gara cinta.

Yang paling jelas, tahap perubahan radikal yang dia lakukan. Setiap jam 7 malam sehingga 8 malam dan juga 5.30 pagi hingga 6 pagi. Dia pasti tercongok di depan kotak tv. Makan buka sambil tercongok depan tv, sahur tercongok depan tv. Kawan-kawan ajak sembang buat 'dek'. Jeling sekejap, itu pun time iklan.

Melayan drama bersiri tempatan adalah kegemarannya sekarang. Dua cerita. Tajuk untuk setiap satu, satu patah perkataan. "Renjis" dan juga "lima". Siap sembunyikan alat kawalan jauh Astro Max. Semata untuk tidak memberi peluang kepada rakan yang lain untuk menonton Sport Center pada masa yang sama.

Begitulah setia cintanya terhadap Elyana dan juga Irma Hasmie.

Ada sekejap lagi gua kena berubat cara kampung ini kang!

Tuesday, September 09, 2008

Secawan kopi + Sekotak rokok + Love In The Time Of Cholera + Kafe Separa Urban = Situasi Keseorangan Menusuk Jiwa


DISCLAIMER:
Gambar ini adalah ketika sehari sebelum puasa bermula. Sila fikir positive.

Semalam gua sangat letih. Bekerja di kilang kawasan Naga Keramat memang mencabar kreabiliti kaki dan badan ahli sukan gua ini. Sejuk dan sangat tekanan peringkat tinggi tapi gua suka. Gua tak suka sebab gua penat.

Keluar kilang hampir jam 6 petang. Biasalah Kelumpo. Apa lagi kalau bukan traffic jam. Tanjung Agas, Muar pun traffic jam tika balik kerja. Nasib baik gua sempat buka di rumah. Kalau tidak gua memang puasa sampai pukul 8-lah.

Lepas buka, perasaan gua mahu keluar melepak meronta-ronta. Lantas gua bersiap. Tapi gua kena pulang sebelum jam 10. House beb!

Sedar-sedar gua sudah duduk dalam kopitiam dalam Jusco. Hal begini memang buat gua teringat situasi gua hidup setahun lepas di Bandar Maharani. Sambil gua pekena kopi putih, gua layan internet. Memang terbaik.

Sedang seronok gua layan kopi dengan internet, sayup-sayup gua dengar suara-suara Siti Nurhaliza, Raihan, Manbai, Mamat Exist, A.Rahman ke apa nama, Saloma.

Gua paling benci, time gua tengah relax-relax, mahu layan perasaaan seorang diri, tiba-tiba ada lagu raya. Bertambah-tambah kesayuan dan kebencian gua terhadap dunia yang membuatkan gua rasa macam cuma gua seorang hidup dalam dunia ini.

Sebelum gua karate Jusco ini jadi dua, gua berlalu dengan hati yang sayu.

Monday, September 08, 2008

Maaf.

Hari ini jadual gua penuh.

Esok kalau free, gua update cerita. By the way, support member-member sebelah tu.

**

Hmm..tolong bagi hidup gua normal boleh? macam 4-5 bulan lepas ke? Setengah tahun lepas ke? Rujuk gua punya entri kat sebelah. Check apa yang patut.

Friday, September 05, 2008

Malam tadi gua buat percubaan nekad. Pergi surau untuk terawikh seorang diri.

Hasilnya.

Perasaan perfect strangers itu kekal sampai ke gua hendak tidur. Dalam bulan ini sahaja sudah dua kali gua berhadapan dengan masalah perasaan macam ini. Lagi satu time malam puasa pertama, gua pergi surau belakang rumah taman gua.

Nasib ada teman yang mahu mendengar. Terima kasih.

Thursday, September 04, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan [3].

Itu jam gua dalam lingkungan darjah 2. Rutin harian gua pergi sekolah pagi. Lepas itu, sekolah petang. Haa...sekolah petang ini acara paling menarik dalam rutin harian gua sepanjang bulan Ramadhan ni.

Mana tidaknya, balik sekolah dah la awal. Biasa balik 1830, bulan Ramadhan tiba je 1730 sudah boleh balik. Memang mantap-lah!

Biasanya bila tiba bulan puasa ini, Ustaz dengan Ustazah aku jadi linear sikit. Mengajar pun relax-relax. Kami apalagi, berehat-rehat lah sepanjang hari.

Tapi bila time sekolah petang ini-lah, budak-budak baru bawak tuala 'Good Morning' sana sini. Basah pula tu. Gua mula-mula keliru. Apa jadahnya budak-budak ini bawa tuala Good Morning sana sini.

Rupa-rupanya deme buat letak ais yang beli di makcik kantin. Buat tuam muka time-time panas. Lagi ngeri siap baring-baring atas meja, tuam muka dengan tuala itu. Nyaman je rase deme kate.

Gua fikir, kalau ini macam baik tak payah. Gua berendam dalam kolam masjid sebelah sekolah itu baru real! Tak mencabar langsung guna ais dengan tuala Good Morning!

Tuesday, September 02, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan [2].

Dulu, gua suka langgar peraturan sebab gua hendak rasa adventure dia. Maklumlah, tika muda. Semua orang hendak tegur. Sekarang ini, kalau langgar peraturan, hendak rasa adventure jadahnya. Nanpak macam orang tiada akal ada-lah!

Ok. Macam ini.Di tempat gua membesar, ada satu kompoleks medan selera yang di dalamnya terdapat banyak kedai makanan. Satu masa dulu, tempat ini memang A. Sebut sahaja hendak makan di kompleks, serta merta jadi bergaya.

Dalam banyak-banyak kedai itu, ada dua atau tiga kedai yang menjual makanan nasi campur untuk tengah hari. Bulan tidak puasa dia buka, bulan puasa pun dia buka. Kita orang panggil salah satu kedai itu dengan Kedai Achik. Sebab makwe yang jaga kedai itu nama Achik.

Kira bila bulan puasa, Kedai Achik ini memang jadi tumpuan para muda mudi penggemar adventure ini.

Satu hari, gua celik mata, lapar. Lucifer...errr....itu jam gua belum kenal lucifer. Setan gondol sudah cucuk pinggang gua. Nasi, ayam goreng, sayur kobis dan teh 'o' ais dalam imaginasi gua nampak real. Kantung saliva gua penuh.

Dengan pantas gua cari satu orang partner-in-crime. 'Tuba' ajak pergi beli nasi Achik jam 11 pagi. Partner-in-crime setuju.

Gua lepak atas motor, dia pergi beli. Bila gua nampak sudah hendak siap pembelian itu, gua sudah ready start motor. Dia duduk sahaja, gua pecut ke arah port.

Sampai port, dengan rakus, gua ambil polisterin paling atas, gua buka. Ada nota pada polisterin itu.

"kau nak jadi apa ni tak puasa? nak jadi setan?"

Gua jadi hangin. Tunjuk pada partner-in-crime gua. Guling-guling gelak.

Tengah gua baru beraksi makan, partner-in-crime gua gelak guling-guling lagi sambil tunjuk-tunjuk polisterin dia. Gua baca.

"hah! kau jgn gelakkan orang! kau pon sama setan!"

Gua gelak sambil tersedak-sedak ayam goreng itu jam.

Itu jam dalam kepala masing-masing ialah makan. Pedulikan sebarang teguran atau nasihat. Makan. Makan. Makan.

Sekarang gua senyum je bila gua ingat peristiwa itu. Hendak-hendak bila gua lalu itu port.

Friday, August 29, 2008

Pengakhiran itu adalah permulaan bagi sesuatu.

Hari terakhir bekerja untuk gua pada bulan 8. Bulan Ogos.
Hari terakhir bekerja gua dalam bulan tidak puasa. Bulan Syaaban.

Hari terakhir gua menulis blog.

Thursday, August 28, 2008

Gua punya nostalgia Ramadhan.

Satu petang itu. Gua rajin. Balik sekolah, gua direct tuju pasar Ramadhan. Dalam kepala gua, buka dengan air tebu memang A panas-panas gini.

Gua redah panas, naik basikal BMX ber'kepala' GT gua. Rilek.

Sampai pasar Ramadhan, gua tuju gerai Abg Bob. Air tebu dia memang A lah. Pekat dan asli. Tiada campuran air paip atau hujan. Memang melemahkan badan lepas berbuka. Main meriam tanah pun pasti malas-malas.

Selesai pembelian, gua pecut balik rumah. Waktu berbuka masih lambat. Gua ambil keputusan untuk tolong emak gua di dapur. Susun-susun kuih, lap-lap pinggan. Bila masa turn tuang air tebu yang gua beli tadi dalam jag, itu memang favorite.

Perlahan-lahan gua potong getah pengikat. Pegang bucu belah atas dan bawah cermat-cermat. Dengan berhati-hati gua tuang dalam jag.

Sedar-sedar meja gua basah. Air tebu yang gua tuang tadi tidak masuk jag. Tapi ke meja. Emak gua perasan. Tapi terlambat. Tinggal suku dalam plastik. Yang lain sudah ke atas meja dan lantai.

Dek kepenatan menyediakan juadah berbuka puasa, lantas gua kena herdik dan membebel! Gua sedih. Lari terus ke sungai kecil depan rumah. Duduk atas jambatan sambil kaki cecah air. Main air. Tenung permukaan sungai sampai dasar sungai.

"apa besar sangat ke dosa tumpahkan air tebu sampai kena marah macam ini skali?" soal hati kecil gua yang sudah pandai beremosi sewaktu berumur 9 tahun.

...dan sekarang, gua rasa ada satu keping jigsaw puzzle kehidupan gua hilang dan tidak dapat di kesan.

haih..

Fall a sleep on a Cybershot Camera and Swiss Military Watch brochure. Owh yes, one more. Credit card statement. Make me feel like sleep on bunch of RM

Balik kampung.
Puasa.
Hari Raya.
Tahun Baru.

Itu semua memerlukan wang.

Gua cuba ligatkan kepala gua untuk harungi semua itu tanpa masalah.

Oh ya! tidak lupa juga untuk En. Masa Hadapan.


Gua rasa gua sudah semakin tamak. Itu tidak cukup, ini tidak cukup. Apakah ini namanya balasan untuk gua yang sering lupa sekarang ini??

Tuesday, August 26, 2008

Gua perlukan satu pasang dancing shoe supaya gua berdansa untuk kemenangan gua kelak.

Gua rasa agak muak dengan SISTEM yang semakin terumbang-ambing. Gua rasa mahkamah sudah boleh di bubar ganti dengan sistem sumpah. Huru-hara.

Gua cuba biarkan keseimbangan kosmos menjalankan tugasnya. Tetapi makin hari, makin terasa sesak nafas gua.

Betul pun macam tak betul, salah pun macam betul. Macam mana pula dengan salah macam salah, betul pun macam salah.

Hah! mana satu?

Setiap orang pasti ada alasan dan kepercayaan aku sendiri.

Gua semakin runsing dan risau bila kepercayaan dan alasan gua semakin goyah.

Sedikit serius. Owh patutlah! Gua lapar. Padanlah fikiran gua berkecamuk.

Monday, August 25, 2008

Kegirangan sementara tapi penat dan sakit yang agak lama buat diri gua.

Kepulangan gua ke kampung halaman di sambut dengan senyuman manis emak gua. Ayah gua relax-relax sahaja duduk makan depan pintu dapur.

Nasib baik tiada karpet merah atau kalungan bunga. Kalau ada harus gua sujud sujud syukur on the spot.

Itu baru cerita orang tua gua, belum kapten pasukan gua yang sememangnya menunggu kepulangan gua. Biasalah. Tapi, gua malas hendak cerita.

Gua pulang untuk satu open tournament. Combat 10 Rugby Tournament. Gila kan. Ngeri je nama. Gua pun tak tahu apa yang combat sangat. Main combat-combat guna senapang kayu gua tahu lah!

Malas hendak cerita. Combat dengan Rambo. Memang tak boleh dipisahkan. Betul? Bila masa Rambo dalam dalam combat field, dia pasti akan.......



......haaa....pandai pun.

Terima kasih.

Friday, August 22, 2008

Dengan hanya bertemankan Arctic Monkeys dan juga Nescafe tin, perjalanan gua daripada Arctic Equine Monkeys ke Batu Pahat hanya memakan masa 2 jam.

Apa cerita nih?

Kereta Kelisa gua mengamuk tadi gua kerjakan!

Jangan biarkan gua memandu seorang diri. Atau menggunakan kereta berkuasa besar. Silap-silap balik kampung jadi acara mingguan gua je kang.

Kerja gila!

Gua ingat minggu depan sudah boleh ajak Alex Yong test run satu lap kot.

Thursday, August 21, 2008

Jauh dalam erti kata jarak tidak semesti jauh dalam erti kata 'jarak'.

Sebelum gua turun pergi lunch tadi, hati gua berdebar semacam. Macam ada sesuatu yang kurang elok bakal berlaku. Macam gua akan jumpa sesuatu atau seseorang yang aku sangat benci. Mata kiri gua siap berkedip sendiri berkali-kali.

Dek perut gua kelaparan, gua redah je. Buat tidak tahu itu perasaan. Tapi basic instinct gua tetap bagitahu suruh gua berjaga-jaga.

Gua bulatkan nekad. Pergi makan di warung-tak-berapa-sedap. Sebab member gua hendak makan situ.

Masa ambil nasi dan lauk. Tiada apa. Semua ok. Masa makan. Tiada apa juga. Gua sudah mula rasa curiga dengan basic instinct gua. Relax-relax gua layan Dunhill Lights gua sebatang. Tak puas. Nyala lagi sebatang.

Sambil melayan kepulan asap, gua usaha kiri kanan depan belakang gua. Semua teratur. Tiada wajah atau sesuatu yang buruk. Dua kali gua hembus, gua rasa lain macam. Gua toleh belakang, lantas gua terbatuk. Tersedak asap.

Wajah budak perempuan dalam lingkungan awal dua puluhan yang pernah menyusahkan hidup gua selama beberapa bulan dalam 2 tahun lepas muncul semula. Rambut, parut kecil di pipi kanan dan juga perfume itu gua sangat kenal. Gua pasti itu adalah dia.

Lantas gua campak Dunhill Lights gua, tenyeh guna kaki, jeling sekali. Gua beredar dengan gaya bebas. Dalam hati gua memandang langit. "Kenapa ini yang Kau beri?"

Siapa kata naluri hati itu akan menipu?

Ini salah satu sebab kenapa gua tawar hati hendak terus menulis.

Cuba lu orang fokuskan pada tulisan paling bawah. Nampak? Dah sampai kedai pajak emas pun ada dot blogspot apa cerita? Dah jadi macam virus Setan Merah ini gua rasa..errr...maksud gua ikut-ikutan. Sedikit rasa kurang selesa dengan ini.

Gua cuba tenangkan hati. Utuhkan semangat. Menulis demi kehendak sendiri dan juga langgar sedikit pendirian, beri sedikit linear.

Dalam hati kata untuk diri sendiri, jangan lah 'hardline' sangat Rambo!!

Wednesday, August 20, 2008

Sepetang di pejabat.

Bila gua dalam pejabat je, gua cepat rasa bosan. Sikit-sikit kerja gua, turun bawah, hisap rokok. Escapism. Kill the time.

Sedang gua asyik tengok asap rokok gua berkepul-kepul keluar, gua dengar pintu pejabat sebelah di buka. Aci cleaner pejabat sebelah keluar. Gaya mahu pulang.

Gua buat relax. Cool.

"deeey...bila mau balik? pukul berapa balik?" sapaan dalam pertanyaan.

"enam aci." gua jawap dengan sopan. Sudah sifat gua macam itu.

"aci sudah mahu balik?" gua cuba panjangkan perbualan.

"iya."

"balik terus masak la aci? sudah petang." gua tanya memandangkan jam tangan gua tunjuk 1640.

"saya balik Kota Damanasara."

Gua terus terdiam. Kelu lidah gua. Otak jamm. Dalam kepala gua, macam mana masak boleh di jawap dengan Kota Damansara?

Kenapa ini yang terjadi pada gua yang ramah mesra lagi bersopan ini?

Gua pandang langit. Ada guruh. Ibarat amaran untuk gua.

Lantas gua naik atas pejabat dengan muka puzzled!

Gua sudah mula mahu kumpul dan bukukan cerita Tanggang versi moden.

Gua sudah dua hari tidak duduk di pejabat. Gua kena kerja di kawasan Naga Keramat. Bila gua berada di kilang customer gua, gua sangat kurang berakses internet. Ini membawa maksud, gua susah hendak membaca email.

Beberapa minggu lepas, dua minggu lepas la kot. Gua balik rumah 3 jam sahaja. Anak-anak saudara gua sudah tahan gua. Paksa gua tidur rumah kampung. Gua cakap pelan-pelan. Ibarat suara Dave Grohl nyanyi lagu "walking after you".

Gua cakap, gua kena balik. Esok gua kena kerja. Nanti gua dah kaya, lu orang hendak apa je mintak. Gua janji dua kali hari Jumaat, gua balik. Diaorang cuma tahu hari Jumaat.

Jumaat kedua itu adalah Jumaat ini. 22 haribulan Ogos. Gua siap sudah apply cuti. Semata untuk balik kampung.

Atas 2 urusan. Satu. Tanggungjawap sebagai anak, adik, abang dan pakcik. Dua. Tanggungjawap sebagai kawan dan juga team player.

Akan tetapi, malam tadi. Setelah gua sampai rumah dari kawasan Naga Keramat, rutin harian gua. Check email kala bulan mengambang.

Sedar-sedar, gua ada nampak satu email daripada customer gua kepada boss gua. Minta hantar technical support pada 21 atau 22 atau 23 Ogos. Atas urusan bersedia untuk sebarang kerosakkan yang bakal berlaku.

Gua ingat ok lagi. Setakat esok, gua cancel cuti pun takpe. Habis kerja boleh balik. Apa ada masalah. Janji tetap janji.

Tetapi bila gua tengok kali kedua email itu, baru gua sedar. Customer itu berada di Batam? Apa cerita?

Habis lah gua kalau bos gua hantar gua pergi Batam. Macam mana dengan tanggungjawap gua? Setakat sebagai kawan, adik, abang dan team player itu gua ok lagi. Abaikan pun takpe. Tanggungjawap sebagai anak dan pakcik tu yang gua pening kepala sekarang ni.

Bila gua mengadu hal ini kepada housemate gua, dua perkataan je gua dapat.

"Huh! Tanggang."

Monday, August 18, 2008

"Gua bertaruh lu kelihatan cantik di atas lantai dansa itu" - Arctic Monkeys

Hari ini gua ada satu tugasan di kilang customer gua. Berkedudukan di kawasan Naga Keramat. Pagi gua pergi pejabat dulu. Isnin pagi. Rutin mingguan. Mesyuarat servis.

Selepas rehat tengah hari gua bergerak ke Naga Keramat. Masa gua start enjin kereta gua, minda gua memetakan jalan yang perlu dituju, jalan paling banyak tol tetapi cepat sampai. Boleh gua dapat duit raya sikit bulan depan.

Lantas minda gua beritahu anggota yang lain. Dari Sunway, masuk Jalan Lagoon Selatan, bayar tol rm 1.60 di tol Sunway, masuk lebuhraya KESAS, keluar MRR2. Terus sampai kawasan Naga Keramat. Apa yang keramat pun gua tidak pasti.

Almaklumlah, selepas makan, mata pasti mengantuk. Gua punya pelatih warganegara Nippon pun mengantuk selepas makan. Apatah lagi gua yang warganegara Malaysia Boleh ini?

Gua pun pulun sikit agar hilang mengantuk. Minda gua cuba mengingatkan berapa had laju lebuhraya ini. Gagal. Ngantuk menguasai minda. Frekuensi otak menjadi perlahan. Gua agak-agak dalam 110 km/j.

Relax-relax lepas gua bayar tol kedua, gua pecut 110 km/j. Yakin. Tiba-tiba, gua nampak Kenari dari arah bertentangan flash lampu.

Biasalah, polis la apalagi. Gua tenang masuk barisan. Yakin had laju 110 km/j. Gua bawak tadi ngam-ngam. Tak lebih, tak kurang.

Tiba-tiba gua sudah berada di tepi lebuhraya.

"kena gua ni!" fikir gua dalam hati.

"Laju bang. Macam ada hal penting je? Sini 90 bang, bukan 11o km/j." encik baju putih itu terangkan gua.

Minda gua tiba-tiba jadi aktif. Memikirkan ayat paling manis dan masuk akal. Owh! gua teringat. Nombor pendaftaran gua, nombor Johor.

"Aiseyman encik. Saya baru sampai dari Johor ini. First time lalu lebuhraya....apa ni?" soal gua.

"KESAS!" jawap encik baju putih itu.

"ha..lalu KESAS ini. Inipun saya kena attend meeting dengan customer kat Keramat." jelas gua jujur.

"owh iye ke? takpelah bang, jalan je lah. lain kali ingat, masuk KESAS 90 bukan 110km/j. Bukan macam PLUS." bebelnya.

"baik. terima kasih encik. Assalamualaikum" gua jawap penuh sopan.

Masuk kereta, gua pakai semula Ray-ban gua dengan gaya Horatio, kuat kan semula volume Arctic Monkeys gua, berlalu meninggal encik baju putih itu.

Sambil gua sengih-sengih sambil melirik cermin pandang belakang, dalam hati gua melonjak gembira. Ada suara kecil dalam hati gua berkata, "hmm...boleh tahan!"

Kawan-kawan, ingat. KESAS 90 km/j bukan 120km/j ok??

Sunday, August 17, 2008

Gua tahu hari ini hari Ahad. AKAB pun pernah update blog hari Ahad apa!

Gua memandu sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong dengan kelajuan rata sambil radio kaset Kelisa gua mendendangkan kugiran daripada United Kingdom bernama Arctic Monkeys berulang kali pada petang Ahad!

Kesimpulannya, gua sudah sedikit rasa muak. Dan sifat manusia kufur nikmat yang tidak pernah rasa puas.

Andai ada satu pintu ke dimensi lain, pasti gua orang yang pertama bertungkus lumus untuk dapatkan pintu itu.

Friday, August 15, 2008

"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN" Apa jadahnya ni??

Gua penat-penat kerja, lu orang-orang suka-suka tag, tag dan tag gua eh? Lu ingat gua ini apa? Baju, seluar? Suka-suka hendak tag gua!

Gua tak berkenan betul la gelaja tag-tag ni! Haeh! Tapi takpe, kawan-kawan, gua layankan.

Owh ya! Gua hendak bagi peringatan sedikit. Dulu gua hardcore-hardcore gak, jadi masih ada sisa ideologi komunisme dan juga anarki dalam diri gua. Jangan harap gua hendak ikut semua peraturan. Amacam?

Disebabkan jiwa raga gua ini agak keras, dan sepanjuang kehidupan sebenar gua, gua tidak pernah bagi ucapan. Lagipun gua mana minat ucapan-ucapan ini. Langsung tiada dalam list gua hendak jadi menteri!

Dari dulu lagi gua berangan untuk berada atas pentas dan berucap atas kejayaan gua bersama band gua mendapat anugerah.

Inilah gua punya ucapan.

"Thank you to my Creator for giving His permission to let me be here until now.
Thanks to all the readers, my family, my love.
Thanks again for supporting me till now.
You all are the reason I am alive.

Love. Peace. Respect. "

*gaya penamat gua bagi flying kiss guna jari tengah dengan jari telunjuk disusuli dengan gaya peace!



Gua sibuk ini hari. Later guys! Kalau berani letak komen membina!!Kalau BERANI la..

Thursday, August 14, 2008

Brader, lu memang kena belanja gua air Nescafe!

Hari ini gua penat. Gua pergi customer site. Kerja gua tidak lah banyak, tapi melecehkan. Buat pemerhatian tentang cahaya UV untuk kurang melekat chip-chip kepada pita lekatan itu.

Sedar-sedar gua keluar sudah dekat-dekat maghrib. Letih. Sebelum pulang, gua singgah Ampang. minum dengan seorang sahabat. Sampai rumah sudah agak lewat malam.

Tanpa membuang masa, gua terus on komputer kompak gua. Setting telefon 3G gua lebih kurang. Lantas gua mencari bahan bacaan.

Dalam hidup gua sekarang, gua ketagihan dua benda. Rokok dan juga internet. Tanpa dua benda ini. Gua resah. Seperti Mona resah tidak dapat menyapu air kopi pada rokoknya dalam iklan kesedaran dadah beberapa belas tahun lampau.

Gua ketawa guling-guling sampai berair mata gua baca entri dari hilang punca. Lu memang A!!

Wednesday, August 13, 2008

Kalau ada tulisan macam tu, memang gua fobia.

Tengah gua santai-santai sambil goyang kaki petang hari itu, dalam pejabat gua. Telefon meja gua menjerit minta diangkat. Gua memang seriau kalau telefon meja gua ni menjerit.

Maklumlah, gua sudah hampir sebulan tiada tugasan. Mesin-mesin peliharaan aku pun duduk jinak, tidak banyak karenah. Bila tiada tugasan, apa lagi gua perlu buat selain daripada selak-selak manual dan training guide? Selak-selak manual maya lah apa lagi. Fb la, Fs la, Ms la (baca: laman web berbentuk ilmiah).

Jadinya, bila telefon gua bunyi, gua jadi berdebar. Bukan berdebar gua suka, berdebar ngeri. Gua usha nombor yang keluar. Oh, kakak management. Lega hati gua.

"Khairul, bila-bila senang hendak turun, singgah meja akak kejap ye?"

"Nak buat apa? kalau takde bagi duit tak mau lah."

"Alaa...duit je fikirnya. Ni ha...nak suruh kau isi form insuran ni."

"ok-ok, jap lagi gua turun, gua singgah."

Saja gua sebut kata ganti diri pertama macam tu sebab gua tau akak tu layan Amy Search time dia sekolah dulu. Siap tampal gambar Amy Search dalam locker. Gambar dari majalah URTV. Dia cerita kat gua.

Itu jam gua turun relax-relax, Insuran je pun. Bukan boleh dapat 10 ribu setiap bulan pun kalau isi cepat-cepat.

Setibanya gua di meja akak management tu, dia hulur gua satu insurance form. Warna biru. Bila gua fikir, insuran dengan warna biru, gua dah tak sedap hati. Lain macam je gua rasa. Kalau warna oren tu ok juga. ING. Belanda. Van Persie.

Sekali gua pegang, gua nampak satu simbol yang gua sangat benci. Ada tulisan AIG dalam kotak! Lantas gua fobia, macam nak gua koyak, tapi insuran kerja gua ni. Cover gua 365 hari dalam setahun termasuk cuti umum.

"ala...apa AIG ni kak? FLY EMIRATES xde ke?" gua membebel sambil berlalu dari meja akak tu.

Gua keliru. Antara masa depan gua dengan pendirian gua. Sampai hari ini, form insuran itu gua tinggal dalam laci meja gua, berhabuk.

Tuesday, August 12, 2008

Degupan jantung akan semakin kencang bila berhadapan dengan makwe yang kita suka. Ilusi atau realiti?

Tengah hari Sabtu itu, gua dengan Kod, dalam mood yang bosan. Habis semua channel dalam Astro Max gua singgah. Sampai ke Vaan gua dengan Kod layan. Akhirnya, kami singgah di Ria, cerita KL Menjerit.

Dalam hati gua memberontak. "Apa jadah KL Menjerit?". Sebelah lain gua kata, "Takpe, layan je. Dari boring gila ni."

Setelah keputusan sebulat suara di capai bersama Kod, maka, gua dengan Kod pun melayan KL Menjerit di tengah hari Sabtu itu. Satu demi satu babak, gua dengan Kod layan. Sampailah satu babak. Si Shahrul macam menggelabah time Ayu keluar hendak pergi kerja.

Itu jam, Kod bersuara. Memecah kesunyian tengah hari Sabtu.

"kau agak, kenapa Shahrul jadi gelabah gitu?"

"entah. lapar kot?" gua jawap.

"tu tandanya, dia suka kat minah Ayu tu."

"kalau kita jumpa orang yang kita suka, confirm gelabah. tak banyak, sikit." sambung Kod lagi.

Gua dengar sambil fikirkan akan kesahihan teori itu. Memandangkan gua bukan daripada golongan pelajar psikologi, gua gagal mendapatkan jawapan.

Sudahnya, teori itu gua terima, simpan. Di samping itu, gua observe sikit-sikit pada pemerhatian gua kepada set sosial sekeliling gua nanti.

Tapi..betul ke?

Monday, August 11, 2008

"kita balik ini, drive relax-relax sudah". Relax-relax my a**!!

Dari pagi tadi gua asyik terkulat-kulat mencari idea. Tiada. Kosong. Empty bak kata 'lidah emak' gua.

Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, gua sudah ada idea baik punya. Tapi, setibanya gua di pejabat gua. Lepas sarapan pagi air Nescafe, otak gua kosong. Hilang terus idea-idea bernas gua. Yang tadi singgah menyapa.

Gua suspect, sel-sel darah merah gua mengular. Patutnya dia perlu bawa oksigen segar yang dia ambil dari paru-paru straight away to brain. Tapi, berhenti sekejap smoking barangkali.

Ini semua mungkin effect daripada perjalanan gua yang jauh semalam. Dari Bangi terus ke Johor. Singgah kampung sebentar. Menjalankan tanggungjawap sebagai anak yang gua sudah abaikan dekat 3 bulan.

Kemudian, dari Johor terus pulang ke Foo Equine Fighters Park semula menaiki kereta gantian gua. Kelisa. Perjalanan menaiki Kelisa yang sudah agak berumur memang kurang selesa untuk berjalan jauh. Gua gagah kan jua demi tugas hari esoknya.

Samping itu, gua perlukan sedikit pemangkin. Lantas gua capai dua tin Nescafe. Minum sambil memandu. Cergas.

Member gua cakap, gua dah macam watak Hammy dalam kartun Over The Hedge. Si Tupai Merah Amerika yang hyperactive setelah minum air isotonik.

Tepat 2 setengah jam, gua sampai dengan selamat.

Hasilnya. Jam 1 pagi, gua resah. Serba tidak kena. Golek kiri, salah. Golek kanan, salah. Tengok kipas salah. Terkebil-kebil. Sudahnya, jam 230 pagi baru gua tidur.

Sekarang, gua rasa, gua macam berada 3 kaki di udara dari tempat gua duduk.

Friday, August 08, 2008

Bila cuti sekolah bermula, maka sesi mengoyakkan kocek juga bermula.

Satu malam. Berlokasi di McDonald Taman Equine. Bachelor party atau lebih kepada majlis makan-makan bujang terakhir. Sempena salah seorang penghuni rumah gua yang akan kahwin hujung minggu ini.

Bercerita tentang rumah tangga. Gua. Berada pada meja yang sama, tapi dimensi berlainan. Malas ambil port. Gua masih belum fikir.

Sehingga, Adi bersuara, "korang ambil itu sebagai tunjuk ajar." sambil tangan kanannya menepuk bahu gua dan tangan kirinya menepuk bahu Tom.

Gua dengan Tom sahaja yang masih belum berfikir untuk kahwin. Masih fikir kahwin itu agak melecehkan.

Berbual, masing-masing membicarakan tentang isu ini. Maklumlah, nama pun majlis makan-makan bujang terakhir. Adi dengan perasan debarannya, Din dengan pengalaman 'suami hujung minggu'nya dan Kod dengan pengalaman bakal bapa mertuaku adalah gangster.

Kod, pada awalnya bakal bapa mertuanya kurang menyukainya. Atas sebab yang gua tidak pasti. Akhirnya Kod berbangga dengan kehebatannya menundukkan ego bakal bapa mertuanya yang gangster itu dengan microphone.

Ya, microphone. Sekarang, mereka berdua boleh berkaraoke bersama di hadapan televisyen atau K-Box. Bayangkan, dari tidak suka sehingga boleh berkaraoke bersama. Cinta, lu memang majis!

Hah, kamu-kamu semua. Andai ada perasaan untuk bersuamikan gua nanti, tolong bocorkan rahsia bapa-bapa kamu semua kepada gua. Amacam?

Sekali gua teringat daa...[3]

Gua selalu suka tengok watak-watak tambahan dalam filem atau drama. Sebab bagi gua, tanpa antagonist, filem atau drama itu cacat. Ada celanya.

Bagi gua lagi, antagonist ini perlu diberikan perhatian. Ada pros and cons. Samada akan menjadi bintang ataupun terus lenyap.

Contohnya, David Caruso ini. Sebelum dia menjadi hot dalam CSI Miami, dia pernah berlakon dengan gua dulu.

Gua punya sekuel pertama filem Rambo, First Blood. Itu jam dia mentah lagi. Berlakon pun bodoh-bodoh jadi polis kelas bawahan sahaja. Sekarang, hot.

Ok. Sekarang. Satu watak antagonist sudah jadi watak protagonist. Sudah jadi besar. Sudah jadi hot. Tapi bila hot, tidak semestinya terus hot bukan? atau sebaliknya.

Selagi disitu, selagi itu soal hati terus terang. Bukan malap atau kelam. Simbiosis.

Faham kah?

Kehkehkeh...

Thursday, August 07, 2008

Apa akan jadi kalau satu dunia cerita letup?

Bulan March yang lepas. Semasa perlawanan bolasepak antara Man. United dengan Liverpool. Gua duduk dengan seorang sahabat di satu sudut paling belakang.

Ketika itu, sahabat sedang hot dalam dunia blogosfera ini. Gua pernah mengutarakan suara hati.

"I think, I am going to stop blogging. I hate to write a crappish things."

Jawap sahabat senang sahaja.

"Relax. Everybody love those crappish things."

Gua. Mengangguk lemah. Dalam kepala sambil berfikir kebenaran kata-kata itu. Dalam kepala gua muncul watak-watak utama dalam dunia blogosfera ini. John Hafiz dengan AKAB terutamanya.

Hari ini. Terbukti. Bila gua post sesuatu yang agak tidak crappish, beberapa sahaja yang membaca serta mengomen.

Semalam bukan main lagi lu orang eh?

Nanti gua post cerita letup. Amacam?

Tapi untuk sementara waktu, lu orang try baca budak ini dan juga budak ini. Agak-agak siapa lagi letup?

Air anggur atau air malt??

Ok. Dua entri di bawah adalah memori masa silam gua. Juga sedikit memori masa sekarang. Untuk cerita selanjutnya, nanti gua post.

Semalam, gua buka FB. Salah satu penulis yang bertangunggjawap membuatkan gua menulis semula ada pemberitahuan. Something like vacancies for his account. His account is for invited readers only.

Tangan gua gatal. Buka akaun yahoo mail aku. Hantar satu application for his account. Setengah jam kemudian, gua dapat feedback email. Telling me that i've been invited to read his ink.

Sejak gua masuk office pagi tadi sampai sekarang. Gua masih baca Perahu Mabuk. Sulam dengan buat kerja sedikit.

Sekarang, ada rasa gua serius semacam tak?

Gua pernah bagitau, gua ada sakit. Giovani.

Wednesday, August 06, 2008

Sekali gua teringat daa...[2]

Sekarang...

Budak satu sudah berkahwin. Tapi bukan dengan mamat scoot itu. Orang lain. Deja vu. Sudah hendak mendapat cahaya mata kalau tidak silap. Semoga bahagia ye.

Budak dua. Masih berada pada takuk yang lama. Gua sudah berkali-kali menawarkan hati gua. masih tinggal tanda tanya. Haih..penat.

Budak tiga. Sudah berpunya. Mengikut perkiraan falak aku, mungkin sekejap lagi lah tu. Bukan muda lagi pun. Gua je yang masih muda.

Gua...

Heheheh.....

Sekali gua teringat daa...

Satu masa dahulu...

Gua suka sama seorang budak. Kecil comel. Sama baya. Budak pandai. Gua, asal boleh. Cukup makan. Itu jam gua guna motor Modenas Kriss. Dia, kancil. Tak boleh blah. Dia suka gua jugak, tapi dia lagi suka sama budak naik scooter.

Satu masa dahulu...

Gua suka sama satu budak. Tinggi sikit dari gua. Orang kata kalau buat bini boleh jadi murah rezeki. Gua main ragbi dia main netball. Gua jeling sekali, dia jeling dua kali.

Gua satu kepala dengan budak ni. itu yang gua rasa happy tu. Tapi...ada satu yang tidak satu kepala. Dia tinggalkan gua sebab 'orang' lain.

Satu masa dulu...

Gua suka sama sorang budak. Tinggi sikit dari gua jugak. Sebab gua ni rendah je tapi tough. Budak utara. Main netball jugak. Gua suka dekat budak ini sebab gua suka. Tiap-tiap pagi Ahad gua ambil dia demi cinta gua.

Sekali, gua buat 'slack'. Gua marah budak ini tak pasal-pasal. Ayat gua bagi sudah makan dalam. Tak boleh ubat. Hendak buat macam mana.

Sekarang...

Tuesday, August 05, 2008

'La..lalala..lala.' Eh, apsal takde simbol note crotchet tu ekh?



Satu hari ini, lagu ini bermain-main dalam kepala gua. Apa cerita??

Kenapa hendak guna ink? Guna permanent maker pen sudah.

Tiba-tiba gua sudah berada di dalam kedai Miami Ink. Duduk atas kerusi. Tangan kiri gua sudah ada stencil. Gambar frame. An old frame with all those curvy things. Dalam frame itu ada tulisan, "GAMBATE". Font 'stencil'. Ala-ala tulisan askar dekat weapon box tu.

Gua keliru. Apa hal "GAMBATE"?. Gua suspect Yoji Harada yang perangkap gua. Ami James dengan relax ink tangan gua. Kaler hitam.

Sekejap lagi gua dengar telefon gua punya alarm. Gua fikir. Apa hal telefon gua bunyi alarm tengahhari buta.

Poof!

Gua mimpi rupanya. Gua tengok jam sudah menunjukkan 7:40 pagi. OMG! Gua dah lambat. Terpaksa gua buat skill 2 dalam satu ketika gua mandi. Gosok gigi sambil sabun badan sekali. Warm up solid snake gua lebih kurang, kenakan pakaian yang bersesuaian lebih kurang, sarung kasut leather putih gua, jalan.

Sampai di pejabat gua, gua antara yang awal. Masih boleh relax-relax lagi.

Tepat jam 10:05 pagi, director gua call. Suruh gua turun dengan section manager gua. Berdebar. Apa hal nak kena gua dengan section manager gua turun sekali ini. Gua disuruh lepak meeting room dulu.

Berdebar gua tunggu.

Setelah setengah jam, gua keluar meeting room dengan muka yang sangat manis dalam hidup gua. Gua genggam erat satu surat. Confirmation letter.

"we are proud to be announce you as a permanent employee at this company"

Macam itu lah lebih kurang bunyi salah satu ayat.

Gua timbang balik. Padanlah Ami James sibuk hendak ink tangan gua.

Monday, August 04, 2008

Tolong ingatkan gua 26 Ogos ini tentang Panasonic Lumix, boleh?

Petang semalam, gua nekad. Gua, Tom,Takat dan seorang lagi entah siapa nama... Redah Petaling Jaya. Semata untuk satu gig...errr...ke konsert? Hmm...gig kot....err...konsert kot. Ah! apa-apa saja lah!

Gua dah lama tunggu ini event, sebab ini band. TOE. Gua mula dengar ini band pun time Zaman Gelap gua. John Hafiz post dekat entri dia. Memang ngam. So, time gua mengembara ke Jepun dulu, gua sempat sambar CD. Memang gua jatuh cinta terus.

So, gua malas hendak buat scene report untuk event ini. Kalau lu orang hendak tau, bulan depan la gua rasa, lu orang dah boleh pergi cari Majalah Junk. Takpun Klue, sure ada review ini event. Tapi untuk cepat punya review, lu orang klik sini.

Ini ialah Amberhaze dalam keadaan yang sangat jauh.

Ini pula adalah Nao.

Siapa lagi kalau bukan Killeur Calculateur.

Ini pula B-Quartet.

Hah! Toe lah ni. Siapa lagi?

Bila masa turn Toe beraksi, phone camera gua habis battery. Gua kecewa. Gua pandang siling hall. Dalam hati gua berkata, "kenapa ini jam baru habis? extend sikit tak boleh ke?"

Mula-mula gua nak marah. Tapi gua dengar vocalist Toe pesan, "dont take too much photo. See, listen and feel."

Lantas sepanjang hampir sejam, gua tutup mata sambil goyang-goyang comel setempat. Kepala gua hayun kiri kanan ikut alunan muzik. Memang gua feel good!

Saturday, August 02, 2008

Kisah Si Ta-kat.




Gua ada seorang sahabat. Biasalah, orang baik hati memang ramai kawan. Itu big boss aku pesan masa gua budak dulu.

Nama sahabat gua ini, Saifol. Bukan Saiful Apek tu. Tapi menghampiri Saiful Apek tersebut.

Ok, mamat ini jika dalam set sosial gua dan sahabat-sahabat lain, dia adalah seorang pelawak. Pelawak sebelum No. 1. Macam mana? Lu orang fikir sendiri.

Kerja beliau hanya membuat lawak dalam acara minum-minum. Tidak kira pagi, petang, siang dan malam. Begitu juga tempat. tidak kira dimana, yang penting ada lawak.

Dek ke'selalu'annya membuat lawak, kami gelarkan beliau Saiful Apek. Kerana lawaknya yang setanding dengan Pelawak Nombor Satu Negara, Saiful Apek. Bila sudah Saiful Apek, semestinya beliau adalah Cicakman. Bila Cicakman semestinya manusia yang tangan lekat. Amacam?

Gambar di atas gua lampirkan sebagai sedikit bukti ke'lawak'an beliau. Amacam? Sebijik lawak Saiful Apek yang sebenar bukan??

Friday, August 01, 2008

Excited sampai tak boleh tidur.

Semalam, gua YM sama sahabat. Satu ayat gua tak boleh 'blah'.

"Start malam ini sure lu tak boleh tido."

"Apsal?" gua tanya.

"Yelah, 3 August ini kan lu mahu tengok Toe. Excited sampai tak boleh tido la. Fikir nak pakai baju apa, seluar apa, baju apa."

"Hotak lu. Lu ingat zaman sekolah rendah ke apa? Zaman-zaman excited hendak pergi rombongan ke Kota Kelumpo?" gua jawap.

Haram. Lantas memori gua pergi rombongan menjelma.