Thursday, October 14, 2010

Tak takut.

Walaupun lu orang cuma dengar rock 'n' roll atau mungkin hanya indie, atau hanya pop punk, atau grindcore, atau hanya trash, atau irama Malaysia, atau hanya dangdut, atau hanya M Daud Kilau, atau hanya My Chemical Romance, atau apa sahaja, gua sarankan, bila masa lu down, sedih tak memasal, berasa down lepas kena marah dengan bos dan rasa nak berhenti kerja atau tak dapat apa yang lu orang nak atau tak dapat exceed expectation, try dengar lagu ini.



Walaupun gua cuma sekadar dengar dengar musik hip hop, dan bukan irama domain dalam diri gua, Eminem dan Not Afraid ni buat gua rasa emosi sebelah lain gua melonjak lonjak dicucuk lagu ini dengan lirik yang mendalam.

Wednesday, October 13, 2010

Karma lagi.

Semalam, gua balik rumah dalam keadaan hati yang bengkak. Dari pagi gua membebel bebel tak tentu hala.

Ini semua gara gara sistem negara gua yang gua rasa semakin menyesakkan. Sana sini mahal. Menyirap gua.

Dah tu, gua balik, bayar tol, depan jalan jammed teruk. Tu belum kira mamat mamat atau minah minah yang potong que tak reti bagi signal. Tambah 'bengkek' hati gua.

Bawa kereta pun ikut perasaan.

Sampai tol terakhir gua sebelum sampai rumah, gua nampak ada satu Neo masuk lorong Touch 'n' Go sebelah kiri gua. Gua perasan ada meter tambahan pada tiang A.

"Turbo ni." bisik hati gua.

Lantas, tanpa buang masa, gua outrun itu Neo tanpa kasihan. Bawa kereta ikut perasaan. Bukan ikut akal. Janji puas.

[,]

Pagi tadi, lepas tol, kereta hitam gua tiba tiba mati. Gua start, mati lagi.

"Ha ha ha!" gua gelak seorang diri.

'Timing' kereta gua jadi rendah. Itu pasal kereta gua mati mati.

Gua ingat ada satu valve yang dah rosak, yang gua tahan tahan dari awal tahun dah menjadi jadi rosaknya. Sekarang, gua rasa, itu valve sudah mahu kena tukar.

Sudahnya, sepanjang jalan gua high rev kereta gua. Berketul juga muscle peha kiri gua tekan pedal clutch.

Karma.

Tuesday, October 12, 2010

Kadang kadang.

Kadang kadang, gua lemas dalam kehidupan dunia realiti yang semakin menyesakkan.

*Siapa siapa lepas ni offer atau tag gua kat FB gambo note 50 RM berterabur atas meja atau dalam bonet kereta, gua bakar kaki kiri lu orang!

Thursday, October 07, 2010

Promo.

Kawan gua, nama dia orang The King dengan The Killer cakap, dia dah transfer 100000 USD dalam akaun Swiss bank gua. Dia mintak tolong gua promote page perniagaan dia.

Lagi, dia tambah 10USD untuk setiap 'like'.

Klik sini.

Gua harap, awal tahun depan dua dapat beli Bugatti Veyron dari promo yang gua buat ni. Kalau berjaya, tahun depan gua berhenti kerja, gua bukak kilang yang buat promo saje.

Ka-ching! Anak mata gua ada tulis lambang duit.

Untung untung lu orang juga merasa naik Bugatti Veyron gua nanti.

Wednesday, October 06, 2010

Claim.

Semalam, tengah sedap gua panjat mesin gua kat customer site, gua rasa ada gegar gegar dalam kocek jeans sebelah kiri gua.

Gua paused sekejap. Berfikir.

"Sejak bila gua ada bawak vibrator pergi servis mesin ni?" bisik hati kecil gua.

Owh, telefon gua rupanya. Time bila gua letak dalam silent mode pun gua tak sedar. Sibuk sampai bende bende kecik pun gua lupa sekarang.

Gua ambil vibrator...err..maksud gua telefon, ada satu teks mesej.

Servis manager gua hantar teks mesej yang berbunyi,

[ I reject all your claims due to some mistake.I put at your table.]

"Haih." keluh gua mengenangkan claim gua yang dekat dekat sepuluh claim kena reject.

[Noted with many disappointing.] gua reply.

Itu jam, ikut hati, gua rasa macam nak potong mesin gua part by part buat jual besi buruk. Tapi, macam orang yang tak smart pula tindakan gua tersebut.

Lantas gua pasrah dan berfikir untuk berhenti minum nescaffe tarik time pagi pagi

Friday, October 01, 2010

Siri Bercakap dengan Big Boss.

Rabu lepas. Gua sampai pejabat dengan kadar yang ngam ngam. Tak lambat sangat, tak cepat sangat.

Masih ada masa pekena Dunhill Light sebatang depan pejabat sambil sambil gua perdengar burung burung berkicauan riang. Sesekali bunyi hon kereta tengah layan jem, potong stim aman gua pagi tu juga.

Tengah gua sedap tarik, gua nampak satu Toyota Camry. 7789 nombor 'plet'nye.

"Aduh...time gini pulak sampainya big boss gua ni." bisik hati kecil gua yang mula tak keruan.

"Morning." tegur bos gua sebaik keluar kereta yang betul betul di'park' depan pintu pejabat dan juga betul betul depan gua itu jam.

Nak gua padam rokok cepat-cepat lepas tu lari, nampak sangat tak steady. Jadinya, gua stay.

"Morning boss." balas gua sambil bagi senyuman paling manis dalam dunia.

"Hmm...enjoying 'breakfast' eh?" tegur boss gua sambil angkat beg kulit kerja dari bonet kereta.

"heh heh heh." gua mampu balas sindiran boss gua dengan sengih.

Beberapa saat lepas tu, gua dah dengar bunyi besi pintu pejabat gua bergesel, menandakan pintu pejabat gua nak tertutup.

"Bo, see me right after finish your breakfast ya!" kata boss gua sambil jengah kepala keluar sambil senyum senyum.

"Err..ok boss." jawap gua, "Ha..kan dah kena!" kata diri gua yang sebelah lain.

...bersambung...

Wednesday, September 29, 2010

Sibuk.

Dulu, kedudukan gua dalam team gua, team bekerja maksud gua, gua adalah orang kiri bos kecik gua. Dan partner gua adalah orang kanan bos kecik gua.

Tapi, sekarang, gua adalah orang kiri kanan bos kecik gua.

Banyak juga kerja gua nak kena cover!

Tuesday, September 21, 2010

Patong, bukan Patung.


"I want to play with you Papa." kata anak Mat Salleh.

"Err...I am not your papa, son." gua balas sambil tersenyum nipis.

"Then why you look like my papa?" pelat pelat slang Enggeris.

"He he he." gua cuma mampu ketawa kecil.

[,]

Ok gua tipu dengan caption kat atas.

Dah, gua masih lagi dalam mood Patong Beach. Aduhai, terngiang-ngiang lagi deruan ombak dan pasir lembut. Dan juga ikan ikan.

Ahaks.

Monday, September 20, 2010

Beraya di negeri orang.

Gua tersedar pukul berapa gua tak tahu. Yang pasti itu jam masih gelap. Bantal gua terasa basah, baju pun basah. Peluh mungkin. Gua terbalikan bantal, sambung tidur.

[,]

Tengah sedap gua tarik Dunhill Light lepas breakfast sambil mata tertumpu ke arah makwe Caucasian berjalan ke Family Mart, gua teringat, rupa rupanya gua mimpi ngeri malam tadi. Dan basah pada bantal itu bukan peluh, tapi air mata.

Gua telan air liur pekat.

[,]

Sampai sampai KLIA, gua terus call mak gua, tak dapat. Call ayah gua, handphone off. Gua dah mula risau. Call rumah kat Johor, pun tak berangkat. Abang gua pun sama. Tak berangkat.

Gua panik.

Gua cuba call adik gua, pun off. Gua bertambah panik!

"Mana pergi semua orang ni??" bisik hati gua sambil tolak troli beg walaupun gua cuma isi satu beg Deuter.

Last choice, nombor telefon adik gua satu lagi.

"Ha?" suara abang gua.

Lega hati gua.

"Mana lokasi woi?"

"Kampung. Beraya." Jawap abang gua.

"Owh ok. Mak ada sekali eh?"

"Haah." jawap abang gua pendek, "Kenapa?"

"Gua nak bagitau, gua dah selamat sampai Kelumpo ni. Jap gi gua balik Rumah Atas Bukit naik teksi. Kem salam mak." gua terang.

"Ok tadak hal."

[,]

Gua lupa sekarang masih Hari Raya.

Maklumlah, gua tak perasan langsung atas meja orang Phuket ada kuih raya time bas gua lalu lalu depan rumah dia orang. Apa tah lagi lampu pelita depan rumah.

Itu pasal gua panik sekejap tadi sebab langsung tak terfikir keluarga gua keluar beraya time gua call rumah.

Heh heh heh.

Tuesday, September 07, 2010

Salam dari Perantauan.



Dear Family, Friends and Foe.

Salam lebaran.

Kesempatan ini, gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada mak yang tengah buat kuih wajik di dapur. Banyak buat kuih mak?

Ayah yang tengah tidur.

Abang yang tengah ngecat tiang roman rumah. Warna apa tahun ini bro?

Adek gua yang tengah drive balik kampung. Jangan laju laju bawak kereta, jangan jadikan jalanraya 'sungai' maut.

Untuk anak anak buah, nanti Pak Ngah belikan pensil boleh keluar video dari sini ye.

Gua susun sepuluh jari mohon maaf andai ada terkasar bahasa lalu menyinggung perasaan kalian semua, terlanjur perkataan mahupun perbuatan.

Enjoy Hari Raya, enjoy makan kuih Cornflake madu dengan air Sarsi.

Selamat semuanya. Jangan risau, malam ni dengan izinNya, gua sampai.

Eceh!

Monday, September 06, 2010

Akad.

"Aku terima nikah Na..." gua tiba tiba bersuara. "Jadah berfantasi nak akad nikah ni?" bisik hati gua sambil mata gua tembus pandang siling rumah.

Selang beberapa saat,

"Jom." kata Tom.

Lantas gua pun lompat gaya Bruce Le dari sofa skinny warna cokelat muda.

[,]

Semalam, lepas mandi, lepas siap siap, gua baring baring atas sofa skinny warna cokelat muda. Sambil sambil tunggu Tom mandi, gua plan dalam kepala mende apa gua nak buat hari itu.

Mula mula gua fikir untuk pergi Jusco Equine. 'Cucuk' duit untuk belanja. Sekali dengan duit raya, sekali dengan belanja time raya, sekali dengan belanja ke Phuket.

Lepas tu, potong rambut. Trim mana yang patut sekali dengan yang tak patut. Yang bersepah sepah tu kasi buang. Kena gaya macam nak kena menghadap orang tua Heroine gua raya ni.

Lepas tu, pergi pasar Ramadhan cari lauk untuk buka puasa, sekali dengan air, sekali dengan kuih muih.

Lepas tu cari amil untuk bayar zakat fitrah. Dua tiga minggu lepas ada lagi gua terperasan amil duduk relaks kat pasar Ramadhan Equine Park ni. Jangan gua terlepas sudah, satu kerja lagi gua nak kena cari port amil.

Bila dah jumpa amil, gua kena keluarkan duit, serah kat amil, kemudian salam. Baca akad.

Akad bayar zakat fitrah, bukan akad nikah!

[,]

Sudahnya, atas motor Tom, gua tersenyum sorang sorang sambil geleng kepala teringat kat diri sendiri berangan atas sofa skinny warna cokelat muda.

Friday, September 03, 2010

Minggu bulan madu.

Hari ini dah masuk hari ketiga gua duduk dalam office. Dan setakat ini, semua kerja kerja office gua seperti buat claim, kemas drawer, call customer gua kat Batam, check bil telefon, scan report masa kat Penang, print report, apply cuti Raya, raging penolong accountant baru, sabotaj coffee machine big boss, ngurat amoi service coordinator, hantar blackmail note kat budak sales gua, kenyit mata kat hot mom opis sebelah sambil pusing pusing kunci kat jari, semua gua dah settlekan sejak dua hari lepas.

Tinggal lagi beberapa kerja kerja kecil yang tak berapa penting. Itu boleh adjust dalam hari ini nanti nanti sambil sambil main Mafia Wars ke, atau time usha Jojo & Shinta nyanyi lagu Keong Racun ke. Tak de hal.

Nak nak bos kecik gua tak ada. Jadinya, memang bulan madu. Lagipun, 'sun' cuti Raya tengah nak sampai sekarang ni. Bertambah tak berapa nak semangat sangat untuk kerja sungguh sungguh.

Tiba tiba, lepas gua mark cuti Raya gua kat schedule board, gua duduk, gua refresh email gua, ada satu email dari bos kecik gua. Siap ada tanda seruan warna merah kat side sebelah kiri email yang baru masuk.

"Email penting."
bisik hati gua, "Kes kat Thailand pulak tu."

Gua bertambah berdebar, sejak Chong dah resign, gua kena cover station dia. Thailand punya customer pun gua akan cover sekarang ini.

"Jangan gua kena pergi Thailand sudah minggu depan ni." gua mengagak agak schedule gua, "Mampos tak raya gua ni kalau kena pergi Thailand." sambung hati gua lagi yang dah mula rasa tak sedap.

Dalam kepala gua tiba tiba terlintas lagu 'sabai-sabai'.

Gua capai, mouse sebelah kanan, gua halakan cursor ke email bos kecik gua, gua klik sambil peluh jantan menitis perlahan dari dahi. Dalam dia loading nak buka, gua telan air liur.

"Gulp!" bunyi tekak gua.

[,]

Beberapa minit lepas tu, gua boleh tersenyum sendiri sambil gua bayangkan gua beraya dengan tenang di kampung minggu depan sambil makan dodol dan lontong disamping orang yang tersayang.

Ahaks!

Wednesday, September 01, 2010

Mabik [II].

Setiap kali nampak kereta Mini Cooper atau Mini Cooper S atau apa saja bangsa Mini Cooper, gua akan tersenyum nipis bak kata Pipiyapong.

Satu, kereta idaman Si Heroine gua.

Dua, gua pernah ternampak motto Mini Cooper "Love is in the air".

Ahaks..

Sunday, August 29, 2010

Mabik.

Kalau gua Superman, lu adalah Lois Lane. Kalau gua Wolverine, lu adalah Jean Grey. Kalau gua Bonnie, lu adalah Clyde. Kalau gua Spiderman, lu adalah Mary Jane. Kalau gua Homer Simpson, lu adalah Marge Simpson.

Kalau gua Rambo, lu adalah minah Vietnam tu.

Hidup gua sungguh ceria dua tiga hari ini.

Awww!

Wednesday, August 25, 2010

Tak sabar [2].

Petang semalam, lepas gua training dua orang technician, gua duduk di meja depan mesin gua. Sambil sambil gua tunggu mesin gua habis grind wafer. Fikiran gua layangkan ke kampung.

"Lambat lagi ke?" tanya seorang operator secara tiba tiba, lalu buatkan gua separa terkejut.

"Lagi dua hari!" konfiden gua jawap.

"Apa yang 2 hari ni bang?"

"Habis kat sini la." gua jawap dengan riak muka steady.

Dekat 2 minit juga operator tu ketawa tak berhenti. Gua jadi blur.

"Orang tanya pasal lain, abang cakap pasal lain plak." terang operator. "Orang tanya pasal mesin, bukan abang kat sini berapa lama lagi." sambungnya lagi.

"Heh heh heh." gua jawap dengan ketawa. "Sekejap lagi, dalam 5 minit."

Malu juga gua petang semalam. Tapi gua buat steady sudah.

Nampak sangat kepala gua sudah berada di King of Parit. Jasad gua je yang ada kat Negeri-Kari-Sedap ni.

Tuesday, August 24, 2010

Tak sabar.

Jumaat ini, lepas gua geledah kedai kedai bundle pilihan, lepas gua beli jeruk jeruk kat Jalan Chowrasta sebagai buah tangan, gua akan menjalankan satu misi.

Misi 7 perhentian. Ala...macam cerita Farid Kamil dengan Erra Fazira tu.

Bermula daripada tol Juru, gua akan melewati RNR Gunung Semanggol. Terus lalu RNR Sungai Perak, Tapah, Sungai Buluh, Seremban, Ayer Keroh dan last sekali Pagoh.

Mungkin gua akan singgah di Rumah Atas Bukit sebelum turun ke selatan dan terus ke rumah gua di King Of Parit.

Dah dekat setengah tahun gua tinggalkan King Of Parit. Bau rumah gua pun dah mula luput dari ingatan. Bau bilik gua pun sama. Entah macam mana baunya sekarang. Mungkin bau epal atau haruman citrus atau bau tumisan mak gua di dapur yang melekat pada langsir bilik gua.

Last gua kat rumah di King Of Parit seingat gua 8 Mac.

Sejak itu juga gua tinggalkan makwe gua keseorangan tanpa belaian dan kasih sayang. Gua dah rancang sepanjang gua cuti dari Sabtu sampai Merdeka.

Boleh la gua ro...err...maksud gua menyulam kasih.

Mungkin buka puasa kat kedai Tomyam. Atau, jalan jalan ekspo cari tudung untuk raya. Atau cari buluh buat pasang pelita. Paling tidak pun buat buat gaduh pilih air atau karipap inti apa kat pasar Ramadhan depan kompleks Parit Raja.

Aww, tak sabar!

Monday, August 23, 2010

Hari paling haus dalam dunia.

Gua tak tahu apa pasal hari ini gua haus tahap 7 telaga kering. Mungkin sebab Nescaffe 'kaw' gua minum time sahur sebagai additive pengganti nikotin untuk gua memandu pulang ke Negeri-Kari-Sedap lepas sahur.

Kali terakhir gua rasa haus macam ini, beberapa tahun lepas. Itu jam gua duduk kampung lagi. Time gua pacak tiang pelita lepas waktu Asar. Gua rasa ada dekat dekat 30 batang gua pacak sendiri.

Gua la tukang cangkul tanah, gua tukang pacak, gua juga tukang 'piling' tiang pelita itu sendiri guna kayu beruti saiz peha gua, balance bapak gua buat dapur agaknya. Adik gua belum balik kampung lagi dari Politeknik. Abang gua pulak tengah in-charge ngecat rumah.

Itu jam, memang gua rasa nak sedut air dalam tempayan belakang dapur rumah kampung gua. Sejuk dan menyegarkan.

[,]

Elak elak gua buat gaya Ikan Haruan Kampung Menyambar Umpan untuk gua sambar air tembikai level king di Bayan Lepas ngam ngam bila gua dengar pembukaan azan ni kang!

Wednesday, August 18, 2010

Sedar tak sedar.

Sedar tak sedar la, dah seminggu dah puasa. Sedar tak sedar jugak, dah lebih kurang seminggu gua puasa kat Negeri-Kari-Sedap ni. Sedar tak sedar jugak, dah lebih kurang seminggu gua sahur Milo campur Nestum. Sedar tak sedar juga, dah lebih kurang seminggu jugak gua buka puasa ngadap PC layan Mafia Wars.

Sedar tak sedar juga, dah seminggu gua cuba kaedah See No Evil. Selain Hear No Evil dan juga Speak No Evil.

See No Evil adalah salah satu modus operandi gua yang paling gagal gua lakukan sepanjang minggu ini. Nak nak, bila masa gua keluar dari production line, satu minit awal dari waktu break operator operator.

Ini jam, bila gua dah lepas body scanning kat station pertama, gua akan duduk di kerusi besi sejuk dan nyaman untuk pakai stokin semula, pakai kasut semula, lipat jumpsuit baik baik, letak dalam raga plastik yang disediakan pihak kilang.

Waktu yang gua ambil biasanya bergantung kepada beberapa faktor. Kalau gua penat, lebih kurang 4 atau 5 minit juga gua duduk atas kerusi besi yang sejuk dan nyaman tu.

Kalau gua cergas, atau rasa nak terkucil, tak sampai satu minit gua dah settle semua.

Tapi, bila masa waktu operator operator keluar break, mau mau jejak 6 atau 7 minit. Ini jam, mata gua pulak menjalankan proses scanning.

Scan mana yang dah jadi mak orang, mana yang dah mengandung budak 3 bulan, mana yang level technician, mana yang level dah executive, mana yang dari department Die Prep, mana yang dari Wire Bond, mana yang dari Die Attach.

Semua gua scan. Tapi, bila bab operator indo yang level freshie keluar, kaedah See No Evil gua memang totally fail. Mata gua seolah olah tak mampu untuk menerima arahan otak untuk menolak.

Gua pun tak paham apasal dia orang suka pakai baju singkat belah depan dengan belakang.

Haih. Kurang pahala puasa gua beberapa percent.

Thursday, August 12, 2010

Cerita bulan Ramadhan gua.

Gua dengan adik gua, memang rapat. Macam brotherhood.

Dari zaman sekolah, sampai sekarang. Kalau gua balik ke King of Parit dari Kelumpo, dia pun akan balik ke King of Parit dari Johor Bahru.

Banyak benda kita orang kongsi sama. Dari baju, sampai ke boxer. Setakat short pant tu, kalau tak seluar dia yang gua pakai, seluar gua pulak dia sarung. Itu cerita dulu.

Sekarang dah lain sikit. Mungkin masing masing dah ada duit sendiri. Boleh beli sendiri sendiri punya baju dan seluar.

Biasanya kita orang akan lepak setable di kedai Badut. Kadang kadang, pergi ngeteh pun satu motor. Kalau gua yang bawak motor, dia duduk belakang. Vice versa.

Kiranya, kalau ada gua, mesti ada adik gua. Ramai juga yang kata kami kembar. Gua layankan aja.

Time time bulan puasa ni, ada satu perkara yang kita orang kongsi bersama.

Time lepas berbuka. Masa duduk rumah kampung dulu, gua dengan adik gua akan hilang. Kita orang lepak dekat anjung rumah. Duduk atas tiang roman. Sambil hisap rokok, sambil tengok bulan.

"Gua dah rasa dah Ngah. Lu?" tanya adik gua.

Lantas gua nyanyi, "Buffalo soldier." sambil ikut gaya Bob Marley kepala angguk angguk sikit.

"Yeah!" adik gua balas.

Nicotine pertama yang bersama asap rokok menderu deru masuk dari paru paru, terus ke saluran darah melalui alvelous dan terus dipam naik ke otak menjana satu perasaan yang high.

Nicotine rush.

Lantas, kita orang ketawa berdekah dekah macam orang hisap marijuana di kala maghrib bulan Ramadhan.

Tuesday, August 10, 2010

Nota untuk semua.

Kalau jadi, esok akan puasa. Makanya, puasa gua tahun yang ke 28...err..maksud gua tahun yang ke 24.

Apa apa hal, gua minta maaf kalau ada gua buat lu orang rasa terancam.

Selamat berpuasa!

Saturday, August 07, 2010

Nota untuk minda.

Dikala rakan rakan sedang berkira kira, sedang berfikir fikir, sedang bertilik tilik, nama nama terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan, atau anak kedua yang bakal lahir, gua pula tengah sibuk fikir macam mana nak dapat 'stamina' yang ada lambang pistol bangsa revolver yang tunjuk ke arah kanan bagi membolehkan gua 'fight' dengan lebih banyak lagi.

Atau, dengan bahasa mudahnya, kawan kawan lain dah nak ada anak, gua masih lagi sibuk dengan Mafia Wars gua.

Ah, rilek-rilek sudah.

Sampai point of complete each other tu, jadi la kang.

Tapi, kalau tak sampai gak, apa cerita?!

GULP!

Thursday, August 05, 2010

Keren!



Lagu ni buat gua rasa macam nak bawak kereta hitam gua laju laju dalam bandar, kalau tak Kelumpo, Georgetown. Langgar traffic light, ada aksi kejar mengejar.

Kalau kayuh basikal bukit, turun bukit laju laju, elak elak elak pokok. Segala pokok elak, dari pokok kelapa sawit sampai ke pokok kedondong.

Kalau bawak fixed gear, elak elak orang tengah jalan.

Kalau berlari, lari selaju mungkin. Celah celah bangunan, lompat bakul bakul peniaga jalanan, langgar troli kayu peniaga buah sambil tengok tengok belakang.

Memang 'masuk'.

Tuesday, August 03, 2010

Production line [2].

"Lewat balik hari ni?" tanya guard bernama Qahhair.

Antara guard yang baik dengan Rembo di kilang tempat dia mencari rezeki sekarang ni.

Selain baik dengan bos bos besar atau separa besar, baik dengan guard jika berada di tempat baru juga merupakan 'kit of survive' Rembo. Apa apa hal senang 'kawtim'.

"Biasalah. Tolong kawan sikit kat dalam tadi." Rembo jawap perlahan sambil sambil mengerling ke jam G-Shocknya. Dekat dekat 7:30 malam.

"Patut pun dah tak berapa nampak matahari." bisik hati Rembo. "Dah maghrib dah."

Selesai urusan dengan Qahhair, Rembo terus ke kereta. Di hempaskan badan ke kerusi sebelah pemandu yang sudah agak uzur, start kereta hitamnya, ON radio.

Sambil sambil dengar suara Miles Kennedy, Rembo menyalakan Dunhill Light. Kadang kadang, terpejam pejam juga mata Rembo sambil jari kirinya bergerak gerak mengikut 'goreng'an Slash.

Kereta hitamnya di biarkan melahu seketika. Warming up. Tips penjagaan kereta hitamnya yang banyak ragam tapi laju daripada salah seorang pakar dalam menjaga kereta buatan Itali.

Sambil sambil dengar Slash 'goreng', sambil sambil fikirannya melayang ke dalam production line pagi tadi.

"Baru padan dengan muka kau." bisik hati Rembo sambil tersenyum puas.

[,]

"Anything aaa, you just share with me. Even, you no need to share with my guy. Sometimes, in fornt of me, they say different. In front of you, they say different oso." kata mini bos berbangsa Tionghua department tempat gua bekerja.

"But boss..."

"No but but. Come sit sit." Kata mini bos sambil ajak gua duduk atas trunking punya cover.

"Sometimes, I feel not fair to you. Even my guy's mistake. I pun dah fed up with him. There's one thing dia hutang I barang dah lama dah." Kata mini bos sambil muka merah merah. Marah.

Rembo hanya angguk angguk perlahan. Dalam hatinya, dia sedar. Langkah pertama dalam misi Internal Affairnya menunjukkan progress positif.

Itu pun misi yang baru dirancang selepas Rembo tulis entri yang lepas. Misi untuk menjatuhkan seorang jurutera yang berperangai bodoh dan sombong serta berlagak terror dalam semua benda.

[,]

Boleh tahan juga Rembo punya dendam ni. Macam drama Melayu petang petang.

Monday, August 02, 2010

Note to self [3]

Jangan percaya 100% dengan orang Penang. Lebih specific, budak budak kilang yang namanya start dengan huruf A dan akhirnya E.

Kalau kawan dah lama kenal, lain cerita.

They are stupid bitches!

Thursday, July 29, 2010

Production line [1].

Pagi itu, macam biasa, lepas letak notebook dan juga diary atas UV power unit, Rembo terus ke depan mesinnya yang bersaiz lori ais. Matanya tertumpu pada skrin mesin. Portion lampu warna hijau pada tower lamp berkelip kelip, menandakan ada production wafer tengah jalan.

Mata Rembo terus tertumpu pada skrin. Mindanya terus fokus terhadap graf graf monitoring limit. Bacaan bacaan vacuum untuk setiap station, grinding value, grinding spindle position diteliti. Diam dan asyik.

Rembo tersenyum puas. Mesinnya berada dalam top from.

Tiba tiba,

"Eh, hang tau dak, Kak Ila tu dah dua bulan pregnant." Chom the Nong bersuara. Lelaki pertengahan 30-an. Berasal dari Siam.

"Tau. Budak shift aku tu pun ada yang pregnant. Baru lagi." sambut Elmy. Line technician kedua yang sifatnya slow and steady.

Rembo terus pandang skrin. Perbualan mereka tidak diendah.

"Semua tu operator yang jalan mesin ni pulak tu." sambung Nong.

"Mini boss kita pun sama. Ramai betul yang pregnant serentak sekarang ini. Sejak ada mesin ni la kot." kata Elmy sambil tunjuk mesin Rembo.

Rembo tergerak. Toleh ke arah mereka. Secara gerak perlahan.

Meraka, Nong dan Elmy, pada masa yang sama, toleh ke arah Rembo. Juga dalam gerak perlahan.

Mata mereka ada tanda soal.

"Lu orang nak tau sesuatu kenapa mereka pregnant?" Rembo bersuara sambil buat muka sinis, sambil angguk angguk kecil.

"Kenapa?" Nong dan Elmy tanya serentak.

Sambil melepaskan nafas yang berat, Rembo bersuara. Perlahan. Macam ada sesuatu rahsia yang perlu dibongkar. Dirty little secret.

"Gua set up machine ni dengan penuh kasih sayang. Ya, kasih sayang!" sambil tangan kiri Rembo mengusap usap perlahan mesinnya yang bersaiz lori ais sambil mata berkaca-kaca memandang Nong dan Elmy.

Lantas, Nong buat buat pergi cari allen wrench. Elmy buat buat jawap telefon bimbit.

Thursday, July 22, 2010

Penang - Day 122

Sedar tak sedar gua dah seratus dua puluh dua hari mencari sesuap nasi di Negeri-Kari-Sedap. Sepanjang seratus dua puluh dua hari ini juga macam macam gua beli untuk gembirakan hati gua yang sunyi.


Ni semua salah kutu ni. Dia punca gua terjebak semula secara giat dalam arena bundle. Ni giat bukan main main punya giat. Tahap kena selongkar setiap minggu. Kalau tak selongkar, boleh terkebil kebil pandang siling sambil tangan kat dahi sebelum tidur.

Ni separuh, separuh lagi gua dah masuk dalam beg balik kampung gua time gua kemas kemas nak balik Rumah Atas Bukit esok petang lepas kerja.

Gua saja beli banyak banyak, buat koleksi. Kalau gua bosan, gua jual kat Mudah. Simple as ABC.

Ni pulak gua saja saja beli untuk masa depan. Mana tahu gua dah tua nanti, dah tak kerja, makan duit pencen dengan duit anak anak, anak anak jauh, cucu cucu lawat time cuti sekolah je, bini dah tidur, nak 'membajak' tanah pun dah tak larat, gua duduk la dalam mini perpustakaan gua baca buku buku ni sambil sebelah gua ada kopi 'O' cap Kapal Api versi yang ke berapa ratus pun gua tak tahu.

Tuesday, July 20, 2010

Ayat keramat hari ini [sekuel].

"Dah alang alang gua sampai Gurney Plaza ni, baik gua cari CD." bisik hati gua.

Lama juga gua rasa tak beli CD original. Last gua beli CD original time kat Tower Records Jepun sana. Itu pun Toe punya pasal.

Kalau tak memang semua gua 'sedut' dari Mediafire. Bila burn dalam CD-R, bunyi ala kadar. Kick kurang. Gua rasa suara Amar nyanyi lagu Padeli Penggoda time Frinjan hari tu lagi sedap.

Tambahan, sistem bunyian kereta hitam gua masih lagi dalam level rendah. Ada juga cita cita gua nak bagi sedap. Tengoklah!

Bila escalator bergerak naik perlahan lahan, hati gua semakin berdebar. Bila makin naik, makin besar kedai jual CD depan gua terpampang. Gua senyum. Mata membesar. Excited. Gua angkat seluar yang terlondeh sikit, jalan semangat masuk kedai CD.

Dalam kedai CD gua mula rambang mata. Kalau tak fikir pasal nasi kandar yang agak mahal kat Penang ni walaupun murah dari Kelumpo, memang rasa gua dah boleh jadi tauke CD petang tu.

[,]

Sejak dari petang Sabtu lepas, sampai ini jam, setiap kali gua masuk kereta hitam gua, memang tak sah kalau gua tak buka volume dekat 30 dengar 'goreng' si Slash. Sambil angguk angguk comel.

Nak nak ada Ozzy, Iggy Pop, Chris Cornell, Fergie. Adam Lavine dengan Kid Rock tak sangat.

Tapi bila lagu Promise yang feat Chris Cornell, feel lain macam sikit. Memang gua nyanyi sampai pejam pejam mata dia punya feel walaupun gua tengah 'tarik' gear dua kereta hitam gua lepas traffic light.

[,]

Lantas gua rasa macam nak beli tiket Slash punya konsert kat Sunway kang.

Saturday, July 17, 2010

Ayat keramat hari ini.

Gua celik celik mata pagi tadi, gua macam blur sekejap. Gua lupa hari, gua keliru hari ini hari kerja ke hari cuti. Gua keliru, kalau hari cuti, apa hal gua bangun awal sangat?

Setelah tengok jam handset gua, gua pasti hari ini adalah hari cuti. Sambil tenung tenung siling, gua fikir nak buat apa. Tiba tiba gua teringat gua nak cari buku tutorial Corel Draw. Partner-in-crime gua tengah semangat mulakan perniagaan.

Gua dengan partner-in-crime memang selalu bersaing. Kalau tak pengetahuan am, pasal musik. Bersaing siapa yang tahu dulu. Kalau tak tak pun, kasut, baju dan jeans. Sebab tu gua ada 13 pasang kasut.

Sekarang ni, gua tengah cuba untuk bersaing pasal design. Itu pasal gua nak cari tutorial Corel Draw. Dia dah hebat Corel Draw.

Tengah gua siap siap nak ke Gurney Plaza, customer gua call. Mintak tolong gua ambil dia di Queensbay Mall. Kereta rosak katanya.

Itu jam gua tengah lipat seluar gua paras atas buku lali. Tengah 'in' fesyen macam ni sekarang. Nak nak gua belum nampak lagi budak budak Penang pakai cara ini.

Gua sarung baju 3/4 atau baseball cut. Baju putih, lengan biru. Dada ada cop Cubs untuk Chicago Cubs. Letak cap atas kepala stail tak masuk penuh. Sembur perfume Burberry kat leher kiri kanan, sarung kasut Vans, sling messenger beg Stussy, jeling cermin sambil senyum. Yakin.

Ready to go.

[,]

"Sebelum sampai rumah gua, kita makan dulu? Lu dah makan?" cadang Bobby. Customer gua yang paling rapat dengan gua.

"Baru bangun maaa...mau makan apa. Boleh juga lunch sekali." gua bersetuju.

[,]

"Lu apa pasai pakai kasut tak pakai stokin? Lagi, seluar lipat tinggi? Lu ingat Penang ini banjir aaa? Gua tengok lu pakai ini macam dah macam China punya swimmer." ujar Bobby sambil jalan bersebelah gua tuju meja makan.

Gua pandang Bobby stail menyorot ganas.

"Huh, buta fesyen!"

[,]

Lantas, sepanjang hari ini gua membebel dengan ayat keramat gua pada siapa siapa yang pandang gua pelik kat Gurney Plaza dan juga Komtar.

Untuk mak gua sempena Hari Lahir ke 59 tahun 2 hari lepas.

Sejak akhir akhir ni, gua memang tidur awal. Dengan erti kata lain, tertidur lepas maghrib. Lantas gua terlupa post entri entri wajib setiap tahun gua.



Bila gua search lagu lagu untuk mak, gua nampak tajuk ni. Dengan pantas gua copy embed, post kat sini.

Lirik di sini.

Mungkin gua ada senyum yang sama dengan mak gua tapi, mata biru tu sure tak ada. Oh, lagi satu, memang gua sweet pun. Macam gula batu.

Happy birthday Mak!

Monday, July 12, 2010

Gua bukan Hujung Tegak.

Hari ini gua cuti. Sabtu dengan semalam gua kerja. Time orang cuti gua kerja, time orang kerja gua cuti. Cara!

Kalau dah cuti, memang seronok. Tidur tak ingat nak bangun. Cahaya matahari dah melimpah limpah masuk celah langsir bilik gua, baru gua nak bangun.

Itu pun sebab gua nak ke bengkel. Kereta hitam gua buat buat merajuk sikit. Nasib baik badan besi, kalau ada daging dah lama gua cubit kat pinggang.

Nasib baik nafsu gua terhadap bola dah kurang. Paul si sotong jahanam tu memang buat gua betul betul hilang selera tengok World Cup. Tapi, 'cup' yang lain yang ada renda renda warna warni tu tetap sedap gua layan. Cerita lain.

Jadinya, tak adalah gua kecewa sangat malam tadi.

Selesai urusan gua di bengkel, terus gua pulang ke Rumah Atas Bukit. Perut dah main lagu lagu Grave Dancer. Laju. Bergendang gendang.

Sempat juga gua beli asam pedas dengan ikan masin dari golongan ikan sepat. Itu jam, memang dah tak terbayang kesedapan gua makan tengah hari sambil berlengging depan TV. Duduk atas lantai, kaki sebelah lipat, sebelah lagi buat tongkat tangan kanan. Tangan kiri tompang pinggan. Macam pahlawan.

Tapi, bila gua sampai Rumah Atas Bukit, dekat mail box gua ada sampul surat besar kena paksa masuk mail box. Tak muat. Jadinya, berkedut sana sini. Sekali pandang macam bentuk kotak pun ada.

Bila dah dekat, baru gua perasan. Sampul pos laju. Nama gua. Gua siap ter'pause' beberapa saat. Mana punya kutu pulak hantar pos laju kat gua ni. Setahu gua, yang selalu hantar pos laju ni, kalau tak bapak gua hantar roadtax kereta, makwe gua hantar kasut.

Bila gua pusing belakang sampul pos laju, gua nampak nama dengan alamat seorang brader. Gua set nama dia kat handphone gua sebagai Penghulu Hardcore Ulu Tiram.

Itu jam gua dah sengih sampai telinga. Kalau esok malam gua pakai jalan jalan tepi laut depan Pulau Jerejak sambil sepak sepak batu dengan baju ni pun gua tak ada hal. Apa tah lagi setakat pergi makan udang sorang sorang kat Teluk Kumbar.


Tapi, bila gua ada dengar ayat,

"Kata xSTRAIGHT EDGEx, tapi hisap rokok!"

Tanpa teragak agak terus gua lempang tanpa belas kasihan.

Saturday, July 10, 2010

Paul Si Sotong adalah overrated.

“Paul merupakan sotong kurita profesional. Ia tidak kisah langsung dengan kehadiran ratusan wartawan yang menyaksikan kemahirannya dan mengulas setiap gerak-gerinya,” kata Stefan Porwoll, pengurus akuarium Sea Life.

I was like...WHAT THE FUCK!!!!

Sekarang ini, ramai kaki kaki judi tengah sedap dapat duit judi sebab percayakan Paul ni.

Sekarang ini, ada kaki kaki judi yang pening kepala cari duit nak bayar hutang sebab tak percayakan Paul ni.

Sekarang ini, kepala kepala bookie tengah ketawa guling guling tengok korang yang percaya dengan Paul ni.

Esok esok suruh binatang ni ramal hari kiamat pulak. Duh!

Sunday, July 04, 2010

Hidup turun naik macam Roller Coaster.

Sejak minggu lepas, hidup gua macam roller coaster bak kata Ronan Keating.

Hari ini, gembira, mana tahu esok lusa murung. Tak lama lepas tu, gembira balik. Macam Roller Coaster bak kata Ronan Keating.

Dua Jumaat lepas, gua pulang ke Rumah Atas Bukit. Hari esoknya, gua ada kenduri kahwin sepupu gua dekat Rembau. Satu family gua ada. Ini peluang untuk jumpa family gua yang dah dekat 4 bulan gua tak jumpa.

Paling excited, nak main dengan anak anak buah gua. Biasalah tu. Excited.

Pada masa yang sama, pagi Sabtu tu, gua dapat ultimatum dari Penari Kecil gua. Mesej yang cukup untuk gua emo. Emo semula dalam excited. Macam roller coaster bak kata Ronan Keating.

Perang dingin.

Hari Isnin pagi, gua gerak ke Penang semula. Sampai-sampai Penang, kereta hitam gua buat hal. Emo bertambah emo.

Sampai hari Jumaat, kereta hitam dah ok. Enjin cantik. Baik punya bikin, bunyi ala ala Mustang GT500. Kuasa sebenar kereta hitam gua dah kembali. Senyum ear to ear.

Hati gembira.

Tambahan perang dingin tamat. Masalah selesai. Communication is the key.

Double gembira. Double smile ear to ear.

Tambahan, Brazil kalah dengan Belanda.

Triple gembira. Triple smile ear to ear. Perfect!

Tapi, malam tadi, gua kecewa. Germany terlalu kuat. Defend yang sangat tight, counter attack yang sangat berkesan.

Gua emo semula.

Hidup turun naik macam roller coaster bak kata Ronan Keating.

Wednesday, June 30, 2010

Senarai hajat (update).

1. Zippo lighter. - DONE
2. Oakley shade. Hijinx or Gascan.
3. NB shoe or Asics or Adidas. Working purpose. - DONE
4. Vans or All Star high cut. Melaram purpose. - DONE
5. External hard disk. Buffalo or WD. - DONE
6. Crocs sandle (?).
7. Billabong or QS beach bermuda.
8. Bearing for my Alfa’s engine. -DONE
9. Variator for my Alfa’s engine.
10. Loius Garneu or Specialized or GT or Orbea or Cinelli (?) bicycle.
11. Nike messenger (?) bag or Deuter Hydrapack.
12. Ring. Ring...??

Banyak lagi ni. Start esok, gua kerja keras semula. Dah lama sangat pulak gua rasa macam kerja main main.

Soalan berat.

Dalam kepala gua ada satu perkara yang buat gua kusut bagaikan benang dilanggar ayam bak kata Tony Wong.

Sejauh mana pentingnya things in common tak kira apa sama ada musik, minat, sukan, fesyen, tokoh yang diminati, cara berfikir, atau apa sahaja antara pakwe dengan makwe dalam suatu hubungan?

Monday, June 28, 2010

Biru kereta hitamku.

Tahun lepas, time hari lahir gua, gua kena pow dengan kereta hitam gua dekat dekat RM300.

Semalam, hari lahir gua.

Hari ini, gua kena pow dengan Polis Diraja Malaysia masa kat highway on the way balik ke Penang dan juga kereta hitam gua terus merajuk. Major breakdown. 4 5 hari masuk bengkel sifu-besar-cawangan-utara.

Tambahan dengan hati dan kepala yang sedikit bercelaru.

Lantas gua bukak Muday.my

Thursday, June 24, 2010

OST

"Bang. Muka Ainon mirip Cinta nggak?" tanya Ainon, operator kilang tempat gua mencari sesuap nasi sambil pintal pintal hujung rambutnya.

Ok. Gua tipu bab pintal hujung rambut.

Itu jam Ainon tengah sibuk letak ring cassette dalam mesin saw. Gua pulak, tengah tak ada kerja. Mengacau operator.

"Ada. Mirip sikit." gua jawap untuk ambil hati. Padahal tak sama langsung.

[,]

3 jam sebelumnya. Dalam production line.

"Ainon tahu ngak filem Ada Apa Dengan Cinta?"

Itu jam, gua tak tahu apasal muka Dian dan juga lagu lagu Melly Goeslow kuat terngiang ngiang dalam kepala gua.

"Tahu. Kenapa bang?"

"Kalo gitu, lo mesti tau lagu lagu Melly kan?" gua tanya sambil buat buat selanga pria pria Jakarta.

"Yang mana satu siih?" jawap Ainon.

"Seluruhnya." jawap gua. "Denting yang berbunyi dari dinding kamarku...." gua mula menyanyi lagu Melly Goeslow.

"Tahu ngak lagu ini?" tanya gua.

"..sedarkan diriku dari lamunan panjang." sambung Ainon dari lagu Denting yang gua nyanyi.

Itu jam, sebelum melarat, gua blah ke mesin gua.

Bahaya.

[,]

Sudahnya, sepanjang shift, Ainon nyanyi lagu lagu Melly dari OST Ada Apa Dengan Cinta bila masa nampak gua tengah lalu lalang.

Gua hanya mampu senyum walaupun muka gua ada face mask.

Rasa menyesal pun ada juga jauh dalam hati gua bila gua ajak Ainon berbual pasal lagu lagu Melly Goeslow.

[,]

Esok, jangan Ainon suruh gua baca puisi yang 'ku berlari ke hutan' tu dalam production line sudah. Mahu jealous operator operator yang lain kalau nampak ke'intim'an gua dengan Ainon.

Wednesday, June 23, 2010

Minggu Tanpa Makanan.

Tengah sedap gua drive balik ke Penang, gua rasa tak sedap hati. Kereta hitam gua lain macam. Tak 'pergi'. Panjat bukit area Ipoh pun tak syok. Ada sesuatu yang tak kena.

Tengah sibuk gua berfikir pasal prestasi kereta hitam gua, tiba tiba gua teringatkan bunyi asing dalam enjin kereta hitam gua sebaik gua sampai ke Rumah Atas Bukit dari Penang Jumaat lepas. Enjin kereta hitam gua ada bunyi macam cicak.

Gua agak panik.

"Kot ye pun merajuk, janganlah sampai buat bunyi cicak Jin." gua bisik perlahan lahan sebelah head enjin kereta hitam gua time gua tengok tengok apa yang patut.

Gua fikir fikir, ini mesti timing belt. Tapi, itu jam, gua keliru, timing belt gua ni jenis 60000km baru tukar ke, atau 40000km.

[,]

"Ah Wa, ngo Rembo la." gua memulakan perbualan dalam dialek Kantonis. Taktik beramah mesra dengan mekanik gua di Penang. Untung untung boleh dapat harga murah sikit.

"Rembo?"

"Alfa 145. Black colour, 8282." gua beri penerangan ringkas.

"Owh ya ya ya. What's the problem?" tanya Ah Wa. Mekanik gua di Penang.

"You free today? Coz I need you to check my timing belt la. Can aa?"

"Ya free. Come to my place a. Where are you now?"

"On the way to Penang. Around 1 or 130 pm I sampai tempat u aa?"

"Ok ok." balas Ah Wa, mekanik gua di Penang.

[,]

Selesai kerja gua dikilang, tanpa buang masa terus gua menghala ke workshop Ah Wa dengan kereta kawan gua.

Sebaik gua tiba di kedai Ah Wa;

"You are lucky man!" kata Ah Wa, mekanik gua di Penang.

"What's up?" gua tanya.

"Your tensional belt almost putus you know. Just in time you change it." kata Ah Wa, mekanik gua di Penang sambil tunjuk belt lama. Bersungguh sungguh.

"If this putus, then you die la kawan. At least, 4k mau bikin balik lu punya enjin. All valve wil gone." sambung Ah Wa, mekanik gua di Penang.

"Owh ok. How much aa Wa?" gua balas sambil sambil gua agak agak harga belting dengan bearing untuk kereta hitam campur dengan labour cost sekali sambil sambil gua pegang pegang dompet Mont Blanc gua dalam poket sebelah kanan belakang jeans gua.

"He he he." balas Ah Wa sambil tunjuk bil.

"He he he." gua balas tak berapa ikhlas. Padahal dalam hati gua dah berpeluh peluh. Peluh besar imajinasi kat dahi gua pun keluar.

Lantas lepas tu, gua isytihar minggu ini adalah Minggu Tanpa Makanan.

Sunday, June 20, 2010

Kucing dalam buai.

Tengah sedap gua cari bundle kat Penang, tiba tiba, sayup sayup, gua terdengar bunyi ada manusia tengah potong rumput.

"Celah mana pulak orang potong rumput tengah tengah bandar ni?!" bisik hati kecil gua itu jam.

POOOF!

Gua tersedar. Rupanya gua cari bundle dalam mimpi. Dan bunyi mesin rumput tu betul betul wujud. Orang belakang rumah gua tengah upah bangla potong rumput belakang rumah dia.

Belakang rumah dia adalah belakang rumah gua juga. Jadinya, bunyi tu betul betul kuat dan mengganggu tidur tengah hari Ahad gua.

Tanpa gosok gigi atau buat air Nescaffe, gua terus 'kejut'kan PC gua yang ada sebelah kepala gua untuk cari mood hari Ahad. Buka Facebook. Tengok perkembangan rakan rakan. Biasa-lah!

Sedang asyik gua tengok sana sini, ada gua terperasan satu video. Ada mamat post kat wall dia. Gua tengok video dari band Ugly Kid Joe, lagu Cats in the Cradle.

"Sedap ni lagu ni." bisik hati gua sambil tenyeh tenyeh mata. Semangat rockin' gua menaik itu jam.

Last gua dengar lagu ni time rancangan reality TV Rockstar kat channel Star World. Ada seorang kategori mama mat saleh yang rock cover lagu ni.

Sambil sambil gua layan video clip Ugly Kid Joe ni, gua baca komen komen kat bawah video ni kat wall Facebook mamat yang post video ni.

Baru gua sedar, hari ini Hari Bapa. Dan video ini memang touching sikit. Lantas gua google lirik dia. Gua baca. Gua dengar lagu sambil tengok video clip.

Touching memang touching. Rasa sebak hinggap ke dada gua itu jam. Maklumlah, gua dah lama tak jumpa orang tua gua. Masuk 4 bulan dah.

Lantas gua capai phone gua. Dial nombor ayah gua.

"Selamat Hari Bapa!" gua wish.

"Ahahaha...thank you son." balas ayah gua.

[,]

Tanpa lengah, gua buka Facebook abang gua, copy URL video ni, gua paste kat message box untuk abang gua. Sekali dengan lirik dia dengan ucapan;

HADIAH HARI BAPA UNTUK LU. JANGAN EMO SUDAH.

Nasib baik ayah gua tak ada Facebook, kalau tak, harus juga gua post sekali kat wall dia.



Lantas gua cover lagu ni secara akustik sambil melalak lalak penuh perasaan sebelum mandi.

Thursday, June 17, 2010

Cerita Piala Dunia.

"Kalau gua bertaruh tadi, boleh jadi kebun kelapa sawit belakang rumah kampung gua tergadai!" kata Rembo kepada dirinya sendiri.

Berikutan kekecewaannya dengan pasukan ranking nombor dua dunia walaupun pasukan ranking nombor dua dunia itu bukanlah pasukan pilihan hatinya untuk Piala Dunia kali ini cuma Rembo mengharapkan persembahan terbaik dari pasukan ranking nombor dua dunia yang dibarisi dengan pemain pemain ternama dunia selepas permainan yang bosan dari pasukan hebat macam England dan Ivory Coast dan Perancis dan Italy dan Portugal dan Paraguay.

Nasib baik Argentina main tak bosan sangat.

Tuesday, June 15, 2010

Drama petang Ahad.

"Mana beb lepas ni?" tanya Bosol.

"Minum la. Amacam?" Rembo mengusulkan pendapat.

"Cantek gak tu. Mana?" tanya Bosol yang sekarang semakin jalang.

"Hmmm...Bangi Kopitiam la. Dekat dengan umah lu, dekat dengan rumah gua." kata Rembo sambil jeling ke arah Nyab.

Mana tahu, si Nyab nak terus balik rumah di Kampung Air Pa'abas. Nanti, rasa bersalah pula si Rembo kalau kalau si Nyab balik lewat.

"Lu amacam Nyab?" tanya Rembo.

"Tadak hal la. Sekali sekala layan kawan kawan."

Bosol, Rembo dan Nyab senyum gembira. Acara minum minum lepas kenduri kahwin antara akitiviti biasa orang bujang.

Member member dah kahwin ni payah sikit. Yelah, hidup berdua. Ada saja tempat nak dituju atau perkara nak dibuat. Kerumah makcik sebelah bini lah, birthday anak makcik sebelah laki lah. Biasalah tu. Normal.

"Tadi gua dengar ada macam nak minum minum? Gua nak join. Boleh?" Lan pula mencelah.

Sambil sambil sibuk dengan Sony Alpha 700nya. Sekejap sekejap diusik lens kameranya. Sekejap sekejap, dibidik entah apa antara ramai ramai manusia yang datang ke majlis kahwin Pino.

"Haah. Minum kat Bangi." terang Rembo.

"Bangi? Jauh sial!?" Lan bersuara separa menjerit. Rumah di area Keramat AU, nak join minum sampai Bangi. Memang jauh.

Bosol pandang Rembo, Rembo pandang Nyab. Nyab pandang Bosol.

"Hmmm...dekat sikit la." Lan memujuk.

"Hmmm..oklah. Jusco AU 2 sudah. Semua senang. Kitaorang semua satu jalan nak balik." Rembo bagi cadangan.

[,]

"Minggu depan rumah Buyeng pulak." Rembo berhenti bersuara.

SRUUUTTT!! Disedut air Ice Lemon Tea dari Subway.

"Maybe last wedding kawan kawan dalam tahun ni." sambung Rembo lagi.

"Yeke?" Lan bersuara sambil pandang Bosol dan Nyab.

"Yelah. Siapa lagi?"

"Lu orang perasan tak? Dalam ramai ramai kawan kawan rapat, tinggal kita empat orang ni je yang belum selamat. Lain lain selamat dah." kata Rembo sambil hembus asap Dunhill Light ke udara.

Sambil sambil tu, pandangannya diarahkan ke kawasan parking kereta. Sambil sambil fikirannya jauh melayang ke King of Parit. Teringatkan makwe yang dah lebih 3 bulan tak bersua muka.

Rindu.

Bosol, Nyab, Lan, diam.

Mungkin masing masing terfikir kebenaran kata kata Rembo. Mungkin masing masing juga teringatkan makwe masing masing. Mungkin masing masing juga tengah fikir duit dalam bank. Mungkin masing masing juga tengah mengelamun malam pertama.

Siapa tahu?

Petang itu, Subway Jusco AU2 menjadi saksi. Saksi kepada empat orang jejaka yang masih mempertahankan status bujang antara rakan rakan rapat. Empat orang jejaka yang masih steady nak kejar hal hal yang belum mereka dapat. Empat orang jejaka yang masih steady nak kejar hal hal yang belum rasa sebelum kahwin.

Dan petang itu juga, Subway Jusco AU2 menjadi saksi tertubuhnya League of Singleman yang akan bertahan mungkin tak sampai setahun dari sekarang.

Selesai minum, empat orang sahabat beredar. Tinggalkan League of Singleman.

"Kita tengok siapa yang paling lambat!" Rembo separa menjerit sambil toleh Bosol dengan Lan, sambil jeling kearah Nyab, sambil senyum senyum sendiri.

Monday, June 14, 2010

Denim is dead.

Malam Khamis tu, lepas main futsal seround, Rembo terus bergegas ke Shell berdekatan. Hajatnya untuk isi minyak kereta hitamnya full tank.

Malam Khamis tu, lepas isi minyak kereta hitamnya full tank, Rembo bergegas kemas kemas baju. Mana yang nak bawa balik ke ibukota dilipat elok elok. Masuk dalam backpack.Yang nak ditinggal dalam luggage, pun dilipat cantik cantik. Biar muat luggagenya.

Niatnya, lepas solat Jumaat esok mahu pulang ke ibukota. Hari Ahad, ada jemputan perkahwinan. Seorang rakannya dari universiti dahulu.

[,]

Dalam perjalanan merentas negeri Perak, kepala Rembo sedang ligat mengatur rancangan dan aktiviti sepanjang minggu. Sambil sambil ditemankan dengan musik hingar bingar screamo. Yang tak habis habis menjerit dengan gitar yang laju laju kemudian perlahan. Rembo suka.

Ada juga Rembo rasa teruja untuk ke jemputan perkahwinan tersebut. Selain daripada jumpa kawan kawan sambil bergelak ketawa, sambil bertukar tukar berita, makan sedap sedap, usha usha makwe, kutuk member member lama, tengok seri pengantin, Rembo fikir dapat juga dia melaram.

Bila masa lagi nak melaram selain daripada pergi kenduri kahwin. Takkan pergi masuk kilang nak melaram. Mana ngam!

Sesekali sambil layan selekoh sebelum terowong di Ipoh, Rembo terfikirkan baju yang akan dipakai, seluar yang akan dikenakan, kasut yang akan disarung.

"Baju petak petak cutting western dengan seluar cutting drain pipe sudah. 'Uniform' kenduri kahwin." bisik hati kecil Rembo sambil tersenyum senyum seorang diri sambil membayangkan dressingnya pada hari Ahad nanti.

[,]

Bila tiba hari Ahad, Rembo steady keluarkan seluar cutting drain pipe dari gerobok purplenya. Yakin. Dengan tanpa was was, disarungkan seluar cutting drain pipenya.

Dengan penuh rasa marah dalam hatinya, Rembo berazam untuk kumpul duit. Paling lewat, paling tidak, hujung bukan Julai dia mesti ada basikal.

"Mana boleh jadi macam ini. Semua seluar gua dah jadi kecik!" bentak hati Rembo yang panas membara sebab seluar kegemarannya sudah tak muat lagi.

Wednesday, June 09, 2010

Syukur dan juga gua.



Lagu ni buat gua rasa nak tukar gua punya profession musik. Dari bunyi bunyian nyaring gitar dan drum kuat kepada beat beat yang akan buat lu mengangguk angguk sambil buat muka stail stail sikit. Sambil ada bunyi piring hitam kena gesek.

Nak nak Kartel yang produce. Gua memang ada sikit respect pada Joe Flizzow. Gua pandang Joe macam gua pandang Jay Z. Sama level.

Pertama kali gua dengar lagu ni, time AIM kalau tak silap gua. Alimet pakai smart smart sambil nyanyi dengan microphone oldschool. Bergaya juga bisik hati gua itu jam.

Sekarang ini, gua punya masa pagi, lepas bangun tidur untuk pergi kerja, gua akan buka lagu ni. Baru spirit menaik bak kata budak budak Primary.

Itu jam pun memang nak keluar cari rezeki. Memang kena. Sambil sambil tu, gua rapping sekali sikit sikit sama dengan Altimet. Agak bersemangat juga gua.

[,]

Tapi, pagi tadi, apahal gua kena tunggu customer gua datang untuk escort gua sebelum ke dalam production line sampai dua jam lamanya.

Syukur gua entah kemana, semangat kerja gua entah kemana.

Nampak sangat gua memang tak boleh nak jadi B-Boy.

Thursday, June 03, 2010

Efek selepas ditegur kakak operator.

Sejak pengalaman ngeri gua ni, gua memang tak selincah dulu. Tak se'fit' minggu lepas. Badan gua mula sakit sakit sana sini.

Masuk malam semalam, dah dua malam straight gua tidur tak tutup lampu. Bukan sebab apa, cuma gua terus tertidur bila habis baca Memories of My Melancholy Whore. Bangun pagi, badan rasa tak berapa sedap.

Mata manjang mengantuk. Kelapa blur blur, masuk tengah hari baru ok sikit.

Sekarang ni, hidung gua mula tersumbat. Tekak dah mula sakit. Kepala berat sikit. Badan panas sejuk panas sejuk.

Oh tidak. Jangan demam sudah hujung minggu ni, selain daripada gua nak repair aircond serta alignment kereta hitam gua supaya 'ketat' sikit masuk selekoh selekoh kat highway area Ipoh, gua nak juga tengok band berprofil tinggi ni beraksi kat Frinjan.

Kuang ajaq punya jumpsuit, ini semula salah lu!

Monday, May 31, 2010

Pengalaman gua digoda kakak operator.

Lepas gua sembahyang maghrib kat Petronas R&R Tapah, gua teringat sesuatu. Salah satu benda penting dalam kerjaya gua tertinggal. Cantik je tersangkut bawah tangga Rumah Atas Bukit gua. Siap bergoyang goyang dek tiuapan kipas siling.

Gua fikir bercampur geram sambil mengetap bibir.

[,]

Gua masuk kilang customer gua pagi pagi, gua nampak senior engineer tengah hisap rokok. Baik punya tengah tarik.

Perlahan lahan gua datang sebelah.

Dengan nada berbisik, gua cakap;

"Boss, gua ada prob la. Tolong 'payung' gua jumpsuit boleh? Gua punya tertinggal kt KL la." sambil buat muka sedih.

"Ok. Lu tunggu gua kat changing room. Nanti gua hantar kat lu." sambil jeling gua.

"Cantek. Hang memang sempoi cukup!" sambil sebelah tangan gua buat gaya 'good' sebelah tangan lagi tepuk bahu senior engineer.

[,]

Lima minit gua tunggu kat changing room, senior engineer tak datang datang. Yang datang seorang akak operator yang gua rasa anak dah 3 4 orang kot. Itu pun gua ukur berdasarkan bentuk badan.

"Tunggu siapa Rul?" tegur akak operator.

"Ekhwan kak." gua jawap. Tapi gua tak pelik dari mana dia tahu nama gua.

"Owwh. Ni nak training ka sat gi?"

"Ha la. Join sekali kan kak?" tanya gua memandangkan schedule gua memang kena training operator.

"Memang nak join. Tapi, ada kerja kat tempat lain pulak la ni. Lama lagi dak kat sini?"

"Lamaaaa." jawap gua.

"Lama lagi ok la. Nanti training la akak."

Gua mula rasa lain macam.

"Boleh." gua layankan.

"Kita training berdua je ye?"

Perghh...ini jam, gua memang dedor. Berdebar lain macam. Lain macam punya lain macam. Bunyi pun lain macam.

Sambil sambil gua telan air liur, gua balas dengan senyum plastik. Lantas gua buat buat buka diary gua cari nota itu jam sambil kerut kerut dahi.

Dalam hati gua menyumpah. Ini semua jumpsuit punya pasal. Kalau gua tak tertinggal, memang gua tak kena goda.

Itu jam, gua punya fikiran dah melayang sampai ke gua tengah strip pakai baju bomba ataupun party boy yang ada pakai bow-tie.

Ngeri beb, ngeri!

Kembalikan 'modjo' gua semula!

Gua punya kuat bekerja sampai hilang kata kata dalam page ni. Modjo gua pun entah dah kemana dah.

Mungkin gua kena pulang ke King of Parit. Duduk atas jambatan parit depan rumah lama gua, sambil kuis kuis air parit guna hujung ibu jari kaki sambil tengok ikan puyu dengan ikan seluang berenang bebas.

Atau.

Pekena ikan kembung goreng dengan sayur pucuk paku masak lemak dari air tangan mak gua.

Atau.

Pekena pisang goreng kedai Badut sambil sambil usha makwe makwe King of Parit keluar jalan jalan waktu maghrib dengan rambut basah lepas mandi dan juga pakai seluar track bottom untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Atau.

Pekena cendol madu Ejay sambil sambil buat lawak pasal budak budak rempit yang dah pandai pakai kasut All Star dengan Ray Ban aviator siam. Sekali dengan rambut kuning. Dengan alis alis sekali kuning.

Atau.

Habiskan segala buku cerita dari Chuck Plahniuk, J.D Salinger, Dostoyevski dan juga Faisal Tehrani yang gua beli dan juga dah lama terperuk dalam luggage bag gua.

Atau.

Jalan jalan dalam BP Mall sambil genggam tangan makwe gua ketat ketat tak bagi 'can' lepas.

Ah, celaka!

Sunday, May 23, 2010

Kidal.

Gua agak teruja dengan manusia kidal. Natural character gua. Bila masa gua nampak orang yang belum gua kenal sangat, biasanya gua akan tegur,

"Eh, kidal eh?"

Sebagai topik pertama untuk berbual. Gua pun tak tahu apa yang gua suka sangat dengan manusia kidal ni. Bagi gua macam...err...comel.

Minggu lepas, gua train operator operator pun sama. Bila masa gua nampak ada beberapa yang tulis nota training gua guna tangan kidal, gua rasa teruja.

"Wow, kidal!" sapa gua spontan dan berbaur teruja.

Lalu sapaan gua di balas dengan senyum dan jelingan manja. Senyum tu gua agak la. Sebab, dalam production line mana boleh nampak diaorang senyum ke apa. Semua pakai face mask. Tapi, kerut hujung mata tu buat gua yakin mereka tersenyum.

Ramai juga operator operator yang kidal dalam kilang gua kerja ni. Rasa macam nak mintak nombor terus pun ada perasaan gua itu jam.

[,]

Tengah sedap gua buat kerja dalam bilik hotel, atas meja solek yang menghadap cermin, bersebelahan dengan tingkap yang gua bukak sikit bagi udara masuk, sambil sambil tu gua usha TV.

"Perghh...apahal ramai sangat yang kidal dalam TV ni?" detik hati gua sambil sambil gua buat kerja sambil sambil tengok TV.

Makin gua rasa macam dalam heaven of left-handed. Makin gua teruja.

Semua orang gua tengok kidal. Artis-artis kidal, tukang masak kidal, wartawan kidal.

Gua semakin keliru. Peluh jantan mula nak menitik. Cuak.

[,]

Tap! Tap!

Gua baru sedar. Rupa rupanya gua tengok TV dari cermin depan muka gua. Memang la semua nampak kidal.

Haram betul!

Friday, May 21, 2010

Ini entri marah!! [7]

My customer is a stupid bitch!!

Full stop.

Monday, May 17, 2010

Blues Anak Pulau.

Tepat jam 3.30 petang tadi, lepas gua training makwe makwe operator cara cara nak jalankan mesin gua, lincah gua keluar production line. Tak toleh kiri kanan dah. Menonong laju.

Dalam kepala gua cuma ada Dunhill Light. Power gua semakin kurang. Dan juga air Tea O Ais Limau dalam tin. Buat sedap sedap tekak.

Penat jangan cakap. Rasa rasa gua, berdasarkan kredibiliti gua mengajar makwe makwe operator tu, boleh kot dapat anugerah Guru Harapan tahun depan.

Settle body scanning dari guard yang asyik cari emas dalam badan gua, terus gua capai Dunhill Light satu kotak, lighter Zippo gua dengan telefon bimbit gua guna tangan kanan dari locker-kecil-penyimpan-barang-barang-sebesar-rumah-burung-merpati. Tangan kiri gua genggam Teh O Ais Limau dalam tin. Sejuk. Sedap.

Tanpa buang masa, gua labuhkan punggung gua atas curb kat smoking area yang pantang budak budak skate nampak manjang nak buat nose-slide.

"Ting!" bunyi Zippo gua bergema seantero smoking area bila gua flick penutup dia.

Ada dua tiga mamat shift B duk jeling gua. Gua senyum simpul sambil angkat kening sebelah gaya Ziana Zain.

"Fuuuuhh." bunyi gua hembus asap Dunhill Light perlahan lahan. Pada masa yang sama, peluh sebesar kepala jarum peniti mula mengalir dari dahi gua.

"Fuuuuhh." sekali lagi gua hembus Dunhill Light perlahan lahan.

Tiba tiba gua teringat mak gua kat King Of Parit. Gua jeling jam tangan gua. 17 Mei. Maknanya dah 2 bulan 9 hari gua tak nampak mak gua.

Entah tengah buat apa agaknya mak gua tu. Dah makan ke belum, ada lauk tak nak masak malam nanti, tepung kat dapur tu ada lagi ke tak. Garam halus, serbuk kunyit, asam jawa dalam peti sejuk. Semua gua terfikir.

"Tak boleh jadi ni." getus hati kecil gua. "Hujung bulan mesti kena balik!"

[,]

Selesai makan malam, gua terus buka Air Asia punya website. Dengan harapan, ada sinar untuk gua pulang ke kampung.

Tapi, tak ada satu pun masa yang ngam dengan schedule gua nak balik ke Penang semula dari JB.

Gua tak putus asa. Gua try Firefly pula. Pun sama. Semua waktu mengarut. Tak kena dengan timing gua.

"Haram!" bentak hati gua sambil gua tepuk meja.

Lantas gua sambung jadi Commander semula akibat kecik hati dengan Tony Fernandes.

Saturday, May 15, 2010

Commander

Peerghh...dah seminggu gua tak update rupanya. Sibuk sangat jadi Commander perang sampai lupa gua ada blog yang kena kemaskini.

Tengok, base gua dah kena serang dengan askar Soviet Union dah. Haram betui!

Saturday, May 08, 2010

Hari Emak.

Pagi tu pagi hari Ahad kedua dalam bulan Mei tahun 2009. Mother's day.

Gua celik celik mata. Terus gua teringat mak gua kat King of Parit. Dengan pantas, masih dalam selimut, gua capai N95 gua. Masuk ke 'contact', cari no telefon mak gua. Bab bab nombor ni memang gua lemah sikit nak mengingat.

"Happy Mother's Day mak!" gua jerit dalam keadaan perlahan.

"He he he. Thank you." kata mak gua di hujung talian.

Perbualan seterusnya berkisarkan hal hal biasa. Perbualan biasa antara emak dan anak nombor dua yang jauh di matanya.

Kes kes biasa. Tanya dah makan ke belum, lepas ni buat apa, duit ada ke tak, kereta ok ke tak. Biasa-lah, orang tua mana yang tak risau anak dia jauh kat mata.

Sampai-lah ke satu perbualan.

"Angah amik nombor makwe ni ngah." ujar mak gua.

"Ni siapa lagi yang rekomen lagi ni mak? Ramai betul nak kat I ni? He he he."

"Ade...staff mak tu. Kawan dia ni. Single lagi."

"Aduh...malas la mak. Nanti nanti la Angah cari sendiri. Tak sabar nak ada menantu baru ke apa ni?" gua saja menduga mak gua.

"He he he. Tak la. Amik je la. Budak ni lawyer tau! Nak ke tak?"

"Apa? Lawyer? Ha..bak sini." laju je gua.

[,]

Mak. Terima kasih untuk segalanya sampai gua umur 28 ni...err...maksud gua 24 ni. Kalau tanpa mak tahun lepas, tak ada la kenal si Tiny Dancer ni. Tak kenal si Tiny Dancer ni, takde kain yang dia beli yang mak nak sangat sangat tu.

Heh heh heh.

Nanti la gua balik, gua belikan handset baru ok?

Happy Mother's Day!!

Thursday, May 06, 2010

Air Magic.

Sejak gua mula ada memori, seingat gua, gua memang jarang minum susu plain. Last sekali gua minum mungkin time gua baby. Lain gua tak ingat bila time dah besar.

[,]

Malam konsert Double Trouble tu, perut gua tak berapa berisi. Mungkin tak sampai separuh pun penuhnya. Lebihnya, angin. Bila gua dah melompat lompat, jerit jerit sana sini, gua lupa yang gua agak kelaparan.

Bila habis konsert, gua light Dunhill Light pun rasa lain macam. Perut gua ada angin yang banyak. Kalau gua boleh transfer ke tayar, gua agak, tayar pancit pun boleh jadi keras.

Nak gua buang merata, segan pulak gua. Itu jam gua naik Mercedes bini budak rumah gua. Jadi gua tahan. Tahan punya tahan, memang sensara. Pedih jadi lain macam. Serangan semakin menjadi jadi.

Akhirnya,

"We, lu berhenti kat Shell depan tu. Gua nak terkucil jap." gua bagitau budak rumah gua secara cover line.

Terus gua meluru ke kaunter. Perut gua dah pedih yang amat. Gua minta yogurt drink. Brader kaunter tu ok, cuma mamat yang cari air yogurt gua tu sengal. Tunjuk manjang salah. Gua bertambah hangin dengan perut yang semakin memulas mulas.

"Bagi susu je la bang. Susah sangat nak cari air yogurt." gua cakap pada brader kaunter Shell separa menjerit.

"Ha, susu satu!" jerit brader kaunter kepada mamat yang cari air yogurt gua tak jumpa jumpa.

Gua tengok, susu plain. Dalam kepala gua dah macam macam. Gua memang boleh kata allergic dengan susu plain.

Gua rasa, minum susu plain ni macam aksi membunuh diri. Gua tak suka. Bila gua minum, ada satu bau yang gua sendiri tak dapat bayangkan. Bau yang gua rasa macam membunuh gua. Dan kalau tak terkawal, gua mampu muntah.

Tapi itu jam, gua tak ada pilihan. Antara minum atau mengerengkot menahan pedih perut sampai ke warung Port Aroma area Equine Park. Jauh lagi tu.

Situasi gua itu jam, gua bayangkan macam gua berdiri di hujung satu papan kat kapal lanun. Lanun lanun cucuk cucuk belakang gua dengan tombak suruh gua terjun. Pilihan yang gua ada cuma terjun dan berenang, atau lawan lanun dan mati.

"Ah belasah je la. Janji air ni mampu neutralkan kadar asid yang semakin banyak dalam perut gua." bisik hati kecil gua.

Perlahan lahan gua cabut straw dari plastik kotak susu Dutch Lady tu. Koyak dengan berhati hati. Cucuk ke lubang pun perlahan lahan. Musik kat belakang lagu stail berdebar debar.

"Sruuuuut." gua sedut untuk pertama kali. Peluh kat dahi gua menitis perlahan. Ada bau yang gua tak boleh blah, gua tahan. Demi perut gua.

"Sruuut." kali kedua. Gua tak toleh kiri kanan.

Selesai gua habiskan satu kotak susu Dutch Lady, pedih perut gua beransur ansur hilang. Semakin lama, keadaan gua semakin tenang.

"Magic!" gua separa menjerit dan kagum.

[,]

Lantas sejak malam tu, gua manjang beli bekalan air magic gua. Sehari tak minum, macam rasa tak lengkap hari gua. Pagi kena sekali, malam sebelum tidur sekali. Tidur pun semakin nyenyak gua cakap lu.

Nasib baik gua tak mengandung, kalau gua mengandung, gua agak anak dalam kandungan gua mesti berkulit putih dan gebu macam susu.

Tuesday, May 04, 2010

Kerna Rock 'N' Roll.

Kerna Rock 'N' Roll, gua tak balik King of Parit walaupun gua cuti empat hari. Sebenarnya, gua letih nak drive straight 8 jam dari utara all the way down to south. Tol dah tentu dekat dekat seratus ringgit, minyak gua confirm seratus lima puluh ringgit sekali jalan. Tak kira rokok gua, jajan jajan gua lagi. Penat gua lagi.

Lagipun, Tiny Dancer gua pergi Kota Tinggi.

Nanti, hujung bulan ni, gua balik ye.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua terjumpa budak sekolah gua dulu. Time kat Serting. Budak ni memang gua dah lama tak jumpa. Sejak habis sekolah. Budak ni juga kira satu homeroom dengan gua. Kira macam keluarga angkat time sekolah dulu.

Mende ntah keluarga keluarga angkat ni. "Sound so phony." bak kata Holden Caulfeild.

"Ni kali kedua ni Rembo!" ujar budak sekolah gua bersemangat.

"Sama la ngan gua. Lu nak tengok mana ni?"

"Ni." kata budak sekolah gua sambil tunjuk T-shirt ada lambang huruf S dengan mata kat tengah tengah piramid yang orang kata itu antara lambang iluminati.

"Ngam." gua kata sambil angkat ibu jari sebagai tanda 'good'.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua terjumpa laki kawan gua. Yang juga bapak baby bernama Adam Fansuri.

Pun sama. Kali kedua. Setia dan mengharapkan sesuatu dari Search setelah konsert Di Awan Biru.

Tengah sedap gua layan lagu Emmanuelle, bapak Adam Fansuri text gua.

[Gua rasa Wings overrulled Search tonight bro. Gitar Kid tak dengar sangat bunyinya. Goreng paling best lagu Isabella pun tak menjadi.]

Gua senyum dan balas laju laju, sebab gua nak sing-a-long bait bait "kau perlukan duit! Kata Emmanuelle, hidup bukan murah" sambil tunjuk tunjuk bumbung.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua terjumpa makwe yang gua crush time gua study kat Universiti King of Parit time gua tahun berapa gua tak ingat. Budak Pahang.

"Orang dah lama tengok awak." kata makwe Pahang tu.

"Err..yeke?"

Lepas tu, keadaaan jadi awkward. Gua tak tahu nak cakap apa. Lantas gua ajak Tom cari jalan masuk indoor arena dan tinggalkan makwe Pahang itu dengan pakwe dan kawan kawannya.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua layan cerita Isabella dengan tekun sambil makan jajan cheese ball time gua tak kerja semalam petang.

Dan itu jam, gua rasa menyesal sebab potong rambut pendek. Cis!

[,]

Kerna Rock 'N' Roll juga gua rasa, gua terlepas dari kena saman speed trap dengan Pak Polis Trafik tadi tengah hari kat Gopeng atas sebab mungkin sebab Pak Polis Trafik tu nampak sticker Search gua bawah lampu brek ketiga time dia check nombor pendaftaran kereta hitam gua.

Lantas gua pecut laju laju sampai Penang lepas tu.

Sunday, May 02, 2010

Ini entri marah!! [6]

Lu, mula mula, bila gua tergagap gagap sikit sambil head bag layan lagu Paranoid, lu tunjuk tunjuk gua sambil bisik bisik kat kawan lu.

Bila Wings nyanyi, lu la paling hero nyanyi lagu lagu popular. Tapi apahal lagu R'n'R Lu Punya Suka lu paling senyap?

Oh satu lagi, kalau lu nak duduk diam diam sambil peluk tubuh, tak nak kena peluh gua, tak nak kena siku sikit sikit, bila kena, lu tarik muka sambil pandang 'slack' kat gua, baik lu pergi konsert Alif Aziz.

Ini konsert rock, apa lu expect jahanam?!