Monday, May 31, 2010

Pengalaman gua digoda kakak operator.

Lepas gua sembahyang maghrib kat Petronas R&R Tapah, gua teringat sesuatu. Salah satu benda penting dalam kerjaya gua tertinggal. Cantik je tersangkut bawah tangga Rumah Atas Bukit gua. Siap bergoyang goyang dek tiuapan kipas siling.

Gua fikir bercampur geram sambil mengetap bibir.

[,]

Gua masuk kilang customer gua pagi pagi, gua nampak senior engineer tengah hisap rokok. Baik punya tengah tarik.

Perlahan lahan gua datang sebelah.

Dengan nada berbisik, gua cakap;

"Boss, gua ada prob la. Tolong 'payung' gua jumpsuit boleh? Gua punya tertinggal kt KL la." sambil buat muka sedih.

"Ok. Lu tunggu gua kat changing room. Nanti gua hantar kat lu." sambil jeling gua.

"Cantek. Hang memang sempoi cukup!" sambil sebelah tangan gua buat gaya 'good' sebelah tangan lagi tepuk bahu senior engineer.

[,]

Lima minit gua tunggu kat changing room, senior engineer tak datang datang. Yang datang seorang akak operator yang gua rasa anak dah 3 4 orang kot. Itu pun gua ukur berdasarkan bentuk badan.

"Tunggu siapa Rul?" tegur akak operator.

"Ekhwan kak." gua jawap. Tapi gua tak pelik dari mana dia tahu nama gua.

"Owwh. Ni nak training ka sat gi?"

"Ha la. Join sekali kan kak?" tanya gua memandangkan schedule gua memang kena training operator.

"Memang nak join. Tapi, ada kerja kat tempat lain pulak la ni. Lama lagi dak kat sini?"

"Lamaaaa." jawap gua.

"Lama lagi ok la. Nanti training la akak."

Gua mula rasa lain macam.

"Boleh." gua layankan.

"Kita training berdua je ye?"

Perghh...ini jam, gua memang dedor. Berdebar lain macam. Lain macam punya lain macam. Bunyi pun lain macam.

Sambil sambil gua telan air liur, gua balas dengan senyum plastik. Lantas gua buat buat buka diary gua cari nota itu jam sambil kerut kerut dahi.

Dalam hati gua menyumpah. Ini semua jumpsuit punya pasal. Kalau gua tak tertinggal, memang gua tak kena goda.

Itu jam, gua punya fikiran dah melayang sampai ke gua tengah strip pakai baju bomba ataupun party boy yang ada pakai bow-tie.

Ngeri beb, ngeri!

11 comments:

Sang Harima said...

err.. ending dia macam mana??

siggplus said...

cuba gantikan akak dah 3 4 org anak dengan gadis comel ala2 maria ozawa

agak2 apa jadi?

laki cikgu kimia said...

saspen dah gua nih? bila part 2?

FrH said...

so apa cite lepas kau training berdueee tu?
tak saba plak aku

jo said...

gua pun nak bayang jugak lah...



*********











memang ngeri beb..

iyan said...

lu kan suka layan MILF...
hahaha...

j or ji said...

berapa round?

training la..

Rembo said...

Rima - tu la ending dia. Gua buat bodo.

sigg - kalo macam maria ozawa, takdela gua buat buat check nota kat diary.

nas - nanti la. kalau ada lagi.

frh - gua terus nak tamat kan training gua. supaya tak ada masa untuk training training lain.

kejam kan?

Jo - serius ngeri weh.

Iyan - dol la iyan ni bukan MILF dow. Ni...err..gua tatau nak klasifikasi kan apa.

ji - kalao gua training skang, nanti gua malu malu plak nak buat buat tak tau malam pertama. ha ha ha!

cLinaku said...

eleee..tu baru sikit rembo..hekhek...

Rembo said...

ala clina macam dah biasa je ni? he he he

i'm the girL said...

isk isk isk ko nih memang taste akak anak 2 3 kot... la la la ~