Friday, September 03, 2010

Minggu bulan madu.

Hari ini dah masuk hari ketiga gua duduk dalam office. Dan setakat ini, semua kerja kerja office gua seperti buat claim, kemas drawer, call customer gua kat Batam, check bil telefon, scan report masa kat Penang, print report, apply cuti Raya, raging penolong accountant baru, sabotaj coffee machine big boss, ngurat amoi service coordinator, hantar blackmail note kat budak sales gua, kenyit mata kat hot mom opis sebelah sambil pusing pusing kunci kat jari, semua gua dah settlekan sejak dua hari lepas.

Tinggal lagi beberapa kerja kerja kecil yang tak berapa penting. Itu boleh adjust dalam hari ini nanti nanti sambil sambil main Mafia Wars ke, atau time usha Jojo & Shinta nyanyi lagu Keong Racun ke. Tak de hal.

Nak nak bos kecik gua tak ada. Jadinya, memang bulan madu. Lagipun, 'sun' cuti Raya tengah nak sampai sekarang ni. Bertambah tak berapa nak semangat sangat untuk kerja sungguh sungguh.

Tiba tiba, lepas gua mark cuti Raya gua kat schedule board, gua duduk, gua refresh email gua, ada satu email dari bos kecik gua. Siap ada tanda seruan warna merah kat side sebelah kiri email yang baru masuk.

"Email penting."
bisik hati gua, "Kes kat Thailand pulak tu."

Gua bertambah berdebar, sejak Chong dah resign, gua kena cover station dia. Thailand punya customer pun gua akan cover sekarang ini.

"Jangan gua kena pergi Thailand sudah minggu depan ni." gua mengagak agak schedule gua, "Mampos tak raya gua ni kalau kena pergi Thailand." sambung hati gua lagi yang dah mula rasa tak sedap.

Dalam kepala gua tiba tiba terlintas lagu 'sabai-sabai'.

Gua capai, mouse sebelah kanan, gua halakan cursor ke email bos kecik gua, gua klik sambil peluh jantan menitis perlahan dari dahi. Dalam dia loading nak buka, gua telan air liur.

"Gulp!" bunyi tekak gua.

[,]

Beberapa minit lepas tu, gua boleh tersenyum sendiri sambil gua bayangkan gua beraya dengan tenang di kampung minggu depan sambil makan dodol dan lontong disamping orang yang tersayang.

Ahaks!

6 comments:

Unknown said...

:)

FrH said...

byk gak keje berfaedah kau buat sejak 2 hari lps ..

perghh. pasti berita gembira. kalau x ending mesti bunyik nangis punye .. bukan bunyi gedix "ahaks" tu (mcm haram) .. haha.

.Gha A. said...

bo gua balik dulu. jemput datang rumah.

selamat hari raya!

tuntung said...

nasib baik lu bro.

tuntungkita.blogspot.com

Anonymous said...

sikit lagi nak jadi cerita menyayat hati

Rembo said...

frh - he he he. insaf gak la kejap. ha ha ha.

gha - mana umah?

tuntung - itu la tu sikit lagi.

fnd - lega gua bukan yang gua bayangkan.