Friday, July 31, 2009

Gua sembahyang Jumaat tadi pun terngiang-ngiang Langit dan Bumi.

Kasut putih high top ala ala Aliph, check.

Seluar ketat, check.

Baju...err...singlet ke jacket jeans sleeveless. Hmmm..tak ready lagi. Mahu tak boleh tidur malam ni.

Sapu tangan yang biasa budak budak panggil key, check.

Bangle kulit, check.

Fantasia Bulan Madu, Isabella, Fenomena, Pelesit Kota, Pawana, Isi dan Kulit, Balada Muzik Jalanan, Langit dan Bumi, Mentari Merah di Ufuk Timur, dari tingkatan satu dengar, takkan tak hafal-hafal.

Purnama, Serigala Segalanya, Pasti, Derap Komando, Malam, check. Mana tahu Amy teringin nak nyanyi lagu ni kang, senang gua jerit kat bawah.

Ok. I am ready. Apa nak jadi-jadi la.

Silap-silap ni karang, mahu-mahu gua nyanyi sambil pusing-pusing baju atas kepala macam Konsert Selepas Banjir. Atau lebih. Mungkin buat Jesus post? Hmmm...

Jumpa esok.

Wednesday, July 29, 2009

Gua tengah top form.

Sekarang hari-hari gua keluar kilang customer gua pukul 10 malam. Sebagai menepati kepercayaan bos gua, nekad gua install mesin sebesar lori ais kiub seberat 7 tan. Walaupun tak pernah gua buat. Kira ini solo projek gua. Berdua.

Setiap kali balik, kalau tak ada nasi, gua rasa macam nak mengamuk satu taman. Ikut hati, mahu saja gua bagi bazooka seorang-seorang budak rumah gua. Penat-penat kerja, balik rumah ingat boleh makan nasi, tapi yang ada, nasi semalam semalam dalam periuk.

Tadi, gua keluar kilang customer, terus gua telefon budak rumah gua merangkap tukang masak.

"Ada lauk kat umah?"

"Tak ada." simple jawapannya.

"Nasi?"

"Tak ada juga."

Itu jam gua dah tumbuk stereng kereta hitam gua.

Memandu pulang dalam keadaan letih yang amat, tambahan, ada kereta berlanggar dekat Pandan Indah. Jalan paling bodoh dalam dunia. Jalan jammed macam celaka. Kemarahan gua meluap-luap, kelaparan gua tahap merah.

Lepas jammed, gua pecut 220 kilometer per jam. Maintain lane paling kanan. Habis kereta-kereta lembab semua masuk lane kedua. Mana yang agak sengal, gua bagi high beam. Sikit lagi gua nak bagi double signal.

Masuk jalan besar depan rumah gua, lampu trafik kedua sebelum rumah gua, gua bagi signal sebelah kanan.

Sekarang, gua tengah menaip sambil kunyah Big Mag. Ada sikit sos dekat huruf D.

Fuh, lega sikit hati gua.

Monday, July 27, 2009

Sibuk tengah 'in' sekarang ni.

Gua sudah mula rasa macam Amy Search masa buat konsert Tour Di Awan Biru. Masa sibuk gua dah mula dah ni. Silap-silap, nak fikir pasal makan pun tak ada masa.

Tapi, jangan lari. Ada masa gua kembali dengan paparan hangat.

Friday, July 24, 2009

Good old days.

Tahun 1999. Masih di Bandar Baru Serting.

Itu jam, sebelah blok asrama gua, ada satu blok asrama yang dalam pembinaan. Tapi, pembinaannya sudah 70 peratus siap. Tinggal elektrik, air dan cat sikit-sikit. Plaster lantai sikit, pintu dengan tingkap sikit. Lain-lain, settle.

Dek kerana blok asrama baru ini hampir sempurna, kita orang jadikan dia 'port' hisap rokok. Line memang clear. Jauh dari bilik warden, apatah lagi rumah pengetua yang nun jauh di depan pintu masuk utama sana.

Tambahan pula, yang memisahkan blok asrama baru dengan blok asrama sedia ada adalah partition zink. Antara kepingan zink ini ada sedikit celah yang sedikit terkuak. Inilah 'pintu masuk' ke syurga dunia yang memisahkan daripada neraka kita orang.

Secara tak langsung, pintu masuk kita orang ini juga merupakan alarm. Maklumlah, zink, bila bergerak mesti bising.

Petang itu. Lepas main bola petang-petang. Lepas makan malam. Sebelum sembahyang maghrib dan terus ke kelas prep malam. Gua dan juga 5 orang geng yang lain menyusup masuk ke 'port'.

Bunyi bising 'pintu masuk' bersilih ganti. Tanpa buang masa, Marlboro dinyalakan. Suasana dalam tandas belum siap sedikit kelam cahaya sedikit terhalang dengan asap rokok masing-masing. Masing-masing layan feel. Maklumlah, baru lepas pekena nasi putih lauk ayam kurma.

Seorang demi seorang selesai melanggar peraturan manusia. Tinggal gua dengan...err...gua tak ingat siapa. Berdua. Habis sebatang, gua buang ke lantai, tenyeh pakai hujung selipar Tat Sing. Bersedia untuk masuk ke neraka dunia.

Bila sampai ke muka 'pintu masuk', gua ternampak seorang Pak Guard tengah meronda sebelah pagar dekat dengan 'pintu masuk'. Itu jam, cuak nak mati. Kalau toreh muka ini pun, belum tentu darah keluar.

Gua tarik nafas dalam-dalam, angkat kain pelikat gua, berjalan undur dua tiga tapak ke belakang. Jauhkan diri dari partition zink. Gua mulakan langkah perlahan-lahan dengan gaya pencuri masuk rumah.

Mula-mula perlahan, makin lama makin laju. Lari ke arah pintu utama tapak pembinaan. Gua nekad keluar ikut pintu utama tapak pembinaan. Ini risiko kantoi paling besar. Kantoi dengan pekerja tapak pembinaan, kantoi dengan budak-budak perempuan yang asrama dia orang bertentangan dengan blok asrama baru ini, kantoi dengan mat report. Semua.

Member gua yang gua tak ingat siapa, gua dah tinggal jauh. Bergema bunyi bising tapak kaki hentak ke lantai memecah kesunyian senja.

1minit lepas itu, gua dah berada dalam kawanan manusia menuju ke arah surau dengan kaki penuh dengan lumpur tapak pembinaan dan dalam keadaan termengah-mengah. Gua toleh ke arah pintu masuk tapak pembinaan, gua nampak Pak Guard tengah toleh kiri kanan.

Macam The Flash!

Thursday, July 23, 2009

Gembira macam dapat tangkap setan.


Tok guru gua pernah cakap...err...tulis, kalau tak ada idea, tapi menggatal nak update, nak kasi blog duduk paling atas kat page Hilang Punca, letak gambar sudah.

Settle.

***

Tersasar jauh dah ni. Niat asal gua nak tunjuk nombor cantik tu. Number of the Beast.

Tuesday, July 21, 2009

Mencari bau hujan.

Tidur awal, bangun lewat, masih ngantuk.
Buat baik pada manusia, kereta pula buat pasal.
Makin cuba untuk gembira, makin jaded gua rasa.
Petik gitar pun, balik-balik lagu yang sama.
Boring.
Terfikir untuk ke Sipadan, entah bila nak sampai.
Kena cari muse baru, yang ada macam makin bosan.

Sudahnya, gua lepak luar pejabat, dalam hujan lebat, gua bau hujan. Tenang sikit rasa hati.

Settle.

Friday, July 17, 2009

Banyak pula kenangan gua tidur waktu-waktu gini.

Tengah hari itu, tahun 1998, di Bandar Baru Serting, waktu-waktu macam ini. Lepas balik sembahyang Jumaat. Sebelum pergi kelas prep. Kelas prep Jumaat petang adalah umpama kelas untuk berkhayal-khayalan. Macam tak ada guna.

Nak-nak lepas kena makan tengah hari nasi beriyani dengan lauk ayam tomato beserta aiskrim vanila. Air pula, air bandung soda. Memang A. A untuk tidur.

Gua, Panot dan Fad sudah ready untuk ponteng kelas prep. Masing-masing dah tengah sedap berlengging landing atas katil. Masing-masing tengah tengok kipas siling berpusing. Dengan harapan kipas itu umpama alat hypnotize yang warna hitam putih. Memukau kami untuk terus tidur. Dan bangun semula untuk minum petang.

Tiba-tiba;

DUM! DUM! DUM!

Pintu bilik kami diketuk dengan kuat.

"BUKAK PINTU NI BO!!" jerit suara di luar pintu.

Fad dengan Panot dah gelabah. Padahal katil diaorang yang paling dekat dengan pintu, nama gua juga yang brader ni sebut. Gua buka pintu. Maka, beberapa senior dah standby depan pintu. Gaya pakaian smart. Baju berkolar ada tulisan-tulisan semangat tercetak kat belakang, tuck in dalam seluar slack kain licin.

"Kau pehal tak siap lagi ni?" tanya salah seorang dari mereka. Gaya gaya abang senior yang kipas baik punya bontot cikgu.

"Laaa...tadi bukan kata kelas prep dah cancel ke?" kalis gua.

"Sapa yang cakap? Bila masa?" sergah seorang brader tu. Gua dah tak ingat nama beliau.

"Tadi. Time balik makan tadi. Diaorang bising-bising kat corridor." gua reka-reka cerita bagi sedap. Untung-untung terlepas dari hukuman. Biasa-lah, kehidupan asrama. Bila ada salah, mesti kena denda.

"Takde! Prep macam biasa. Di dah pukul berapa ni? Lambat dah kan? Sebelum pergi, tunggu aku kat court takraw tu. Kau dua orang pun sama." sambil tunjuk Fad dengan Panot yang tengah buat keras badan atas katil.

[,]

"Korang push-up sekarang, aku tak nak banyak. 10 kali je." perintah brader senior sorang tu. Gaya macam leftenan muda!

Gua, Fad dan Panot, buat-buat gaya malas-malas nak meniarap atas court takraw. Bukan apa, boleh melecur tapak tangan buat push-up tengah-tengah court takraw tengah-tengah hari buta. Mata gua pun dah berpinar-pinar. Pandangan gua pun dah berbalam-balam.

"Ikut kiraan aku! Satu!"

Gua, Panot dan Fad pun turun buat push-up. Kemudian naik semula. Peluh jangan cerita. Baru push up sekali, peluh dah macam lari keliling padang 10 round. Menitik-nitik ikut hidung.

"Dua!"

Gua dengan Panot selamba turun. Siap rapat-rapatkan badan atas court takraw yang panas tapi tak bersentuh dengan simen. Gua dengan Panot rasa macam training komando pun ada itu jam. Kemudian naik. Kemudian, gua dengar suara merintih sebelah kanan gua.

"Adeh. Adeh. Adeh."

Fad terus meniarap. Dengan muka tersembam atas simen panas.

"Pehal kau Fad?" tanya brader senior.

"Sakit bang. Tak tahan. Adeh...dehh..."

"Harap badan je besar. Lembik!! Dah pergi prep sana! Malas aku nak layan korang. Buang peluh aku je."

Petang itu, gua dengan Panot terselamat dari hukuman keras. Dan petang itu juga gua baru tahu Fad ni memang lembik. Lembik betul-betul, bukan lakonan untuk melepaskan diri dari hukuman. Makan tahun juga mende ini jadi 'point' pada Fad untuk gua dengan Panot 'up'. Padan la bila petang orang sibuk main bola, dia sibuk buat-buat rajin baca buku kat kelas.

Sekarang gua tengah tunggu Fad balik dari Jerman. Habis belajar. Janji dengan gua nak bagi Audi RS4 sebiji. Panot pula dah jadi jurutera carigali minyak yang berjaya.

Settle.

Tuesday, July 14, 2009

Waktu-waktu gini memang A kalau tidur.

Tahun 1997. Lokasi, dewan makan Asrama Putera Sekolah Tinggi Batu Pahat. Sesi prep. Hari itu gua memang penat macam lepas angkat sawit 3 tan dalam hujan. Mungkin pagi itu waktu P.J, gua pulun bantai main bola macam Alaistar Edward. Score tak pula banyak. Lagi banyak ambik bola dari score goal. Bebudak skema kelas gua entah mana pergi. Langsung tak boleh pakai suruh jadi ball picker.

Jadinya, lepas makan tengah hari, gua dah mengantuk. Gua tahan. Buat-buat sibuk basuh baju dalam bilik mandi. Agak-agak line clear, gua curi-curi hisap Marlboro belakang bilik mandi. Segar sikit. Selesai semua, gua bersiap nak masuk dewan makan yang merangkap bilik prep asrama gua.

Sejam pertama, gua steady lagi. Selamba je, buat kerja rumah matematik sambil dengar lagu KRU. Tangan kanan tulis rumus, tangan kiri pusing-pusing buku teks Bahasa Inggeris. Gaya pusing tak tengok buku punya. Itu jam, famous betul sub-culture pusing buku teks di kalangan budak High School.

Masuk jam kedua, gua dah tak boleh tahan. Soalan matematik gua dah settle, lagu KRU pun dah habis. Gua ganti dengan Metallica. Album Ride The Lightning. Pun sama. Tak jalan. Tak tertahan mengantuk gua.

Gua nekad. Bulatkan hati. Gua bangun buat-buat gaya nak minum air water cooler. Gaya mengaburi mata senior. Dia orang lalai je, gua lincah keluar dewan. Warden gua tak ada itu hari. Kereta tak ada dalam parking. Line clear. Sedar-sedar, gua dah ada atas katil gua sambil kipas pusing laju. Nyaman. Dia punya syok, kalah makan Kentucky.

Sayup-sayup gua dengar bunyi pintu dorm gua terkuak. Gua suspect warden Ah Kong dah balik. Nak lari, dah tak sempat. Gua buat-buat keras badan. Tak nak ada bunyi katil bergerak.

Tiba-tiba,

Plap! Plap! Plap!

Tiga das batang penyapu besi yang panjang hinggap atas bontot gua. Macam tak ada rasa apa. Melompat gua dari atas katil.

"Tidur kau ye? Orang lain study kau tidur!"

"Err..cikgu, relax la. Baru 5 minit. Tak tahan sangat mengantuk."

"Banyak cakap! Balik dewan sana!!"

Sebelum masuk dewan makan, gua singgah bilik air. Sambil posisi mencangkung, gua raba bekas batang penyapu besi yang panjang kat bontot gua. Peh, siap ada alur-alur kecik besi tu sekali dia punya bekas!

Sampai ke habis prep gua dengar lagu Metallica sambil pusing buku sambil belajar Bahasa Inggeris bersandar kat dinding. Duduk je pedih, duduk je pedih. Entah kat mana warden Ah Kong tu sekarang.

Monday, July 13, 2009

Siri bercakap dengan kawan imaginari.

Petang tu. Gua tengah mengeteh di Azwath. Seorang diri. Bertemankan dua makhluk imaginari. Ego dan Alter Ego. Tiga-tiga tengah minum teh. Tapi lain-lain. Gua kena teh tarik, Ego kena teh ais, Alter Ego kena teh 3 lapisan yang kadang-kadang rasa macam cendol.

Tiba-tiba;

Ego: Lu rasa lu nak makwe yang macam mana Ter?

Alter Ego: Gua? Hmmm...mencabar soalan lu ni. Gua rasa la kan, gua nak yang baik la Go. Senang sikit masa depan gua.

Ego: Baik banyak jenis. Baik yang macam mana? Berhati mulia?

AE: Itu memang la. It's a must. Kalau boleh la, gua nak yang latar belakang agama dia ngam. Yang kira ok la kata orang. Tak la main redaaaah je. Ada ingat-ingat sikit. He he he.

E: Tu je? Lain lain takde?

AE: Ada. Banyak beb! Kang kalau gua listkan satu-satu, sampai ke Isyak ni kang!

E: Takpe. Rileks-rileks sudah. Rem ni pun bukan ada kerja pun petang-petang gini. Habis tidak pun balik main PS2. Kan Rem?

Gua: Ha ha. Macam sial!

AE: Ala...lu tau la perangai yang elok-elok. Lu faham kan? kan?

E: Ok. Got it. Macam gadis-gadis ayu agak kampung la eh? Jom balik. Nak senja dah ni.

AE: Hmm..boleh la...Amboi! Dah tanya gua macam-macam, terus nak blah? Banyak cantik bontot lu!

E: Dah tu, nak buat mende lagi?

AE: Sekarang turn gua pulak la tanya lu. Amacam?

E: Celaka. Terperangkap gua!

Gua yang duduk diam, tengok orang sana sini, tersenyum sendiri. Ego yang nak blah dah tadi, duduk semula.

AE: Gua ulang balik soalan lu. Lu rasa lu nak makwe yang macam mana Go?

E: Haram. Mengolok ni nama dia.

AE: Laaa...betul la soalan gua tu!

E: Ok ok. Hmmm...gua biasalakan. Mesti yang rock rock sikit. Pakai jeans stail ngam-ngam.
Kasut All Star ke. Baju pun cara. Tak traditional sangat, tak up to date sangat. Amacam? Dah jom balik!

AE: Perghh...boleh tahan taste lu ni! Agak kebandaran! Takkan itu je, lain takkan takde?

E: Banyak. Yang membaca buku, tengok suka House, tak tengok cerita Prof Razak Mohideen, boleh gua ajak layan Arsenal kat mamak, kagum dengan Yasmin Ahmad ngan Khabir Bahktiar, bijak, pandai ambik hati. Hah, puas hati lu??!

AE: Ha ha ha. Gila urban punya taste! Kampung la best beb.

E: Apa hal pulak! Urban la baru cara!

AE: Susah sikit la urban ni. Kampung la best.

E: Urban. Kampung sangat traditional ok.

AE: Taaak, traditional la best! Senang jadi bini nanti!

E: Urban!

AE: Traditional!

E:Urban!

AE: Traditional!

Sudahnya, gua keluarkan dompet, keluarkan duit 5 ringgit. Letak atas meja, selit bawah cawan teh tarik, gua blah. Tinggalkan dua makhluk imaginari tu duk tengah urban! traditonal! urban! traditonal! urban! traditonal! tak sudah-sudah.

Sampai ke hari ini, Ego dengan Alter Ego tak sudah sudah bergaduh. Gua malas nak layan dua-dua. Nanti-nanti la gua layan. Lepas gua dah jadi kaya nak mampos!

Settle.

Thursday, July 09, 2009

Gua ingat nak bela janggut, tapi tak sanggup letak minyak BON kat dagu. Eww!

Semalam petang, lepas balik kerja. Gua jogging. Sekitar kejiranan Rumah Atas Bukit.

Jogging - jogging - jogging - betulkan earphone - sambung jogging - jogging - jogging - jogging - jogging - betulkan earphone - sambung jogging - jogging - jogging - jogging - jogging - jalan - jalan - jalan - sambung jogging - jogging - jogging - jogging - betulkan earphone balik - sambung jogging balik - jogging - jogging - jogging - jogging - jalan - jalan - jalan - sit up - sit up - sit up - sit up - sit up - sit up - sit up - sit up - sit up - ambil nafas - sambung sit up - sit up - sit up - sit up - betulkan earphone - sambung sit up - sit up - sit up - jalan - jalan - jalan.

Malam. Gua pergi beli earphone baru sambil lutut gua sakit. Haram! Dah tua sangat ke gua ni sampai jogging pun sakit lutut. Kasut ni, tak sesuai.

Petang ini, return. Tak puas hati.

Wednesday, July 08, 2009

Ceritera Si Adam [4].

Khamis lepas. Gua nekad balik kampung. Dah lama sangat gua tak jenguk-jenguk orang tua gua. Budak-budak pun dah sibuk tanya bila gua nak balik kampung. Pisang Tanduk belakang rumah pun lama dah tak jenguk. Duku, langsat, manggis, kambing Jamnapari, ikan puyu dalam kalbat, ayam serama dalam reban, semua dah lama tak jenguk.

Jadinya, gua nekadkan hati. Balik kerja, kemas-kemas lebih kurang, warm-up kereta hitam lebih kurang, siap-siap lebih kurang, pekena sate Willy di Rahman Junction lebih kurang, makan nasi lemak Bobo lebih kurang, kopi 'o' pekat lebih kurang, terus lincah.

Dalam perjalanan, keseorangan. Sumpah bosan macam dalam waiting room kalau balik kampung seorang diri di malam hari. Gua nak pecut pun malas-malas. Gua tunggu juga mamat-mamat Honda cucuk-cucuk kereta gua. Tak ada. Yang ada BMW. Setakat siri 318 tu malas la, buat penat tangan sebelah kanan gua.

Gua putuskan memandu secara skema. Rileks-rileks. Sambil-sambil gua berangan, sambil-sambil gua teringatkan budak-budak. Apa lagi yang paling kuat untuk motivate gua dalam keadaan bosan selain dari budak-budak.

Gua cuma ada 3 orang anak buah. Tiga-tiga ada perangai yang berbeza-beza. Yang boleh buat gua ketawa secara ikhlas. Abang, kakak, adik. Perfect, happy family.

Sampai rumah, dah tengah malam. Semua orang...err...maksud gua budak-budak dah tidur. Adek gua entah mana. Kutu. Sampai depan pintu bilik gua, gua rasa terharu pun ada, nak tergelak besar pun ada, nak luku kepala si Adam pun ada.

Kebetulan hari jadi gua baru lepas. Lantas si Adam, buat kad hari jadi untuk gua secara handmade dan tampal di pintu bilik gua.

Esok petangnya, gua kena pow Air Batu Campur ada aiskrim jagung time gua ngeteh dengan CD PS2, game Transformers 2 dengan Digimon. Licik punya budak!

Tuesday, July 07, 2009

Bandar Sunway Is The Reason.

Biasanya lagu macam sumber tenaga gua. Macam nasi. Tak kira la nasi putih ke, nasi lemak ke, nasi beriyani gam ke tak, nasi kandar ke. Semua. Semua yang 'in' dengan hati gua.

Sama macam musik atau lagu. Biasanya, mana-mana yang akan menetap dalam hati gua, yang 'in' dalam hati gua, itu yang akan bagi gua tenaga. Tenaga untuk terus hidup. Terus bekerja. Stay in focus.

Tapi, sejak malam semalam, perjalanan pulang ke Kelumpo, semua musik tidak lagi bagi gua tenaga. Dari yang ke arah metal, sampai la ke post rock. Post punk ke, post hardcore ke, post pop ke, pop rock ke, glam rock ke, tak ada.

Mereka semua macam menyanyikan nada bisu. Musik mereka kaku.

Pagi ini pun sama. Gua dah mula rasa apa-apa perjalanan yang melibatkan ke pejabat umpama perjalanan seorang banduan yang akan dihukum mati berjalan melalui green mile. Di hujung sana ada kerusi elektrik sabar menunggu untuk menerkam atau mungkin Sang Algojo yang bersedia dengan kapak untuk memenggal kepala gua.

Hidup. Memang macam ni.

Thursday, July 02, 2009

Entri untuk Jim Morrison ni sebenarnya.

Sejak tahun 2000, King of Parit penuh dengan budak-budak sebaya gua dari serata Malaysia. Kedah la, Penang la, Kelantan la, Pahang la. Merata. Mereka semua adalah bakal jurutera. Dan sekarang mereka semua adalah jurutera. Student.

Sejak tahun 2002, mereka sudah keluar asrama dan mula menetap di rumah sewa. Merata. Taman Seri Indah la, Taman Manis la, Taman Wira la, Parit Rasipan la, Parit Sikun la. Macam-macam. Ada satu penempatan rumah sewa student yang glamor itu jam. Nama paritnya pun seglamor tempatnya. Budak-budak ni juga yang gelorkan.

[,]

Pejabat gua masih mengamalkan kerja empat hari seminggu. Gua awal-awal lagi dah tempah cuti hari Jumaat ini sampai Isnin depan. 4 hari gua cuti.

"Lama cuti? Mau pergi mana?" colleague gua tanya dengan dialek Hakka yang agak pekat.

"Paris! Ini malam bertolak." gua jawap ringkas.

"Betul aaa?"

Gua senyum. Angkat alis mata berturut-turut.

[,]

"Ni dua ratus tujuh puluh. Duit sewa rumah plus hutang Tom. Gua tak ada weekend ni." gua cakap gaya garang sambil hulur duit pada Kod.

"Lu gi mana?"

"Paris" ringkas jawapan gua.

[,]

Esok adalah 3 Julai. Apa yang gua tahu, di Perancis, stesyen-stesyen radio Perancis akan memutarkan lagu-lagu dari The Doors. Atau puisi-puisi Jim Morrison. Sepanjang hari. Berulang-ulang. Macam Malaysia hujung minggu lepas. Sepanjang hari lagu Micheal Jackson. Berkabung.

Manakala keadaan di Paris akan gloomy. Kelihatan akan ada manusia berjalan membawa bunga. Menuju satu tempat. Menangis. Teresak-esak. Berkumpul di Père Lachaise Cemetery. Menyalakan lilin-lilin. Ada yang akan berpuisi disana. Ada yang terus menangis. Di sana, di atas kubur Jim Morrison.

[,]

Salah satu penempatan student yang glamor di King of Parit adalah Paris. Itupun dia orang juga yang gelor. Budak-budak baya gua. Yang sekarang dah jadi jurutera.

Paris di King of Parit adalah singkatan Parit Haji Rais. Akal budak-budak sekarang, nama nak glamor. Nak Paris je. Tak faham gua!

Jadinya, jangan sampai esok, lepas sembahyang Jumaat, gua buat perangai. Tengah-tengah hari buta, gua terpacak dekat tanah perkuburan Islam Parit Haji Rais, baca puisi Akulah Superhero Itu yang baru gua karang semalam petang. Konon-konon untuk Jim Morrison.

* Lay in peace there Jim!

Wednesday, July 01, 2009

High & Dry

Sekarang. Sudah masuk lebih dari setahun gua tinggalkan King Of Parit dan menetap di Rumah Atas Bukit. Selain dari persekitaran yang berbeza dari segi mind setting, keadaan jalan, bilangan kenderaan, atau bilangan orang gila. Semua berubah.

Ini semua mempengaruhi kadar kesihatan gua sehari-hari. Mungkin. Andaian sahaja. Dan semalam, untuk sekalian kalinya, sudah 4 bulan berturut-turut, gua demam. Sekarang ini, setiap bulan, paling tidak, sekali. Gua akan di landa demam.

Dalam mamai. Kepala berat macam ada besi. Goyang sikit, rasa macam nak tercabut. Berdenyut macam nak pecah. Nekad memandu ke klinik.

"Hmmm..tak de apa ni. Demam biasa je. Jangan risau." doktor Rashid bagitau. Kot la nama dia Rashid. Gua agak-agak. Muka dia dengan nama Rashid tu macam ngam je.

Hari ini, gua masih lemah. Perut kosong. Mulut nak yang masam-masam sahaja. Letak la gula-gula paling manis pun dalam mulut, pasti rasanya pahit. Tapi Dunhill Light masih boleh jalan. Keajaiban manusia perokok.

Time-time macam ni la mulut gua mengada nak Sunsweet la, Coffee Bean la. Macam-macam. Minda gua pula sibuk minta ada makwe belai-belai rambut gua sambil tarik sikit-sikit rambut buat hilang sakit kepala atas sofa cokelat. Sambil-sambil tengok MTV.

Dan tiba-tiba gua High & Dry main-main dalam kepala gua.