Wednesday, October 17, 2007

Hari raya dan aku (2).

Hari raya kali ini agak memberi kelainan bagi aku. Pertama kali bagi mak bapak aku duit raya. Bagi anak sedara sepupu sepapat aku duit raya.

Yang paling penting aku tak berapa semangat nak beraya sebab salah satu 'ahli keluarga' aku jadi arwah. Cinta aku satu lagi. Lihat gambo dibawah.


Inilah dia 'family' aku tu. Yang kat sebelah itu adalah adik aku. Future owner of this car. Bukan sosok ya!

Pandangan sebelah belakang 'family' aku.

Juga pandangan sebelah belakang versi tegak atas lori tunda.

Kejadian menyayat hati ini berlaku pada malam kedua aidilfitri bersamaan 2 sywal 1428 jam 0218. Kelisa ini dipandu oleh abang aku. Berhenti di lampu isyarat UTHM. Tanpa salah dia telah dilanggar daripada belakang oleh pemandu perempuan MABUK!

Bermula daripada kejadian malam ini aku ada menyimpan sedikit perasaan dendam terhadap manusia BODOH seperti ini. Dek keBODOHannya atau keTIDAKPANDAIANnya atau keKURANGBIJAKSANAANnya, kami satu keluarga menanggung padah.

Kawan-kawan, jangan pandang enteng terhadap golongan manusia seperti ini. Ia bakal menyusahkan hidup kita semua. Ayuh!! BANGKIT!!

Seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, aku pedulik hapa dengan apa yang korang nak jadi atau lakukan. Tetapi bila dah melanggar hak-hak aku, aku pedulik lantas memberontak. Aku bukanlah seorang yang mempunyai semangat racist yang tinggi, tetapi setelah perkara ini berlaku barulah aku sedar aku perlu lakukan sesuatu.


Sorry..

1 comment:

Gula Kapas said...

Very sorry for your family. Tak kire la Kelisa ke Kancil ke Kia -- it really hurts bila family kene macam tu.

Aku nye baby lak kene sendeh for obviously no good reason -- on the first day Raya!!

Tengok post neh
Raya: Something for the car