tadi pagi dalam perjalanan ke tempat kerja aku terasa begitu terharu apabila mendengar lagu raya dendangan DJ Dave. Bergenang juga airmata aku. nasib baik tak jatuh berderai.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hati aku begitu terharu, sebak dan sedih bila dengar lagu raya. Mungkin aku terfikir akan nasib orang lain yang tidak sebaik aku. Terfikir akan budak-budak yang zamannya tidak seindah zaman aku dahulu. Terfikir akan nasib kedua ibu bapa yang kehilangan anak-anak mereka. Kasihan mereka.
Kali aku pertama aku teresak mendengar lagu raya ketika aku belajar di sekolah berasrama penuh dahulu. Dengar lagu Mamat Exist-ku pohon restu ayah bonda. Haha! Syahdu betul itu jam.
Mungkin inilah dia yang dikatakan pengisian Ramadan kot. Bak kata mak aku, sesiapa pon mesti rasa tersentuh bila time-time nak raya ni. Aku tak pasti dimana kesasihannya. Cuma yang pasti memang betul apa yang dikatakannya itu.
Atau mungkin hati aku ini sebagai seorang Cancerian yang sering bertukar-tukar akan perasaannya. Aku pasti siapa yang bernaung dibawah Zodiak ketam keramat ini pasti akan merasakan sesuatu yang sama.
By the way, Selamat Hari Raya. Isk...isk..isk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
slamat raya tuk ko gak...
Post a Comment