Semalam Matt Pryor tidurkan aku dalam keadaan aku yang penuh dengan amukan emosi. Serba tidak kena. Kesannya, aku sakit kepala hingga jam ini.
Tengah malam semalam. Pecubaan untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Gagal akhirnya disebabkan sedikit pertelingkahan kecil. Topik: No baru atau no telefon awam.
Mungkin aku yang bersalah kerana tidak mahu untuk percaya. Atau hati ini sukar untuk memberi kepercayaan akibat daripada kamu dan juga aku sendiri. Entahlah...aku masih tak pasti. Antara kita masih terlalu banyak yang sukar untuk di terjemahkan dengan kata-kata.
Kenapa? Entahlah..aku tak pasti. Sibuk, mungkin.
Aku ke yang mempunyai ego yang tinggi. Atau kamu yang sering ambil mudah soal hati? Soalan lagi. Atau aku yang terlalu banyak memikirkannya.
Cuba untuk mencari Menang. Mana tau boleh memperbaiki suasana malam. Jawapan yang sama. Gagal akibat penggilan bantal dan tilam yang empuk. Seorang. Sendiri.
Cuba melayan karenah keluarga Kyle dalam siri TV-nya dalam musim terbaru mamapu untuk membuat aku sedikit senyum. Itupun dengan karenah JR. Tamat siaran kluarga Kyle, aku kembali ke kepompong aku. Sendiri. Seorang. Sepi.
Tengah hari tadi. Percubaan untuk memperbaiki jalinan. Gagal akibat panggilan nasi dan juga lauk pauk panas ditengahhari dan juga kepenatan aku melayan karenah customer yang semakin menjadi-jadi.
Sekarang, aku sakit kepala! Perasaan memerlukan nospense dan herba melonjak tinggi. Perasaan memandu hingga garisan putus-putus di tengah jalan raya menjadi satu garisan panjang begitu kuat. Perasaan untuk memetik gitar seperti Angus Young, Dave Ghrowl, Kirk Hammet mahupun Edri Hasyim atau Man Kidal atau Joe Wings atau Kid meronta-ronta.
Tapi adakah sakit kepala ini akan hilang? Atau...
Hati ini terubat?
Perasaan gembira datang?
Tuhan..tolonglah aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment