Tuesday, November 23, 2010

Dilema

Beberapa minggu lepas, datang rasa fucked up yang amat sangat dalam diri Rembo terhadap careernya. Fucked up yang gila gila. Bosan, kecik hati and all.

Dengan tidak berfikir panjang, Rembo terus buka Monster. Update apa yang patut. Apply apa yang patut.

Niat di hatinya, sekadar mencuba nasib. Manakan tidak, dalam segmen expected salary, diletakkan beribu-ribu lebih daripada gaji sekarang.

Tak masuk akal.

[,]

Seminggu dua lepas, Rembo dengan bos keciknya ada kerja di Penang. Selesai kerja, makan malam bersama.

Mendengar cerita dari bos keciknya, semakin fucked up Rembo jadinya. Perasaan hambar terhadap tempat kerjanya semakin menjadi jadi.

Tapi, pada masa yang sama, Rembo harus terus stay untuk bos keciknya.

Termakan budi kata orang.

[,]

Sebentar tadi, ada seorang makwe telefon Rembo. Dari agensi pekerjaan katanya. Ada syarikat lain berminat untuk melamar Rembo dengan gaji seperti mana yang telah dipilih oleh Rembo dahulu.

Yang lebih ribu ribu dari gaji sekarang tuuu..
Yang agak tak masuk akal tuuu...

Masalahnya sekarang ni, Rembo berada dalam dilema, mana satu lagi penting, duit atau kesetiaan.

Lantas, Rembo rasa macam nak nyanyi lagu Nelly dengan Kelly Rolland.

Monday, November 22, 2010

Bebelan rambang [IV]

"I am trying to make a look book." ujar partner in crime tentang projek 2011.

"Then, I have to buy a digi camera by the end of this year. We need that, aren't we?"

"Yup." sambung partner in crime.

Dalam kepala gua dah fikir nak tambah satu lagi kad-hutang-dulu-bayar-time-gaji.

Lain lain, KIV dulu.

Sorry love.

*Dalam hati ada bisikan halus suruh join "Log In Facebook tiap tiap hari dapat RM100".

Saturday, November 20, 2010

Superman.

Isnin - Pejabat, Bandar Sunway.
Selasa - Pejabat, Bandar Sunway.
Selasa Malam - Rumah Atas Bukit-->PLUS arah Selatan-->King of Parit.
Rabu Pagi sampai Malam - King of Parit-->PLUS arah Kelumpo-->Rumah Atas Bukit.
Khamis Pagi - Rumah Atas Bukit -->PLUS arah Penang-->Negeri Kari Sedap.
Jumaat Malam - Negeri Kari Sedap-->PLUS arah Kelumpo-->Rumah Atas Bukit.

Fuhh! Macam Superman.

Jangan esok esok time gua dah ada anak, anak gua tak reti nak sebut 'ayah' sudah. Payah gua nanti!

Tuesday, November 16, 2010

Rumah baru [II]

Selain dari nak menyesuaikan diri dengan keadaan rumah baru gua yang makin besar dan makin banyak ruang ruang kosong, gua dan juga rakan rakan yang lain sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup berjiran.

Kalau dulu, tembok jiran sebelah kiri gua sahaja dah tinggal 3 kaki nak cecah siling. Nak jengah macam mana?

Jiran sebelah kanan pula jenis berniaga warung punya orang. Stail orang lain tidur lagi, dia dah sibuk masak masak. Time orang pergi kerja, dia dah kat kedai dah. Bila time petang orang balik kerja, dia orang dah pergi pasar borong. Belanja barang barang niaga. Bila masa nak kena teh sama sama?

Kali ini lain sikit. Bukan macam biasa biasa.

Jiran sebelah kanan gua walaupun brader brader dah anak dara 3 orang, tapi stail macam Joe Bastianich, master chef punya judge. Keras juga gua nak melayan.

Tapi, demi hubungan diplomatik dan sebagai orang baru, gua tegur juga sambil sambil buat buat naif.

Mana tahu, untung untung time lapar lapar, ada anak dara bagi karipap ke, kuih koci ke, lepat pisang ke, bihun goreng ke. Biasalah, hidup berjiran.

Tapi, satu petang tu, gua tengah khusyuk mandikan kereta hitam gua. Tengah sedap gua sental daki daki atas kereta hitam gua, brader sebelah anak beranak balik dari shopping.

Automatik badan gua jadi tough. Dada kembang, rambut stail budak budak Jepun time musim sejuk, lengan ketul ketul, muka serius.

Brader sebelah masuk pagar last sekali, lepas anak bini dia masuk rumah. Mungkin nak perangkap gua kot kot gua main main mata dengan anak anak dia ke tak.

"Basuh kereta dik?" tanya brader sebelah.

"Haah bang. Lama sangat tak basuh, sampai merajuk merajuk dah ni." gua jawap sambil buat buat naif. Ikut hati gua, nak saja gua jawap tengah goreng nugget ikan ke, buat assignment ke.

Dalam hati gua, "Macam drama swasta RTM 2."

Monday, November 15, 2010

Rumah baru.

Sekarang ni, gua baru ada masa kemas kemas bilik. Banyak lagi benda belum setting. Belum susun ke tempat yang sepatutnya. Entah mana gua nak selit beberapa buku yang gua belum baca. Rak buku dah penuh.

Itu belum kes mana nak susun koleksi kereta Ferrari. Kalau rumah lama, letak belakang katil dah settle dah.

Itu belum kes nak susun atur kotak kotak bawah katil, majalah majalah, pen, jangka lukis, kertas kajang, pembaris roda, mouse pad, koleksi DVD, poster Search, poster V for Vendetta, meja lipat, pelincir.

Itu baru kes bilik tidur. Belum kes bilik mandi. Sampaikan, syampu gua ada atas meja. Apa cerita.

Kes kasut pun sama. Time pindah itu hari, semua satu rumah, pakat letak kasut dalam beg plastik sampah heavy duty, bak kata apek kedai hardware.

Bila nak pakai kasut kena selongkar plastik sampah heavy duty bak kata apek kedai hardware itu dulu.

Tapi itu semua gua boleh rilek lagi.

Yang gua tak puas hati, gila gila punya hangin, apasal gua dapat bilik warna pink!!

Wednesday, November 10, 2010

Production line [II]

Gua duduk kat atas bangku besi. Dalam changing room. Jumpsuit baru pakai yang belah kaki. Belah badan gua tak pakai lagi. Clean room booties pun baru sarung. Belum zip habis.

Termenung. Mengenangkan hala tuju mesin gua dan juga ba...err...maksud gua jurutera jurutera customer gua yang backstabber.

Tiba tiba,

"Hang ada sini sampai bila weh?" tanya Syukri, budak praktikal.

"Sampai Jumaat ni kot." gua balas sambil senyum paksa, "Apsal?"

"Esok malam boleh la main."

"Futsal?" gua minta kepastian. Kot kot main yang dimaksudkan lain, susah juga nanti.

"Iya lah. Aku tengok gaya kau macam terrer je main."

"Hmmm..."

"Jom ah. Muka dah macam Shukor Adan aku tengok kau ni."

"Gua. Syukur Adan. Kah kah kah."

Dalam hati gua, "Otak dia Shukor Adan!"

Wednesday, November 03, 2010

Bebelan rambang [III]

Dunia ini sebenar benarnya penuh dengan babi!

Babi pakai suit Armani atau Hugo Boss. Babi yang pergi kerja guna beg Mont Blanc. Babi yang sana sini cakap habuk pun tadak. Babi pakai seluar jeans Lois. Babi pergi Jepun gila cari patung Mickey Mouse padahal Mickey Mouse bukan dari Jepun pun. Babi pakai seluar slack cutting besar tapi kaki seluar lipat besar nak mampos. Babi drive kereta import berlagak macam kereta sendiri padahal kereta company. Babi suka cakap tak fikir. Babi asyik tekan orang bawah. Babi yang cakap depan lain, cakap belakang lain. Dan macam macam lagi.

Last sekali, babi yang menyerupai kawan sendiri.

Tuesday, November 02, 2010

Bebelan rambang [II]

Barang belum siap masuk kotak. Katil belum dismantle. Buku, majalah berlambak lambak lagi bersepah. Baju baju separuh dah masuk plastik sampah yang heavy-duty yang biasa orang buat pindah rumah kata apek kedai hardware. Duit deposit macam nak tak nak. Kunci rumah baru patut dapat semalam. Peti sejuk belum defrost lagi. Minggu ni nak balik kampung. Minyak naik lagi.

Babi!

Monday, November 01, 2010

Bebelan rambang.

Bila gua fikir fikir balik, kerja macam gua ni, penat juga. Sekejap ke pejabat, lepas tu lari pergi ke Keramat. Agak agak Keramat dah settle, gua lari ke Penang pula.

Bila Penang da OK, kadang kadang gua lari ke Batam pula. Tak pun Singapore.

Tapi, end of the month, gua tetap rasa gaji tak memenuhi kehendak dan keperluan. Nak nak sekarang ni. Ada tekanan dari jauh. Payah juga gua macam ni.

Mana nak gua larikan ke tabung simpanan, mana gua nak bayar kredit kad, mana gua nak isi minyak, mana gua nak beli top up Touch n Go, mana gua nak hantar ke orang tua, mana gua nak makan minum lagi.

Ini semua buat gua terfikir. Mana satu gua punya silap.

Silap gua time jawab periksa final bawak 'toyol' dulu dulu ke. Silap gua tak cukup bagi duit kat orang tua gua kat kampung time time hujung bulan ke. Silap gua sebab pakai kereta hitam buatan Itali yang ada lambang ular sembur api dan sebelahnya ada...err...tak ada apalah, ke. Silap gua pilih kerajaan ke. Silap gua bayar pinjaman pelajaran sikit sangat ke.

Tapi, kalau semua salah gua, apa salah kerajaan?

Mesti ada punya ni sikit sikit.