Monday, November 15, 2010

Rumah baru.

Sekarang ni, gua baru ada masa kemas kemas bilik. Banyak lagi benda belum setting. Belum susun ke tempat yang sepatutnya. Entah mana gua nak selit beberapa buku yang gua belum baca. Rak buku dah penuh.

Itu belum kes mana nak susun koleksi kereta Ferrari. Kalau rumah lama, letak belakang katil dah settle dah.

Itu belum kes nak susun atur kotak kotak bawah katil, majalah majalah, pen, jangka lukis, kertas kajang, pembaris roda, mouse pad, koleksi DVD, poster Search, poster V for Vendetta, meja lipat, pelincir.

Itu baru kes bilik tidur. Belum kes bilik mandi. Sampaikan, syampu gua ada atas meja. Apa cerita.

Kes kasut pun sama. Time pindah itu hari, semua satu rumah, pakat letak kasut dalam beg plastik sampah heavy duty, bak kata apek kedai hardware.

Bila nak pakai kasut kena selongkar plastik sampah heavy duty bak kata apek kedai hardware itu dulu.

Tapi itu semua gua boleh rilek lagi.

Yang gua tak puas hati, gila gila punya hangin, apasal gua dapat bilik warna pink!!

4 comments:

ainfazrin said...

aku ada langsir kaler fuschia. matching la kot dgn pink tu. nak pinjam? haha. :P

sebelas said...

staill lah brader :D

|| a - j . E . E || said...

pink kan kool... sedap mata ko memandang nanti.. hihi

Rembo said...

ain - gua pakai cadar yang tak pakai je. he he he.

11 - stail mende warna pink? he he he

Aje - sedap? berahi ada la wakaka