Tuesday, November 16, 2010

Rumah baru [II]

Selain dari nak menyesuaikan diri dengan keadaan rumah baru gua yang makin besar dan makin banyak ruang ruang kosong, gua dan juga rakan rakan yang lain sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup berjiran.

Kalau dulu, tembok jiran sebelah kiri gua sahaja dah tinggal 3 kaki nak cecah siling. Nak jengah macam mana?

Jiran sebelah kanan pula jenis berniaga warung punya orang. Stail orang lain tidur lagi, dia dah sibuk masak masak. Time orang pergi kerja, dia dah kat kedai dah. Bila time petang orang balik kerja, dia orang dah pergi pasar borong. Belanja barang barang niaga. Bila masa nak kena teh sama sama?

Kali ini lain sikit. Bukan macam biasa biasa.

Jiran sebelah kanan gua walaupun brader brader dah anak dara 3 orang, tapi stail macam Joe Bastianich, master chef punya judge. Keras juga gua nak melayan.

Tapi, demi hubungan diplomatik dan sebagai orang baru, gua tegur juga sambil sambil buat buat naif.

Mana tahu, untung untung time lapar lapar, ada anak dara bagi karipap ke, kuih koci ke, lepat pisang ke, bihun goreng ke. Biasalah, hidup berjiran.

Tapi, satu petang tu, gua tengah khusyuk mandikan kereta hitam gua. Tengah sedap gua sental daki daki atas kereta hitam gua, brader sebelah anak beranak balik dari shopping.

Automatik badan gua jadi tough. Dada kembang, rambut stail budak budak Jepun time musim sejuk, lengan ketul ketul, muka serius.

Brader sebelah masuk pagar last sekali, lepas anak bini dia masuk rumah. Mungkin nak perangkap gua kot kot gua main main mata dengan anak anak dia ke tak.

"Basuh kereta dik?" tanya brader sebelah.

"Haah bang. Lama sangat tak basuh, sampai merajuk merajuk dah ni." gua jawap sambil buat buat naif. Ikut hati gua, nak saja gua jawap tengah goreng nugget ikan ke, buat assignment ke.

Dalam hati gua, "Macam drama swasta RTM 2."

3 comments:

|| a - j . E . E || said...

tunggu lama sket kua la jawapan camtuh nanti. mwahahah

Db Cooper said...

esok2 lu pulak tanya soalan mcm 2 beb kat brader sbelah umah 2

Sutera_suci said...

Haks.