Friday, January 06, 2012

06012012: Re-cap.

Pejam celik pejam celik. That's it. New year sudah. Ni pun dah seminggu dah berlalu. Cepat, memang cepat.

Oleh yang demikian, gua cuba untuk re-cap semula perjalanan emo-inc.blogspot.com ni. Seingat gua, tahun lepas adalah tahun yang paling tak komited untuk dua menulis lalu update kat sini.

Kenapa? Gua sendiri tak pasti.

Tak banyak benda yang berlaku sangat pun sebenarnya tahun lepas yang gua nak re-cap.

Antaranya, kes pembuluh darah gua mula tersumbat, pengalaman hidup di Bangkok, pengalaman masuk kelab bogel di Thailand, Batam dah berubah, main gila lawat War Museum Penang malam malam buta, mula jatuh cinta dengan basikal, kisah body gua semakin solid dan berbonjol, kes gua dah mula pakai cincin silver dan cinta gua pakai cincin emas, pengalaman pertama naik kapal terbang ke Philippines.
Link

Tu je. Tak banyak pun.

Tapi, tahun ini, gua cuba.

Lets make the letup strike back. Tak gitu King?

Thursday, December 22, 2011

22122011

Demmit! Seingat gua macam baru je gua start tulis tajuk setiap entri gua guna tarikh.

Tup, tup! Dah sampai Disember dah. Masa terbang sangat pantas huh?!

Toleh belakang sekejap sambil tengok tengok achievement. Personal and career.

Saturday, November 12, 2011

PHP; On the way

31 Oktober 2011, 730 pagi. Dalam kapal terbang Air Asia, menuju ke Clark, Philippines.

Kiri gua seorang minah Philippines, kanan gua brader berbangsa India. Dari Malaysia atau India gua sendiri tak pasti.

Dengan agak agak cool, gua bukak buku Chuck Palahniuk, Survivor tajuknya.

Gua baca perenggan pertama dengan berhati hati. Ada perkataan testing, mayday, blackbox, dengan flight. Gua rasa lain macam. Gua tutup buku, baca sinopsis belakang.

"...has commandeered a Boeing 747, emptied of passenger, in order to tell his story to the plane's black box before it crashes." sinopsis tu bagitau.

"demmit!"

Lantas gua tutup, campak dalam beg gua. Cari posisi selesa, tidur sampai landing.

Sunday, October 02, 2011

32

Petang tadi, sedang gua layan game Wales menentang Fiji, rasa bosan menyinggah ke dalam hati. Mungkin sebab Fiji main rugby macam budak sekolah. Langsung tak melawan. Gila bosan.

Tapi gua ingat, bosan lagi game England kot. Rugby ke, bola sepak ke sama je game play. Sepak jauh jauh, kejar. Tak mencabar minda langsung.

Atas sebab bosan, ada suara suara kecil berbisik ke telinga untuk keluar-pakai-jeans cantik-kasut jalan-pergi ke mall.

"Nak buat apa gi mall?" tanya Tom.

"Tak tau la. Hmmm...tapi bosan ni."

"Hnnnnssss..." ujar Tom sambil hembus nafas sekali dengan asap Dunhill.

"Ha, gua nak cari jeans buat hitam buat kerja la."

"Ok jom."

Kalau ajak ke mall laju je budak Tom ni. Macam budak budak kecik.

[,]

"Nak cari apa?" tanya sales girl dalam butik jeans terkemuka.

"Jeans. Kaler hitam, cutting slim." terang gua tepat dan padat.

"Cutting ni la. Kita ada juga cutting lain. Nak cuba tak?" tanya sales girl butik terkemuka.

"Boleh. Bagi cutting ni saiz 34. Yang ini pun sama." sambil gua tunjuk ke cutting satu lagi.

"Sorry la encik. Cutting ni saiz 34 dah habis."

"Ok, kalau camtu bagi saiz 33 dan 32."

[,]

"Rupanya gua punya saiz pinggang dah tinggal 32 dowh sekang." kata gua pada Tom sambil sign resit kredit kad.

"Jeans ni memang saiz dia besar sikit la."

"Kah kah kah! Denial."

[,]

Lantas lepas balik dari mall, gua kayuh basikal hitam sambil berdiri untuk setiap bukit area Rumah Atas Bukit.

Target gua, tahun depan, gua boleh capai saiz 29 atau 30. Sekarang ini, lesung pipit gua pun macam dah nak keluar sikit sikit.

Settle.

Thursday, September 22, 2011

HB


HB part 2. 17092011. Ouch!

Monday, September 19, 2011

Nota untuk diri sendiri.

Target: By Aprill 2012 there must be at least 15K.

Sunday, September 18, 2011

Blood Sweet.

Starting dari semalam, darah gua dah mula manis dan gua dah ada tunangan. Ouch!