Aku ketepikan segala keutamaan aku. Aku dahulukan menulis. Atas sebab yang aku sendiri tidak pasti.
Cancerian. Itulah aku. Sekarang aku berada pada tahap emosi yang bergolak. Lagi-lagi bergolak. Tadi enjoy je berbuka bersama rakan serumah. Beberapa minit kemudian terdiam sendiri. Fikir apa pun aku tidak pasti. Yang pasti ianya satu perasaan yang kurang seronok.
Mandi dan kemudian menghadap-Nya.
Tetap sama. Tiada perubahan.
Duduk sambil membaca penulisan orang lain di ruang tamu sambil mendengar berita.
Tetap sama. Tiada perubahan.
Beralih ke kedudukan berbaring sambil menonton Goals!. Sambil mendengar sayu suara imam membaca surah-surah suci kitab kebesaran-Nya.
Sayu. Bertambah sayu.
Keluar ke kopitiam untuk menghantar laporan kepada bos, customer, higher management.
Perkara pertama dalam hati aku ketika sampai.
"Huh, tiada amoi comel berseluar ketat hari ini."
Klik pada ikon outlook express, perkara pertama aku buat. Aku biarkan beberapa email spam dan beberapa email dari higher management yang berunsurkan nasihat atau support kepada kerja aku menerjah masuk. Seperti terjahan-terjahan peminat Kedah menerjah masuk stadium Darul Aman. Bosan.
Klik pada ikon Mozila Firefox. Aku taipkan "www.rhbbank.com.my." Laman pertama terpapar. Klik pada online banking. Masukkan nama pengguna dan kata laluan.
2 days floating:RM 1,***.90.
"Itu sahaja? Mungkin dah tolak advance aritu? " "aduh!! kalau tiada bonus raya ni mampos aku."
Kemurungan bertambah. Bertambah muncung. Memek muka berubah kepada memek muka yang semakin membuatkan aku kelihatan tua beberapa tahun .
Mungkin inilah kesan-kesan daripada sifat commited terhadap pekerjaan. Atau hati aku meruntun ingin pergi dari Bandar Maharani ini buat seketika.
Tapi aku masih terperangkap disini. Bandar Maharani. Huh!! Maharanilah sangat.
Berpaling kearah meja sebelah.
Ahh!! Ada pula muka kamu disini. I.E di syarikat aku membua setup sedang menikmati minuman. Muka kamu lagi. Malang buat aku malam ini.
Yang pasti sekarang aku bukan berseorangan di kopitiam ini. Dahulu ia. Semua mata yang memandang hanyalah pandangan-pandangan sinis. Sekarang, aku tidak lagi dipandang begitu kerana kamu semua.
Ya! Terima kasih kerana membuatkan aku tidak lagi rasa begitu. Terima kasih kerana membuatkan aku terasa seperti aku seorang founder disini. Tiba-tiba sahaja bayangan Christopher Columbus dengan kapalnya terbayang difikiran aku. Perintis anak muda berbangsa melayu melepak dan menikmati hidangan di kopitiam. Haha!!
Tidak lama lagi aku pasti akan bertemu jodoh disini. Mungkin. Maybe. Perhaps.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) merasakan keseronokkan melepak dan chill disini.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikiran sedikit terbuka seperti aku. Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikiran pergi mampos dengan fikiran-fikiran sinis dan typical malays kamu semua.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikiran kopi dan teh disini lebih sedap daripada kopi dan teh di rumah kamu.
Apabila kamu semua (rakyat jelata Bandar Maharani) berfikir untuk berhenti berada ditakuk yang lama.
Mungkin. Maybe.Perhaps. Aku akan ketemu kamu. Si-A yang selanjutnya. Mungkin A untuk Azeni, A untuk Aisyah, A untuk Adilla, A untuk Adriana, A untuk Ah Mei, A untuk Apaapasahaja nama kamu. Mungkin ia menjadi kenyataan ataupun terus menjadi khayalan peringkat tinggi aku sendiri.
Siapa tahu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment