Dendangan Damien Rice di saluran Star World dalam rancangan Live from Abbey Road telah membuatkan perasaan kosong secara tiba-tiba.
Mungkin disebabkan susunan musiknya yang penuh dengan harmonik dan melodik. Ada bunyi piano, Double Bass, gitar, drum dan suara penyanyi yang berselang seli. Aku suka.
Tapi entri kali ini bukanlah untuk review Damien Rice ini. Ia hanyalah satu tulisan kosong ataupun escapism kepada dunia sebenar yang berlaku kepada aku.
*****
Semalam petang aku baru keluar dari negara jiran. Singapura. Atas urusan kerja. Perjalanan kali ini lebih lancar berbanding kali pertama. Kali ini aku bertemankan seorang senior. Kira tidaklah aku mati kutu seperti mana kali pertama dahulu.
Banyak perkara yang aku nak ceritakan. Sesekali melihat negara orang yang lebih maju adalah perkara yang menyeronokkan. Tak sempat aku nak pergi Esplanade. Dengar cerita ia hebat.
Kali ini aku pergi ke Toa Payoh menaiki MRT ataupun LRT la kat Malaysia ni. Kira banyak jenis perangai dan gelagat yang aku jumpa berbanding trip kali pertama yang hanya menggunakan teksi.
Perkara pertama aku sedar ketika menaiki MRT ini ialah mereka gemar menyumbatkan telinga dengan Earphone/Headphone. Tidak kira dari telefon bimbit, pemain MP3 atau pun PSP. Tabiat ini tidak terhad kepada peringkat remaja malahan peringkat dewasa juga.
Aku terfikir adakah ini juga salah satu cara mereka memasuki dunia mereka sendiri? Atau menjadi trend? Kira siapa yang tak sumbat tak namoak cool?
Tiada jawapan. Tak sempat untuk bertanya kepada mereka.
Musik iringan: Iris - Goo Goo Dools
Kenapalah lagu ini yang keluar ketika ini. Dahla aku tengah nekad buat satu keputusan penting untuk aku lupakan perasaan itu. Susah bagi aku. Mungkin senang bagi kamu!
Sambung cerita..
Hidup di tengah kota yang majoriti masyarakat berbangsa Cina agak asing bagi aku. Nak tak nak kena survive sendiri. Aku bukakan sedikit minda dan akal fikiran yang sudah sedia sedikit terbuka. Tolak segala sangsi dan fikiran negatif.
Sebelum keluar dari Singapura kami singgah ke kedai roti untuk mengalas perut. Macam-macam jenis roti tersusun menunggu untuk di beli. Antaranya 'Chicken and Ham bread', 'Cheese bread with Ham'. Haha! Aku ketawa dahulu. Aku pilih donut.
Ya! aku paham. Mungkin ia dimasak dalam ketuhar yang sama. Tapi aku tiada pilihan. Makan atau jatuh pengsan beberapa meter sahaja didepan kedai itu langsung disambar kereta lalu mati disana.
Mungkin sekarang aku perlu minum air tin yang ada cap harimau dibawah pokok kelapa bagi membunuh cacing-cacing itu?
Mungkin ini pelajaran aku untuk pergi ke negara yang lebih hebat?
Biasalah, budak kampung sesekali keluar daripada kepompongnya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment