Tuesday, October 26, 2010

Penang III.

Gua dah kat Penang semula.

Minggu lepas, Hari Isnin dengan hari Selasa gua naik sini. Lepas tu, demam dua hari. Jumaat gua buat kerja kat Kelumpo.

Minggu ini, hari Isnin gua kat pejabat. Hari ini, sampai bila gua tak tahu.

Esok tengah hari boleh layan Nasi Dalca+Ayam Merican Superb.

Wohooo!!!

Tapi, tiap tiap minggu naik, mahu bengkok tulang belakang gua ni!

Wednesday, October 20, 2010

Penang II.

Gua duduk kerusi penumpang. Ala ala stoned and high. Akibat selsema dan tak sedap badan. Sendi sendi rasa sakit. Belikat macam rasa tak original. Rasa macam nak demam.

Perjalanan pulang ke Kelumpo baru lepas tol Juru.

Berpuluh kilometer kemudian, di sempadan Perak - Pulau Pinang. Ngam ngam sampai papan tanda sempadan warna hijau, gua cuit driver. Kemudian tunjuk ke arah papan tanda.

Dengan tak semena-mena driver turunkan tingkap,

"Babai Penang!!!" jerit driver ke arah luar.

"Apahal?" gua macam terkejut.

"Saja. Gua bye bye kan nasi kandar Makbul, Roti Nan Kapitan dengan kari kedai tepi laut. Sedih juga." jawap driver.

"Oowh.."

Selang beberapa saat, dua dua orang dalam kereta hitam ketawa terbahak bahak tak ingat dunia.

Inside joke.

Monday, October 18, 2010

Penang.

Gua sekarang berada di Penang. Esok petang gua balik semula ke Kelumpo. Bukan apa, sekadar tunjuk muka kat customer. Sambil sambil boleh tengok tengok machine gua. Kang merajuk pula. Sekali merajuk, payah juga machine gua tu.

Tiba tiba gua teringat pepatah melayu yang berbunyi, tempat terjatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Ni bukan main yang antara lelaki dengan perempuan tu. Itu cerita lain. Manjang fikir ke lucah.

Maklumlah, dekat setengah tahun gua kat Penang ni demi sesuap nasi. Mana tak terkenang kenang.

Ahaks..

Thursday, October 14, 2010

Tak takut.

Walaupun lu orang cuma dengar rock 'n' roll atau mungkin hanya indie, atau hanya pop punk, atau grindcore, atau hanya trash, atau irama Malaysia, atau hanya dangdut, atau hanya M Daud Kilau, atau hanya My Chemical Romance, atau apa sahaja, gua sarankan, bila masa lu down, sedih tak memasal, berasa down lepas kena marah dengan bos dan rasa nak berhenti kerja atau tak dapat apa yang lu orang nak atau tak dapat exceed expectation, try dengar lagu ini.



Walaupun gua cuma sekadar dengar dengar musik hip hop, dan bukan irama domain dalam diri gua, Eminem dan Not Afraid ni buat gua rasa emosi sebelah lain gua melonjak lonjak dicucuk lagu ini dengan lirik yang mendalam.

Wednesday, October 13, 2010

Karma lagi.

Semalam, gua balik rumah dalam keadaan hati yang bengkak. Dari pagi gua membebel bebel tak tentu hala.

Ini semua gara gara sistem negara gua yang gua rasa semakin menyesakkan. Sana sini mahal. Menyirap gua.

Dah tu, gua balik, bayar tol, depan jalan jammed teruk. Tu belum kira mamat mamat atau minah minah yang potong que tak reti bagi signal. Tambah 'bengkek' hati gua.

Bawa kereta pun ikut perasaan.

Sampai tol terakhir gua sebelum sampai rumah, gua nampak ada satu Neo masuk lorong Touch 'n' Go sebelah kiri gua. Gua perasan ada meter tambahan pada tiang A.

"Turbo ni." bisik hati gua.

Lantas, tanpa buang masa, gua outrun itu Neo tanpa kasihan. Bawa kereta ikut perasaan. Bukan ikut akal. Janji puas.

[,]

Pagi tadi, lepas tol, kereta hitam gua tiba tiba mati. Gua start, mati lagi.

"Ha ha ha!" gua gelak seorang diri.

'Timing' kereta gua jadi rendah. Itu pasal kereta gua mati mati.

Gua ingat ada satu valve yang dah rosak, yang gua tahan tahan dari awal tahun dah menjadi jadi rosaknya. Sekarang, gua rasa, itu valve sudah mahu kena tukar.

Sudahnya, sepanjang jalan gua high rev kereta gua. Berketul juga muscle peha kiri gua tekan pedal clutch.

Karma.

Tuesday, October 12, 2010

Kadang kadang.

Kadang kadang, gua lemas dalam kehidupan dunia realiti yang semakin menyesakkan.

*Siapa siapa lepas ni offer atau tag gua kat FB gambo note 50 RM berterabur atas meja atau dalam bonet kereta, gua bakar kaki kiri lu orang!

Thursday, October 07, 2010

Promo.

Kawan gua, nama dia orang The King dengan The Killer cakap, dia dah transfer 100000 USD dalam akaun Swiss bank gua. Dia mintak tolong gua promote page perniagaan dia.

Lagi, dia tambah 10USD untuk setiap 'like'.

Klik sini.

Gua harap, awal tahun depan dua dapat beli Bugatti Veyron dari promo yang gua buat ni. Kalau berjaya, tahun depan gua berhenti kerja, gua bukak kilang yang buat promo saje.

Ka-ching! Anak mata gua ada tulis lambang duit.

Untung untung lu orang juga merasa naik Bugatti Veyron gua nanti.

Wednesday, October 06, 2010

Claim.

Semalam, tengah sedap gua panjat mesin gua kat customer site, gua rasa ada gegar gegar dalam kocek jeans sebelah kiri gua.

Gua paused sekejap. Berfikir.

"Sejak bila gua ada bawak vibrator pergi servis mesin ni?" bisik hati kecil gua.

Owh, telefon gua rupanya. Time bila gua letak dalam silent mode pun gua tak sedar. Sibuk sampai bende bende kecik pun gua lupa sekarang.

Gua ambil vibrator...err..maksud gua telefon, ada satu teks mesej.

Servis manager gua hantar teks mesej yang berbunyi,

[ I reject all your claims due to some mistake.I put at your table.]

"Haih." keluh gua mengenangkan claim gua yang dekat dekat sepuluh claim kena reject.

[Noted with many disappointing.] gua reply.

Itu jam, ikut hati, gua rasa macam nak potong mesin gua part by part buat jual besi buruk. Tapi, macam orang yang tak smart pula tindakan gua tersebut.

Lantas gua pasrah dan berfikir untuk berhenti minum nescaffe tarik time pagi pagi

Friday, October 01, 2010

Siri Bercakap dengan Big Boss.

Rabu lepas. Gua sampai pejabat dengan kadar yang ngam ngam. Tak lambat sangat, tak cepat sangat.

Masih ada masa pekena Dunhill Light sebatang depan pejabat sambil sambil gua perdengar burung burung berkicauan riang. Sesekali bunyi hon kereta tengah layan jem, potong stim aman gua pagi tu juga.

Tengah gua sedap tarik, gua nampak satu Toyota Camry. 7789 nombor 'plet'nye.

"Aduh...time gini pulak sampainya big boss gua ni." bisik hati kecil gua yang mula tak keruan.

"Morning." tegur bos gua sebaik keluar kereta yang betul betul di'park' depan pintu pejabat dan juga betul betul depan gua itu jam.

Nak gua padam rokok cepat-cepat lepas tu lari, nampak sangat tak steady. Jadinya, gua stay.

"Morning boss." balas gua sambil bagi senyuman paling manis dalam dunia.

"Hmm...enjoying 'breakfast' eh?" tegur boss gua sambil angkat beg kulit kerja dari bonet kereta.

"heh heh heh." gua mampu balas sindiran boss gua dengan sengih.

Beberapa saat lepas tu, gua dah dengar bunyi besi pintu pejabat gua bergesel, menandakan pintu pejabat gua nak tertutup.

"Bo, see me right after finish your breakfast ya!" kata boss gua sambil jengah kepala keluar sambil senyum senyum.

"Err..ok boss." jawap gua, "Ha..kan dah kena!" kata diri gua yang sebelah lain.

...bersambung...