Tuesday, November 23, 2010

Dilema

Beberapa minggu lepas, datang rasa fucked up yang amat sangat dalam diri Rembo terhadap careernya. Fucked up yang gila gila. Bosan, kecik hati and all.

Dengan tidak berfikir panjang, Rembo terus buka Monster. Update apa yang patut. Apply apa yang patut.

Niat di hatinya, sekadar mencuba nasib. Manakan tidak, dalam segmen expected salary, diletakkan beribu-ribu lebih daripada gaji sekarang.

Tak masuk akal.

[,]

Seminggu dua lepas, Rembo dengan bos keciknya ada kerja di Penang. Selesai kerja, makan malam bersama.

Mendengar cerita dari bos keciknya, semakin fucked up Rembo jadinya. Perasaan hambar terhadap tempat kerjanya semakin menjadi jadi.

Tapi, pada masa yang sama, Rembo harus terus stay untuk bos keciknya.

Termakan budi kata orang.

[,]

Sebentar tadi, ada seorang makwe telefon Rembo. Dari agensi pekerjaan katanya. Ada syarikat lain berminat untuk melamar Rembo dengan gaji seperti mana yang telah dipilih oleh Rembo dahulu.

Yang lebih ribu ribu dari gaji sekarang tuuu..
Yang agak tak masuk akal tuuu...

Masalahnya sekarang ni, Rembo berada dalam dilema, mana satu lagi penting, duit atau kesetiaan.

Lantas, Rembo rasa macam nak nyanyi lagu Nelly dengan Kelly Rolland.

5 comments:

Unknown said...

DUIT penting lagi bro...
kesetiaan ko carik la kat tmpt baru nnt kalo dapat hahaha

.Gha A. said...

"No matter what I do." auwwwww!

Bo zaman sekarang zaman duit. buat apa setia kalau bayar ciput.

untung2 keta hitam lu bertukar kan :)

Dewajiwa said...

tolak tepi duit atau kesetian apa semua. asalkan makan pakai cukup, takde hutang dan ada saving. janji hati mau sinang =)

stam said...

duit boleh beli kesetiaan

Azam Abd Rahman said...

salam singgah,
jenguk juga laman puisi saya