Sekarang masuk minggu yang ketiga aku duduk dirumah. Tak ada banyak perbezaan. Skala kehidupan yang malar. Umpama satu garis melintang dalam sesebuah graf. Kecerunan sifar.
Rutin harian yang tiada banyak beza. Bangun kala matahari tinggi, tolong jaga anak buah, keluar pergi kafe siber, log on Jobstreet, check email, duduk di Badut, tunggu Digi Man balik, lepak sampai maghrib. Haih...kutu.
Sedikit gembira kerana payment dah masuk. Tapi banyak yang perlu keluar. Invest untuk kereta. Invest kat sedikit perniagaan kecil untuk sara hidup. Bil itu, bil ini. Kopi itu, kopi ini. Simpan untuk interview dan masa hadapan lagi. Cukup ke?
Sedikit tentang pilihanraya.
Suasana semakin terasa. Perang poster makin menjadi-jadi di Parlimen Ayer Hitam ini. Setiap malam akan ada penyokong-penyokong dacing membuat kerja-kerja kempen. Sana sini poster. Sana sini banner. Sana sini bendera. Yang hijau, yang biru, yang merah, yang kuning je aku belum nampak lagi.
Aku, tolong tengok. Bukan apa, aku belum rasa terpanggil untuk mana-mana warna. Kalau ada warna hitam mungkin la kot. Nak-nak ada gambar tengkorak. Haha!
Lagipun aku adalah salah seorang daripada hampir 10 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar. Kawan aku yang kerja kat SPR bagitau. Kalau dia tipu, aku tipu lah. Aku memang nak mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya tahun ini. Tapi bila aku nak gerak mendaftar ke pejabat pos berdekatan je, itu jam lah parlimen dah bubar. Kalau aku mendaftar pun, sure la tak boleh mengundi untuk kali ini. Haih...
Perasan aku kat pekan kecil kesayangan aku ini sekarang, akan ada penyokong dari warna biru akan berjaga menjaga bendera mereka di kawan masing-masing.
Aku terfikir. Adakah langkah ini wajar? Kenapa perlu jaga? Takut kena kait? Takut kene tebas? Mungkin jugalah kan. Tapi yang mengait dan menebas ni pulak dah kenapa? Adui tak paham aku. Mungkin aku tak rasakan semangat mereka kot.
Entahlah. Baik makan nasi beriyani Mad Shah. Takpun join Pundak. Haha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kau kene mendaftar,baru kau akan rasakan semangat tu.yup!
aku dah cuba. tapi tu lah...aku masih dalam iGAGAList lagi la sebulan dua kebelakangan ni. Damn.
awk..sy pun slh sorg dr 10 juta org tu..huhu
ziera-takpe kita cuba lagi penggal akan datang ye.
rambo!sy da mula singgah di blog kamu..membace aper yg patot bg menghilangkan bosan..sgt bosan bila menunggu.haih!
awk..sy pun slh sorg dr 10 juta org tu..huhu
eamy-YE!! skang susah nk access internet. bnyk prob. so agak lambat la. sabar tu separuh daripada sabarudin. hehehe.
sailor sin chan-nnti aku karate motor tak ori ko tuh. jaga mu!
Post a Comment