Tuesday, April 29, 2008

Priceless stupid box itu adalah sekotak kenangan.

Dalam dua-tiga hari ini aku agak sibuk mengemas. Kemas barang-barang, baju, buku-buku. Kira semua barang-lah. Mana satu yang aku hendak bawa ke Lestari Putra, mana yang aku hendak bawa ke rumah baru.

Ok, aku sekeluarga telah memutuskan untuk tinggalkan kampung. Berpindah ke rumah sendiri di taman perumahan. Ini semua adalah kerana kami sudah bosan dengan mentaliti sempit masyarakat kampung. Kedua, atas sebab marah dengan pihak tertentu yang sibuk dengan harta pusaka, tanah pusaka.

Pinjam kata En Kamal. Kau nak ambik, aaaammmmmbbiiiiiiiik! Bodoh!

Rumah di taman sudah siap sepenuhnya. Tinggal tunggu masa untuk angkat barang-barang sedikit demi sedikit.

Dalam aku sibuk mengemas, aku terjumpa album lama. Ya! album gambar. Kembali ke beberapa tahun malahan beberapa belas tahun yang lampau.

Waktu perjalanan hidup masih baru bermula. Memori dari sekolah rendah. Nampak gambar budak yang aku minat. Senyum. Nampak gambar budak-budak sedarjah yang masih comel yang sekarang ini sudah ada anak bini sendiri. Ketawa. Funny!

Memori sekolah menengah. Waktu aku berada di asrama. Rakan-rakan penghisap rokok dan pemberontak. Senyum sendiri aku melihat aksi dan pose masing-masing ketika itu.

Priceless stupid box, aku benci kau!

***

Tiga hari lepas, aku teringat kan kamu. Sangat kuat. Tiba-tiba. Segalanya bagaikan ditayangkan semula. Happy hour. Pasukan bola jaring dan bola baling kamu. Pasukan ragbi aku. Seketariat Rakan Muda kamu. Semua.

Terkebil-kebil aku merenung siling bilik aku.

Dua hari lepas aku dikejutkan dengan satu teks daripada seseorang yang pernah aku cinta...err..maksud aku suka, kot. Entahlah. Soal hati. Malas hendak layan sangat.

[Cha] : Awak...

Ringkas.

Berdebar hati aku. Apa pasal tiba-tiba teks aku macam ini? Ok ke? Dalam masalah ke?

Aku balas. Senyap.

Satu minit. Senyap. Dua minit. Senyap.

Aku call.

Sekadar hendak menyatakan yang dia akan ke Batu Pahat hujung minggu ini. Malangnya, aku pula sudah bergerak ke Lestari Putra.

Oh, Tuhan. Dugaan-Mu sungguh hebat.

Semalam, aku terlayan Amazing Race Asia musim pertama. Ya. Muka kamu seropa dengan juara itu.

Aku akui. Aku rindu kamu. Rindu dengan lesung pipit kamu. Semua tentang kamu!

Priceless stupid box, aku benci kau!

Saturday, April 26, 2008

Moral: Jangan cuba untuk tidur petang Jumaat!

Petang semalam. Balik daripada masjid. Lepas makan tengah hari. Lepas update entri. Aku lepak-lepak atas katil. Baca buku cerita A Boys Story. Cerita fasal budak Skinhead Chelsea tahun 60-an yang lampau.

Tengah sedap aku layan buku ini, tiba-tiba aku dengar kecoh-kecoh dari arah kebun sebelah bilik aku. Suara Wak Noh menjerit-jerit. Aku cuba amati. Gagal.

Suara Wak Noh makin jelas. Maknanya, dia sudah sampai ke garaj rumah aku. Lantas aku bangun dan keluar untuk melihat keadaan sebenar.

Wak Noh menjerit-jerit dalam Bahasa Inggeris. Dalam bebelan dia berselang-seli dengan bahasa lain yang aku tidak faham. Mak dan ayah aku pun tidak faham. Nak kata Bahasa Jawa, bukan. Bahasa Thailand, pun bukan.

Mak dan ayah aku cuba tenangkan beliau. Aku hanya mampu melihat. Dalam hati aku berkata, “apa yang rasuk Wak Noh ni?”

Apa yang faham dari percakapan beliau itu ialah;

‘…trapped forever…’

‘…twisted tail…’

‘…thousand eyes…’

‘…EEEPAA…’

‘…EEEPAA…’

Aku sedar –sedar badan aku dah basah. Bantal dan katil aku pun dah dibasahi peluh aku. Aku tengok jam. Pukul 1735. Fuh! Mimpi rupanya. Aku tertidur ketika baca buku A Boys Story. Apa mimpi ngeri petang-petang ni.

Aku pun termenung sekejap atas katil. Sign apakah mimpi aku tadi ni? Siap Wak Noh tiru sebijik-sebijik gaya watak atuk Bart Simpson. Macam kes ngeri je ni.

Aku ambil tuala, bersiap untuk mandi. Dah basah satu badan, kenalah mandi.Baru selesa hendak keluar minum petang.

Baru aku nak masuk tandas.

“Ular Orok-orok!!” aku jerit.

Terkejut aku. Ada seekor ular daun, baik punya landing kat dinding tandas aku. Nasib baik ular daun. Ikut hati nak aje aku tangkap. Atas nasihat adik aku, aku halau ular tersebut keluar. Baru aku nak prove yang aku pun boleh jadi Steve Corvin.

Dalam hati aku, inilah dia petanda yang cuba di sampaikan kepada aku.

Friday, April 25, 2008

King, tolong aku!

Dalam jangka masa tidak sampai seminggu lagi aku akan memulakan langkah aku ke negeri 'air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Meneruskan karrier. Dalam kepala aku masih banyak perkara masih tertunggak.

Servis knight rider aku. Buat sedikit modifikasi bagi mengikut kesesuaian bentuk muka bumi di negeri air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Betulkan apa yang rosak. Wiper cermin belakang. Wiring sedikit rosak.

Itu baru cerita knight rider aku. Belum cerita baju, seluar, toiletries, perfume...blah..blah..blah..yada..yada..yada..

Ini semua gara-gara duit. Sial. Money really makes world goes around nowadays. Nak taknak phrase ini aku kena akui. Kita kena akui. Ada duit semua boleh jadi.

Beberapa minggu lepas aku ada jual sedikit barang knight rider aku. Mula-mula aku malas nak jual. Nak simpan. Sentimental value. Tapi customer ini pulak, kira owner lama knight rider aku. Orangnya pun baik dengan aku. Takpe-lah. aku jual gak. Tapi sampai sekarang payment tak dapat-dapat lagi.

Haih!. Marah betul aku kalau orang buat aku macam ni. Aku memang nak guna duit. Kalau aku takde nak guna cerita lain-lah.

Haih! Elak-elak aku karate juga mini market dia tu kang sebagai tanda protes!
King Pipi dengan King Kumprinx, boleh kasi tunjuk ajar?

Wednesday, April 23, 2008

Aku nak jumpa Ain, Dillah dan Eppy.

Sekarang kurasa something je bila aku buka page aku sendiri.

Macam-macam rasa ada. Sedih, boring, marah. Kadang-kadang rasa macam nak menangis. Kadang-kadang rasa macam nak sing a long dengan lagu-lagu dalam playlist aku. Terutamanya dari band macam I Kill A Prom Queen, Poison The Well tak pun From Autumn To Ashes.

Entri-entri aku rasa macam sampah. Crap. Rubbish. Takda yang emosi pun.

Pernah aku bagitau Chan gelodak jiwa aku ini.

Tapi dia jawap, "Everybody love to read all those crap and rubbish things Bo."

Aku diam. Senyap. Membatu. Dalam hati aku fikir ada betulnya juga kata Chan.

Sekarang aku dah nekad. Se-nekad mat rempit buat wheelie sejauh 5 kilometer.

Apa nak jadi, jadi-lah. Aku mesti berubah.

Start besok...err...maksud aku petang nanti, aku nak cari novel-novel cinta kat kedai Selamat Toko Buku. Takpun aku nak jumpa anak-anak Wak Noh sebelah rumah aku. Wak Noh ramai anak gadis. Mesti collector novel-novel jiwang ni. Biar aku baca sampai nangis-nangis.

Baru-lah EMOSI.

Monday, April 21, 2008

Semua orang berubah.

Satu masa dulu, aku selalu suka cakap, "I dont believe in a truth friendship."

Statement ini aku keluarkan kepada umum lebih setahun yang lepas. Itu jam aku baru habis belajar dan bekerja part-time sebagai pembantu jualan di butik mahal di Mall.

Wujudnya statement ini atas perasaan tertekan aku terhadap kerjaya aku itu jam sedangkan rakan-rakan seperjuangan telah berjaya membina kerjaya masing-masing yang hebat-hebat belaka. Tercapai cita-cita.

Aku. Terhangguk-hangguk sapu dan mop lantai, lap cermin, susun baju dan seluar. Lap meja. Tak cool langsung aku rasa.

Satu hari, sudah rasa penat dengan kerja sebegitu, aku text semua rakan-rakan seperjuangan. Semua sama aku text. Nak buat call, aku tak mampu lagi.

[Ada vacancy tak kat tempat kau? Ke lubang-lubang lain ke? Ada?]

Hampir semua nama rakan-rakan seperjuangan aku, aku text.

Senyap. Dalam hati aku kata untuk sedapkan hati, "Sibuk kot semua?"

Malas mahu fikir bukan-bukan.

Tapi, setelah beberapa lama, beberapa insiden berlaku depan mata. Beberapa kes culture shock menular di antara mereka. Beberapa kes hangat bercinta sampai lupa kawan berlaku. Kes-kes lupa diri pun ada.

Insiden demi insiden dan kes demi kes ini semakin menyedarkan aku. Everybody have their own life to run. Masing-masing sudah ada tanggungjawap atas hidup mereka dan juga komuniti masing-masing.

Sekarang, i just dont want to take it seriously. Nanti aku yang sakit hati. Susah.

Lalu, aku tukar kepada statement, "everybody changed!"

Saturday, April 19, 2008

Se-kepulangan ku dari perantauan.

Aku rasa aku ada masalah inferior complex.

Satu perasaan paranoid terhadap perasaan marah dan kebencian orang terhadap aku. Atau pun sering berperasaan aku selalu buat salah. Orang bijak pandai dalam psikologi kata.

Aku baru sampai dari rumah sewa baru aku. Waktu tempatan, kurang lebih 0030. Sampai rumah aku biar knight rider aku melahu sebentar. Maklumlah jalan jauh. Dah tu ada bau hangit-hangit pulak tu. Sapa suruh merempit dengan Mercedes Kompessor.

Bukan apa. Dalam perjalanan pulang tadi aku sangat mengantuk. Tidur hanya 3 jam. Tidak boleh lelapkan mata kerana kepala aku sangat sakit.

Punca. Belum dapat dikenal pasti.

Aku masuk rumah, big boss masam muka.

Aku pun selamba masuk rumah. Sebelum tu aku pandang parking kereta Kelisa abang aku. Kereta takde. Aku fikir dia dah bergerak ke Sepang seperti yang diwar-warkan.

Aku kunci grill, susun kasut dan terus kunci pintu.

Sangkaan aku meleset. Tengah sedap aku bersiram, terdengar bunyi enjin Kelisa. Abang aku balik.

Terdengar abang aku goncang pintu yang aku kunci tadi kuat-kuat.

Dalam hati aku kata, "Ah sudah! Memekak pulak pagi-pagi buta ni."

Keluar bilik mandi, aku tegur abang aku.

"Wa ingat lu dah gerak Sepang."

Senyap. Muka nak masam. Ketat je. Macam ada papan taruk depan muka.

Macam-macam soalan dalam kepala aku.

Salah aku ke biar enjin knight rider melahu tatkala cucu-cucunya sedang nyenyak tidur? Ke aku balik lambat sangat? Abang aku marah pasal aku kunci pintu ke? Takpun, marah sebab knight rider aku bau hangit? Ke, dia orang ni tak suka aku kerja kat ibukota?

Haih...susah.

Itu inferior complex kan?

Ada siapa boleh tolong jawab?




Thursday, April 17, 2008

Gone and i'll be back.

Aku akan ke ibukota semula petang ini.

Esok ada sedikit urusan di pejabat baru. Berbincang tentang sedikit tugasan, mengambil offer letter dan berbincang tentang site yang bakal aku pergi.

Mungkin dua hari ini, aku tiada di meja pengadilan ini..err...maksud aku meja komputer ini untuk post apa-apa entri.

So, i'll be back.

Wednesday, April 16, 2008

Harap-harap ini bukan keputusan yang salah dalam hidup aku.

Urusan di ibukota telah selesai. Keputusannya seperti dijangkakan. Beres dan berjaya. Mungkin awal bulan Mei aku akan berpindah ke negeri 'air percuma untuk 10 meter padu pertama' untuk menyambung karier.

Setiausaha, please take note ok.

***

Bila aku berada di rumah. Dengan tiada apa rancangan dalam minda. Biasanya aku akan melihat dunia setelah gelincir matahari. Satu jangkamasa yang panjang untuk tidur.

Aku rasa di kampung aku ini, akulah raja tidur. Kalau ada pertandingan tidur paling lama, aku rasa akulah juara untuk Kampung Parit Haji Ali Laut.

Pedulikan semua. Bila aku rasa bahang matahari, baju aku sudah basah dek peluh. Baru aku sedarkan diri. Bukan apa, kalau aku bangun awal pun, tiada apa yang perlu dilakukan.

Kalau aku masak untuk makan tengah hari, nanti apa pula emak aku cakap. Lawan tauke pulak. Nanti kalau dia rasa tercabar, susah lah aku.

Kalau aku buat kerja-kerja rumah, nanti apa pula kata presiden rock se-Parit Raja. Silap-silap markah rock aku kena demirit 50 markah. Nak naikkan mata demirit dah la susah.

Kalau aku buat-buat cabut atau meracun rumput, nanti jiran aku kata aku macam-macam pulak. Nama pun Wak Noh. Noh lagi. Popular betul nama Noh kebelakangan ini. Padan lah kawasan rumah aku dengan rumah dia je selalu hujan.

Harap-harap esok aku bangun awal sedikit. Ada perkara mahu di selesaikan sebelum menyambung karier di ibukota. Harap-harap tidak hujan. Kalau hujan, aku pukul jiran aku Wak Noh ni.

Contohnya, mengeluarkan baki simpanan bank untuk kegunaan harian dalam bulan pertama dan membuat sedikit persiapan. Beli itu dan ini. Eh, rasa macam hendak masuk asrama pulak. Haha!

Tuesday, April 15, 2008

Pengalaman berharga buat seorang budak daripada kampung.

[Aku] : Tolong selamatkan aku. Aku turun di perhentian Serdang.

Lima minit. Senyap. Sepuluh minit. Senyap.

Tak boleh jadi ni!

"Hello Tom. Lu tidur ke? Selamatkan gua. Wa da rasa macam ada mata-mata liar memerhati ni."

"Ok. Sepuluh minit lagi wa sampai." ujar Tom.

Tom. Bukan Tom Sawyer atau Tom Tom Bak tapi singkatan Tomok. Bukan juga artis yang nyanyi lagu jiwang-jiwang sambil geleng-geleng kepala comel tu. Tapi adaptasi daripada perkataan Mok.

Hampir setengah jam kemudian baru sampai.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Tom.

"Pergh! besar gile jalan ni ekh. Empat lane lagi." aku kagum.

"Biasalah K.L." jawap Tom selamba.

Maklumlah, budak kampung. Jalan paling besar pun aku rasa jalan kampung aku yang bila selisih kereta tak payah turun ke bahu jalan. Itu pun aku rasa best gila dah.

***

"Eh, gile la. Wa nampak Twin Tower depan mata sial. Biasa tengok dalam tv je."

"Mat, lu kat KL la sekarang. Tak payah la jakun sangat." sampuk Tom.

Maklumlah. Biasa aku nampak dalam tv je.

***

"Jom pergi OU." Tom mengajak aku. Mungkin riak wajah aku nampak kebosanan.

"Let's go!." jerit aku. Macam tu juga la hati aku menjerit.

Owh...ni la OU. Bisik hati aku.

Owh...ni la The Chili's.

Owh...ni la La Senza.

Nasib baik aku baca blog. Kalau tak haram aku nak tahu sumua tempat-tempat ini.

Dan banyak lagi 'owh', 'wah' dan 'wow'.

Maklumlah, budak kampung. Sesekali turun bandaraya besar. Bak rusa masuk kampung la. Patut kena tukar peribahasa ni. Bak rusa masuk bandar kot lagi ok.

Friday, April 11, 2008

Hai! Im back

Aku baru sampai rumah.

Penat. Penat dan penat.

Kepada saudara saudari, sahabat handai dan rakan taulan yang datang berjumpa, terima kasih. Ada masa kita bersua lagi.

Malas mahu tulis panjang-panjang.

"Mana ada orang update blog at weekend!. Takde life ke??" kata kawan aku.

Tunggu weekdays nanti ye! Water bed sudah sedia menanti.

Friday, April 04, 2008

Ok. Last call.

Kepada yang nak berjumpa dengan aku, sila SMS atau call aku. Tak ada no telefon aku? Email aku nombor telefon korang, nanti aku call. Jangan lupa letak nama. Jangan letak tanpa nama atau anonymous ok!

Setiausaha aku dah balik kampung. Cuti bersalin. Jadi semua kerja aku buat sendiri.

Hari ini hari terakhir. Selepas pukul 12.00, hari Sabtu, 5 April, segala email dan juga comment, aku tak boleh nak jawap.

Mungkin boleh kalau rumah tumpangan aku ada kemajuan. Jadi, akses internet sangat terhad. Harap maklum.

Yang berkhidmat,

Syed Mohd Rambo Bin Syed Mohd Zainal

Tuesday, April 01, 2008

Peluang jangan ditolak.

Hujung minggu ini sampai 8 atau 9 haribulan. Aku akan berada di ibukota.

Email sahaja kalau mahu temujanji. Setiausaha-ku, please take note. Please, please be fair ok?

Anda semua. Rakan taulan, sahabat handai, saudara mara. Masih ada peluang untuk bertemu dengan budak kampung yang baru nak naik.