Friday, April 25, 2008

King, tolong aku!

Dalam jangka masa tidak sampai seminggu lagi aku akan memulakan langkah aku ke negeri 'air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Meneruskan karrier. Dalam kepala aku masih banyak perkara masih tertunggak.

Servis knight rider aku. Buat sedikit modifikasi bagi mengikut kesesuaian bentuk muka bumi di negeri air percuma untuk sepuluh meter padu pertama'. Betulkan apa yang rosak. Wiper cermin belakang. Wiring sedikit rosak.

Itu baru cerita knight rider aku. Belum cerita baju, seluar, toiletries, perfume...blah..blah..blah..yada..yada..yada..

Ini semua gara-gara duit. Sial. Money really makes world goes around nowadays. Nak taknak phrase ini aku kena akui. Kita kena akui. Ada duit semua boleh jadi.

Beberapa minggu lepas aku ada jual sedikit barang knight rider aku. Mula-mula aku malas nak jual. Nak simpan. Sentimental value. Tapi customer ini pulak, kira owner lama knight rider aku. Orangnya pun baik dengan aku. Takpe-lah. aku jual gak. Tapi sampai sekarang payment tak dapat-dapat lagi.

Haih!. Marah betul aku kalau orang buat aku macam ni. Aku memang nak guna duit. Kalau aku takde nak guna cerita lain-lah.

Haih! Elak-elak aku karate juga mini market dia tu kang sebagai tanda protes!
King Pipi dengan King Kumprinx, boleh kasi tunjuk ajar?

4 comments:

pipiyapong said...

woi kasi tunjuk ajar pun kena pakai duit rembo..apa lu ingat free2 ka??haha..tapi karate mini market tu perlu untuk pembalasan duniawi..

rambo said...

apa ada hal. lu msg lu punya no phone kat ms aku.

aku dah karate. senget dah mini market dia.

ciKenit said...

waaaaaaaaaah...
best ni rambo leh karate2.
tolong karate boss kecik ciki bole?
*hulur 20 ringgit*
cukup ke, hum?
:-S

rambo said...

boleh.

tunggu la bila rambo dah kesana kang.