Wednesday, April 16, 2008

Harap-harap ini bukan keputusan yang salah dalam hidup aku.

Urusan di ibukota telah selesai. Keputusannya seperti dijangkakan. Beres dan berjaya. Mungkin awal bulan Mei aku akan berpindah ke negeri 'air percuma untuk 10 meter padu pertama' untuk menyambung karier.

Setiausaha, please take note ok.

***

Bila aku berada di rumah. Dengan tiada apa rancangan dalam minda. Biasanya aku akan melihat dunia setelah gelincir matahari. Satu jangkamasa yang panjang untuk tidur.

Aku rasa di kampung aku ini, akulah raja tidur. Kalau ada pertandingan tidur paling lama, aku rasa akulah juara untuk Kampung Parit Haji Ali Laut.

Pedulikan semua. Bila aku rasa bahang matahari, baju aku sudah basah dek peluh. Baru aku sedarkan diri. Bukan apa, kalau aku bangun awal pun, tiada apa yang perlu dilakukan.

Kalau aku masak untuk makan tengah hari, nanti apa pula emak aku cakap. Lawan tauke pulak. Nanti kalau dia rasa tercabar, susah lah aku.

Kalau aku buat kerja-kerja rumah, nanti apa pula kata presiden rock se-Parit Raja. Silap-silap markah rock aku kena demirit 50 markah. Nak naikkan mata demirit dah la susah.

Kalau aku buat-buat cabut atau meracun rumput, nanti jiran aku kata aku macam-macam pulak. Nama pun Wak Noh. Noh lagi. Popular betul nama Noh kebelakangan ini. Padan lah kawasan rumah aku dengan rumah dia je selalu hujan.

Harap-harap esok aku bangun awal sedikit. Ada perkara mahu di selesaikan sebelum menyambung karier di ibukota. Harap-harap tidak hujan. Kalau hujan, aku pukul jiran aku Wak Noh ni.

Contohnya, mengeluarkan baki simpanan bank untuk kegunaan harian dalam bulan pertama dan membuat sedikit persiapan. Beli itu dan ini. Eh, rasa macam hendak masuk asrama pulak. Haha!

8 comments:

Eamy said...

dah,dah!

sy da catat keh

oh!mak kamu lg

kem slm yeh

klu umah i paip bocor lagi

leh tumpang mandi yeh



*i pakai bikini nnt, fewit!

Jorji said...

selamat berjuang!

air percuma terus pun tak terasanya kalau setakat sorang mandi..lain2 kos kat luar rumah terus tinggi!

apek terror said...

rambo...tul ker?
best ar....

ATONAL MICROTONAL said...

kirim salam dengan wak noh ye. cakap dengan dia i minat lagu pagi yang terang tu. uhhh

Rembo said...

eamy - feeewiiit!! boleh. datang la.
sori tadi tak muncul.

jorji - tq bro.

saiful - betul. opis i sebelah sunway college.

sailor chan - ke kau nak suruh aku kem salam KODOK.

Eamy said...

rambo

uuuuuuu!!

mane janji2 u

dusta


*dush!dush!dush!tumbuk muka u..haha

Rembo said...

agak sibuk dgn urusan lain la. sori. Peace!!

Eamy said...

ok,ok

i maafkan



*i setiausaha yg baik hati