Monday, April 21, 2008

Semua orang berubah.

Satu masa dulu, aku selalu suka cakap, "I dont believe in a truth friendship."

Statement ini aku keluarkan kepada umum lebih setahun yang lepas. Itu jam aku baru habis belajar dan bekerja part-time sebagai pembantu jualan di butik mahal di Mall.

Wujudnya statement ini atas perasaan tertekan aku terhadap kerjaya aku itu jam sedangkan rakan-rakan seperjuangan telah berjaya membina kerjaya masing-masing yang hebat-hebat belaka. Tercapai cita-cita.

Aku. Terhangguk-hangguk sapu dan mop lantai, lap cermin, susun baju dan seluar. Lap meja. Tak cool langsung aku rasa.

Satu hari, sudah rasa penat dengan kerja sebegitu, aku text semua rakan-rakan seperjuangan. Semua sama aku text. Nak buat call, aku tak mampu lagi.

[Ada vacancy tak kat tempat kau? Ke lubang-lubang lain ke? Ada?]

Hampir semua nama rakan-rakan seperjuangan aku, aku text.

Senyap. Dalam hati aku kata untuk sedapkan hati, "Sibuk kot semua?"

Malas mahu fikir bukan-bukan.

Tapi, setelah beberapa lama, beberapa insiden berlaku depan mata. Beberapa kes culture shock menular di antara mereka. Beberapa kes hangat bercinta sampai lupa kawan berlaku. Kes-kes lupa diri pun ada.

Insiden demi insiden dan kes demi kes ini semakin menyedarkan aku. Everybody have their own life to run. Masing-masing sudah ada tanggungjawap atas hidup mereka dan juga komuniti masing-masing.

Sekarang, i just dont want to take it seriously. Nanti aku yang sakit hati. Susah.

Lalu, aku tukar kepada statement, "everybody changed!"

5 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

rembo..rembo..hati kau terlalu keras..

Rembo said...

pipi- hanya leftenan aku je yang boleh lembutkan hati aku sekarang ni.

FrH said...

kau text kawan2 tanya ada vacancy ke x .. tp bile kawan2 suruh anta resume kau x anta ... mcm mana tu..?

Rembo said...

frh - ada ke? rasa mcm takde je.

FrH said...

ada ..
ada kawan lain pon ckp kau x send pon resume .. kawan dah sedia nk tlg ..