Monday, May 17, 2010

Blues Anak Pulau.

Tepat jam 3.30 petang tadi, lepas gua training makwe makwe operator cara cara nak jalankan mesin gua, lincah gua keluar production line. Tak toleh kiri kanan dah. Menonong laju.

Dalam kepala gua cuma ada Dunhill Light. Power gua semakin kurang. Dan juga air Tea O Ais Limau dalam tin. Buat sedap sedap tekak.

Penat jangan cakap. Rasa rasa gua, berdasarkan kredibiliti gua mengajar makwe makwe operator tu, boleh kot dapat anugerah Guru Harapan tahun depan.

Settle body scanning dari guard yang asyik cari emas dalam badan gua, terus gua capai Dunhill Light satu kotak, lighter Zippo gua dengan telefon bimbit gua guna tangan kanan dari locker-kecil-penyimpan-barang-barang-sebesar-rumah-burung-merpati. Tangan kiri gua genggam Teh O Ais Limau dalam tin. Sejuk. Sedap.

Tanpa buang masa, gua labuhkan punggung gua atas curb kat smoking area yang pantang budak budak skate nampak manjang nak buat nose-slide.

"Ting!" bunyi Zippo gua bergema seantero smoking area bila gua flick penutup dia.

Ada dua tiga mamat shift B duk jeling gua. Gua senyum simpul sambil angkat kening sebelah gaya Ziana Zain.

"Fuuuuhh." bunyi gua hembus asap Dunhill Light perlahan lahan. Pada masa yang sama, peluh sebesar kepala jarum peniti mula mengalir dari dahi gua.

"Fuuuuhh." sekali lagi gua hembus Dunhill Light perlahan lahan.

Tiba tiba gua teringat mak gua kat King Of Parit. Gua jeling jam tangan gua. 17 Mei. Maknanya dah 2 bulan 9 hari gua tak nampak mak gua.

Entah tengah buat apa agaknya mak gua tu. Dah makan ke belum, ada lauk tak nak masak malam nanti, tepung kat dapur tu ada lagi ke tak. Garam halus, serbuk kunyit, asam jawa dalam peti sejuk. Semua gua terfikir.

"Tak boleh jadi ni." getus hati kecil gua. "Hujung bulan mesti kena balik!"

[,]

Selesai makan malam, gua terus buka Air Asia punya website. Dengan harapan, ada sinar untuk gua pulang ke kampung.

Tapi, tak ada satu pun masa yang ngam dengan schedule gua nak balik ke Penang semula dari JB.

Gua tak putus asa. Gua try Firefly pula. Pun sama. Semua waktu mengarut. Tak kena dengan timing gua.

"Haram!" bentak hati gua sambil gua tepuk meja.

Lantas gua sambung jadi Commander semula akibat kecik hati dengan Tony Fernandes.

3 comments:

jo said...

tepuk meja...berani terajang mesin la woi. baru dapat balik kampung lama sikit..

dewajiwa said...

belikan je mak lu tiket ke Penang. apa ada hal. hehe.

oi..dah merokok balik?

Rembo said...

jo - machine belum habis bayar lagi oooi!

dewa - gua mmg tak pernah berhenti lagi.