Tuesday, May 04, 2010

Kerna Rock 'N' Roll.

Kerna Rock 'N' Roll, gua tak balik King of Parit walaupun gua cuti empat hari. Sebenarnya, gua letih nak drive straight 8 jam dari utara all the way down to south. Tol dah tentu dekat dekat seratus ringgit, minyak gua confirm seratus lima puluh ringgit sekali jalan. Tak kira rokok gua, jajan jajan gua lagi. Penat gua lagi.

Lagipun, Tiny Dancer gua pergi Kota Tinggi.

Nanti, hujung bulan ni, gua balik ye.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua terjumpa budak sekolah gua dulu. Time kat Serting. Budak ni memang gua dah lama tak jumpa. Sejak habis sekolah. Budak ni juga kira satu homeroom dengan gua. Kira macam keluarga angkat time sekolah dulu.

Mende ntah keluarga keluarga angkat ni. "Sound so phony." bak kata Holden Caulfeild.

"Ni kali kedua ni Rembo!" ujar budak sekolah gua bersemangat.

"Sama la ngan gua. Lu nak tengok mana ni?"

"Ni." kata budak sekolah gua sambil tunjuk T-shirt ada lambang huruf S dengan mata kat tengah tengah piramid yang orang kata itu antara lambang iluminati.

"Ngam." gua kata sambil angkat ibu jari sebagai tanda 'good'.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua terjumpa laki kawan gua. Yang juga bapak baby bernama Adam Fansuri.

Pun sama. Kali kedua. Setia dan mengharapkan sesuatu dari Search setelah konsert Di Awan Biru.

Tengah sedap gua layan lagu Emmanuelle, bapak Adam Fansuri text gua.

[Gua rasa Wings overrulled Search tonight bro. Gitar Kid tak dengar sangat bunyinya. Goreng paling best lagu Isabella pun tak menjadi.]

Gua senyum dan balas laju laju, sebab gua nak sing-a-long bait bait "kau perlukan duit! Kata Emmanuelle, hidup bukan murah" sambil tunjuk tunjuk bumbung.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua terjumpa makwe yang gua crush time gua study kat Universiti King of Parit time gua tahun berapa gua tak ingat. Budak Pahang.

"Orang dah lama tengok awak." kata makwe Pahang tu.

"Err..yeke?"

Lepas tu, keadaaan jadi awkward. Gua tak tahu nak cakap apa. Lantas gua ajak Tom cari jalan masuk indoor arena dan tinggalkan makwe Pahang itu dengan pakwe dan kawan kawannya.

[,]

Kerna Rock 'N' Roll, gua layan cerita Isabella dengan tekun sambil makan jajan cheese ball time gua tak kerja semalam petang.

Dan itu jam, gua rasa menyesal sebab potong rambut pendek. Cis!

[,]

Kerna Rock 'N' Roll juga gua rasa, gua terlepas dari kena saman speed trap dengan Pak Polis Trafik tadi tengah hari kat Gopeng atas sebab mungkin sebab Pak Polis Trafik tu nampak sticker Search gua bawah lampu brek ketiga time dia check nombor pendaftaran kereta hitam gua.

Lantas gua pecut laju laju sampai Penang lepas tu.

5 comments:

ainfazrin said...

macam mana nak 'like' post ni ek? nak click mana ni? hehe.

balik konsert tu, aku lebih yakin nak mintak restu mak aku ; nak kawin rocker. haha! ok,i know. roll your eyes.. :P

Jorji said...

kerna rock n roll gua tak pergi double trouble.

FrH said...

wan ada text aku mlm tu, ckp dia jumpe kau, tp aku tgh mamai so aku terdelete tanpa baca sampai habis. ni kau mention blk baru aku ingat. siotnye wan, dah ada anak pon pegi konsert .. ahahha. kalau aku, jgn harap aku bg laki aku pegi, kecuali kalau aku g gak, tp tinggal anak kt rumah ahahahha!
eh, sejak bile kau ada no tepon wan ..?

kau xjumpe adik aku ke faeez. dia pon g gak ..

makwe pahang? jeng jeng jeng.. yg mana 1? apsal aku xtau ..

mana gamba-gamba rock n roll oiii!!!

laki cikgu kimia said...

makwe pahang mana satu bo? yang itam ke putih? kuning langsat?

Rembo said...

ain - lu click je like kat page FB gua.

ji - ah lu mana minat malaysia punya RnR.

farah - gua exchange number time konsert tu la.

ada budak pahang. dulu dulu punya.

nas - jap jap. gua keliru dengan soalan lu ni. hmmm...