Saturday, May 08, 2010

Hari Emak.

Pagi tu pagi hari Ahad kedua dalam bulan Mei tahun 2009. Mother's day.

Gua celik celik mata. Terus gua teringat mak gua kat King of Parit. Dengan pantas, masih dalam selimut, gua capai N95 gua. Masuk ke 'contact', cari no telefon mak gua. Bab bab nombor ni memang gua lemah sikit nak mengingat.

"Happy Mother's Day mak!" gua jerit dalam keadaan perlahan.

"He he he. Thank you." kata mak gua di hujung talian.

Perbualan seterusnya berkisarkan hal hal biasa. Perbualan biasa antara emak dan anak nombor dua yang jauh di matanya.

Kes kes biasa. Tanya dah makan ke belum, lepas ni buat apa, duit ada ke tak, kereta ok ke tak. Biasa-lah, orang tua mana yang tak risau anak dia jauh kat mata.

Sampai-lah ke satu perbualan.

"Angah amik nombor makwe ni ngah." ujar mak gua.

"Ni siapa lagi yang rekomen lagi ni mak? Ramai betul nak kat I ni? He he he."

"Ade...staff mak tu. Kawan dia ni. Single lagi."

"Aduh...malas la mak. Nanti nanti la Angah cari sendiri. Tak sabar nak ada menantu baru ke apa ni?" gua saja menduga mak gua.

"He he he. Tak la. Amik je la. Budak ni lawyer tau! Nak ke tak?"

"Apa? Lawyer? Ha..bak sini." laju je gua.

[,]

Mak. Terima kasih untuk segalanya sampai gua umur 28 ni...err...maksud gua 24 ni. Kalau tanpa mak tahun lepas, tak ada la kenal si Tiny Dancer ni. Tak kenal si Tiny Dancer ni, takde kain yang dia beli yang mak nak sangat sangat tu.

Heh heh heh.

Nanti la gua balik, gua belikan handset baru ok?

Happy Mother's Day!!

6 comments:

iyan said...

bini pun mak cari kan ke?

Rembo said...

bini? what the FCUK? ha ha ha

FrH said...

owh mcm gitu ke citenye ..
tahniah bro! mmg berkat gile laa hubungan ni ;)

ainfazrin said...

waaaahhh! awal2 dah dapat green light. patut lah mak terpikat habis dengan pilihan kain tu ari ;)

tapi betul. restu mak tu mmg magikal.

Lil^GriZzLe said...

kan betul org2 tua katam jodoh yang keluarga carikan lebih afdhal! ;)

Rembo said...

frh - harap2nya heh heh heh

ain - greenlight?? ha ha haa

gha - afdhal??