Tuesday, August 24, 2010

Tak sabar.

Jumaat ini, lepas gua geledah kedai kedai bundle pilihan, lepas gua beli jeruk jeruk kat Jalan Chowrasta sebagai buah tangan, gua akan menjalankan satu misi.

Misi 7 perhentian. Ala...macam cerita Farid Kamil dengan Erra Fazira tu.

Bermula daripada tol Juru, gua akan melewati RNR Gunung Semanggol. Terus lalu RNR Sungai Perak, Tapah, Sungai Buluh, Seremban, Ayer Keroh dan last sekali Pagoh.

Mungkin gua akan singgah di Rumah Atas Bukit sebelum turun ke selatan dan terus ke rumah gua di King Of Parit.

Dah dekat setengah tahun gua tinggalkan King Of Parit. Bau rumah gua pun dah mula luput dari ingatan. Bau bilik gua pun sama. Entah macam mana baunya sekarang. Mungkin bau epal atau haruman citrus atau bau tumisan mak gua di dapur yang melekat pada langsir bilik gua.

Last gua kat rumah di King Of Parit seingat gua 8 Mac.

Sejak itu juga gua tinggalkan makwe gua keseorangan tanpa belaian dan kasih sayang. Gua dah rancang sepanjang gua cuti dari Sabtu sampai Merdeka.

Boleh la gua ro...err...maksud gua menyulam kasih.

Mungkin buka puasa kat kedai Tomyam. Atau, jalan jalan ekspo cari tudung untuk raya. Atau cari buluh buat pasang pelita. Paling tidak pun buat buat gaduh pilih air atau karipap inti apa kat pasar Ramadhan depan kompleks Parit Raja.

Aww, tak sabar!

2 comments:

|| a - j . E . E || said...

yeay2 balik kampung.... :)

Jorji said...

last gua balik kg....10 hari lepas!