Sesuatu sedang berlegar-legar dalam kepala aku. Tapi aku tak tahu apakah ia? Tak dapat aku nak tangkap apa yang otak aku cuba sampaikan. Segala neuron-neuron aku sedang bekerja keras untuk menyampaikan maklumat-maklumat tersebut kepada anggota-anggota badan aku yang lain. Tapi hampeh. Gagal mengesan maklumat yang cuba otak aku sampaikan. Haaaiiih....
Akibat kerja keras tersebut, akhirnya kepala aku sudah mula memberikan kesan. Sakit yang sedikit. Mungkin ini disebabkan oleh kesan daripada kafein yang tekandung dalam air Nescafe pekat warung pakcik depan rumah tadi. Atau kesan daripada tidur yang tidak berkualiti yang bermula jam 2 pagi berakhir pada 9.30 pagi disamping gangguan rakan-rakan pergi ke kerja.
Sakit kepala betambah sejurus bermesyuarat bersama bos aku dan jga bos orang lain yakni bos pelanggan kami. Makin digodak masalah yang menimpa, makin banyak kerja aku, makin sakit otak aku. Makin bercambah neuron-neuron dalam otak aku, makin sesak aku rasa kepala aku ni.
Sudahnya aku sudah berada di kopitiam. Ini kopitiam baru ye. Kira port baru la. Aku gunakan alasan untuk menghantar report dan feedback kepada pihak atasan aku diatas masalah-masalah yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tadi, akhirnya aku dapat meloloskan diri daripada cengkaman 'pemerintahan kuku besi' dari pihak pelanggan aku. Haih...penat betul layan diaorang nih.
Dalam kepala masih lagi berlegar-legar arahan dan juga kerja yang perlu disiapkan. Ketepikan sahaja dahulu. Yang penting aku dah keluar daripada kilang itu. Maka secara automatiknya separuh daripada beban aku tinggalkan di pintu pagarnya. Esok atau lusa masuk, pungut kembali. Begitulah cara aku. Haha!
Ya! baru aku teringat sesuatu. Sebelum memulakan sesi mesyuarat, kami berpeluang untuk bersembang. Pertanyaan cepu emas daripada bos aku. Satu pertanyaan yang paling sensitif, paling aku tak suka nak jawap.
"You bila nak kahwin?. Bukan tahun ini kan?"
Aku hanya mampu menjawap dengan gelak kecil seraya berkerut dahi aku memikirkan persoalan itu. Sekarang aku malas nak fikir. Lantok le. Haih..
Aku macam nak tengok movie. Tapi tak tahu cerita ape. Ada cadangan? Jangan romantik komedi ya! Hehe!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment