Friday, November 23, 2007

Hari paling gembira


Yahoo!! Esok dah start weekend. Maknanya hari ini adalah hari terakhir bekerja dalam seminggu. Hari ini jugalah hari yang ditunggu-tunggu. Bukan apa, seronok pikirkan dua hari yang bebas daripada mendengar muzik-muzik mesin, jeritan suara lantang engineer kilang yang menyesakkan aku, bunyi motor mat rempit yang menjadikan lampu isyarat depan rumah aku sebagai starting grid. Bebas. Walaupun sementara.

Satu lagi perkara yang membuatkan aku girang adalah pulang ke kampung. Walaupun aku setiap minggu pulang, tetapi saat inilah yang aku tunggu-tunggu setiap minggu. Kadang-kadang aku pun pelik apakah keseronokan pulang ke kampung?

Yang pasti aku akan keluar daripada hiruk-pikuk bandar Maharani ini. Just felt i not belong here. Tiada apa yang seronok disini. Setakat Giant dan Tanjung Emas. Huh! Maaf orang bandar Maharani! Aku cuma melahirkan perasaan tidak seronok terhadap bandar kamu.

Walaupun bandar aku tiada Tanjung Emas mahupun Tanjung Agas, ia tetap memberikan sedikit kepuasan. Bukan sebab ada BP Mall yang mempunyai Dockers atau Levis, bukan sebab The Summit yang mempunyai Thailand spa, bukan sebab ada BP Walk. Tapi aku seronok.

Mungkin seronok untuk tidur di atas tilam yang tebal. Selama aku dirumah si Bandar Maharani ini, tilam aku hanya tebal beberapa sentimeter sahaja dengan karpet keluaran India. Mungkin juga seronok dengan kaletah pahlawan-pahlawan meja bulat. Nak-nak Si Apek ada di kampung. Cuti semester. Lagilah perasaan nak sampai cepat ke kampung itu meluap-luap.

Pahlawan-pahlawan sekalian, tunggu sebentar sahaja lagi aku pulang.

No comments: