Hujung minggu ini aku sekeluarga telah pergi bercuti di Tiara Beach Resort di Port Dickson. Pada awalnya aku hendak pergi. Kemudian atas urusan kerja dan paksaan pihak Nazi STM Muar aku terpaksa mengalah dan menolak peluang bercuti.
Aku pun relax-relax pergi kerja hari Sabtu tu. Kerja habis awal. Jam 2 petang aku dah keluar daripada kubu Nazi STM Muar. Masih sempat untuk ikut bercuti ni, aku fikir.
Sebenarnya kami bercadang untuk berparty dirumah. Haha! Tetapi atas desakan mak aku aku akur, aku tewas. Aku ter fikir akan keindahan pantai dan juga tempat yang bakal aku habiskan hujung minggu ini. Manatau jodoh aku ada disini. Haha!Kira aku gerak lewat sikit la. Lepas maghrib aku gerak dengan adik aku.
Bersungguh mak aku suruh datang ke P.D. Atas alasan nak bawa adik aku jumpa Cik Man sekali. Orang yang bertanggung jawap mengubati adik aku satu masa dulu. Aku rasa tak perlu untuk aku describe siapa Cik Man. Tapi cukuplah aku cakap dia orang yang hebat. Sambil beri sedikit buah tangan untuk majlis perkahwinan anaknya minggu depan.
Satu masa dulu hampir setiap pertengahan setiap tahun bermula tahun 2002, seingat aku. Adik aku mengalami 'saat di alam supernatural' yang memakan masa berminggu-minggu. Dalam saat ini, dia akan meracau, tidur yang melampaui lamanya, tidak makan dan juga mata yang telus kepada supernatural.
Bergerak lebih kurang jam 1945, dalam perjalanan banyak perkara yang dibualkan. Termasuk kereta, memandu laju, kebodohan manusia sekarang, politik, hal-hal dunia dan akhirat dan juga Cik Man. Berhenti berehat di Ayer Keroh untuk menikmati makan malam sambil memburu gadis-gadis comel. Tetapi gagal.
Sampai ke Tiara Bach Resort jam 2313 waktu tempatan. Tempat yang sesuai untuk percutian keluarga. Mempunyai kolam renang yang besar dan juga sedikit permainan air yang sering menjadi kegilaan anak buah aku. Cuma sayang ia tiada pantai. Segala aktiviti sosial dan kemasyarakatan tertumpu pada kolam renang.
Dalam perjalanan pulang barulah menuju ke destinasi yang dihajatkan oleh mak aku. Rumah Cik Man. Dalam sepanjang perjalanan dengan rasa hebatnya aku menakut-nakutkan adik. Best sungguh rasanya bila ada point kat adik aku. haha!
'Lu ok?' sambil memegang dada adik. Mana tau jantungnya berdegup kencang.
'Wa ok!' ringkas jawapannya.
'Wa pedih btol kalau salam je, Cik Man da sengih semacam. Tu yang wa risau tu.' risau adik.
'Hahaha!! habis la lu.' Ketawa aku.
Sampai sahaja dirumah Cik Man aku dah senyum-senyum kambing sambil kenakan adik aku. Cik Man orangnya agak lembut. Pertengahan umur. Dan kelakar. Setelah memperkenalkan diri masing-masing kami duduk berbual-bual. Ketawa. Mak dan ayah la paling gembira. Jumpa kawan lama katakan. Adik dah agak malu-malu.
Sampailah satu babak ngeri. Tiba-tiba saja Cik Man berkata;
'Angah kenapa banyak termenung?' sapanya sambil memegang bahu aku.
Aku hanya mampu tersenyum. Dalam hati aku berkata, 'alamak! Kantoi plak!'
Tetkala itu berhamburan ketawa seisi keluarga aku. Paling kuat adik lah.
Dalam keadaan terperanjat dan bingung aku tanya keluarga aku.
'Korang ada konspirasi ke yang aku tak tahu?'
Makin kuat ketawa diorang.Sial!
'Awek cun Ngah ye?!' kata Cik Man lagi.
Aku dah bertambah bingung. Tiba-tiba umpama slideshow wajah-wajah gadis yang aku kenal dan nak kenal berulang-ulang berlegar didepan mata aku.
'Dalam 2 atau 3 tahun lagi kawinlah ye.' Cik Man buka mulut lagi.
Ah sudah!! aku berbisik kebingungan. Keluarga aku dah pecah perut masing-masing. Nak nak adik aku. Nasib baik tak guling-guling.
Sepanjang perjalanan pulang ke Batu Pahat hanya 3 perkataan terngiang-niang. Termenung, awek cun dan kawen ditambah dengan slideshow yang tak henti-henti. Aku yang terkena akhirnya bukan adik aku. Adik tak habis-habis senyum kambing. Sial!
Memang hebat Cik Man ni, sampai aku selalu termenung pun dia tahu. Persoalan yang timbul dalam hati aku. Siapa agaknya awek cun itu? Adakah aku akan kawen dalam 2 3 tahun mendatang ini? Ah sudah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment