Aku bukanlah peminat setia kepada majalah Mastika. Cuma aku terbaca setelah rakan serumah aku mengambilnya daripada kedainya sendiri.
Ada beberapa artikel yang menarik perhatian aku. Terutamanya kisah kanak-kanak perempuan yang mengalami nasib yang sama seperti arwah Nurin Jazmin. Cumanya mereka masih lagi hidup. Dan makhluk zalim ini masih bebas berlegar-legar di luar sana.
Aku cuma budak kampung yang baru keluar daripada kepompong kekampungan aku. mencari rezeki dan menetap si sebuah bandar yang agak besar cuma kurang metropolis berbanding ibu negara atau ibu negeri aku. Jadi aku baru sedar akan kewujudan makhluk zalim ini. Ini pun aku terima bulat-bulat fakta yang diberikan kepada aku melalui pembacaan aku tadi.
Cuma aku terfikir. Kenapa wujudnya makhluk zalim ini dalam dunia ini? Apakah motif disebalik perbuatannya itu?
entahlah...Haih..manusia.
Aku sangat bersimpati dengan keluarga arwahnya. Tapi, aku rasa sekarang ni kita dah kembali ke zaman yang lampau. Dimana yang kuat akan terus berkuasa, yang lemah akan terus ditindas.
Aku tahu ini kisah lapuk. Mungkin tinggal sejarah Malaysia.
Setiap kali aku menonton berita jam 8, aku pasti menantikan perkembangan kes Nurin ini. Pada masa yang sama aku terfikir adakah kes ini telah ditutup? Senyap je..Maklumlah sekarang ini wang lebih berkuasa daripada segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment