Aku sering terfikir andai aku boleh hidup ke dimensi yang lain. Mungkin 2D atau 4D atau apa-apa sahaja. Aku akan terfikir begini bila masa aku inginkan satu ruang dan masa untuk aku sendiri. Pasti ada perasaan seperti ini bila masa wujudnya kesibukan yang amat dalam kehidupan seharian.
Aku hanya punyai ruang dan masa aku sendiri ketika memandu dalam perjalanan yang agak jauh. Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam atau dua jam. Contohnya perjalanan balik ke kampung atau perjalanan ke Bandar Melaka. Itu pun kalau pemanduan aku bebas daripada pemandu-pemandu yang menjengkelkan.
Bila aku berada dalam ruang dan masa aku sendiri, aku hanya bertemankan suara idola aku Amy Search. Atau Awie. Atau kugiran luar dari pelbagai zaman daripada Led Zepellin hingga ke Kaiser Chief. Atau daripada label-label antarabangsa yang mengetengahkan muzik yang keras dan beremosi seperti From Autumn to Ashes atau Poison The Well dan seangkatan dengannya.
Selain daripada ruang dan masa yang aku maksudkan itu, hidup aku dipenuhi dengan muzik daripada mesin-mesin yang bekerja keras untuk mengisi poket besar tauke pelanggan aku, suara nyaring seorang ibu kepada seorang bayi comel yang sentiasa memekik nama aku untuk bertanyakan soalan yang bertubi-tubi sampai aku tak boleh jawap, atau suara-suara yang berbicara bahasa Hokkien atau Mandarin diselang-seli oleh suara muffler kereta yang barangkali boleh pergi ke ruang angkasa dengan sekali pecutan.
Tika ini aku teringin untuk mendengar deruan ombak atau deruan air daripada gunung. Atau kicauan burung mahupun ngauman harimau dalam kandang sekalipun. Aku sudah agak bosan dengan muzik-muzik ciptaan manusia yang seringkali menyesakkan telinga aku.
Mungkin sekarang aku perlukan satu kubik atau sfera lutsinar yang kedap bunyi. Haha!
Aku dah meracau. baik blah! tata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment