Saturday, April 26, 2008

Moral: Jangan cuba untuk tidur petang Jumaat!

Petang semalam. Balik daripada masjid. Lepas makan tengah hari. Lepas update entri. Aku lepak-lepak atas katil. Baca buku cerita A Boys Story. Cerita fasal budak Skinhead Chelsea tahun 60-an yang lampau.

Tengah sedap aku layan buku ini, tiba-tiba aku dengar kecoh-kecoh dari arah kebun sebelah bilik aku. Suara Wak Noh menjerit-jerit. Aku cuba amati. Gagal.

Suara Wak Noh makin jelas. Maknanya, dia sudah sampai ke garaj rumah aku. Lantas aku bangun dan keluar untuk melihat keadaan sebenar.

Wak Noh menjerit-jerit dalam Bahasa Inggeris. Dalam bebelan dia berselang-seli dengan bahasa lain yang aku tidak faham. Mak dan ayah aku pun tidak faham. Nak kata Bahasa Jawa, bukan. Bahasa Thailand, pun bukan.

Mak dan ayah aku cuba tenangkan beliau. Aku hanya mampu melihat. Dalam hati aku berkata, “apa yang rasuk Wak Noh ni?”

Apa yang faham dari percakapan beliau itu ialah;

‘…trapped forever…’

‘…twisted tail…’

‘…thousand eyes…’

‘…EEEPAA…’

‘…EEEPAA…’

Aku sedar –sedar badan aku dah basah. Bantal dan katil aku pun dah dibasahi peluh aku. Aku tengok jam. Pukul 1735. Fuh! Mimpi rupanya. Aku tertidur ketika baca buku A Boys Story. Apa mimpi ngeri petang-petang ni.

Aku pun termenung sekejap atas katil. Sign apakah mimpi aku tadi ni? Siap Wak Noh tiru sebijik-sebijik gaya watak atuk Bart Simpson. Macam kes ngeri je ni.

Aku ambil tuala, bersiap untuk mandi. Dah basah satu badan, kenalah mandi.Baru selesa hendak keluar minum petang.

Baru aku nak masuk tandas.

“Ular Orok-orok!!” aku jerit.

Terkejut aku. Ada seekor ular daun, baik punya landing kat dinding tandas aku. Nasib baik ular daun. Ikut hati nak aje aku tangkap. Atas nasihat adik aku, aku halau ular tersebut keluar. Baru aku nak prove yang aku pun boleh jadi Steve Corvin.

Dalam hati aku, inilah dia petanda yang cuba di sampaikan kepada aku.

10 comments:

H said...

hahaha....
ciki ske part wak noh kamu spiking omputeh tu.
trapped forever, wooooh!

neway, cane ula tu bole posing gitu kat dinding?
eeeeeeeeeeeeeeew.
meremang bulu roma.
(ye, saye pen'takot ula)
huhu.

Azlan Dawai said...

peh aku ingat ko tipu bab ular tu
sekali ade gambar ar beb

Hafez Rachwan said...

umah ko zoo ker?..haha
bandaraya prt pn ada ular ker..hehe
mgkn sign EEPAA2..adalah ular..hehe

Eamy said...

ah!

rindu

byk entri baru

nnt balik baru bace

haih!

annexe?



*kenyit mata

Rembo said...

ciki - cuba bayangkan beliau guling-guling mcm atuk Bart Simpson tu.

Azlan - serious aku terkejut gile! relax je dia port situ.

Rachu - ni semua global warming effect la. cuaca panas gile, sang ular pon lepak la cari tempat yang sejuk.

eamy - sy rindu kamu juga heheheh. annexe? Jom lompat-lompat!

Eamy said...

haih!

suke2

nnt o9 yeh

next week

hahaha

Jorji said...

binatang lain boleh tak?? aku takleh la dgn benda tu.

Rembo said...

eamy - online. ok i try.

jorji - ala relek a bro. ular daun jeeee. heheheh

Anonymous said...

ular daun jer tu' blh buat scrub badan tu' hehehe

Rembo said...

lolla - buat scrub ekh? jgn ko datang atas katil ko mlm ni aku tak tau!