Saturday, April 19, 2008

Se-kepulangan ku dari perantauan.

Aku rasa aku ada masalah inferior complex.

Satu perasaan paranoid terhadap perasaan marah dan kebencian orang terhadap aku. Atau pun sering berperasaan aku selalu buat salah. Orang bijak pandai dalam psikologi kata.

Aku baru sampai dari rumah sewa baru aku. Waktu tempatan, kurang lebih 0030. Sampai rumah aku biar knight rider aku melahu sebentar. Maklumlah jalan jauh. Dah tu ada bau hangit-hangit pulak tu. Sapa suruh merempit dengan Mercedes Kompessor.

Bukan apa. Dalam perjalanan pulang tadi aku sangat mengantuk. Tidur hanya 3 jam. Tidak boleh lelapkan mata kerana kepala aku sangat sakit.

Punca. Belum dapat dikenal pasti.

Aku masuk rumah, big boss masam muka.

Aku pun selamba masuk rumah. Sebelum tu aku pandang parking kereta Kelisa abang aku. Kereta takde. Aku fikir dia dah bergerak ke Sepang seperti yang diwar-warkan.

Aku kunci grill, susun kasut dan terus kunci pintu.

Sangkaan aku meleset. Tengah sedap aku bersiram, terdengar bunyi enjin Kelisa. Abang aku balik.

Terdengar abang aku goncang pintu yang aku kunci tadi kuat-kuat.

Dalam hati aku kata, "Ah sudah! Memekak pulak pagi-pagi buta ni."

Keluar bilik mandi, aku tegur abang aku.

"Wa ingat lu dah gerak Sepang."

Senyap. Muka nak masam. Ketat je. Macam ada papan taruk depan muka.

Macam-macam soalan dalam kepala aku.

Salah aku ke biar enjin knight rider melahu tatkala cucu-cucunya sedang nyenyak tidur? Ke aku balik lambat sangat? Abang aku marah pasal aku kunci pintu ke? Takpun, marah sebab knight rider aku bau hangit? Ke, dia orang ni tak suka aku kerja kat ibukota?

Haih...susah.

Itu inferior complex kan?

Ada siapa boleh tolong jawab?




3 comments:

Eamy said...

kita dewasa sudah

mereka pun dewasa sudah

knp mahu komplikasikan itu

kamu itu mahu membina masa depan

tidak salah kalau mahu berhijrah

apek terror said...

aku pn think yg same rambo x salah pn...tp try ar ask why that situation jd..aku yakin ngan ko rambo...kadang2 perubahan mmg hard to do,tgk time sailor chan dpt awek,diA berubah jd pendiam lebih suke ber main msg,kurang mase ngan kite...tul x?

Rembo said...

eamy - yeah. cuma gue selalu terfikir mcm tu. Tu yg tertanya-tanya inferior complex ke?

saiful - btol tu! Ko kne pukul ngn Chan aku tak tau. Dia ganas sekarang. Sukar aku nak jinakkan.