Friday, August 07, 2009

Ilmu badan lasak gua dah makin kurang.

Masa gua jadi budak kecik dulu, gua selalu ketawakan sepupu perempuan gua yang duduk JB yang selalu demam bila layan gua main pondok-pondok bawah pokok kopi dalam hujan time sesekali balik kampung.

"Mende la kau ni. Tak lasak langsung!! Sikit-sikit demam." peleceh gua.

Gua rileks-rileks. Berendam la sampai kecut hujung jari macam asam boi dalam sungai depan rumah. Main la baling selipar dalam hujan lebat kat gelanggang badminton depan rumah. Demam memang tak datang. Budak kampung. Mesti proud jadi lasak.

Dah besar sikit, pantang hujan petang. Time-time main bola. Lagi syok! Rasa macam kat oversea bila rambut tutup mata bila berlari. Ada pula manik-manik hujan berjurai daripada hujung rambut time tanduk bola ke gol.

Bila dah belia, gua main ragbi dalam hujan, siap buat sliding touchdown, sampai rumput masuk dalam spender pun tadak hal.

Balik kelas malam-malam buta kena hujan lebat sambil menggigil-gigil bawak motor Kriss, sampai pensil tekan-tekan gua dalam beg pun masuk air pun masih selamba. Tak ada apa pun.

[,]

Dua hari lepas. Belakang badan gua sakit-sakit. Nafas dah panas. Tapak tangan dah panas. Gua agak penyakit demam bulanan gua dah datang.

Padahal, tak kena hujan pun.

Sejak gua duduk Kelumpo ini, badan gua jadi manja. Sikit-sikit nak demam. Sampai bau durian pun gua boleh pening-pening membawa ke demam.

Gua keliru samaada badan gua yang manja ke, udara yang kurang bersih ke, air kurang sihat ke, penat badan ke, ramai sangat orang ke, kurang dapat bau pokok kopi ke. Gua tak tahu. Bak kata orang taman gua, no idea.

Nasib baik sepupu gua tu buta IT sikit. Kalau tak, sekarang mesti dia berdekah-dekah sambil guling-guling sebelah anak dia baca entri gua ni.

13 comments:

DIK AN said...

Gila lu. Pergi check darah la beb.

j or ji said...

kecik2 dulu ada duduk dalam opis beraircond mengadap pc hari-hari?

ada stress?

ada jem?


ada fesbuk dan blog?

hehehe..

atau lu dah tua ...

laki cikgu kimia said...

lu lyn blog overdos tak ni

S.YanaZ said...

Faktor usia...?


:)))

balqissy said...

kena tukar badan baru la tu.

lumut said...

hahaha..
lawak lah entry ko ni..

x leh blah kawan bute it..haha

lagi satu..kalau nak rase kat overc mesti time lari tuh rambut tutup mate ker??

tersenyum gak ak bace entry ni..

terima kasih wat aku tersenyum..=)

teruskan menulis.

ainfazrin said...

bo. gi check up weh.

dewajiwa said...

antibodi dah lembik nih.
ais kasi kurang atau buang je dari menu

Rambo said...

Dikan - ada check yang free tapi cepat ke? ha ha ha

Ji - Ah lu! Cari keruh ni nama dia. Mentang mentang BPL nak start!

nas - boleh tahan laa..

Syanaz-lagi sorang cari gaduh!

balkis - kita tuko suke sama suke. nak?

lumut - sama sama. jangan harapkan apa-apa dari wa tau. ha ha ha.

ain - tak pe. ok dah.

jiwa - itu la. wa ingat pun gitu la. dah la bekas atlet.

Rajuna said...

lu dah ok belum ni? seng sabar. wong sabar bojo ne ayu hehehe

Nur Mariaminul Amalina said...

aku ase x lmbt dah..
hehe

balqissy said...

eh? mana boleh paksa-paksa. ahaha (bila masa ntah kena paksa)

Rambo said...

juna - macam kenal je pepatah jawa tu. ha ha ha pulang buah keras ni.

NurMariam - tak lambat ke tak lama? mana satu?

balkis - he he he