Wednesday, August 19, 2009

Jumpsuit oh jumpsuit.

Asal gua masuk kilang customer, mesti gua kena pakai jumpsuit a.k.a cleaning room attire a.k.a baju bulan.

Cleaning room a.k.a bilik yang konon-konon bebas daripada habuk. Sesiapa yang masuk sini wajib pakai jumpsuit ini. Biasanya warna putih. Macam overall yang mekanik pakai. Macam band Slipknot pakai masa dulu-dulu. Tak pun yang macam budak-budak Petronas pakai. Tak warna putih, warna kuning terang. Kan dak-dak Petronas kan?

Tapi, jumpsuit untuk cleaning room ini lain sikit. Lebih kurang sama dengan overall cuma ada tutup kepala sekali. Dan akan dikenakan dengan face mask. Nampak mata dengan kedua belah tapak tangan. Sekali pandang memang macam ninja. Kalau ada ninja betul-betul dalam cleaning room ini pun orang tak dapat beza. Semua orang mungkin rasa itu adalah makcik cleaner.

Sebenarnya, gua benci pakai jumpsuit. Bagi gua, jumpsuit ini juga gua panggil baju kalis perasaan.

Kadang-kadang, gua tak dapat nak bezakan member gua tu ketawa ke sakit perut ke. Berdasarkan mata nampak macam ketawa, macam sakit perut. Kadang-kadang rasa menyirap juga bila kena teka member-member gua senyum ke tak bila gua buat lawak.

Makwe-makwe operator pun gua nampak sama. Kadang gua nampak dekat mesin lain. Dua saat lepas tu gua nampak dekat mesin lain pula. Mula-mula dulu gua budget dia orang ada "pakai-pakai". Dah lama sikit, baru gua sedar. Keadaan memang lebih kurang sama dalam bilik bebas habuk ni. Mengelirukan!

Contohnya pagi tadi, gua tak tahu apa reaksi amoi yang gua ajak keluar makan malam time gua bagi training pasal mesin gua. Tapi, lepas beberapa jam, gua sedar dia tak suka bila gua tanya faham ke tak, tapi dia buat tak tahu. Cilakak!

Gua tabur kredit kad depan mata kang baru tau!

10 comments:

StingRay said...

Sut lompat tu,kalau pakai masa bakar lemang macam menarik.






tak pun masa perah santan ke.

Bean Jinai said...

Band slipknot, hahaha..!! gila ko melampau sampai nak tabur kredit kad, kenyit mata kan boleh. baru cara..!!

Anonymous said...

hahaha...baju kalis perasaan

Rajuna said...

DAK DAK petronas eh bo? hahah
amboi tabur2 kad kredit nampak?

dewajiwa said...

tak panas ke baju lompat tu?
dapat naik motor pakai baju nie cambest je.

a i n k i n z said...

jumpsuit adalah baju kegemaran pada zaman kanak-kanak.
hahaha!

gile macho utk lelaki dan perempuan yang berpakaian begini.

:P

Rambo said...

sting - panas la weh.

bean - err...gua tak reti la nak kenyit2 ni. he he he

anon - betul.

Juna - Lu jgn banyak bunyi, lain kali gua tinggal lu dekat Serdang tu kang!

Dewa - Dalam cleaning room sejuk la.

ain - errr...macho ke?

j or ji said...

aku penah kene pakai baju tu hari2 masa kerj kat kilang dulu.

Rambo said...

macam sial kan?

frH said...

haha dulu tempat lama aku engineer pakai jumpsuit biru ..
best dowh pakai jumpsuit .. kentut dlm cleanroom kompem xbau .. sakit perut nk berak org xperasan .. thehehehe