Thursday, August 06, 2009

Pesanan kepada Abang Myvi Merah: ON lampu dulu baru bawa laju-laju, OK?

Malam tu aku terlambat. Dari Ampang nak kena pergi Jalan Kuchai Lama. So, kena bawak kereta laju-laju. Boleh tahan juga Myvi Merah standard aku ni. Ikut MRR2 la senang. Dah tak berapa jammed la dah pukul 8 lebih gini ni.

Tak cukup lorong kanan sekali, semua lorong aku pecut. Laju juga la, dalam 100 km/j. Sampai Pandan Indah, ada satu Alfa Romeo depan aku. Warna hitam. Ada sticker SEARCH bawah lampu brek ketiga. Rock ni brader ni. Depan Alfa Romeo ada Kancil. Lembab betul Kancil ni. Aku ambil keputusan untuk potong ikut kiri. Sekali dengan Alfa Romeo.

Aku sempat usha brader bawak Alfa Romeo. Tak la bergaya mana. Lepas potong ikut lorong kiri, aku masuk balik lorong kanan. Laju. Menonong je.

Bila dah sampai area Cheras, aku nampak lampu kereta pelik sikit cucuk belakang Myvi merah aku. Nak laju lagi tak boleh, kereta depan pulak macam kura-kura. Rupa-rupanya brader Alfa Romeo tadi yang cucuk Myvi aku. Aku pasrah. Alfa Romeo potong kiri. Sekarang dah betul-betul sebelah kiri aku.

Tiba-tiba, brader Alfa Romeo tu usha semacam sambil turunkan tingkap. Aku dah standby apa yang patut kat tangan. Brader Alfa Romeo tu macam cakap sesuatu kat aku. Aku turunkan tingkap. Menggelabah juga nak kasi pelan radio.

"Apa brader?"jerit gua.

"Lampu lu tak 'ON' brader!!" jerit brader Alfa Romeo.

"Owh, thanks!"

Aku terus cilok kiri kanan. Malu beb, malu!

[,]

Gua sikit punya hangin dengan mamat macam ni. Jangan sebab lu, gua isytihar gua anti-pemandu-Myvi-seMalaysia. Tak lama dulu gua dah isytihar anti-mamat-bawak-Honda-Civic-enjin-VTEC-bawak-kereta-harok-nak-mampos.

13 comments:

balqissy said...

100km/h laju ke? *terpinga-pinga*

laki cikgu kimia said...

gua tau dr dulu lg die mmg tak bergaye sgt..

dewajiwa said...

heheh.
ingatkan dah tukar keta baru beb.
keta ikan tu aa sempoi. hehe

ainfazrin said...

nasib baik aku tak bawak Myvi.
atau Honda Civic.

dan aku pukul 7pm pun dah start bukak lampu. haha. gile skema.

or0 said...

bo, aku nak join gak anti-pemandu-Myvi-seMalaysia. buleh?

iyan said...

myvi gua on enjin jek terus hidup lampu...
mcm motor...
tak kira siang malam...
hahaha

i'm the girL said...

ape la bo... x myvi r gitu bawa kete x bukak lampu :p

babazahra' said...

gua kalau AR atau Fiat yang buat hal gua memang tak kisah, tapi bila Myvi ni yang buat gua menyirap ni. Apa jadik kereta hitam lu?

ophy said...

hep.

Rambo said...

bal - kre laju juga la time-time kete semua slow. he he he.

nas - tapi rock gile. hadko pun iye. kan?

dewa jiwa - owh, kete cap ikan tu dah bagi adek wa pakai. perghhh...cakap macam banyak kereta, tapi sebenarnya gua yg pinjam aritu.

ain - phew. nasib baik.

mal - nanti dulu. rilek dulu. gua belum isytihar lagi. sikit lagi kot.

iyan - lagi macam sial. ha ha ha.

aje - itu la.wa tgh tengok2 gak ni. rata-rata sama je cara bawak.

baba - tau takpe. AR tu satu tahap lagi dah Ferrari. ha ha ha. ok. gua buat pelan-pelan.

Ophy - da beli Myvi ke??

mariati83 said...

wahahaha...gua gelak cam org giler..lawak spastik btul..kalo gua la bo, mmg gua pecut x igt..malu sial....

balqissy said...

cover nampak? ahaha

Rambo said...

bal - mesti! ha ha ha