Tuesday, August 25, 2009

Pengalaman gua puasa di negeri orang.

Puasa memang mengajar untuk gua banyak-banyak bersabar. Kadang-kadang yang selalu ingatkan gua pun partner gua sendiri. Yang beragama Buddha dan berbangsa Cina. Gua tak ada masalah untuk itu. Mungkin sesetengah orang tak boleh. Melayu hanya perlu dengan Melayu, Cina hanya perlu dengan Cina. Mungkin. Mesti ada punya orang macam ni!

Bila gua mula nak melenting melayan karenah customer, Ah Chong datang, tepuk bahu gua, saraya berkata,

"Sabar, lu kan tengah puasa."

Banyak kali juga dia buat gitu. Gua yang pai-seh.

Habis-habis gua bagi training, tepat-tepat pukul 5 petang, gua balik. Dengan mulut dah rasa pahit. Mata dah separa tertutup. Perut dah main lagu Charles Bronson. Lapar gaya yang laju gila. Panas jangan cakap la. Aircond gua full pun rasa sepoi-sepoi bahasa dia punya sejuk.

Gua budget, MRR2 akan tenang time-time pukul 5 gini. Sangkaan gua ke laut. Jalan jammed dah macam orang nak balik kampung time awal puasa.

Baru mulut gua ringan nak mencarut, tiba-tiba, Ah Chong muncul, duduk seat sebelah driver, bersedia nak tepuk bahu gua. Tak jadi nak mencarut. Sabar Bo, sabar. Gua kembali tenang.

Singgah bazar Ramadhan Equine, cari apa-apa yang patut untuk dilantakkan. Parking, fehh laaaa...penuh! Orang parking macam nak tengok konsert Linkin Park.

Baru mulut gua ringan nak mencarut, tiba-tiba, Ah Chong muncul, duduk seat sebelah driver, bersedia nak tepuk bahu gua. Tak jadi nak mencarut. Sabar Bo, sabar. Gua kembali tenang.

Gua terus tuju kakak jual kuih. Rileks-rileks gua tengah tunggu turn, ada mamat pakai kemeja belang-belang, rambut pacak-pacak, that's so 1999!, terus selit depan gua.

Baru mulut gua ringan nak mencarut, tiba-tiba, Ah Chong muncul, berdiri sebelah gua, bersedia nak tepuk bahu gua. Tak jadi nak mencarut. Sabar Bo, sabar. Gua kembali tenang.

Gua ambil keputusan bungkus karipap sardin, ayam masak rendang dengan paru goreng crunchy mende ntah sebagai juadah berbuka.

Sampai rumah, lepas nasi masak, gua terus ceduk nasi. Letak ayam masak rendang dengan paru goreng crunchy mende ntah atas nasi berasap. Pergh, mengugat iman time-time masa kecederaan gini.

Azan kat TV3 mula je, gua terus sambar nasi. Cuil ayam sikit, gaul dengan nasi sikit, letak paru goreng crunhcy sikit, terus masuk mulut. Nikmat jangan cerita. Orgasme pun ada.

3 saat lepas tu gua ada rasa lain macam. Gua check paru goreng crunhcy mende ntah gua, tak ada masalah. Tak ada bau. Gua cuil ayam rendang gua, siat kulit sikit. Nah, daging dah lebam! Otak gua automatik trigger button mencarut.

Ah Chong yang tiba-tiba muncul, macam biasa, nak jalankan tugas dia, gua herdik sekali, hilang terus.

Petang itu, selain lauk paru goreng crunchy mende ntah, gua berbuka dengan sebakul maki hamun terhadap brader yang jual ayam rendang pakai baju silkscreen POLICE.

Ikut hati nak aja gua bungkus balik, return balik pasar Ramadhan Equine, campak depan muka brader yang jual ayam rendang pakai baju silkscreen POLICE, tendang meja sekali, runtuhkan kanopi dia sekali. Nasib baik, tiba-tiba, Ah Chong muncul, bersila sebelah gua, bersedia nak tepuk bahu gua. Sabar Bo, sabar. Gua kembali tenang.

Settle.

11 comments:

Darkk said...

Ahaha. Sabar bro. Ah Chong esok buleh jumpa. Sampai terangau Ah Chong tu.

frH said...

selamat berpuasa :)

dan selamat bersabar .. ;)

dewajiwa said...

hahahaha~
macam angel siut Ah Chong. bagus betul ada angel macam nie.

a'ah, memang ada orang macam tu.
nasib baik sini semua 1-Malaysia minded. kalau kluar waktu lunch diorang akan tanya "you pegi surau kan?". sejuk je hati

moqh said...

standard la bo..
dulu gua selalu kena
kalau lu xkena kena..kena kawen
haha..suruh bini masak

Rajuna said...

cuba la dia bayangkan keadaan orang puasa macam mana. cuba bagi dia makan apa yang dia masak.

kadang2 orang berjaja ni nak cari untung aja. jariah tak peduli langsung.

apek terror said...

hek eleh lu juna...mane ade org niaga cari rugi bende la lu nie...

balqissy said...

pergh~ hebat chong tu. steady je dia. da berpunya ke?? *wink2* ^.~

laki cikgu kimia said...

gua rasa nak amik acong ni jadi adek angkat lah. chara ni.

j or ji said...

gua belum sampai hati nak beli lauk kat param.
gua tau, nanti boleh jadi punca kelahi.baik gua beli murtabak je.

Rambo said...

Dark - cuba baca balik bagi paham. he he he

Frh - selamat juga.

Dewa - Ha itu la pasal.

Moqh - Babi. Belagak. tuhan tarik nikmat bini tu kang, baru bercucuran air mata.

juna - takpe. diaorang mana ada idea equality.

apek - eh, apek?

balkis - dah kot. gua tgk kadang2 emo semacam je.

nas - adek angkat? abang angkat leh la.

Ji - kalo tak gi param, harus gua buka dengan air sejuk je.

fndrocka said...

bila nak mencarutnye..asik tak jadi je..ah cong tu bayangn sikap mahmudah kau ke